Pages

Monday, August 13, 2012

Jadual Breastfeed Bulan Ramadhan

Bulan puasa ni mmg production susu kurang sikit. Tapi Ninie x bimbang pun. Sebab masih cukup utk bekalkan ke taska. Masa Zulaikha dulu, kurang ilmu, banyak risau. Kot-kot susu tak cukup. Takut susu tak mewah mcm orang lain. Bila dah second baby ni alhamdulillah. Tak stress la. Mmg x risau la. Jangan risau kalau production susu kita x sama ngan orang lain. Janji cukup untuk anak kita. BF ni mmg kena byk sabar ye. Sebb masa kita banyak dihabiskan untuk sesi mengempam, cuci botol susu yg banyak.. dan luangkan masa utk DF ngan anak kita. Just enjoy the moment. Sebb tempoh menyusu 2tahun tu sekejap je..

Selalunya Yusouf bawak bekal g taska 4botol X 3.05oz. So bulan ramadhan ni Ninie x pam banyak kali pun. 2kali je sehari pam. Sbb kalau pam 3kali pun sama. Susu tu x byk mana, sbb selang jam tu x lama. Ninie pun balik awal bulan puasa. Selalunya Ninie pam kul 7.30am ngan 2.00pm. Mmg cukup-cukup susu untuk bawak g taska esoknya.

Ada jugak hari Yusouf x minum banyak. Kekdg cikgu pulang balik sebotol. Yusouf ni jenis minum susu 2jam sekali. Kalau malam dia x kerap bangun. Kalau pukul7mlm dia dah tido, dia akan bangun kul12mlm sekali, pastu esok paginya. Kekdg kul4pg kekdg kul6pagi. Mmg ibu boleh tido lena.

Stok simpanan susu pun x byk. Yusouf ni banyak Ninie Directfeed dia. Jadi x kisah sgt stok susu x banyak mana. Sekrg ni pun Yusouf dah umur 3bulan. Kejap je masa berlalu. Lagi 3bulan abis la tempoh exklusif BF. X sabar rasa... :-)

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails