Pages

Wednesday, August 15, 2012

Berwap dan Tepukan Percussion Kurangkan Selsema Yusouf

Kalau anak x sihat ni, mmg sangat membimbangkan., macam-macam cara kita cuba buat untuk legakan dia kan. Ninie ingat, baby Yusouf je yg selsema. Rupanya ramai anak kawan-kawan Ninie yg kena selsema dan batuk. Ada jugak yg dah admit ward. Kesiannya.. Dan.. kebanyakkan duk taska. Tapi nak buat mcm mana. Mmg taska je paling mudah nak hantar anak.

Bila duk sembang ngan kawan-kawan kat FB pasal hal anak-anak selsema ni, Ninie pun mengoogle la. Nak cari alternatif lain untuk hilangkan selsema baby. Baby kan tidak digalakkan ambil sebarang ubat. Terutamanya ubat batuk. 

Ninie jumpa artikel pasal "Tepukan Percussion". Teknik tepukan digunakan oleh fisioterapi untuk longgarkan kahak dalam dada baby. Teknik ni kita pun boleh buat kat rumah. Ninie ingat masa Zulaikha admit kat KSH sbb pneumonia, fisioterapi sedut kahak dia mmg guna mesin, tapi sebelum tu, diaorg akan buat tepukan percussion untuk longgarkan kahak. Boleh refer artikel ni. Teknik Tepuk Bantu Masalah Kahak Bayi. Ada byk lagik artikel boleh refer. Tapi yg  ni senang.. Bahasa Melayu (lembab skit bila bukan bahasa ibunda ni..). huhuhu..
*cara-cara bulatkan tangan untuk tepuk semasa buat percussion
Satu lagi kita boleh cuba wap kan baby. Semalam Ninie buat kat baby Yusouf. Mula-mula isi air panas dlm bilik air. letak la dalam baldi, or kalau dah ada waterheater lg senang.. Just tadah je la kan. Tutup pintu bilik air. Bagi wap tu banyak. Pastu mandi kan baby ngan air suam. Dalam 15minit g tu. Ninie mandikan lama juga. Sampai hingus dia meleleh. Curah-curah air atas kepala dia.. 

Lepas mandi, terus Ninie sedut hidung dia, ngan penyedut hidung. hahah.. teringat  zaman Zulaikha. Ninie beli dah penyedut hingus ni. Jenama tenderly. Tapi x reti guna.. Masa Yusouf selsema ni baru reti guna. Rupanya kena picit bg angin x ada dulu, baru masukkan dlm hidung baby.. pastu lepas, nnti kalau ada hingus, terus hingus termasuk dlm lubang penyedut tu.. Dulu, puas belek-belek, x reti guna, simpan je dlm laci. Sekrg dah guna semula. Mmg sangat-sangat membantu bila Yusouf tersumbat hidung.
Pagi ni, alhamdulillah, nampak Yusouf makin redha selsema. Kalau x, ngan mata dia sekali bertaik mata. Kalau bangun pagi, penuh mata ngan hidung ngan hingus.. harini nak continue lagik buat teknik tu seme.. Moga-moga anak ibu cepat sembuh. Kakak, alhamdulillah dah sihat. Selsema Ninie pun dah ok sikit. Agaknya pasal duk berwap ngan Yusouf semalam.. :-)

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails