Pages

Thursday, August 30, 2012

Raya Tahun 2012

Alhamdulillah raya tahun ni famili Ninie dah bertambah lagik sorang. Seronok kami dah berempat. Raya tahun ni Ninie raya umah mak Ninie dulu, Raya ke-2 baru balik Pekan. Happy sangat sebab dapat siapkan baju raya satu famili ni. Bukan senang nak siap ni. Heheh makan tahun nak siap. Kalau tgk kan baju raya tu, baju raya Yusouf tu color dia lain sikit. Mana tak lainnya, kain tu beli kemudian. 

Kain baju Ninie,Ikha ngan Zex dah lama beli. Tak silap tahun 2011, sebelum Ninie ngandungkan Yusouf, ingat nak buat baju raya tahun lepas la. Lastnya tak jadi sebab famili Zex suruh buat tema baju raya color hijau. Pastu Ninie pun simpan,tak jait-jait. Tak sangka plak tahun 2012, bertambah sorang lagi anak. Ninie g alamoda cari semula kain macam Zex, dah la main g je tak bawak sampel, main ingat-ingat je warna. Rasa mcm sama dah, balik rumah.. Huhuhu lain rupanya.Tapi hampir-hampir kira okla tu. 

Zulaikha pulak, bukan senang nak pujuk dia pakai baju kurung. Dia, pagi petang siang malam, asyik nak pakai seluar poket (seluar jeans) ngan baju kie moss (mickey mouse). Tido pun pakai seluar poket. Tahun ni, mmg Ninie tak buat pun dress dia. Banyak beli seluar poket je. Baju T-shirt 4helai, semua kie moss.. Color je lain. Lantok ko la.. hahah. janji dia happy.. 

Pagi raya terpaksala ibu buat cerita, yg baju kurung dia tu cantik sgt.. sama plak ngan ibu, ibu terpaksala mandi awal,siap-siap pakai baju kurung, nak bg dia tgk baju tu sama ngan dia. Baju dia pun ada poket mcm seluar poket tu.. Alhamdulillah dia nak pakai, tp macam-macam ragamla nak boleh tunggu dia nak pakai baju tu.. aduila.. ikut saper ntah cerewet sgt pilih baju.

Raya pertama raya area umah mak Ninie je. Semua rumah buat makanan heavy, hampir semua rumah juga Ninie makan semua makanan.. hahaha sendat perut. Raya ke-2 balik Pekan. Kebetulan mak Ninie buat nasi dagang, bawak balik Pekan sikit. Habis licin org Pekan makan. Puji pujian untuk mak saya mmg sangat terror buat nasi dagang.. Terbaekkkk!

Yusouf menjadi kegemaran ramai masa raya ni. Rasanya mcm tak dukung sangat dia. Sedara-mara je duk ambik dia. Dia plak budak baik sangat. Diam je. Tak nangis, tak meragam. Susu pun tak mintak. Ibu je duk tgk jam, takut anak lapar. Maklumla susu cap gantung, kena la cari anak bila dh sampai masa dia nak minum susu.

Tahun ni gembira sangat raya :-) cuma ada gak yg tak gembira, bila famili blah zex raya tak cukup corum. Baru ni ada la berlaku masalah sikit. Ninie tak nak masuk campur sangat. Tapi Ninie berdoa semoga semuanya beransur baik dan semua persengketaan tu hilang. Kawen ni, bukan kawen ngan suami je, ngan famili sekali kan. Segala dugaan kena hadapi dengan sabar. Adala hikmahnya tu. Jangan ada benci :-) peace yawww!

Friday, August 17, 2012

Baju raya baru siap jait

Baju raya baru siap jahit pagi ni.Pulun menjahit dari kul12mlm. Akhirnya siap jua baju Ninie ngan Zulaikha. Baju Zex siap awal skit je. Baju Yusouf je blum gunting-gunting lagi. Jumaat ngan Sabtu masih ada. Masih sempat.. Mesti kelako Yusouf pakai baju melayu. Dia kan cenonet lagik.

Harini g keje,mcm x keje je. Kan best kalau dpt half day. Leh balik umah jahit baju Yusouf pulak... Mintak-mintakla bos baik hati..

Thursday, August 16, 2012

Nak KacikChop Kacikkecik

Tahun ni puasa, ada kelainan sikit. Yang ketara. Anak dah dua orang. Waktu berbuka, tak ada masalah sangat sebab selalunya Yusouf tido. Cuma Zulaikha je la yang ada sekali waktu berbuka. Dia tak kacau sangat Ninie ngan Zex berbuka. Janji ada makanan untuk dia. Makanan feberet dia "KACIKCHOP".. hahah  maksudnya Nasi + Sup. Memang kena masak sup tetiap hari untuk dia. Dia suka sup ayam dan sup bayam. Kalau buat sup, mmg banyak sangat dia makan nasi. Kalau makanan lain dia tak berapa suka. 

Makanan berbuka selalunya Ninie masak. Rasanya baru 2kali beli makanan luar. Nasi kerabu. Tu pun Zex yang g beli. Bukan sebab Ninie rajin sangat nak masak. Cuma Ninie mmg payah nak berhenti kat bazar ramadhan sebab bulan puasa ni Ninie masuk keje kul7.30 balik kul4.30. So, anak-anak Ninie yang hantar dan ambil Kalau balik ada anak-anak dalam kereta mmg payah nak berhenti. Masak pun simple aje. Ulang-ulang je lauk yang sama. Kalau nak makan best, tunggu hujung minggula. Time balik umah parents. Kompem sedap-sedap belaka. Siap tapau lagik.

Sahur pun sama, Ninie masak jugak. Selalunya Ninie masak sahur sekali ngan berbuka. Sbb nak balik keje tak yah masak dah berbuka, masak nasi je. Panaskan lauk. Kitaorg jenis tak kisah. Makan aje apa  yang ada.

Semalam teringin nak makan mcdonald. Kebetulan Zex berbuka kat Dhe rhu. Zex ajak buka sama ngan kawan-kawan dia. Ninie yang tak nak. Malas betul nak berbuka kat luar ngan ada anak-anak ni. Mesti diaorg bosan, dah bosan ada je la buat perangai nanti langsung tak boleh makan. Makan kat rumah lg aman bahagia.

Semalam first time g drive tru mcdonald Indera Mahkota. Kebetulan hujan lebat masa Ninie keluar opis. Antara jadi x jadi je nak g. Last-last berjaya gak beli. Dah sampai mcdonald, Yusouf plak nangis. Biasala dia. Nak susu.. Sib baik BF. Terus DF je dia. Dah setel beli, Zulaikha terus makan dalam keter. Nak KENTAM=kentang goreng. Yang tu je dia makan. Pastu milo.. suka sgt la dia.. air sejuk.. 

Balik rumah, dia mintak nak makan lagik. "ibu.. nak KACIKKECIK..." Ninie pun ambik nasi yang dah siap masak + sup yang dah siap. Bagi kat dia.. Dia tak nak. Nak KACIKKECIK.. Puas fikir apa dia.. Last-last dia ambik bag kertas mcdonald. Duk jenguk dalam tu cari KACIKKECIK... Rupanya KACIKKECIK tu .. ni dia..
Bubur ayam. Selalunya kalau g mcdonald mmg beli bubur yg kecik. Huhu maafla zulaikha. Ibu lupa nak beli. Pujuk-pujuk dia. Akhirnya dia makan juga burger mcchiken. Lepas tu sambung plak makan KACIKCHOP. Mmg kuat makan.. Seblum tido, susu 2botol. huhuhu.. 

Wednesday, August 15, 2012

Berwap dan Tepukan Percussion Kurangkan Selsema Yusouf

Kalau anak x sihat ni, mmg sangat membimbangkan., macam-macam cara kita cuba buat untuk legakan dia kan. Ninie ingat, baby Yusouf je yg selsema. Rupanya ramai anak kawan-kawan Ninie yg kena selsema dan batuk. Ada jugak yg dah admit ward. Kesiannya.. Dan.. kebanyakkan duk taska. Tapi nak buat mcm mana. Mmg taska je paling mudah nak hantar anak.

Bila duk sembang ngan kawan-kawan kat FB pasal hal anak-anak selsema ni, Ninie pun mengoogle la. Nak cari alternatif lain untuk hilangkan selsema baby. Baby kan tidak digalakkan ambil sebarang ubat. Terutamanya ubat batuk. 

Ninie jumpa artikel pasal "Tepukan Percussion". Teknik tepukan digunakan oleh fisioterapi untuk longgarkan kahak dalam dada baby. Teknik ni kita pun boleh buat kat rumah. Ninie ingat masa Zulaikha admit kat KSH sbb pneumonia, fisioterapi sedut kahak dia mmg guna mesin, tapi sebelum tu, diaorg akan buat tepukan percussion untuk longgarkan kahak. Boleh refer artikel ni. Teknik Tepuk Bantu Masalah Kahak Bayi. Ada byk lagik artikel boleh refer. Tapi yg  ni senang.. Bahasa Melayu (lembab skit bila bukan bahasa ibunda ni..). huhuhu..
*cara-cara bulatkan tangan untuk tepuk semasa buat percussion
Satu lagi kita boleh cuba wap kan baby. Semalam Ninie buat kat baby Yusouf. Mula-mula isi air panas dlm bilik air. letak la dalam baldi, or kalau dah ada waterheater lg senang.. Just tadah je la kan. Tutup pintu bilik air. Bagi wap tu banyak. Pastu mandi kan baby ngan air suam. Dalam 15minit g tu. Ninie mandikan lama juga. Sampai hingus dia meleleh. Curah-curah air atas kepala dia.. 

Lepas mandi, terus Ninie sedut hidung dia, ngan penyedut hidung. hahah.. teringat  zaman Zulaikha. Ninie beli dah penyedut hingus ni. Jenama tenderly. Tapi x reti guna.. Masa Yusouf selsema ni baru reti guna. Rupanya kena picit bg angin x ada dulu, baru masukkan dlm hidung baby.. pastu lepas, nnti kalau ada hingus, terus hingus termasuk dlm lubang penyedut tu.. Dulu, puas belek-belek, x reti guna, simpan je dlm laci. Sekrg dah guna semula. Mmg sangat-sangat membantu bila Yusouf tersumbat hidung.
Pagi ni, alhamdulillah, nampak Yusouf makin redha selsema. Kalau x, ngan mata dia sekali bertaik mata. Kalau bangun pagi, penuh mata ngan hidung ngan hingus.. harini nak continue lagik buat teknik tu seme.. Moga-moga anak ibu cepat sembuh. Kakak, alhamdulillah dah sihat. Selsema Ninie pun dah ok sikit. Agaknya pasal duk berwap ngan Yusouf semalam.. :-)

Tuesday, August 14, 2012

Akhirnya....

Akhirnya.. Ninie pun dah kena selsema. Semalam balik dari keje, rasa sakit tekak. Pas mandi rasa hidung tersumbat. Benteng pertahan badan Ninie dah berjaya di tembusi kuman. Dah duk serumah tu, mmg berjangkit jugakla. Aduila.. sekse kalau  hidung tersumbat ni. Nak menghembus, kena bawak tuala/sapu tangan jalan sama.. 

Sekarang ni Yusouf masih selsema. Kesian betul tgk dia. Batuk pun masih ada.. Zulaikha selsema dah ok. Batuk je sekali sekala. Tu pun sbb balik Balok kat umah tok sedap sgt dia minum air sunquik sejuk... Zex, batuk dah x ada.. Selsema.. mmm yg ni mmg x pernah ilang. Dia jenis resdung. Mmg hari-hari la selsema. 

Jangan la sampai raya selsema.. Baju raya lum siap jait lagik ni.. Baju Zex dah siap.. Baju Ninie ngan Zulaikha, 50% siap. Baju Yusouf.. Lum gunting.. Uwaaa.. sempat ke ni???

Monday, August 13, 2012

Jadual Breastfeed Bulan Ramadhan

Bulan puasa ni mmg production susu kurang sikit. Tapi Ninie x bimbang pun. Sebab masih cukup utk bekalkan ke taska. Masa Zulaikha dulu, kurang ilmu, banyak risau. Kot-kot susu tak cukup. Takut susu tak mewah mcm orang lain. Bila dah second baby ni alhamdulillah. Tak stress la. Mmg x risau la. Jangan risau kalau production susu kita x sama ngan orang lain. Janji cukup untuk anak kita. BF ni mmg kena byk sabar ye. Sebb masa kita banyak dihabiskan untuk sesi mengempam, cuci botol susu yg banyak.. dan luangkan masa utk DF ngan anak kita. Just enjoy the moment. Sebb tempoh menyusu 2tahun tu sekejap je..

Selalunya Yusouf bawak bekal g taska 4botol X 3.05oz. So bulan ramadhan ni Ninie x pam banyak kali pun. 2kali je sehari pam. Sbb kalau pam 3kali pun sama. Susu tu x byk mana, sbb selang jam tu x lama. Ninie pun balik awal bulan puasa. Selalunya Ninie pam kul 7.30am ngan 2.00pm. Mmg cukup-cukup susu untuk bawak g taska esoknya.

Ada jugak hari Yusouf x minum banyak. Kekdg cikgu pulang balik sebotol. Yusouf ni jenis minum susu 2jam sekali. Kalau malam dia x kerap bangun. Kalau pukul7mlm dia dah tido, dia akan bangun kul12mlm sekali, pastu esok paginya. Kekdg kul4pg kekdg kul6pagi. Mmg ibu boleh tido lena.

Stok simpanan susu pun x byk. Yusouf ni banyak Ninie Directfeed dia. Jadi x kisah sgt stok susu x banyak mana. Sekrg ni pun Yusouf dah umur 3bulan. Kejap je masa berlalu. Lagi 3bulan abis la tempoh exklusif BF. X sabar rasa... :-)

Friday, August 10, 2012

Eizz Yusouf dah 3bulan

9hb Ogos 2012: Kalau hari cucuk anak, Ninie mmg ambik cuti. Sebb cucuk kat klinik Balok. Mesti lama g sana. Lagipun boleh balik umah mak :-) Dah plan, Zulaikha, hantar g taska. Ntah mcm mana, dia mcm tahu je. Boleh plak Zulaikha bangun awal.Kul6.30 pagi dah bangun. Bila suruh dia g taska. Kompem la x nak. Nak ikut Eihhh LUuuuCOH katanya.. (nama adik lawa-lawa.. dah jadi g tu... huhuhu ). Sanggup dia mandi pagi-pagi nak ikut punya pasal. Sampai umah mak, bila jumpa Hannan, x ada dah nak ikut Eihhh Luuucoh. Main ngan Hannan aje la. 

Yusouf dah 3bulan.Cucuk imuniasi utk 3bulan. X nangis pun kena cucuk. Bagus betul.. kagum ibu. Bulan lepas, kemain maraung.. Hebat anak ibu :-). Berat Yusouf naik 400gram. Sekarang ni dah 6.4kg. Tinggi naik 4cm. Sekarang dah 63cm. 

Balik klinik. Sib baik la Tok Mi tolong jaga Yusouf, boleh ibu jahit baju melayu apak. Alhamdulillah siap 3/4.  Esok nak sambung jahit. Baju ibu ngan Zulaikha lum siap.. Rasa mcm nak buat baju Yusouf jugak la.. Nak kena cari kain mcm apak la nanti ni. Sempat kot jahit.. InsyaAllah.. :-) chaiiiyokkk ibu!

Thursday, August 2, 2012

Jahitan: Dust Cover PC

Comei x? Hahaha.. Dust cover ni tetiba je dtg idea nak buat. Kesian kat Zex. Dust cover lama dah koyak Yg lama tu pun kain lebih-lebih buat langsir. Tu yang dia tanya mana pergi plastik balut TV yg baru beli. Dia nak plastik tu, nak buat dust cover PC dia. 

Lepas habis jahit table runner lin, ada masa byk lg seblum masak utk sahur, Ninie teringat ada bag bantal. Bila kita beli bantal dpt bag  ni sekali. Terus Ninie g cari, ukur pada PC dia, kompem bleh buat. Sbb bag ni ada banyak. Simpan lama dah, x guna pun. Kejap je jahit sbb ukuran dust cover lama dah ada.
Ada lebih lg satu bag ni.. mmm nak buat dust cover monitor PC dia la. Zex suka sgt dpt dust cover baru! weee~

Jahitan: Table Runner Tempahan dari Lin

Warminggg Up! lama gila x menjahit. Sejak pregnant hari tu, mmg x menjahit sgt. Pasal malas sgt rasa. Ngan x larat lagik. Sampai Lin tempah ni dah lama sgt x berjahit pun. Dia pos kat Ninie masa Ninie preganant. Sib baik Lin ckp x apa lambat pun. Lambat gila.. hahah. Janji sebelum puasa, x jahit jugak. Ada anak bz nye la. Nak sentuh je mesin, kakak Zulaikha dah dtg nak jahit sama..

Semalam tido kan anak-anak dulu, baru Ninie bangun menjahit. Kul12mlm Ninie bangun. Lin suruh Ninie jahit table runner satu, alas microwave satu ngan alas oven satu. Table runner Ninie dah siapkan hari seblumnya. Tinggal jahit dua alas ni je lg. Dah siap jahit, Ninie nak kena jahit tangan benda yg panjang mengurai pada table runner tu. Payah betul nak cari. G SSF jumpa pun saiz kecik. Bantai la Lin oooi.. puas cari satu Kuantan x jumpa pun org jual.. Kecik ni je la yang ada. 

Bila dah siap jahit benda alah tu, x tergambar rasa gembira, sbb dah selesai tempahan Lin ni. Rasa nak melompat je masa tu .. tapi....
Aduilaa... bleh plak silap jahit.. mcm mana ntah bleh jahit blah penjuru tepi.. satu keje plak nak kena tetas. Baru berangan nak tido pas jahit... Rasa nak jerit je.. Siap kul3pg. Malas dah nak tido, jap lagik nak masak untuk sahur plak.. x ada keje.. cari keje .. aduila.. 

Batuk Yusouf Makin Kerap

lena tido atas pangkuan ibu..
Batuk Yusouf berjangkit dari kakak dan apak. Makin hari makin kerap dia batuk. Kahak pun ada sekali. Risau sgt ibu.. So apak ckp, bawak g jumpa doc. Semalam ibu terpaksa bawak Yusouf g jumpa doc. Risau takut jadi mcm kakak Zulaikha dulu. Lebih baik bawak g jumpa doc awal-awal sebelum melarat. 

G ambik Yusouf kat taska kena menyorok dari kakak. Kalau dia nampak nanti mau meraung nak ikut. Cikgu ckp, Zulaikha tgh main dalam kotak. Asyik sgt main, x perasan ibu datang. X bleh bawak dia sekali sbb Ninie g sensorg je ke KSH tu.

Tgh tunggu doc, ada sepsg parents bawak baby yang masih dlm pantang. Dgr dia sembang nurse. Anak dia besar. 4.67kg!!!.. mak aiii ingatkan Yusouf dah besar, rupanya dia lagik besar. Mulut ni nak je tanya bersalin normal ke? Sbb tgk dia tu steady je. Lepas dia masuk je jmpe doc siti, terus tanya nurse.. huhu sibuk nak tahu kan.. dia operate rupanya.. x terbayang kalau bleh salin normal anak besar mcm tu.. Kebetulan atau apa ye.. asyik dgr org bersalin besar je tahun ni. Ke.. sbb tahun naga air??? hahaha ada kaitan x?

Dah jumpa doc, doc ckp jgn bimbang. Paru-paru dia ok.. Telinga dia clear. Eizz Yusouf x demam. Doc bg ubat titik dalam mulut & dan hidung. Sbb hidung dia pun selsema. 
Doc suggest Yusouf pakai cream ni. Sbb kulit Yusouf sensetif dan sgt kering. Itu mandi mmg pakai sabun PH5.5. Kulit dia still problem. Kekdg tetiba muncul ruam... kekdg mcm kena gigit nyamuk.. Kulit dia kalah kakak.. hai la anak ibu.. dua-dua maintenance tinggi.. sabo je la.

Wednesday, August 1, 2012

Belum Kembali Ke Bentuk Asal

Berat last Ninie masa mengandungkan Yusouf, 80kg. Berat gila kan? tapi berat lagi masa ngandungkan Zulaikha.. 84kg. Mcm anak beruang! Anak beruang besar pun comel.. Ini.. mmm x tahu la nak kata. Lepas bersalin, turun la dalam 10kg. Berat Yusouf 4.28kg. Uri dia dah sekilo lebih.. Air la darah seme.. So turunla sampai 10kg. 

Lepas sebulan berpantang turun sikit je. Turun ke 65kg. Tapi kira ok la.. total penurunan berat 15kg. Ni masuk bulan puasa, makin slim dah saya :-)) dah 62kg. Tapi.. x ada pun org kata saya nampak kurus.. :-(( maknaya saya kena turun lagik berat. 

Ninie mmg x berdiet. Sbb breastfeeding x sesuai nak diet. Jadi makan aje sesuka hati. Kalau ikut sejarah lampau, pas 6bulan, kalau betul-betul breastfeed, mmg boleh turun lagik berat Ninie. Tapi x tahu la kali ni. Harap-harap leh turun sampai 57kg. Berat seblum mengandungkan Yusouf... Kalau boleh slim lagik.. 55kg. Mcm masa anak dara.. eh anak dara dulu lagik kurus.. 47kg je. Macam x caya je pernah kering mcm tu.. Huhuhu. Kalau kering sgt nnti org ckp Zex x bagi makan plak kan... Huhuhu

linkwithin

Related Posts with Thumbnails