Pages

Thursday, July 12, 2012

Zulaikha sayangkan Yusouf

Lama x  update blog. Dah berabuk. Ada anak dua, sekali lg ditekankan, saya sgtla bz (mcm dia sorg ada anak dua. org lain lg ramai x heran pun.. ).. hahahah

Zulaikha masa mula-mula dapat adik, dia x ada pun tunjuk aksi extrem. Ninie risau jugak kalau dia dengki ngan adik dia, buat kat adik dia ke.. tp sangkaan Ninie amatla meleset sama sekali. Dia sayang sgt adik dia. Kali pertama dia jumpa adik, terus cium adik. Tapi yg kelakarnya dia ckp, "Ibu beli?? beli kat lokter=doktor??" .. susah payah ibu mengandung ngan bersalin, dia ckp ibu beli.. ish ish ish..

Walaupun dia x tunjuk sifat dengki ngan adik, tp sebenarnya dia sangatla dengki.. Mau x nyer, selama ni dia sorg2 je.. tetiba adik ada, masa ibu dah byk utk adik.. tp Zulaikha ni baik, dia dengki pun cara baik..  Dengki paling biasa, bila ibu riba adik, dia pun nak jugak, "ibu, nak tido riba ibu..." kesiannya Zulaikha kan.. Terpaksala Ninie pangku Yusouf, Zulaikha, Ninie riba walaupun x muat sgt dah.. Sampai la tertido.. Hampir tetiap malam mcm tu masa awal-awal.

Kekdg dia dengki ngan adik, dia lompat2 atas katil tempat adik tido.. Dah adik berjaga. Ibu masa tu mmg sakit mental sungguh.. Adik x tido, kakak pun x tido. Tetiap malam dia tido kul 12mlm ke atas. Tapi lama-lama Zulaikha makin ok.. dah x kisah sgt.. Alhamdulillah.. lega skit mental ibu ni..
Mula-mula pasang playpen, dia dah masuk dulu, x sempat adik nak masuk pun..
carseat adik pun dia yang masuk.. sambil tgk tv. Selalunya kalau dia guna je barang adik, mesti dia ckp ..."ibu ikha pinjam eh..."

Ibu x marah pun sayang.. pinjam la. Dua-dua anak ibu :-)


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails