Pages

Tuesday, July 31, 2012

Rutin Harian Breastfeeding Bermula Kembali

Lama dah rasa tinggal BF ni. Last tahun lepas.. mcm la lama sgt.. hahah. Tahun lepas masa umur Zulaikha setahun 6bulan. Ninie mmg x bg langsung dah dia menyusu. Sbb x dtg period. Ninie nak sorg lg Baby, bila stop BF baru dtg period. 2 kali je period, terus pregnnat kan Yusouf :-)

Ninie ingatkan bila anak ke-2 ni susu senang nak keluar masa awal kelahiran. Hari pertama tu  mmg keluar, tapi x banyak.Puas susukan Yusouf tapi still sama je. Sampai Yusouf nangis sbb lapar x cukup susu. Akhirnya Ninie mengalah, bg dia susu formula. Lepas dah urut dan mandi air suam banyak kali, baru la susu keluar  ngan byk. Terus Ninie stop susu formula. Alhamdulillah sampai sekrg masih susukan Yusouf. 

Tapi anak ke-2 ni mmg lain.. Mungkin juga sbb Yusouf anak lelaki, kuat menyusu. Tapi Yusouf menyusu x kerap sgt. Cuma sekali menyusu kekdg sampai 4.0z. Tapi setakat ni x ada la masalah sgt. Sbb dah ada pengalaman yg lepas. Barang-barang utk BF pun seme guna yg Zulaikha. 

Ni bulan puasa, susu mmg sikit aje. Tapi.. masih cukup utk bekalkan untuk Yusouf di taska esoknya. Cuma bimbang juga la takut x cukup. Baru ni kawan Ninie suggest ambil shaklee. Dah beli pun ngan dia.. ! Dalam proses mencuba.. Hopefully byk la susu nanti. 

Ninie x byk sgt buat stok. Sbb anak dua org ni, rasa mcm bz je. Selalu skip  rutin mengepam kat umah. Kalau kat opis mmg ikut. Kekdg tu malas juga.. Tapi lawan perasaan malas tu. Bila fikir pasal anak, terus semangat balik :-) hik..

Yusouf Selsema Jangkit Ngan Kakak

Kakak ngan Apak dua-dua selsema & batuk. Yang kakak ni suka sgt cium adik.. Selalu dia mintak.. "ibu nak muahhhh adik.." nak cium la tu. Kalau x bagi pun.. dia cium jugak adik dia.. Kekdg dia suka masuk jari dalam mulut adik dia.. Puas larang. Kalau nampak bleh la tepis-tepis tangan dia. Ni plak masih tido sebilik, kecik lagik dua-dua ni.. kenala tido sebilik lagi kan.. Tido malam-malam mcm-mcm bunyi ada.. Bunyi apak batuk, bunyi kakak batuk.. Ni adik plak batuk ngan selsema. Tapi sekali sekala je la.

Semalam, dalam kul6 pagi, tetiba adik nangis, sbb hidung dia tersumbat. Tgk kat hidung x ada plak hingus. Tapi bunyi dia bernafas mcm ada hingus.. Risau adik jadi mcm Zulaikha dulu, jangkitan telinga tengah sbb selsema keluar ikut telinga.. Ninie pun apa lagik, terus sedut hidung adik ngan mulut je. Masa Zulaikha dulu, x pernah pun buat g tu.. Huhuhu.. Lepas sedut tu, terus keluar hingus dia.. hijau... Dah la ibu puasa.. masin! hahaha. Terpaksa eh.. Pastu sambung sedut hingus dia pakai penyedut hingus.. Banyak jugak hingus dia keluar.. baru la dia nampak happy bleh bernafas..

Lepas tu terus mandikan dia ngan air suam, bagi hingus dia cair.. pastu sedut lg  ngan penyedut hingus.. Tiap kali mandi terpaksa buat g tu.. Alhamdulillah dah beransur baik .. Lega ibu.. Batuk je blum reda.. Kakak dah nampak ok. Bila anak-anak x sihat ni, ibu la paling risau.. mmg mcm pak guard la. Berjaga, kejap-kejap tgk anak.. Sabar ye ibu.. 

Cepatnya Yusouf Membesar

Yusouf sekarang dah 2bulan lebih. Tapi badan dia... mmm semua org ckp dah mcm budak 4-5bulan. Yerla dia pun mmg lahir dah besar. Berat dia naik tetiap bulan normal aje. Senang nak dukung budak besar mcm Yusouf ni. Kalau kecik, takut jugak nak pegang kan.. Cuma x daya, pegang lelama, lenguh tangan. Jangan x tahu, masa Yusouf umur sebulan, Ninie pernah terkehel leher, sbb Yusouf ni berat. Ninie pangku lelama, jadi lenguh bahu blah kiri. Siap g jumpa tukang urut sampai 2orang.. X jadi jugak, jumpa doc, doc bg ubat urat. Sekarang ni dah biasa sikit, baru dah x sakit urat.. 
Yusouf dah mula meniarap masa umur sebulan. Tapi masa mula-mula tu x kerap la dia meniarap. Kekdg tido malam pun dia meniarap sendiri. Ni dah umur 2bulan lebih, pantang letak atas tilam, mesti dia meniarap. Dah tegak kepala dia. Cuma bimbang takut dia penat je lelama.. tp dah dia suka, biar aje la kan..
Suka sgt meniarap.. Kakak Zulaikha dulu.. rasanya 4bulan baru meniarap.. 
Kalau x nak bg dia meniarap.. terpaksa la guna bantal ni. Duk diam-diam ye. Ibu nak buka puasa ni.. Kejam x ibu? huhuhu nanti golek sana-sini, ibu plak x tenteram nak makan.. 

Friday, July 20, 2012

Zulaikha ngan Apak Batuk

Sekarang ni mmg musim kot, ramai kena batuk ngan selsema. Musim x menentu. Kekdg panas, kekdg hujan. Kat kuantan ni, 2-3 harini hujan je.. Zulaikha ngan Zex dua-dua batuk. Semalam batuk Zulaikha makin teruk. Kerap dia batuk. Suruh Zex g farmasi beli ubat utk dia. Doc Siti x pernah bg ubat batuk kat Zulaikha, ubat kahak aje. Nama ubat tu BUTYLIN syrup. Yerla arahan kementerian Kesihatan, Kanak-kanak bawah 2tahun x boleh ambik ubat batuk. Walapun Zulaikha dah lebih 2tahun, sampai sekrg mmg continue je ngan ubat kahak ni.

Kalau dia batuk teruk, Ninie akak letak vicks kat dada, belakang ngan tapak kaki dia. Pastu pakaikan setokin. Baru dia boleh tido. 
Zex plak makan ubat jenis yg ada drug. Pas makan ubat je, tido.. Habis kuasa ubat, siap main game... Ish apak ni.. Ninie ingat dulu masa Ninie batuk, doc bg ubat jenis PROSPAN ni, Dia buat ngan ivy leaf. Mmg bagus sgt, sbb x ada drugs. Mmg x ngantuk.. Pastu mmg legakan batuk dengan cepat. Abah Ninie pun haritu batuk lama sgt, Ninie suruh dia makan ubat jenis ni. Alhamdulillah reda cepat batuk dia.. Ubat ni ada jual kat watson dan farmasi. Nanti nak cari utk apak lak.. Asyik makan ubat batuk yg ada drugs je.. 

Wednesday, July 18, 2012

Zulaikha demam

Balik dari taska Jumaat lepas, Zulaikha byk diam. Mulanya x kisah sgt, tp tgk dia baring je duk ngadap Tv. selalunya mulut dia kemain riuh ngan melompat, dengan kata lain x pernah duk diam. Malam tu plak Zex ajak kengkawan dia dtg umah buat BBQ kat umah. Apak kalau dah jumpa kawan, mana la perasan perubahan anak dia kan.. Ninie rasa badan dia mmg panas. Terus ambik jangkasuhu.. mmmm 39c. Kebetulan plak semua ubat dia tertinggal kat Balok. So suh apak rushing g klinik Annisa kat taman ni. Sib baik ada ubat jenis Axcel ni. Zulaikha x suka ubat demam lain. Kalau bg dia akan muntah semula.

Agak lama jugak dia demam. Sabtu tu demam kejap petang. Ahad demam semula lepas tgk rusa kat Taman teruntum. Malam tu sampai ninie terpaksa riba dia tido.. Basahkan badan dia. Sbb takut demam makin melarat. Isnin berikutnya sib baik Ninie x keje lg, so x yah dia g taska. Bila dia demam mmg kesian sgt. X aktif. Tula risiko duk taska.. baru duk 2minggu dah kena demam.. Doktor pesan, kalau anak duk taska, walaupun dia dah mandi kat taska, balik rumah mandi sekali lagik.. untuk pastikan dia mmg bersih dari jangkitan di taska.. Alhamdulillah dia dah sihat dari demam.. tp nampak mcm batuk plak tu.. kesiannya anak ibu ni..

Nak tgk monkey

Zulaikha mmg suka g taman teruntum. Sbb kat sana ada playground dengan binatang. Zex mmg suka usik dia, kalau dia merajuk, mesti zex buat-buat ckp ngan yusouf, "adik nak g tgk monkey??".. kalau zulaikha tgh merajuk, bila dgr je, terus ilang merajuk dia.. mesti dia dtg bgtahu "hujan... x leh g tgk monkey.." hehehe . Dengki takut apak bawak adik je.. dia x bawak... 

Bila g taman teruntum, bukan dia tgk sangat pun monkey, yg dia suka sgt.. aktiviti bg rusa makan. Terpaksa la apak beli kacang RM2 ngan penjaga rusa tu. Suka sgt dia tgk rusa tu rebut makan kacang dia bagi.. "jgn lebut-lebut..." hahah mcm la rusa tu faham kan..

Thursday, July 12, 2012

Eizz Yusouf dah 2bulan

9 Julai (Isnin) 2012, g klinik Balok. Yusouf dah 2bulan. So harini kena cucuk imunisasi. Masa cucuk, meraung mcm kena pukul.. Huhuhu. Kesian adik.. sakit ye. Berat Yusouf dah 6kg dan tinggi 59cm. Padan la tok merungut riba dia.. berat kemain lagik yer... 

Yusouf dan Zulaikha tetap bersama

perhhh tajuk atas tu.. mcm jiwang karat.. hahaha.. padahal nak citer pasal anak-anak je. Semalam Ninie dah g rumah pengasuh yang nak jaga Yusouf. Mmg sukala, sbb umah dia bersih, pas tu ada anak yg makcik tu jaga bersih je.. Tapi kan.. Ninie x jadi hantar sebab Zulaikha. Dia x nak adik dia asing tempat ngan dia. Kalau dia nampak Ninie bg org lain adik dia, mmg dia merajuk, terbaring la atas lantai, x kira la lantai bersih ke x.. Mesti dia menangis mintak ambik balik adik dia. Jadi terpaksa la Ninie hantar ke taska sama ngan dia... kita tgk la nanti mcm mana aksi dia bila adik duk taska sama ngan dia.. Next week Ninie dah start keje.. eee sukenyeeeeee!

Zulaikha sayangkan Yusouf

Lama x  update blog. Dah berabuk. Ada anak dua, sekali lg ditekankan, saya sgtla bz (mcm dia sorg ada anak dua. org lain lg ramai x heran pun.. ).. hahahah

Zulaikha masa mula-mula dapat adik, dia x ada pun tunjuk aksi extrem. Ninie risau jugak kalau dia dengki ngan adik dia, buat kat adik dia ke.. tp sangkaan Ninie amatla meleset sama sekali. Dia sayang sgt adik dia. Kali pertama dia jumpa adik, terus cium adik. Tapi yg kelakarnya dia ckp, "Ibu beli?? beli kat lokter=doktor??" .. susah payah ibu mengandung ngan bersalin, dia ckp ibu beli.. ish ish ish..

Walaupun dia x tunjuk sifat dengki ngan adik, tp sebenarnya dia sangatla dengki.. Mau x nyer, selama ni dia sorg2 je.. tetiba adik ada, masa ibu dah byk utk adik.. tp Zulaikha ni baik, dia dengki pun cara baik..  Dengki paling biasa, bila ibu riba adik, dia pun nak jugak, "ibu, nak tido riba ibu..." kesiannya Zulaikha kan.. Terpaksala Ninie pangku Yusouf, Zulaikha, Ninie riba walaupun x muat sgt dah.. Sampai la tertido.. Hampir tetiap malam mcm tu masa awal-awal.

Kekdg dia dengki ngan adik, dia lompat2 atas katil tempat adik tido.. Dah adik berjaga. Ibu masa tu mmg sakit mental sungguh.. Adik x tido, kakak pun x tido. Tetiap malam dia tido kul 12mlm ke atas. Tapi lama-lama Zulaikha makin ok.. dah x kisah sgt.. Alhamdulillah.. lega skit mental ibu ni..
Mula-mula pasang playpen, dia dah masuk dulu, x sempat adik nak masuk pun..
carseat adik pun dia yang masuk.. sambil tgk tv. Selalunya kalau dia guna je barang adik, mesti dia ckp ..."ibu ikha pinjam eh..."

Ibu x marah pun sayang.. pinjam la. Dua-dua anak ibu :-)


linkwithin

Related Posts with Thumbnails