Pages

Friday, June 29, 2012

Kelahiran Eizz Yusouf

Lamanya Ninie x menaip. Bukan malas, tp sangat bz. Bz ngan anak-anak. Baru tahu dah anak 2orang ni mcm mana kan... Ninie nak mengimbau kenangan bersalinkan anak ke-2 ni. Macam mimpi ngeri jugak la rasanya.

Ninie due patutnya 30 April, doc kira due Ninie 2 Mei. Yela bulan Feb kan sampai 29hb je. X kisah la.. lebih kurang je tu kan. Mulanya Ninie apply cuti ngan bos tarikh due, pastu Ninie ubah fikiran disebabkan x larat sangat-sangat g keje. Berat betul perut Ninie rasa masa tu. So, Ninie apply cuti awal 2minggu dari tarikh due. Seronok bukan main bercuti. Terus duduk kat umah mak kat Balok. Bukan apa duk sana, mana tahu duk sorg-sorg kat umah, tetiba nak bersalin, Zex x ada g keje, x ke haru kan... Hari-hari Ninie duk ikut mak ngan mak-mak sedara berjalan-jalan. Kononnnya nak excercise bagi cepat dan mudah bersalin la... tapi.. dugaan Allah bg..

Ninie menunggu lama jugak baby ni nak lahir, lewat sampai dah 6hari. Sampai rasa masa tu dah terdetik, adui.. x nak dah mengandung lagik, sbb lama sangat tunggu baby ni nak keluar. Ninie ingatkan kelahiran yang ke-2 ni makin mudah, tapi Allah uji betul-betul Ninie. Ninie start sakit kul 4pagi 7 Mei 2012. Tapi Ninie buat steady je sbb, Ninie tahu lambat lagik nak bersalin ni, sakit main-main. Ninie tunggu jugak  tanda-tanda keluar, pun x ada. Tapi sakit kali ni berbeza ngan masa Zulaikha dulu, kali ni sakit dia yg amat sakit w'pun selang-selang sejam atau setengah jam. Ninie terus call doc Khaled, doc suruh dtg klinik nak cek jalan.

Masa doc cek jalan, Ninie rasa sakit sgt, Ninie duk mengimbau masa Zulaikha rasanya x sakit pun cek jalan. Doc ckp dah bukak 2cm. Fuhhh ada rasa kelegaan masa tu sbb maknanya Ninie akan bersalin hari tu. Doc suh admit masuk wad.

Dah masuk wad, paling seksa, Zulaikha. Dia x nak ngan org lain. Nak ngan apak dia je. Mujur lah mak ngan Ummi Ton ada. Kalau x, berperang la ngan Zulaikha tu. Ninie mmg harap sangat Zex teman Ninie bersalin nanti, tapi nak buat mcm mana, Zulaikha x nak ngan org lain. Terpaksala Mak ngan Ummi Ton yang mengadap Ninie yang duk menahan sakit. Ninie masuk wad dah petang. Tapi masih sama sakitnya, selang sejam..kekdang setengah jam.

Ninie bajet, malam bersalin, tapi x jugak, rasa berkecamuk fikiran bila dah tiba malam. Ngan kerenah Zulaikha lagik. Dugaannya la. Zex terpaksa bawak Zulaikha balik umah Mak Ninie, sbb dah lewat malam, dia nak tdo. X nak plak dia tdo kat wad sama ngan Ninie.

Malam tu dah mula sakit kerap, tapi Ninie tahan. Nurse dtg bgtahu Ninie sesuatu yang sgt mendebarkan. Nurse tanya, doc ada ckp apa-apa x? Ninie ckp, x... Nurse tu bgtahu, yang anak Ninie kedudukan dia muka mengadap ke atas dan pintu rahim Ninie kebelakang. Sebb tu bila cek jalan Ninie rasa sakit sangat. Lagi bertambah berkecamuk fikiran Ninie. Cuma dalam hati, Ninie berdoa semoga Allah permudahkan.. Sakit x payah citer la, menitik air mata ni menahan.

Dah lewat malam, Ninie tgk Mak ngan Ummi Ton sedap tido. Kesiannya Ninie tgk diaorg tu. Ninie berusaha menahan sakit, x nak la gerakkan diaorg tido setakat sakit kejap-kejap tu. Dalam kul4 pagi, Ninie rasa makin kerap sakit. Mmg sakit yang amat. Tapi pelik sampai sudah x ada turun tanda-tanda. Ummi Ton dengar Ninie mengerang kesakitan, dia kejutkan Mak Ninie bangun. Mereka berdua la yang duk melayan Ninie sakit. Akhirnya Ninie serender suruh panggil nurse. Nurse dtg cek jalan, dah 5cm. Terus tolak ke bilik bersalin. Sebelum masuk tu sempat lagi Ummi telefon MokDe mintak tolong PokDe buatkan air sulusuh. Pokcik Aman yang dtg ambik dan hantar. Terharu sangat rasa sebb famili Ninie yang sangat prihatin.

Sebelum g bilik bersalin, Ninie masuk bilik air nak buang air, sib baik Ummi pesan jangan kunci pintu. Masa dalam bilik air, tetiba sakit dtg menyerang, nasib baik ada besi tempat sidai tuala, Ninie sempat paut besi dari terjatuh. Ummi pelik Ninie lama dlm bilik, terus dia masuk. Terkejut la dia bila tgk Ninie duk bergayut kat besi tu menahan sakit..

Dalam bilik bersalin, Ummi je teman, Mak x nak masuk, sbb dia ckp dia x sanggup nak tgk. Ninie ingat lagik rasa sakit dia, macam nak putus nyawa. Ummi la tenteramkan Ninie. Payahnya nak keluarkan baby ni. Rupanya baby ni besar. 4.28kg. Terkejut Ninie. Zulaikha dulu, sekali teran je dah keluar. Ini berpuluh-puluh kali teran, masih x keluar. Sampai Ninie menangis dah. Tapi Ninie nak jugak bersalin normal. Ninie nekad nak teran sekuat hati. Doc sampai ckp, Ninie rehat dulu kalau x daya. Ninie dengar Ummi berzikir, bidan pompuan tu berzikir. Doakan Ninie senang nak bersalin. Terharunye.. Ummi ckp, dia ngeri tgk Ninie menahan sakit..

Akhirnya baby ni keluar juga lepas Ninie berhempas pulas meneran. Teran yang terakhir, Ninie jerit sekuat hati.Sbb x tahan sangat sakit. Mak kat luar pun bleh dengar Ninie menahan sakit. Mak ckp, dia sedih, sampai nangis.... Bila baby dah keluar, hanya Allah yang tahu betapa nikmatnya hilang dari rasa kesakitan. Patutla syurga bawah tapak kaki ibu....

Bila doc letak atas perut Ninie baby, Ninie rasa terharu sangat..  Ninie ngan Zex letak nama dia Eizz Yusouf, bermaksud kemuliaan Nabi Yusouf. Zex nak letak yusouf je, tapi ntah la Ninie nak sangat nama Eizz tu. Mulanya x ada huruf E, tapi Ninie letak sbb kemuliaan dalam bahasa arab hurup Ain.. Nak bg bunyi Ain.. tu yg taruk E... Lahir pada pukul 6.15am. Sempat doc g solat subuh lepas tu..

Alhamdulillah Ninie selamat bersalin. Bersyukur kepada Allah kurniaan Ninie anak lelaki. Dah sepasang. Semoga Eizz Yusouf menjadi anak yang soleh.

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails