Pages

Tuesday, April 10, 2012

Jalan-jalan hari sabtu

Dah lama x bawak Zulaikha jalan-jalan. Minggu-minggu sebelum ni mmg balik pekan atau balok je. Apak keje sabtu Ahad. Minggu lepas apak x keje, boleh la bawak Zulaikha jalan-jalan. Suka kemain dia. Nampak sgt mcm x pernah keluar dari rumah.. ish ish ish..
Sebb ibu kesian kat apak, so apak x yah masak tengah hari, kita makan kat Mcdonald TC.
Sama je patern dua beranak ni kan.. 
Pas makan, kita excerise. Zulaikha nampak happy sgt masa lepas dia berjalan-jalan. Kebetulan ramai budak-budak main buih sabun. Suka betul dia.. pastu dia ckp "ibu, nak belommmm".. ikutkan ibu, beli aje, tp apak x bg, apak ckp, nnti ikha buat tumpah... kesian kat anak ibu..... 

Tengah jalan-jalan, bau semacam je, rupanya dia telah membuat pelaburan. Apak mmg give up la, terus nak balik umah, tapi ibu tabahkan hati. g Mcdonald, setelkan Zulaikha, w'pun tandas tu muat-muat badan ibu je nak masuk. Bukan apa, baru je sampai x kan nak balik kan, Zulaikha x puas lg jalan-jalan. Nampak sgt muka dia happy g jalan-jalan...
Dah puas jalan kat TC, bawak plak g taman teruntum. Rasa boleh beranak ibu, duk naik  turun bukit. Lupa nak snap gambar masa dia tgk burung ostrich, dia siap tunjuk balik mcm mana ostrich tu buat hangguk-hangguk kepala. Semlm kat dlm keter dia paksanya ibu hangguk-hangguk mcm ostrich... heheh
Kul6, ibu ajak balik, sbb x solat asar lagik. Tapi dia mengamuk x mau balik. Nak main lg kat taman teruntum. Masuk kereta, merajuk, duk kat bawah, kat atas lantai tempat letak kaki.. Tapi x aci, siap alas kepala ngan bantal, merajuk apa g tu..
Puas nak pujuk, at last, apak ckp, kita nak g minum air sejuk... terus dia bangun.. Berhenti kat Mustafa cendol, jalan telok sisek, minum cendol ngan ABC.
tu dia, menikmati cendol. Dia ckp, minum ayurr=sayur. Sebb cendol tu color hijau mcm sayur..
Lepas minum nak balik rumah, mengamuk juga, sbb kat situ banyak ikan dalam kolam, dia tak puas tgk. Mcm biasala dia, merajuk, sib baik dlm kereta ada cococruch, bila tunjuk, terus x jadi ngajuk.. hehehhe

2 comments:

  1. da dekat ngn Institut Latihan KEMAS Kuantan kannnn...dulu sy kursus kat sane...

    ReplyDelete
  2. cute mommy: ha ah dekat sgt la tu.. heheh

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails