Pages

Friday, March 23, 2012

Saya sgt letih

Minggu ni betul-betul emosi x keruan. Sebelum tido, selalu nekad nak bangun awal. Kunci jam kul 6.00 am. Bila jam bunyi, tekan snoozzz.. Tido balik. Kul 6.20am baru bangun. Masuk je kereta, mata layu. Badan penat sgt-sgt, ibarat macam x tido. Sampai je opis, dah rasa lapar, tapi cuma boleh makan kuih. Kalau mkn lebih, mcm nasi lemak.. mesti rasa nak muntah. Kekdg bukan rasa lg dah. Mmg muntah..

Duk ngandap keje kat opis, sebelum mencecah kul 12pm, mmg x larat. Nak bangun dari kerusi, sekse. Selalu duk dediam je dalam bilik... Kul12.30pm dah susah hati, x tahu nak mkn apa... Mula la kerah kengkwn pk nak mkn apa. Disebbkan saya ni ibu mengandung, diaorg layan la... 

Balik makan, duk dediam dlm bilik lagik, sampai waktu balik. Kecuali kena panggil ngan bos, atau ada meeting. Tunggu Mr.Zex dtg ambik, kul6 ptg. Pastu saya dah serabut balik, nak mkn apa mlm ni. Tapi syukur, Zex prepare semua makanan. So, saya makan je apa yg dia prepare. W'pun kekdg sy x selera langsung nak makan. Pernah saya tido je pas mandi, pastu saya malas makan.. Tapi kesian baby dalam perut. Duk tendang-tendang, last-last saya x boleh tido, saya bangun makan. 

Paling kesian, kat Zulaikha, saya x main pun ngan dia, dia main la ngan Zex. Kalau saya daya, mmg saya main ngan dia. Dia pulak sekrg ni asyik tido lambat je. mesti kul 11pm ke atas. Semalam je dia tido kul 1.pg. Zex dah tertido, saya la layan dia, w'pun x larat sgt. Kesian anak ibu ni..

Balik keje selalunya saya mmg baring je dalam bilik, dalam kepala tu macam-macam nak buat, tapi saya mmg rasa letih sgt.. Pagi nak g keje jadi byk keje. Baju belum gosok, bag Zulaikha belum kemas, rumah x yah ckp la, mcm tongkang pecah... 

Sekrg ni nak jalan-jalan sgt pun kaki saya dah sakit. Kaki dah start sembab.. Kekdg perut rasa sakit.. Kekdg rasa berat sgt bawak perut ni. Letihnya rasa.. Semoga Allah bg saya kekuatan dan dipermudahkan urusan nak bersalin nanti.Amin.. 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails