Pages

Thursday, March 29, 2012

Teringat-ingat kat Zulaikha

Pagi ni, Zulaikha bangun awal, mungkin sbb dia tido awal semlm. Selalunya g keje dia tido lagi. So, hantar taska mmg dia tido. Selalunya Zex hantar Ninie dulu, lepas tu hantar Zulaikha g taska. Tadi dia dah bangun, so, dia nampak la ibu dah  turun kat tempat keje. Ingatkan dia ok, dah cium pipi dia, ibu lambai-lambai la ngan muka happy, tetiba dia nangis.. Zex terus je bawak keter. Ibu pandang je anak ibu menangis-nangis dalam keter tadi. Ikut hati ibu, rasa nak ambik je bawak g opis tadi.. Aduilaa terkenang-kenang wajah dia menangis tadi.. kesiannya la..

Wednesday, March 28, 2012

Muntah tengah malam

Batuk Zulaikha x nampak teruk. Dia batuk sekali sekala je. Tapi, kalau dia batuk, mmg berserta ngan muntah. Lama dah dia batuk, jumpa doc pun dah. Makan ubat seme. Cumanya, mungkin sbb minum air sejuk kekdg. Dia pantang tgk kita minum air sejuk, dia pun nak jugak. 

Makan malam, Zex mmg minum air kosong selalunya. Tapi jarang minum air sejuk sbb x nak bg Zulaikha minum sama. Ntah ngapa la bapak semlm bawak keluar air sejuk. Tapi dia bg Zulaikha air kosong biasa. Mmmm anak dah besar ni, x yah la tipu, dia kenal mana air sejuk mana yg x. Dia x nak yg x sejuk. Dia mintak nak yg sejuk. Bila bg sikit kemain lagi suka. Ngan muka bangga " Sejukkkkkk niiiiiiiiiiiiiii...." Ibu malas nak tegur. Kalau ibu yg bg, mesti bapak bising. Kalau bapak bg, x aper.

Kemas-kemas bag sekolah Zulaikha, tgk cikgu bungkus baju dia ngan 2 plastik. Ni mesti kes dia muntah. Bila bukak plastik, mmg sepasang baju dia basah ngan muntah. Cikgu x ada dah cuci dulunya, dia masuk je dlm bag. Sib baik cepat tgk, kalau x berjeragat abis baju dia.

Malam nak tido, Zulaikha dtg kat ibu yg sedang tgk tv. Letak atas riba, ulik2 dia terus tido. Angkat dia bawak masuk bilik, tetiba dia batuk2. Ingatkan x ada apa, dah letak atas katil, dia terus muntah. Kul12mlm, apak ngan ibu kena mengiroh (mencuci la..) Dia plak bleh segar bugar biji mata. Boleh plak dia ckp, "Apak muntahhhh..." Apak dah mencuka muka sbb kena mengiroh.. hahaha.. 

Praktis jaga adik

 Entry ke-3 harini. Saje nak membanyakkan entry. Hehehe. Zulaikha mmg suka sgt stroller baby ni. Hari-hari dia tolak. Letak "adik". Adik tu segala jenis mainan dia yg ada. Kalau balik Balok, mmg bawak sekali, nnti dia ajak Tok g jalan-jalan bawak adik.. 
Ni adik kesayangan dia. Nyioooommmm=kucing. Kakak ipar bagi. Suka sgt nyiommm ni. Stroller ni mmg susah nak cari yg murah. Tgk harga kat Giant je RM78 dah mcm harga stoller yg betul je. Mmg sokmo belek je, tp x beli. Mahal sgt... Sib baik la g SSF, Kuantan. Nak beli barang lain, terjumpa stroller ni. Mmg berbaloi beli sbb harga dia murah, RM26 je. Suka sgt anak saya dpt stroller ni. Nak praktis jaga adik nanti :-))

Aksi akrobatik

 Hari-hari ni la kerja dia. Baru berbaloi ibu beli mainan ni kan.. Tapi mmg kena tgk dia buat apa. Sbb pernah dah sekali silap teknik, dia jatuh... 
Ini mmg x ada saper yg ajar. Sendiri dia je... Ibu duk kat depan, tukang sambut.. 

Lukisan baru

X perasan betul bila masa Zulaikha conteng dinding ni. Dinding bilik dia. Ngemas-ngemas bilik, baru la terpandang ke dinding ni. Aduila.. betul la ckp Zex, x yah susah-susah nak cat dinding. Tunggu je anak kita lukis.. nnti anak dh abis lukis, baru kita cat dinding umah. Jimat.. hahahaha.. Apa maksud lukisan dia ni kan.. Mesti atomen, angie bed, ngan fish.. darah seni ikut apak la kot. Ibu mmg fail bab melukis.

Tuesday, March 27, 2012

Bag baby belum ready

Semlm duk belek baju baby, dah beli semua keperluan, tapi belum ready dalam bag. Semalam dah buang tag harga kat baju. Zulaikha pun sibuk menolong. Bila tanya baju siapa.. pandai plak dia jawap "adik nyer..= adik punya"..

Dah letak dalam satu bakul baju nak basuh, tp x basuh lagik. Tetiba rasa x larat sebb muntah. Malam ni Ninie kena jugak basuh. Kena ready dah bag Ninie ngan Baby ni..

Tersalah urat

Mcm biasa, bila badan berat, habit paling best, baring-baring atas katil. Tapi mlm semlm, nak bangun dari katil, ntah mcm mana tersilap teknik bangun, krem pinggang. Ada ke org krem pinggang? Macam salah urat g tu. Rasa sakit yg amat sgt. Berair mata menahan kesakitan... 

Doc suggest makan iberect folic blah siang, dah mkn siang, mlm plak problem. Lepas je mengabiskan sudu terakhir hirup kuah, tetiba mual, berlari g tandas, abis semua muntah. Lagi rasa x daya, tgh mlm lapar sbb perut dah kosong.. Bangun kul12mlm, minum nestum 3 in 1 :-) lega sikit.. Banyak sungguh dugaan mengandung ni kan.. tp x aper, demi anak tercinta!

Monday, March 26, 2012

Minggu ke-35: Sakit sakit

Pergi KSH harini sorang diri. Zex x dpt teman. Pagi ni dah la ada meeting kat opis. Tapi dah bgtau bos, ada appointment ngan doc. Pagi ni rasa lain macam je. Asyik duk ulang alik g tandas. Asyik nak muntah aje. Sampai KSH, org pertama jumpa doc khaled. 

Doc tanya apa khabar? Kompem la x berapa sihatnya. Ninie selalu rasa sakit lately ni. Doc tanya "baby mengeras? kerap x?". A ah mmg mengeras pun.. kerap jugak. Doc ckp, itu contraction. Berdebor dengar tau.. Contraction, mcm nak bersalin dah gayanya. Doc ckp, mayb kencing kotor ni. Terus dia suh buat ujian air kencing. 

Keputusan ujian, kompem la kencing kotor, so dapat ubat setambun. Pastu doc pesan, jgn mkn vitamin iberect folic tu sebelah malam, makan siang, sbb Ninie jadi loya bila bangun pagi kalau mkn blah malam.

Baby dah 2.7kg. X besar kan? kan? kan? .. Sekrg ni menghitung minggu aje la Ninie ni... 9 April plak jumpa doc.. 

Friday, March 23, 2012

Ada iras tak?


Semalam duk belek-belek album. Terjumpa gambar ni. Gambar tahun bila pun x tau. Agaknya masa ni umur Ninie dalam 4  tahun kot. Kat rumah arwah tokki. Yang berdukung dengan mak Ninie tu, adik Ninie, Zetty. Berdiri tu, Ninie ngan Along, Ramzul Ihsan.

Yang nak citer, Ninie rasala.. muka Zetty tu, iras  macam Zulaikha. Ada gaya x?

Saya sgt letih

Minggu ni betul-betul emosi x keruan. Sebelum tido, selalu nekad nak bangun awal. Kunci jam kul 6.00 am. Bila jam bunyi, tekan snoozzz.. Tido balik. Kul 6.20am baru bangun. Masuk je kereta, mata layu. Badan penat sgt-sgt, ibarat macam x tido. Sampai je opis, dah rasa lapar, tapi cuma boleh makan kuih. Kalau mkn lebih, mcm nasi lemak.. mesti rasa nak muntah. Kekdg bukan rasa lg dah. Mmg muntah..

Duk ngandap keje kat opis, sebelum mencecah kul 12pm, mmg x larat. Nak bangun dari kerusi, sekse. Selalu duk dediam je dalam bilik... Kul12.30pm dah susah hati, x tahu nak mkn apa... Mula la kerah kengkwn pk nak mkn apa. Disebbkan saya ni ibu mengandung, diaorg layan la... 

Balik makan, duk dediam dlm bilik lagik, sampai waktu balik. Kecuali kena panggil ngan bos, atau ada meeting. Tunggu Mr.Zex dtg ambik, kul6 ptg. Pastu saya dah serabut balik, nak mkn apa mlm ni. Tapi syukur, Zex prepare semua makanan. So, saya makan je apa yg dia prepare. W'pun kekdg sy x selera langsung nak makan. Pernah saya tido je pas mandi, pastu saya malas makan.. Tapi kesian baby dalam perut. Duk tendang-tendang, last-last saya x boleh tido, saya bangun makan. 

Paling kesian, kat Zulaikha, saya x main pun ngan dia, dia main la ngan Zex. Kalau saya daya, mmg saya main ngan dia. Dia pulak sekrg ni asyik tido lambat je. mesti kul 11pm ke atas. Semalam je dia tido kul 1.pg. Zex dah tertido, saya la layan dia, w'pun x larat sgt. Kesian anak ibu ni..

Balik keje selalunya saya mmg baring je dalam bilik, dalam kepala tu macam-macam nak buat, tapi saya mmg rasa letih sgt.. Pagi nak g keje jadi byk keje. Baju belum gosok, bag Zulaikha belum kemas, rumah x yah ckp la, mcm tongkang pecah... 

Sekrg ni nak jalan-jalan sgt pun kaki saya dah sakit. Kaki dah start sembab.. Kekdg perut rasa sakit.. Kekdg rasa berat sgt bawak perut ni. Letihnya rasa.. Semoga Allah bg saya kekuatan dan dipermudahkan urusan nak bersalin nanti.Amin.. 

Thursday, March 22, 2012

Teringin

Semalam teringin nak mkan coklat, dah dapat, coklat plak x elok. Orang pergnant ni selalu teringin macam-macam. Ada lg tau Ninie teringin nak makan.. 
*gambar dari blog kakak ipar..
Red velvet ni. Ninie pernah makan sekali je, kakak ipar bagi. Pastu baru ni cousin ninie bg dlm bentuk cupcake. Tapi teringat yg kakak ipar bg tu, mmg sedap sgt... anak sedara blah suami dia buat.

Tadi dia bg tahu, sabtu ni dia bawak balik sbb nak celebrate anak dia ngan anak sedara yg cemerlang SPM. Bleh ninie tumpang sekaki :-) weeeeeeee

*gambar google
Air Nyoorrrr.. sedap ni kalau dpt air nyoor aisss.. Org ckp, kalau pregnant minum air ni, anak kulit cantik. Ye ke? Huhuhu. Ninie mmg suka air nyoooorrr!.. 



Wednesday, March 21, 2012

Coklat Basi

Ada ke coklat basi? Tadi g beli kat giant coklat ni, sbb kebetulan makan kat situ. Mmg byk hari dah teringin nak makan coklat. Tetiba buka je plastik, rupa dia mcm ni..
 bila gigit.. berderai semua. mcm dah kering..
coklat jenama vochelle. tgk expired date lambat lagi. April 2013. Nak g balik giant, malasnya.. sedihnya x dpt mkn coklat......... uwaaaaaaaaaaaaa!

Nama Baby

Nama bakal baby ni mmg dah ada. Cuma keputusan muktamad belum ada. Selalunya nama, Zex yg pilih. Kalau dia yg pilih mmg nama yang paling ringkas. Tapi Ninie suka nama yg Zex pilih. Ringkas, tapi bermakna. Apa nama tu ye? Biarla rahsia.. sampai baby keluar nanti. Tapi bleh bg clue, mesti org boleh agak-agak dah.. Clue dia: Nama ni ada kaitan ngan nama Zulaikha :-))

Tuesday, March 20, 2012

Minggu ke-34: Semakin x larat

Lamanya plak rasa nak mengharungi minggu-minggu mendatang ni. Seikhlas hatinya, semakin malas nak g kerja. Bila g kerja, pagi-pagi mmg x larat. Makan pun x selera. Kekdg tu makan kuih je sarapan pagi. Kalau kat opis ni, pagi-pagi mesti rasa loya, dah letih yg amat sangat. dah start kul12 baru rasa ok.

Kan best kalau dapat cuti sebulan awal. Ninie dah sudmit permohonan cuti selama 90hari, dah lulus pun. Tapi ada satu penyesalan, naper la x ambik cuti awal 2minggu... Boleh balik duk umah  mak. Standby aje kat umah. Rugi-rugi. Bukan apa, duk kat ofis pun menambahkan penderitaan. Ofis kompem bukan mcm rumah. X ada katil boleh baring-baring. Duduk la sepanjang hari. Bila bangun, mmg rasa sakit sana sini. 

Bab makan mmg masalah besar bg Ninie. Makanan kat kantin mmg x leh telan. Bila makan je seme muntah. Time g ofis x bawak keter, terpaksala kerah kengkwn makan kat luar, kalau time bawak keter sendiri, dapat la g makan kat mana-mana yg sy suka.

Keje opis... adui semakin menyakitkan jiwa. Biasala kerja mesti ada mcm-mcm problem kan. Ni dah nak bersalin, kena bg org lain tanggung kerja. Bukan senang nak bercuti ngan aman nanti ni.. 

Next week kena g jmpe doc semula. Aduiii lambatnya plak rasa nak bersalin ni.. 

Friday, March 16, 2012

Kena saman

Bukak je email, terus tgk ada satu email dari MYeg. Selalu mmg dpt juga, dia bg tahu status saman. Tetiba ada elert kat situ.. Huhuhu.. Summon(1). Bila cek.. kompem la sy yg bawak keter masa tu. Ahad lepas. Balik dari Balok ke Indera Sempurna. Kul 2petang. Kesalahan: Speeding. Adui.. melayang RM150. 

Masa tu speeding sbb Zulaikha mengamuk dalam keter, pastu byk plak lori yg mcm enjit-enjit semut. Sedap kemain memotong.. ambik kau.. dah kena saman.. Huhuhu. Harini suh Zex hantar balik Balok. Bukan sbb takut kena saman. Tapi kebetulan je, x daya dah nak bawak keter.. bukan setakat nak drive.. nak berjalan pun x daya.. kaki mengembang dah.. mcm kaki anak gajah.. 

Tuesday, March 13, 2012

IPad untuk Zulaikha

Kelakar bila teringat kisah Ipad ni. Ninie beli Ipad ni untuk Zulaikha. Pre-order online. Mulanya cuak jugak, dah buat bayaran seme, pastu FB kedai ni ilang, sib baik Ninie ada no.hp dia. Google no.hp dia, jumpa page baru dia. Ninie sms dia, dia ckp sorry sgt-sgt, sbb FB dia kena block. Dia buat page lain dah dlm FB. Kebetulan Ipad ni mmg dah ada pada dia, tunggu nak pos aje.

Dah dpt, kebetulan ambik zulaikha, terus balik Balok, bagi kat dia, asyik kemain dia main. Ninie pun snap gambar, hantar ke Zex. Hahahaha.. Zex ingat Ipad betul-betul.. Dia tanya, saper punya? Ninie jwp.. Zulaikha la.. Zex terus telefon Ninie, belum sempat Ninie nak sambung pembohongan, dia dah tahu tu bukan yg betul, sbb Zulaikha tengah tekan-tekan keluar lagu.. "ABC DEFG...." ala-ala lagu Barney!.. heheheh Zex terus gelak.. "tahu dah... hahaha"

Bawak balik Balok, lupa nak sorok, jumpa ngan sedaramara yg kecik-kecik ni, duk berebut-rebut nak tekan. Tahu jela budak-budak.. Zulaikha jgn harap la nak bg.. hehehhe.. Tapi dia suka tekan button lagu, bunyi frog, ngan bunyi babah je.. yg lain dia x suka.. tapi berbaloi la beli.. RM25 je. Kekdg sesuka dia je baling, pijak .. Kalau yg betul... demam ibu!

Minggu ke-33: Tembamnya ..

Nampak x muka baby saya? Semalam g KSH. Sekarang ni makin kerap kena jumpa doc sbb dah makin hampir.Selang 2 minggu sekali kena jumpa doc. Seblum jumpa doc, rasa berdebor, sebb minggu seblum ni buat ujian darah, nak tahu result dia ok ke x. Alhamdulillah, kencing manis x ada, cuma Hemoglobin rendah sikit, 10.1. Range normal 11.5-16.0. Bila jmpe doc, pandai-pandai je buat kesimpulan sendiri.

Ninie: "ok kan doc hemoglobin tu, skit je kurang....."
tau doc ckp apa??
Doc: "awk ni mkn x vitamin saya bg?"
Ninie: "glurrppppppp! heheh.. ehhh makan doc, minum susu lg"
Doc:" ke... celas chelusshhhh (maksudnya.. x consisten.. kekdg je mkn..)
Ninie: ................ sengih je.. heheh
Zex: "Bahaya x doc?"
Doc:" Bahaya.. kalau masa bersalin memerlukan pemindahan darah. Awk mesti kena ambik darah yg org derma, awk mana tahu darah tu elok ke x. Contohnya: darah pesakit HIV, masa dia derma darah, mmg darah dia negatif dari HIV, sbb HIV akan postif lepas 6bulan... awk nak ke?? mana awk nak? makan vitamin sekrg, untuk normalkan hemoglobin, atau buat pindahan darah yg x tahu sakit apa awk dpt????"
Ninie:"Glurrrppp... takutnya......... x nak la doc, sy akan pastikan saya makan vitamin..."

Ha.. padanmuka Ninie kan.. degil. Tp takutla kalau jd g tu.. eeee mintak simpang..

Lepas tu doc scan baby ngan 3D. Zex dpt la tgk muka baby ni ha. Mula-mula payah nak dpt tgk muka dia, sbb dia tutup ngan tangan, bila doc usik-usik tgn dia, dia alih sikit, barula dpt tgk, tu pun pandangan sisi je. 

Sebijik muka Zulaikha! Tembam!!!!!.. mcm beso je anak saya ni.. X sabar nak tgk real!!! :-) doakan saya selamat melahirkan adik Zulaikha ni yer.. Amin.. 

Selamat Pengantin Baru Cousin!

*gambar songlap kat FB Pokteh YA.. Jgn mara aa..
Minggu-minggu cuti sekolah ni mmg ramai betul org kawen. Sabtu baru ni, cousin Ninie menyambut menantu. Tahniah diucapkan. Semoga kekal hingga ke syurga!. Dah kawen tu semoga menjadi lebih matang. Tgk ummi ngan abah tu senyum lebor kemain. Seronok terima menantu. Hehehe..

Masa kenduri ni, Ninie mmg x larat, pas makan Ninie ilang. Hahah.. Balik rumah, nak solat zohor, tetiba sesak nafas sensorg dalam bilik. Sib baik Zulaikha, duk ngan tok.. Ninie terus baring dah berehat.. Dugaannyer kan.. Sib baik x ada apa-apa. 

Hafiz & Najah.. Tanhiah Sekali lagik.... Bertambah lg ahli keluarga kita :-)

Wednesday, March 7, 2012

MPK silap saman

Balik umah mak, dpt surat kompuan dari MPK. Rasa pelik plak, bila masa kena saman ni. X ada plak surat saman dpt. Tetiba dpt notis ulangan je. Ni mesti MPK silap ni. Tgk tarikh ngan masa tu, mcm x berada ditempat kejadian pun masa tu. Kalau g ECM ni, kompem parking dlm ECM, x pernah lg parking luar kawasan. Dan yg pastinya, sy ni skema sikit bab parking, mesti parking dalam petak yg betul. Kalau x letak kupon tu pernah le. Sbb kupon habis. Tapi tgk masa, 9.03pm. Malam hari, mana ada kena pakai kupon kan. Kesalahan pun dah tulis kat situ, "Meletak kenderaan diluar petak yg disediakan". Kompem la sy ni x salah mcam tu.

Actually, ni kali ke-2 Ninie dapat notis. Kes yang sama. X tahula mcm mana asyik saya je yg kena kes mcm gini. So cek kat website MPK butiran saman ni, dah sah-sah salah. Jenis kenderaan: VIVA. Kereta saya  bukan Viva. Semlm call MPK, nak kompemkan. Sebab dah pernah kena sekali, so telefon je la. Nanti nak kena menapak ke MPK, jenuh. Jauh plak tu, bukan kat ibu pejabat, kat Bahagian Penguatkuasaan, Pasar Borong. Tel MPK, suruh dia semak, mmg sah-sahla salah. MPK mintak maaf, dia ckp, kakitangan dia silap ambik no flat kereta. Sistem MPK, mmg ada simpan gambar kenderaan yg kena saman mcm ni, so no. kerete dia yg belakang salah. 82, keter Ninie 26. 

Moral of the story, kalau kita jenis x elert + byk duit sgt, mmg bayar je kan. Tapi RM50, byk tu, bleh kaya MPK mcm gini.. Heheh , so better kita cek dulu online, sebelum g bayar. Dah kompem salah mcm ni, x yah susah-susah g menapak ke MPK nak bayar. MPK akan cancel kan aje kompuan ni. Org yg sebenar la kena saman. Selamat RM50. Bleh makan McD, seminggu(cukup ke?) huhuhu


Friday, March 2, 2012

Bila perut dah besar..

Minta maaf yer, gambar perut yang besar x ada. X leh tunjuk. Nanti ramai komen. Hehehe. Sejak perut dah besar ni kan banyak benda terbatas nak buat antaranya:-
  • Bila nak basuh pinggan, rasa jauh je paip kat sink tu.. Penat tau, kena ambik kerusi plak nak duduk rehat kejap. Pastu sambung balik basuh pinggan.
  • Kalau nak ambik barang-barang yang tinggi, dulu-dulu sampai je. Ni dah x leh, sbb sangkut tang perut. Kesian saya tau.. nak naik panjat kerusi, takut jatuh.. 
  • Nak tido atas lantai x leh dah, sbb susah nak bangun, pastu sakit sangat pinggang. Boleh tido atas katil yang embuk sahaja. Katil keras pun sakit pinggang.
  • Kalau duduk atas kerusi, seksenyela nak bangun, kekdg kena mintak tolong org tarikkan.. (sekali lg, kesian saya kan..)
  • Kalau g tandas, tandas cangkung x leh sekse. Sbb perut dah sampai kat peha..
  • Kekdg nak makan, pinggan pun rasa jauh bila letak atas meja. Makan mesti tumpah atas perut.. selalu comot.. (sy mmg selalu comot pun time makan..)
  • Nak tido mmg sekse. Dah la asyik bangun malam g tandas. Tido terlentang x selesa, tido mengereng, baby plak marah.. kena alas 2-3 bantal baru leh tido.
  • Naik tangga mmg sekse. Kompem x cukup napas..
  • Jalan kaki boleh... cuma dah x leh nak marathon.. perut berat.
  • Nak ambik kain dalam mesin basuh pun x sampai.. aduila...
  • Dan yang paling gerun, tido dalam ketakutan selalu, sbb tetiba anakda Zulaikha dtg terjun atas perut!!..
Harini dah 2 Mac, betul-betul x sabar nak mengharungi 2 bulan  lg ni.. Doakan saya!

linkwithin

Related Posts with Thumbnails