Pages

Wednesday, February 29, 2012

Taska Kejam

*gambar dari FB
Semalam duk layan FB, tetiba ada org share video pasal taska. Ninie bukak tgk. Mmg geram gila tgk cara pengasuh kat taska tu layan baby kat situ. Dah la bungkus macam kapan mayat, ada plak yg seletop mulut baby siap ngan puting kosong. Macam x berperikemanusiaan langsung. Harini terus keluar dalam surat khabar. Tapi macam-macam spekulasi. Majikan dia kata pekerja dia nak sabotaj taska tu, nak bg tutup bisnes diaorg. Ntah la mana yang betul kan. Takkan majikan nak ngaku plak, mau kena saman ngan makayah budak2 kat taska tu. 

Bagi Ninie, rasanya taska tu kena memantau pekerja dia. Takkan pekerja dia berani buat gitu kalau x ada silap kat majikan dia. Pekerja dia pun silap, budak-budak plak jadi mangsa. Dia x rasa apa-apa ke buat macam tu? Baby lagi tu. Tak rasa kesian ke tgk baby keadaan macam tu.. Kalau anak Ninie taska buat g tu, kompem cari taska lain.

Mesti ramai fobia nak hantar taska kan. Ninie setakat ni Zulaikha mmg hantar taska, so far x ada masalah, sbb taska bg kita jenguk anak kita. So pernah la g tetiba, elok aje jagaannya.. Alhamdulillah la. Ada jugak org kata hantar pengasuh lg ok. Tu pun nasib. Yerla manusia kan. Ada yang jaga ngan penuh kasih sayang, mmg bertuah la anak kita. Ada jugak yang jaga, semata-mata kerana duit. Pernah Ninie tgk sendiri pengasuh yang tinggal je anak kat umah bila dia nak g mana-mana. So, kalau nak hantar taska ke pengasuh, mmg kena servey, lg elok kalau taska/pengasuh tu dh ada kawan yg rekemen sbb dia pun hantar anak dia kat situ. Kebolehpercayaan! 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails