Pages

Tuesday, February 28, 2012

Minggu ke-31: Buat ujian darah

Hari Isnin, Ninie cuti, ada TCA ngan Dr.Khaled kat KSH. Asalnya bercuti konon nak g beli barang-barang baby. Tapi Hari Ahad lepas, keluar  ngan Zex g Megamall, ada promosi kat Anakku, beli RM250, cuma bayar RM200 untuk barang-barang newborn. So setel dah seme barang-barang baby.

Sampai kat klinik Dr. Khaled, benda yang paling risau, berat badan naik. Sbb darah, Ninie x pernah lg ada masalah, normal je. Bila timbang, alhamdulillah, x ada la naik sampai 5kg dah. Naik 1.5kg je. Leganya rasa. Yang bulan lepas tu x tahu la naper drastik sgt naik berat badan. 

Kali ni Dr.Khaled buat 4D scan muka baby. Tapi adik Zulaikha ni pemalu, mulanya dia tutup muka dia ngan penumbuk je. Dr. Khaled usik tangan dia, dia terus bukak semua jari, tutup muka. Anak ibu ni saje je x nak bg ibu tgk muka dia kan.. Sampai 3kali Dr. Khaled try nak capture muka dia, tetap x dpt. Dr. ckp, lain kali kita scan semula. G tu la anak sy..

Baru ni ada kawan Ninie bersalin normal, tapi jahit byk sgt, sampai ke bontot. Seram je dgr. Terus tanya Dr. Khaled. Dr. Khaled ckp, ibarat mcm kita nak buang air besar, mana boleh tahan, terus je keluar. Kalau org dah ramai anak, laluan tu besar & mudah. Kalau yg laluan kecik, anak plak besar, tu yg jadi terkoyak byk bahagian dlm sampai ke bontot. Mungkin ambik masa sampai 6minggu baru boleh baik. Yang lagik teruk, ada kesan jangka panjang, boleh jadi sampai nak buang air besar x dpt dikawal. Seramnnya... menderita ibu nak bersalin kalau jadi gini.. Mintak Allah permudahkan nak bersalin nanti.. Amin.

Kali ni Dr.Khaled suh ambik darah, nak tgk Hemoglobin & Kencing Manis ada ke x. Kalau ada problem, Dr.Khaled call. Setakat harini Dr. x call pun.. X ada masalah la kot.. Alhamdulillah.. :-)

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails