Pages

Monday, February 13, 2012

Happy Birthday Zulaikha Yang Ke-2

Bulan Feb ni birthday Apak ngan Zulaikha. Apak 1 Feb, Zulaikha 12 Feb. So, kebetulan hari Ahad birthday Zulaikha, Tok kat Balok bila bgtahu je birthday cucu dia, terus nak buat makan-makan. Buat makanan kegemaran Zulaikha. Laksa kuah lemak. Mak buat jugak menu lain, Laksa Penang kegemaran ramai.. 

Ibu cuma beli kek aje. Yang lain-lain Tok la sponsornya. Kek tempah ngan jiran sebelah rumah je. Kek ni mmg sedap. Kek moist coklat. Habis licin. Paling banyak makan, sepupu Zulaikha, Zufar Hannan.. Kalau ikutkan dia, mmg ambik lagik. Tapi dah byk sgt dia makan, nnti org lain x merasa plak. Hehehe. Nanti Mak Ngah beli lain utk Hannan yer.
 Bergambar ngan Apak & Abg Hannan. Budak kecik ni kelakar kan, dia kan x faham birthday siapa, Hannan sibuk ckp, kek dia x ada, Ikha je ada. Ala siannya.. x aperla share ngan ikha yer.
*Marissa- peace!
 Mak asalnya nak buat Laksa lemak aje, tapi mengenangkan cousin Ninie yang tudung hitam ni dah nak balik semula belajar kat New Zealand, dia buatla Laksa Penang. May ni mmg suka sgt laksa penang. Lepas la hajat dia nak makan Laksa Penang.. 
 Yang datang bukan org jauh-jauh. Keliling umah mak aje. Adik beradik mak, dah anak & cucu sedara. W'pun duk dekat, bukan senang nak jumpa. Dah jumpa, gamat rumah mak.
Balik dari Balok pas Maghrib. Zulaikha menangis masa nak masuk kereta. X nak balik. Nak main ngan Hannan. Last-last dia tertido dlm kete, air mata x sempat nak kering. Ngantuk sgt, seharian main, x tido langsung. Sampai rumah, ngan ibu sekali tido. Ninie rasa betul-betul x larat. Dalam kepala duk teringat, goodies nak hantar ke taska x packing lagik. Sticker pun x print lagik. X sempat dah kot nak print sticker. Biar aje la x ada sticker pun.

Kul1 pagi Ninie bangun, nak siapkan goodies, tgk atas meja, Apak dah siapkan sticker ni. Dia dah siap gunting. Gembira x terkata. Prihatin Apak rupanya. Kesian kat ibu. Terima kasih Apak! Sayang Apak!
Dah siap pun goodies utk taska Zulaikha. Goodies bajet. Hehehe letak biskut tiger, air kotak dutch lady, kek london ngan belon. 70 bag semuanya. Esok nak bg kat cikgu. Zulaikha nak celebrate kat taska plak. Happy birthday anak ibu, Zulaikha. Semoga menjadi anak yang solehah kepada Apak dan Ibu. Apak & Ibu luv u very much!

2 comments:

  1. wah besday ika eh...lupa plak aunty ni hah..happy birthday ika,moga jadi ank yg solehah...:

    cntik goodies bag tu...beli mana?sticker akak bt sendiri ker?

    ReplyDelete
  2. Ain: tqvm ye..

    goodies bag tu akak beli je. sticker buat sendiri. beli kertas sticker pastu print je.. hehhe

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails