Pages

Wednesday, February 29, 2012

Taska Kejam

*gambar dari FB
Semalam duk layan FB, tetiba ada org share video pasal taska. Ninie bukak tgk. Mmg geram gila tgk cara pengasuh kat taska tu layan baby kat situ. Dah la bungkus macam kapan mayat, ada plak yg seletop mulut baby siap ngan puting kosong. Macam x berperikemanusiaan langsung. Harini terus keluar dalam surat khabar. Tapi macam-macam spekulasi. Majikan dia kata pekerja dia nak sabotaj taska tu, nak bg tutup bisnes diaorg. Ntah la mana yang betul kan. Takkan majikan nak ngaku plak, mau kena saman ngan makayah budak2 kat taska tu. 

Bagi Ninie, rasanya taska tu kena memantau pekerja dia. Takkan pekerja dia berani buat gitu kalau x ada silap kat majikan dia. Pekerja dia pun silap, budak-budak plak jadi mangsa. Dia x rasa apa-apa ke buat macam tu? Baby lagi tu. Tak rasa kesian ke tgk baby keadaan macam tu.. Kalau anak Ninie taska buat g tu, kompem cari taska lain.

Mesti ramai fobia nak hantar taska kan. Ninie setakat ni Zulaikha mmg hantar taska, so far x ada masalah, sbb taska bg kita jenguk anak kita. So pernah la g tetiba, elok aje jagaannya.. Alhamdulillah la. Ada jugak org kata hantar pengasuh lg ok. Tu pun nasib. Yerla manusia kan. Ada yang jaga ngan penuh kasih sayang, mmg bertuah la anak kita. Ada jugak yang jaga, semata-mata kerana duit. Pernah Ninie tgk sendiri pengasuh yang tinggal je anak kat umah bila dia nak g mana-mana. So, kalau nak hantar taska ke pengasuh, mmg kena servey, lg elok kalau taska/pengasuh tu dh ada kawan yg rekemen sbb dia pun hantar anak dia kat situ. Kebolehpercayaan! 

Gambar yang di terima

Gambar-gambar yang di hantar cuci kat www.eoe.com.my. Lepas ni nak cari album, nak susun plak. Ni baru sikit cuci.. ada lg x cuci.. Tetiap bulan leh la cuci sikit-sikit. Gambar yg dlm HP pun abis Ninie cuci. Simpan utk kenangan.. 

Tuesday, February 28, 2012

Minggu ke-31: Buat ujian darah

Hari Isnin, Ninie cuti, ada TCA ngan Dr.Khaled kat KSH. Asalnya bercuti konon nak g beli barang-barang baby. Tapi Hari Ahad lepas, keluar  ngan Zex g Megamall, ada promosi kat Anakku, beli RM250, cuma bayar RM200 untuk barang-barang newborn. So setel dah seme barang-barang baby.

Sampai kat klinik Dr. Khaled, benda yang paling risau, berat badan naik. Sbb darah, Ninie x pernah lg ada masalah, normal je. Bila timbang, alhamdulillah, x ada la naik sampai 5kg dah. Naik 1.5kg je. Leganya rasa. Yang bulan lepas tu x tahu la naper drastik sgt naik berat badan. 

Kali ni Dr.Khaled buat 4D scan muka baby. Tapi adik Zulaikha ni pemalu, mulanya dia tutup muka dia ngan penumbuk je. Dr. Khaled usik tangan dia, dia terus bukak semua jari, tutup muka. Anak ibu ni saje je x nak bg ibu tgk muka dia kan.. Sampai 3kali Dr. Khaled try nak capture muka dia, tetap x dpt. Dr. ckp, lain kali kita scan semula. G tu la anak sy..

Baru ni ada kawan Ninie bersalin normal, tapi jahit byk sgt, sampai ke bontot. Seram je dgr. Terus tanya Dr. Khaled. Dr. Khaled ckp, ibarat mcm kita nak buang air besar, mana boleh tahan, terus je keluar. Kalau org dah ramai anak, laluan tu besar & mudah. Kalau yg laluan kecik, anak plak besar, tu yg jadi terkoyak byk bahagian dlm sampai ke bontot. Mungkin ambik masa sampai 6minggu baru boleh baik. Yang lagik teruk, ada kesan jangka panjang, boleh jadi sampai nak buang air besar x dpt dikawal. Seramnnya... menderita ibu nak bersalin kalau jadi gini.. Mintak Allah permudahkan nak bersalin nanti.. Amin.

Kali ni Dr.Khaled suh ambik darah, nak tgk Hemoglobin & Kencing Manis ada ke x. Kalau ada problem, Dr.Khaled call. Setakat harini Dr. x call pun.. X ada masalah la kot.. Alhamdulillah.. :-)

Jahitan: Barut Baby

Semlm balik dari KSH terus menjahit. Zulaikha hantar taska. Kalau dia ada, boleh tu boleh nak menjahit, tapi dia pun sama nak menjahit. Naik atas kerusi, berdiri belakang kita. Risau dia suka tunjuk2.. kena jari plak jarum. 

Lega rasa bila barut baby ni dah siap. Bukan yg adik zulaikha punya, tapi yg kawan Ninie tempah.. 15helai semuanya. Bila dah siap.. lega rasa. Selalu mood nak jahit mmg ada, tp memikirkan anakda Zulaikha suka sgt mengacau ibu, selalu tangguh nak menjahit.. Adik Zulaikha punya barut pakai yg recycle.. Zaman anak sedara Ninie, Zufar Hannan. Pas Zulaikha pakai, adik dia plak.. turun temurun.. jimat.. Heheheh

Gambar dah sampai

Haritu kan Ninie cuci gambar online. Gambar tu dah sampai minggu lepas. Punya la tunggu kat opis, x sampai-sampai, rupanya Ninie buat alamat rumah. Mana ada org ada kat umah. Return balik ke courier. Sib baik courier hantar semula, jiran depan rumah yang tolong ambik kan. Hehehe

Gambar dia cuci, mmg kualiti ok sgt. Sama je mcm kat kedai gambar biasa Ninie hantar. Lepas ni sure Ninie hantar lagik.. Lupa nak snap gambar yg dah cuci :p

Tuesday, February 21, 2012

Edit Gambar

Saje je nak tayang. X reti bab2 edit gambar ni. Sbb nak hantar printing online. Ninie try guna picasa cantum gambar Zulaikha. Rupanya mcm di bawah ni. Lawa x?


Omme anak ibu! :p

Cuci Gambar Online

Zulaikha dah 2tahun, makanya.. selama 2tahun la Ninie ni duk tangguh-tangguh nak cuci gambar dia. Gambar punyala banyak. Gambar dari mula lahir, sampai sekrg. Pernah cuci sekali, 5keping je, tu pun sbb nak masuk contest kat pasaraya. Gambar-gambar lain x pernah cuci pun. Bukan apa, selalu lupa nak bawak thumbdrive g kedai. Pastu malas nyer nak pilih-pilih yang mana nak cuci. Tapi risau jugak, buatnya hardisk pc ni corrupt, habis semua memori saat membesar Zulaikha hilang. 

Semalam google menggogle. Jumpa la link ni http://www.eoe.com.my/. Mmg kena cuba try test la. Mula-mula kena bukak akaun dulu. Pastu download software dia.
Pastu login masuk software ni, pastu pilih gambar yang nak cuci. Dah siap pilih, tekan next, pilih plak ukuran gambar nak cuci. Dah siap nnti dia bgtahu brp nak kena bayar & upload. Mmg senang. Semalam jugak terus dpt emel, dia akan urus dalam masa 3hari. Kita tgk la nanti gambar yang dah sampai yer. Cantik ke x la dia cuci kan. Ninie banyak cuci saiz 4R. 4R=RM0.30 sekeping. Okla. X silap bleh cuci sampai 12R. Nanti software tu akan bgtahu gambar tu sesuai cuci sampai brp R. So kita pilih aje la.. Heheh. Kalau ok, lepas ni seme gambar cuci online je la.

Monday, February 20, 2012

Cari barang tersembunyi

Budak-budak kecik mmg suka ambik barang-barang yang kita larang kan. Yang x bagi tu la dia nak sangat. Pastu dia bawak ntah g mana, sorok kat mana. Puas mencari. Zulaikha pun sama. Dia paling suka kunci. X kisah kunci rumah ke kunci kereta. Kalau hilang, mmg payah nak cari. dia mesti simpan kat tempat-tempat yang kita x jangka. Sekarang ni kitaorg dah tahu mana dia simpan barang-barang kalau dia ambik. 
Dia suka simpan dalam kereta mainan ni. Kereta ni ada tempat simpan barang bahagian seat. Kalau x jumpa, cari kat sini. Kompem ada.. Hehehe. Pernah cousin dia, Marissa dtg rumah, ilang puting kosong. Mama marissa puas mencari seblum balik, Ninie teringat dia mmg suka simpan dalam ni, bukak je seat kereta ni, mmg kompem ada. 

Semalam Apak ilang kunci kereta masa balik Pekan, kereta ni x ada kat Pekan, tapi ada satu lg kereta mainan cousin dia punya yg ala-ala mcm ni, bila bukak seat je jumpa. Huhuhu.. 

Monday, February 13, 2012

Happy Birthday Zulaikha Yang Ke-2

Bulan Feb ni birthday Apak ngan Zulaikha. Apak 1 Feb, Zulaikha 12 Feb. So, kebetulan hari Ahad birthday Zulaikha, Tok kat Balok bila bgtahu je birthday cucu dia, terus nak buat makan-makan. Buat makanan kegemaran Zulaikha. Laksa kuah lemak. Mak buat jugak menu lain, Laksa Penang kegemaran ramai.. 

Ibu cuma beli kek aje. Yang lain-lain Tok la sponsornya. Kek tempah ngan jiran sebelah rumah je. Kek ni mmg sedap. Kek moist coklat. Habis licin. Paling banyak makan, sepupu Zulaikha, Zufar Hannan.. Kalau ikutkan dia, mmg ambik lagik. Tapi dah byk sgt dia makan, nnti org lain x merasa plak. Hehehe. Nanti Mak Ngah beli lain utk Hannan yer.
 Bergambar ngan Apak & Abg Hannan. Budak kecik ni kelakar kan, dia kan x faham birthday siapa, Hannan sibuk ckp, kek dia x ada, Ikha je ada. Ala siannya.. x aperla share ngan ikha yer.
*Marissa- peace!
 Mak asalnya nak buat Laksa lemak aje, tapi mengenangkan cousin Ninie yang tudung hitam ni dah nak balik semula belajar kat New Zealand, dia buatla Laksa Penang. May ni mmg suka sgt laksa penang. Lepas la hajat dia nak makan Laksa Penang.. 
 Yang datang bukan org jauh-jauh. Keliling umah mak aje. Adik beradik mak, dah anak & cucu sedara. W'pun duk dekat, bukan senang nak jumpa. Dah jumpa, gamat rumah mak.
Balik dari Balok pas Maghrib. Zulaikha menangis masa nak masuk kereta. X nak balik. Nak main ngan Hannan. Last-last dia tertido dlm kete, air mata x sempat nak kering. Ngantuk sgt, seharian main, x tido langsung. Sampai rumah, ngan ibu sekali tido. Ninie rasa betul-betul x larat. Dalam kepala duk teringat, goodies nak hantar ke taska x packing lagik. Sticker pun x print lagik. X sempat dah kot nak print sticker. Biar aje la x ada sticker pun.

Kul1 pagi Ninie bangun, nak siapkan goodies, tgk atas meja, Apak dah siapkan sticker ni. Dia dah siap gunting. Gembira x terkata. Prihatin Apak rupanya. Kesian kat ibu. Terima kasih Apak! Sayang Apak!
Dah siap pun goodies utk taska Zulaikha. Goodies bajet. Hehehe letak biskut tiger, air kotak dutch lady, kek london ngan belon. 70 bag semuanya. Esok nak bg kat cikgu. Zulaikha nak celebrate kat taska plak. Happy birthday anak ibu, Zulaikha. Semoga menjadi anak yang solehah kepada Apak dan Ibu. Apak & Ibu luv u very much!

Friday, February 10, 2012

Kusyuk tgk movie Rio bird

Aktiviti setiap hari. Tgk movie kartun. Movie paling dia Ice Age 3 ngan Rio. Hari-hari pasang. sehari x tahu la brp kali. Semlm dah kul 12malam pun masih tgk movie Rio. Siap suka ketawa lg masa tgk. Macam faham je apa yg dia tgk tu. Kalau suka tu sbb kelakar sgt la. 

Dulu kan dia suka tgk cerita Upin Ipin or Boboi Boy. Tapi kejap je dia suka. Tapi bagus juga dia x minat, sbb cerita ni guna bahasa 'aku'. Macam x sesuai je kecik-kecik belajar ckp 'aku' kan. Adik ipar Ninie x nak bg tgk dah, sbb anak dia asyik ckp 'aku'. Dia ckp, baik plak tgk ultraman. X ckp aku, tapi anak dia mengganas mcm atomen.. hahaha. Budak-budak kan mmg suka meniru.
Karaktor dalam ice age3 ni dia suka Sid the sloth. Masa Sid sibuk ngan telur dinosour, mmg dia kusyuk tgk. Pastu yg lain-lain dia malas nak tgk dah.. Bila ada lagu.. dia dtg tgk semula.

Tapi movie Rio ni, boleh dikatakan dia suka 100% cerita ni dari mula sampai la habis. Jom tgk sikit trailer citer ni.

Jawapan cikgu..

*gambar google
Tadi sms cikgu, nak tanya mana Zulaikha belajar sebut K _ p _ k. Actually cikgu ni, paling rapat dengan Zulaikha. Since dia baby cikgu tu jaga dia, w'pun sekarang ni dia dah duduk bilik lain. Cikgu bgtahu, kat taska belajar pasal "anggota tubuh badan". Pastu cikgu gelak-gelak. Ni mesti cikgu nakal ni, ajar Zulaikha lebih sikit. Tapi bola tu dia x aja eh.. advanced pulak Zulaikha pikir yer.. Nak ke babab mulut cikgu ni.. tapi kalau kita ajar pasal "anggota tubuh badan" dalam bahasa Melayu. 'Breast' perkataan apa yang sesuai? 

Terkejut ibu!

Malam tadi Zex keje balik lewat. Tinggal la Ninie ngan Zulaikha kat rumah. Ibu sibuk tgk citer "Santau Merasuk" dia pulak sibuk dengan aktiviti dalam bilik playground dia. Sambil tgk tv intai-intai jugak anakda tu buat apa. Tetiba dia dtg berlari-lari kat ibu. Sambil tangan tunjuk ke dada dia. "Ibu.... K_ p _k". Hahaha.. x leh tulis.. cenced. Tau dia buat apa? dia ambik bola kecik-kecik ni 2biji. Dia letak dalam baju kat bahagian dada.. Heheheh.. Gelak besar Ninie semalam tgk kerenah dia. mmmm tapi musykil.. saper ajar dia sebut perkataan tu. Ninie x pernah ajar ni.. 

Wednesday, February 8, 2012

Majalah Positive Parenting

Majalah ni Ninie dapat masa cek pregnancy kat KSH. Naskah percuma. Isi kandungan dia mmg bagus sangat. Dia ada dalam dua bahasa. Melayu dan English dalam setiap helaian dia. Majalah ni adalah dibawah Persatuan Pediatrik Malaysia. Antara isi kandungan majalah yg ada pada Ninie ni:-
  • Perkembangan anak
    • Ingin Tahu-Penggalak Pembelajaran
    • Adakah anak anda mengalami masalah membaca?
    • Bermain untuk kanak-kanak istimewa
  • Pemakanan anak
    • Susu Ibu- Menyimpan & memberi
    • langkah kecik ke arah makan sendiri
    • Bukan semua snek tidak baik untuk kesihatan!
    • Hidangan lazat semua dalam satu!
  • Kesihatan Anak & Pediatrik
    • Bayi kuning...
    • Imunisasi- menghentikan penularan penyakit
    • bermain secara selamat & bijak
    • 'G' untuk gigitan
  • Kesejahteraan Keluarga
    • Bermesra dengan bayi
    • Sangat tidak adil
Majalah ni boleh dilanggan, setahun ada 4 isu je =RM20. Murah la kan. Nanti ninie nak langgan la. Online pun ada jugak.. Tapi suka lagik membaca kat majalah. Kalau nak tgk online g kat link ni http://www.mypositiveparenting.org/. Kat web ni pun ada borang langganan.

Tuesday, February 7, 2012

Part Time Kerja di Mydin


Kalau g pasaraya mana-mana, ini la paling x tahan. Zulaikha suka mengemas. Kalau ajak balik, kompem x nak. Cuti 3hari, cuma hari Ahad je g jenjalan sambil beli barang. Pergi Mydin Pekan, sbb kebetulan balik ke Pekan umah mak mentua. 

Mula-mula dia jumpa botol air Upin Ipin. Satu-satu dia angkut pindahkan ke rak lain. Sampai pekerja Mydin tu tegur dia. Saje usik dia (ntah-ntah pekerja Mydin tu tension tgk budak besar tu mengemas x tahu la.. hehehe jenuhla diaorg nak kena kemas semula.). Bila pekerja Mydin tu tegur, dia marah balik org tu.. Hahahah. Akhirnya lepas puas pujuk dapat la ajak dia balik. Tapi Apak plak nak cari stationery, apa lg dia pun kemas tempat baru.. Dari rak, pindah ke dalam bakul plak.. 
Ninie puas pujuk, x nak balik. Penuh bakul dia punggah. Pekerja Mydin duk renung je ibu.. Aduilaa sudah-sudah la tu mengemas. Akhirnya Apak dukung ngan paksaan. Menangis dan mengamuk sakan. Memandangkan pekerja Mydin tu dah tgk semacam, terpaksa la ibu buat-buat baik, kemas semula ke rak. Padahal niat asal x ada pun, nak tinggal je.. ahahahahah boleh x g tu?

Happy Birthday Apak!

*Zulaikha sibuk main HP apak, sbb nak tgk akomen=ultramen

1 Feb, birthday Zex. X tahu la nak makan kat mana. G secret recepi jela. Bleh makan kek sekali. Nini boleh buat cheese kek kegemaran Zex ni, tapi sejak pregnant ni, bab membakar ni mmg malas. Lagikpun pernah buat saiz 9" jenuh nak habiskan. Bukan sekat jiran tetangga, kengkwn semua bagi. Punyala nak habiskan.

Tapi kan.. agak kecewa g secret resepi, sbb menu semua dah banyak yg x ada. Zex suka makan Laksa Sarawak, menu ni dah x ada. Ninie suka makan nasi goreng Thai, pun dah x ada. Last-last Zex pilih chicken blackpaper. Dulu rasanya side dishes dia lain.. Ni cuma ada jagung je. Zulaikha yg duk mengabiskan jagung tu. Yang bagusnya, sepanjang makan, dia x kacau kitaorg makan, sbb asyik sgt nak abiskan jagung tu.. x cukup gigit ngan gigi... cubit sikit-sikit plak pakai jari dia.. berterabur habis... X perla kan, bayar servis caj 5%, kena la org SR ni kemas lebih sikit kan...
Ninie sampai x tahu nak pilih makanan apa.. cuba la spegeti ni. Ingatkan rasa dia sama mcm kat pizza tu, prawn olio. Tapi rasa dia amat tidak memenuhi citarasa. Tapi kena habiskan jugak, sbb lapar. Kompem lepas ni x makan dah spegeti ni.

Happy Birthday to my beloved husband. Semoga mendapat perlindungan Allah selalu & jadi suami yang soleh kepada saya ye. Apak yang soleh kepada anak-anak kita. Amin..

P/S: Ahad ni birthday anakkda Zulaikha plak...

linkwithin

Related Posts with Thumbnails