Pages

Monday, January 9, 2012

Zulaikha: Jangkitan Kuman@Kudis kat kaki

Ntah dari mana Zulaikha kena jangkitan kuman ni. Mula-mula mcm melecek belakang kaki dia. Ingatkan sebab kasut dia ke. Lepas tu, dia pecah, merebak besar. Dia garu-garu masa tido, berjangkitan plak kat jari tangan ngan kaki blah kanan dia. Mula-mula kudis tu naik mcm chicken pox. Berair. Tapi dia x demam pun.

Kebetulan Ninie pun demam, batuk , selsema. Bawak dia g jumpa doc siti kat KSH. Ada sorg nurse tu panggil Zulaikha "budak mahal" heheh sbb dia jenis sensetif. Alah ngan ubat. Doc Siti bagi tahu, kudis ni normal bagi kanak-kanak. X duk taska pun kena. Cara jangkitan macam-macam. Sentuhan atau melalui udara. Zulaikha jenis sensitif, lagi senang la kena. Kebetulan Ninie mmg dah beli cream sapu, tunjuk kat doc Siti, dia ckp, dah betul cream yg Ninie beli, cuma dia x akan baik selg x ambik antibiotik. Anak doc pun pernah kena. Doc ckp, dia cuba juga x bg antibiotik, sapu cream je, x berkesan. Mmg kena ambik antibiotik.  Tapi Zulaikha kena ambk satu lg ubat alahan, Xrytex. Sbb dia jenis alah.

Esoknya hantar Zulaikha macam biasa g taska. Petang tu ambk dia, cikgu ckp, Zulaikha x leh dtg taska. Sbb takut jangkit budak lain. Aduilaa..... kena hantar umah tok la nampaknya. So, Ninie cuti sehari, hari Khamis, Jumaat Zulaikha duk umah tok sabtu sampai Ahad. 

Harini alhamdulillah kudis dia dah clear. Dah baik sepenuhnya. cuma ada lg la kesan parutnya. Dah g taska semula. 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails