Pages

Thursday, January 26, 2012

Minggu 26:Masih muntah tak tentu masa

Kalau minggu 26 bersamaan ngan brp bulan eh? Lebih kurang 6bulan lebih. Lambat lg nak sampai ke destinasi sepatutnya. Ada lg 3bulan. Kekdg terasa lama pulak pregnant kali ni. Mungkin sbb alahan. Tapi org ckp, kalau dah pregnant umur lebih 30 tahun, mmg gini la rasanya. Kita akan rasa penat sgt. Mungkin juga, maklumla.. x brp nak muda dah.. Hehehe..

Semalam duk seharian kat opis, rasa sakit sakit montot. Mmg sakit amat. Mungkin badan dah berat. Apa x nyer, dah nak mencecah 70kg. Bila bangun dari kerusi mmg sgt menyeksekan. Balik rumah, mmg terus baring, rasa nikmat sgt dpt baring.. 

Semlm kan ada citer hindutsan, Mann. Jangan x tahu, Ninie ni suka sgt tgk citer hindustan. Dulu zaman bljr matrik, mmg sakan menengok hindustan. 

Tgk tv, sambil lipat baju. Keje umah mmg x pernahnya abiskan. Baru abis sebakul lipat, dah tambah lagik sebakul. Lega semalam Zulaikha tido awal. Kalau dia ada, sama naik tolong lipat kain.Dia mmg suka part simpan baju dah lipat dlm almari. Jangan la larang. Nanti dia mengamuk. So, biar aje la dia menolong. Nak sampai kat alamri, baju dah rupa roti canai penyek. Tak apa la, anak saya mmg rajin... 

Dah lipat kain, teringat plak barang org order belum lagi bungkus. Pastu update blogshop plak la. Alang-alang x ngantuk kan.Sedar x sedar kul4pagi dah. Kena tido jugak ni. Kul 4.30pg baru tido. Terjaga lambat harini, kul.6.40pagi. Mmg marathon la semua benda. Tapi yg syiok, zex yg bwk keter. Ninie mmg ngantuk, so tido aje dlm keter. Sedar-sedar dah kat dlm kawasan opis.. Hahahah.. Sy sampai cepat, Zex la bakal lambat tu.. Nak hantar Zulaikha lagik.. 

Harini plak ada meeting. Aduilaa mengantuk betul ni. Beli sarapan kat kantin. Makan dulu la.Nanti x tahan menunggu habis meeting. Blum mula meeting, dah muntah balik semua makanan.. Perasaan tu mmg rasa x tahu nak dicerita. Lepas meeting muntah lagik... Seksenye.. Mata ngantuk, muntah pulak.. x dayanya.. 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails