Pages

Monday, January 30, 2012

Minggu 27: Berat naik 5kg!!!!!

Minggu ni kena cek perut kat KSH. Patutnya hari esok 31 Jan. Tapi sbb esok byk meeting, so g harini. Bagus jugak g harini, x ramai org tadi. Kejap je jumpa Doc Khaled. Harini mmg memeranjatkan. Seblum masuk jumpa doc, kena ambk tekanan darah dan berat. Tekanan darah ok je. Berat....... Adui.. 5KG naik.. dari 68kg ke 73kg. Ke.... timbang rosak? Siap tanya nurse.. heheheh Nurse ckp dah betul dah timbang tu.. Heheh salahkan penimbang.. boleh x g tu?

Padanla seme tegur besar sgt dah Ninie ni. Macam tengah tunggu masa nak bersalin je. Doc tanya ada masalah lain x? Biasala Doc.. Saya ni selalu muntah pagi lepas sarapan. Dia ckp, awk ni jenis x leh makan byk. Makan sikit-sikit je. Dah berat naik mcm ni, awk kena control makan tu. Bahaya. Susu kalau minum sekali pagi dan malam, x perlu dah ambik vitamin. Sebb susu utk ibu mengandung tu dah cukup zat seme. Ninie minum susu IGC biodex. Kekdg minum EnFAMA. Janji susu.. heheh

Harini kena cucuk ATT(kancing gigi). Untuk mengandung kali ke-2 sekali je kena cucuk ATT. Kalau first time, kena 2kali.. X sakit pun cucuk ni. Baby alhamdulillah, bergerak sgt aktif. Baby still songsang. Dia blum pusing. So, x leh nak tgk lagik muka dia macam mana. Berat dia lebih kurang 1kg. 
Lepas dah settle jumpa doc, nurse suruh masuk Kelab Ibu mengandung.. Macam-macam produk ada..   Heheh.. dah siap isi borang, dapat goodies.. byk sgt. Bag sampai 3  nurse bagi. Pastu Sample susu paling banyak dpt. Sampai doc ckp.." untung la awak..." Nurse tu bisik kat Ninie.. "Doc nak la tu, maklumla dia x leh ngandung dah.. " Hahaha gelak besar Ninie.. Manala doc nak ngandung kan.. dia kan lelaki.. kikikiki

Friday, January 27, 2012

Huggies dah naik harga

Pampers=lampin pakai buang. Padahal pampers tu bukannya jenama lampin pakai buang dulu-dulu ke? heheh. Sekrg ni senang sebut pampers kan. Kalau sebut pampers dah faham dah maksudnya.. Lampin pakai buang. Ninie selalu beli pampers Zulaikha tetiap bulan. Selalunya 3bungkus. 2 jenis huggies color biru. 1 mummy poko color kuning.
*gambar google
Yang huggies biru ni saiz L=68 keping. Dari awal lg suka huggies. Sbb tape dia jenis mcm velcro. Byk kali boleh guna pelekat dia. Kalau Zulaikha suka bukak-bukak pun x aper. Pelekat dia bleh guna semula.  Kekdg dia suka ambik pampers ni sbb nak pakaikan kat semua bear dia. Bayangkan la.. kalau ada 5 ekor bear, 5 ekor tu semuanya pakai pampers. Pastu asyik bukak lekat balik.. ada je x kena bear dia tu pakai pampers.. hehehe

Selalunya harga huggies x sampai RM30. RM29.90 je kat Butik Manjaku. Tapi tadi g beli dah naik harga RM33.90. Masuk je tahun baru. Dah naik harga... Huhuhue Bapak sila tambah elaun ibu yer..  
Tadi x beli pun Mummy poko sbb ada lagik. Mummy poko selalunya beli jenis seluar. Guna kat umah je. Saiz pun ambk saiz M je. Sbb mummy poko ni saiz dia berbeza. Kalau M boleh sampai berat 12kg. Kalau M ni byk la dpt. 44keping. RM24.90. Ninie selalu guna kat umah ngan jenjalan. Sbb senang nak pakai kat Zulaikha. Dia asyik lari je. Bukan nak baring. Tapi sekrg ni saiz dia dah kena tukar pulak. Zulaikha dah berat 12.5kg. Saiz M ni mcm susah nak masuk.. bulatnya anak ibu ni.. ish ish ish

Thursday, January 26, 2012

Minggu 26:Masih muntah tak tentu masa

Kalau minggu 26 bersamaan ngan brp bulan eh? Lebih kurang 6bulan lebih. Lambat lg nak sampai ke destinasi sepatutnya. Ada lg 3bulan. Kekdg terasa lama pulak pregnant kali ni. Mungkin sbb alahan. Tapi org ckp, kalau dah pregnant umur lebih 30 tahun, mmg gini la rasanya. Kita akan rasa penat sgt. Mungkin juga, maklumla.. x brp nak muda dah.. Hehehe..

Semalam duk seharian kat opis, rasa sakit sakit montot. Mmg sakit amat. Mungkin badan dah berat. Apa x nyer, dah nak mencecah 70kg. Bila bangun dari kerusi mmg sgt menyeksekan. Balik rumah, mmg terus baring, rasa nikmat sgt dpt baring.. 

Semlm kan ada citer hindutsan, Mann. Jangan x tahu, Ninie ni suka sgt tgk citer hindustan. Dulu zaman bljr matrik, mmg sakan menengok hindustan. 

Tgk tv, sambil lipat baju. Keje umah mmg x pernahnya abiskan. Baru abis sebakul lipat, dah tambah lagik sebakul. Lega semalam Zulaikha tido awal. Kalau dia ada, sama naik tolong lipat kain.Dia mmg suka part simpan baju dah lipat dlm almari. Jangan la larang. Nanti dia mengamuk. So, biar aje la dia menolong. Nak sampai kat alamri, baju dah rupa roti canai penyek. Tak apa la, anak saya mmg rajin... 

Dah lipat kain, teringat plak barang org order belum lagi bungkus. Pastu update blogshop plak la. Alang-alang x ngantuk kan.Sedar x sedar kul4pagi dah. Kena tido jugak ni. Kul 4.30pg baru tido. Terjaga lambat harini, kul.6.40pagi. Mmg marathon la semua benda. Tapi yg syiok, zex yg bwk keter. Ninie mmg ngantuk, so tido aje dlm keter. Sedar-sedar dah kat dlm kawasan opis.. Hahahah.. Sy sampai cepat, Zex la bakal lambat tu.. Nak hantar Zulaikha lagik.. 

Harini plak ada meeting. Aduilaa mengantuk betul ni. Beli sarapan kat kantin. Makan dulu la.Nanti x tahan menunggu habis meeting. Blum mula meeting, dah muntah balik semua makanan.. Perasaan tu mmg rasa x tahu nak dicerita. Lepas meeting muntah lagik... Seksenye.. Mata ngantuk, muntah pulak.. x dayanya.. 

Wednesday, January 25, 2012

Nak Akumik!!!!

Masa balik Pekan, Zulaikha ajak balik rumah, dia ckp, "Jom alik... nak akumik.. akumik..." Adui puas pikir apa benda la akumik tu .. rupanya... Nak tgk citer madagaskar.. part lagu je yang dia suka.. "i like to move it move it = akumikkk" ... hahahahah semlm dia ajak bapak sekali menari Akumikkk!!!

Mainan dah sampai..

Mesti korg nak tgk kan mainan Zulaikha.. Hehehe. Barang sampai ngan lori dalam kul 4ptg. Puas menunggu.. Ingatkan kecik kotak dia. Punyala berat. Sampai je, ibu terus pasang. Ibu yang x sabar. Mula-mula Ninie bukak kotak yg jongkang-jongkit. Zulaikha x nak.. malu la tu.. hahaha. 

Tgk pada kotak gelongsor ni, mcm senang je nak pasang, so x yah la tunggu bapak balik. Ibu pasang sendiri je. Tengah pasang gelongsor, belum pasang screw, Zulaikha dah naik.. aduila.. ibu dah berjujuran peluh, dia plak dah naik.. bimbang takut jatuh je. Senang je rupanya nak pasang.. 
 Dah cuba main gelongsor ngan buai.. try jongkang jongkit plak.. (perasan x dinding tu.. dah ilang seme sticker.. Zulaikha la tu.. suka sgt cabut sticker..) 
 Ni ballpitt. mmg besar la sgt. penuh bilik dia. Dapat sekali ngan bola kecik-kecik. Dalam byk mainan, ini dia paling suka. Bapak balik je, ajak masuk dlm sekali.. Ajak ibu... minta maaf ye.. ibu mmg x muat dlm tu.. hehhehe
Sampai tertido main.. bukan tido.. dia buat-buat tido je.. kononnya rumah dia la tu.. hahahah

Zulaikha Alah Limau Mandrin

*gambar oleh google
Musim Tahun Baru Cina ni mmg banyak limau mandrin ni kan. Kalau x beli pun. Mmg org yg bagi. Zulaikha mmg suka makan buah. Dia panggil buah.. "Wa wah..". Sejak dia makan buah ni Ninie perasan kulit dia jadi merah-merah. Mula-mulanya buat x kisah, sbb ingatkan dia kena gigit nyamuk.Zex plak ingat dia alah telur or ayam. Selama ni makan  x ada apa plak.  Khamis lepas kebetulan, kawan Ninie buat tahlil sempena masuk rumah baru. Mmg dia hidang byk buah mandrin ni. Zulaikha x henti-henti makan sementara selesai org bertahlil dah solat isyak. Nak "wa wah.. nak wa wah.." Banyak sgt dia makan.. ada la kat 5biji.

Hari Jumaat tu nampak merah lg kulit dia. Masa mandi, bila gosok badan dia, rasa kulit dia menggerutu. Ingatkan sbb musim panas, dia berpeluh. Ruam panas la kot.. Petang tu, dia main kat luar rumah, jiran sebelah bagi dia 2biji limau mandrin. Suka sgt la dia. Habis dia makan...

Esok paginya, dia bangun tido, Ninie tgk lain mcm aje muka Zulaikha ni. Mata dia bengkak.. muka dia mcm kena demam campak... Zex ckp, kena g klinik ni sbb satu lagi, dia jalan hencot-hencot. Kaki dia sakit. Masa ambik dia dari taska, kuku kaki dia berdarah. X tahu la kena apa. Cikgu pun x tahu dia kena apa. Kuku dia jadi bernanah.. Risau jugak tgk Zulaikha mcm tu, terus g KSH. 

Doc Siti bgtahu, Zulaikha ni alah ngan buah mandrin. Sbb buah ni byk sgt bahan kimia. Yerla nak bg tahan lama, mmg dia taruk bahan kimia. So dia kena ambk ubat utk ilangkan alahan dia.

Sepanjang cuti, mmg kesian dekat anakda ni. Tiap kali dia makan apa-apa pun dia akan rasa gatal. Masa gatal mmg dia nangis, suruh garu. Banyak kali dia buang air besar. Ada sekali tu, mmg Ninie ngan zex x perasan, mmg merah abis la peha dia. Menangis-nangis masa basuh. Ngan badan lg gatal. Kesian sgt Zulaikha, tapi dia jenis x kuat merengek... itu yg bagusnya anakda ni.

Hari ke 5 dia dah ok,gatal-gatal dah x ada. Kulit dia makin sembuh.. Kulit dia jadi menggelupas kat seluruh badan. Jadi kering. Tapi dah beransur baik.. Alhamdulillah. Ibu ngan Bapak pun kena pantang sama, x leh makan buah limau ni.. :-) hehehe yg mana org bagi kat umah, kena buang aje la.. demi kebaikan anak kan.. 

Thursday, January 19, 2012

Playground Idaman

Dua tiga hari lepas, gatal tangan mengoogle cari mainan Zulaikha. Nak google pun x tahu perkataan apa yg sesuai. Nak cari gelongsor untuk Zulaikha. Dia suka sgt main, tp selalu kalau dpt main pun kat giant, sampai x mau balik. Ninie pernah servey kat Tunas Manja Transit, gelongsor sekali ngan buaian RM499. Kat Giant pun sama. Masa tu nak beli ngan x nak.. rasa mcm nak.. tp rasa cam mahal plak. 

Semalam mmg dasatla keputusan Ninie buat. Google punya google. Jumpa website http://www.kids.net.my. Rambang mata menengok barang-barang kat situ. Jumpa plak apa yang di inginkan.. 
Harga dia mcm ok. Sbb dpt sekali ngan jongkang jongkit, pastu mcm-mcm la kat bawah tu. Call eric ni, tanya shipping brp.. dia ckp FREE!!!. Aduhhhhhh mmg nak laa.. Tapi RM958, mana nak cari pitih byk tu kan. Dah la gaji gomen x tentu lagik naik bila ni. Si eric ni kan, mmg terror bab jual, dia ckp, cuba tanya kredit kad leh convert jadi installment x. Ninie pun apa lagik, sepantas kilat menelefon. Kompem boleh.. Interest ada. Tapi  byr x lama, so x byk la kena bayo. 

Strategi seterusnya, telefon bigbos, mintak kebenaran. Bos ckp, ok.. Hehehe mmg syiok la. Kalau lambat eric ckp, takut abis.. (mmg saje kan.. nak suh kita beli). Akhirnya.. berjaya la menggores kad utk bli ni kan.

Eric ckp, kalau awk cepat, sblum kul satu tadi, sy deliver harini jugak, esok sampai. Ni kena deliver esokla. X aper.. janji sampai. X sabarnyaa nak tunggu Jumaat (mcm ibu je nak mainnya..) hehehe. Kita tunggu esok!!!

Wednesday, January 11, 2012

Persediaan utk baby ke-2

Apa ye Ninie nak beli untuk baby ke-2 ni..? Sebenarnya x beli apa pun. Barang-barang Zulaikha semua elok lagik. Cuma kali ni insyaAllah baby boy, so kena prepare baju baby boy. Kalau nak ikutkan, masa Zulaikha dulu, mmg Ninie beli baju dia semua color universal. Color girl/boy. Cuma nak kena beli jugak baju utk baby baru ni,kesian dia x kan nak pakai baju secondhand masa first day kan. (padahal, ibu cari alasan nak sopin!).

Anak first, awal Ninie dah beli, maklumla excited. Yg ni bukan x excited, tp sbb g kat butik anakku tgk baju masa zaman Zulaikha sama je ngan zaman sekrg. X ada sgt design baru. Tapi nanti nak g servey kat tempat lain la. Cari baju dalam 5 pasang yang baru. 

Babycourt pun dah ada. Zulaikha punya. Elok lg simpan. Nanti adik kena duduk dlm babycourt, takut Zulaikha terkam adik dia. X tahu lg mcm mana respond dia dpt adik. Kompem x tido sekatil. Sekrg ni Zulaikha tido katil dia, cuma katil tu dirapatkan ngan katil ibu je. So space utk dia mmg besar. Dia tido mmg lasak.. setiap malam, 2-3 kali kena angkat dia, ubat ke kedudukan yg betul. Ntah ikut saper la tido lasak sgt kan.. hehehe

Semlm beli online je set bersalin. Ninie kekal pakai yg jenis dulu. Leesa Confinemum. Serasi je rasa. Sbb x kena makan banyak benda. Menyusu pun x kisah. Dia x panas. Ninie beli online. Ngan kak ekin. Selalu jugak beli ngan dia. http://www.kedai2ekin.com/. Biodex dulu pun beli ngan dia. 
Kena list senarai barang-barang ni. takut lupa nak ready. Kena sedia awal, kebarangkalian tu banyak kan.. Takut tertinggal je nanti. Apa ek?

Untuk Baby:-
  1. Bag - kena beli, yg ada seme color pink
  2. baju baby - kena beli yg baru 
  3. kain bedong - dah ada
  4. barut  - dah ada
  5. sarung kaki/tgn - dah ada
  6. tuala - kena beli baru
  7. Minyak telon - dah ada dlm set bersalin
  8. Botol susu -kena beli baru
  9. Pampers - kena beli baru
  10. Sabun mandi/- kena beli baru
  11. bedak- dah ada
  12. Tisu basah - kena beli
  13. Bantal/tilam - dah ada
  14. Besin mandi - dah ada 
Untuk Ibu & Breastfeeding:-
  1. Set bersalin -dah beli
  2. Barut - dah ada
  3. Kain batik - dah ada
  4. Baju utk BF - dah ada
  5. Kelengkapan mandi  (berus gigi.. sabun ..) - beli baru la
  6. Pad - kena beli
  7. Selipar dlm rumah - kena beli
  8. Stokin - kena beli 
  9. Breastpump- dah ada
  10. Nursing Bra- dah ada
  11. Nursing pad- dah ada
  12. Botol simpan EBM - dah ada
  13. Pembersih botol susu - kena beli
Hadiah utk ibu
Yang ni mmg wajib ye.. boleh list permintaan kot.. hehehe

Apa lg? rasanya tu je kot.. byk jugak kena beli .. bulan depan leh la start membeli.. kena mintak duit ngan menteri kewangan kat rumah.. :p





Tuesday, January 10, 2012

Dalam dilema

Ninie ni dalam dilema, nak hantar taska ke rumah pengasuh, adik Zulaikha nanti. Kalau ikutkan nak je hantar taska sama ngan Zulaikha. Tapi taska ni mengada-ngada. Mentang-mentang la dah glamour, dia naikkan harga. Masa Zulaikha dulu rm250. Tahun 2012 ni taska naikkan harga sampai RM350. beza RM100. 

Naik gaji sikit je, harga taska naik.. makkk aiiii cekik darah.. Semalam call taska Azid tempat Zulaikha ni, tanya semula, kot dpt diskaun sbb dah hantar Zulaikha kat situ, dia ckp, RM300. Mahal jugak...!

Opismate Ninie ni,  mak mentua dia jaga budak. Murah jugak la. RM200, kat Sungai Isap. Tapi tempat berbeza plak ngan Zulaikha, nak kena g dua tempat tu yg payah. Ambik masa plak nak g hantar ambik. Mmg bagus la rumah pengasuh kan. Sbb baby kecik lagik. Tapi Zex x berapa berkenan, sbb nak kena masuk ke Sungai Isap tula. Pastu satu lagi, kalau pengasuh cuti.. kita pun kena jugak cuti.. tu yg paling x best. Sebab Ninie ni keje, nak kata sibuk, sibuk jugak la. Bukan senang nak cuti..

Satu lagi option, taska Hospital tempat Ninie keje ni. Dalam hospital. Kompem murah. Sebb ada subsidi. Masa Zulaikha dulu, Ninie x hantar kat dalam sebab ramai yg amat budaknya. Tu yg hantar taska Azid kat luar. Luar pagar je. Tahun lepas taska dalam ni dah tukar petender. Bukan Azid dah. Taska baru. Dah tanya 3org kengkwn. dia ckp, pengurusan baru ni ok. Lain dari yg dulu. mmmmm tanya Mr.Zex, dia suh hantar taska dalam je, murah & senang nak hantar. Rasanya nak kena g tgk dulu la, ok ke x ni. Nanti indah khabar dari rupa. Yang penting bersih, dan dia asing baby ngan budak besar. 

Monday, January 9, 2012

Zulaikha Setahun 11 bulan

gambar.. ihsan dari cousin.. ehehe
Masa ni Zulaikha kena tinggal umah tok.. seisi menjelajah agaknya.. 
comel sikit dah ada rambut.. heheh.. Ada org ckp, makin besar dia muka Zex.. Yeke????

Zulaikha: Jangkitan Kuman@Kudis kat kaki

Ntah dari mana Zulaikha kena jangkitan kuman ni. Mula-mula mcm melecek belakang kaki dia. Ingatkan sebab kasut dia ke. Lepas tu, dia pecah, merebak besar. Dia garu-garu masa tido, berjangkitan plak kat jari tangan ngan kaki blah kanan dia. Mula-mula kudis tu naik mcm chicken pox. Berair. Tapi dia x demam pun.

Kebetulan Ninie pun demam, batuk , selsema. Bawak dia g jumpa doc siti kat KSH. Ada sorg nurse tu panggil Zulaikha "budak mahal" heheh sbb dia jenis sensetif. Alah ngan ubat. Doc Siti bagi tahu, kudis ni normal bagi kanak-kanak. X duk taska pun kena. Cara jangkitan macam-macam. Sentuhan atau melalui udara. Zulaikha jenis sensitif, lagi senang la kena. Kebetulan Ninie mmg dah beli cream sapu, tunjuk kat doc Siti, dia ckp, dah betul cream yg Ninie beli, cuma dia x akan baik selg x ambik antibiotik. Anak doc pun pernah kena. Doc ckp, dia cuba juga x bg antibiotik, sapu cream je, x berkesan. Mmg kena ambik antibiotik.  Tapi Zulaikha kena ambk satu lg ubat alahan, Xrytex. Sbb dia jenis alah.

Esoknya hantar Zulaikha macam biasa g taska. Petang tu ambk dia, cikgu ckp, Zulaikha x leh dtg taska. Sbb takut jangkit budak lain. Aduilaa..... kena hantar umah tok la nampaknya. So, Ninie cuti sehari, hari Khamis, Jumaat Zulaikha duk umah tok sabtu sampai Ahad. 

Harini alhamdulillah kudis dia dah clear. Dah baik sepenuhnya. cuma ada lg la kesan parutnya. Dah g taska semula. 

Wednesday, January 4, 2012

Minggu ke-23: Demam, Batuk, Selsema

Sambut tahun baru 2012 dengan Demam, Batuk & Selsema. X tahu la jangkit kat mana. Tetiba je demam hari sabtu lepas. Pastu selsema. Isnin tu dah start batuk. Selasa g KSH. Sebb makin parah je batuk ni. Patutnya nextweek appoitment ngan Dr. Khaled. Tapi alang-alang x sihat ni, terus ambik MC ngan chek perut.

Doc bagi ubat batuk ngan demam. Antibiotik mmg x leh ambik la. Sbb pregnnat ni. Timbang berat badan, 68Kg dah. Mak aiii 2.5kg naik. Doc tanya, "byk sgt ke makan?" Ninie jawap "x adalaa.. mkn mcm biasa je.." Doc terus je pandang Zex "saya kena tanya suami, dia yg tgk awk makan mcm mana.." heheheh zex sengih aje..

Scan baby, dia songsang sikit doc ckp, tp awal lg. Nanti insyaAllah dia pusing.. Harap-harap g tu la. Soalan biasa Ninie "anak saya besar x doc?" doc ckp "everage, tapi kalau awk makan byk lagik.. lg besar anak awk.." gluuuurpppp... seram jugak. Zulaikha dulu 3.3kg. Yang ni x tahu la.

Batuk ni kan, mmg menyekse perut sungguh. Bila batuk je rasa sakit bahagian perut. Terutamanya pinggang. Malam nak tido mmg sekse. Mengiring ke kiri sakit ke kanan pun sakit. Ada satu malam tu sampai kul 2pagi x tido, duk mencari posisi tido yang selesa. Tula rasa mcm nak bersalin cepat.. dugaan..... 

linkwithin

Related Posts with Thumbnails