Pages

Friday, December 30, 2011

Zulaikha yg semakin keletah

Lama dah x citer pasal uncit kan. Lately ni jarang Ninie ambik gambar dia. Sejak HP c3 ni buat hal. Bila masuk je kat USB pc ni, dia shutdown. Ntah apa la x kena. Takkan nak kena tukar HP baru kot.. Ahahaha.. 
Ni gambar Zulaikha paling baru. Tu pun Zex yang ambik masa Ninie g KL. Zulaikha dengan cousin dia, Syahmi. Dua2 kuat makan. Kalau siapa dah lama x jumpa Zulaikha, ayat pertama "eeehhh banyak dah rambut dia" Ye la dulu Zulaikha motak perut uncit. Umur dah setahun lebih baru la tumbuh rambut dia. Ni baru nak lebat. 

Sekarang ni Zulaikha dah Setahun 10 bulan. Tapi ramai ckp, badan dia besar (maknanya.. uncit + debab). Dia dah x leh nak pakai baju umur 2T. Semua baju kena ambk saiz 3T. Sbb kat bahagian perut mesti nampak pusat, tergantung baju. Heheheh

Sejak nak dapat adik ni dia makin manja. X boleh salah sikit. Merajuk. Tergolek2 atas lantai. sampai satu ruang tamu dia golek-golek. Selagi x pujuk, x bangun la dia. Kekdg buat mengada-ngada, nak ibu je pujuk dia. 

Dulu kan dia suka tgk barney, sekrg dah ubah selera. Hari2 boiboi boy dengan upin ipin. sekejap boiboi boy, sekejap kang suruh ibu tukar upin ipin pulak. Selalu sgt tgk citer yg sama, sampai dia hafal dialog. Blum lagi part dialong tu, dia dah sebut.Mmg kelakar.

Zulaikha dah kurang takut dengan orang. Agaknya dah besar, makin suka nak berkawan. Tetiap hari ajak ibu "main". Kalau dia sebut "main" maknanya, ajak keluar rumah, nak join main ngan anak jiran2. Pastu suruh bawak "cikai=basikal". Sebab dia tgk anak-anak jiran semua bawak cikai. Dia ngan cikai roda 3, x pandai kayuh. Heret je ngan kaki. Tapi paling susah, nak ajak balik. Selg budak-budak lain x masuk rumah, dia pun x nak masuk. 

Bab berckp, mmg dia improve.Suka sgt berckp. Ada yg kita faham. ada yang x faham. tapi sebab dah biasa dengar dia sebut tetiap hari, dia sebut apa pun Ninie mmg faham. Tapi dia mmg suka buat ayat tambahan.. Ayat depan kita mmg x faham, yg belakang je kita faham dia sebut. "ketekektekekte...... duduk..." Ketetekekekekeke.... cikai..." hahaha mmg asyik gelak je dgr dia ckp. 

Kalau tanya dia.. "anak saper ni?" dia jwp"anak kita....." sbb Ninie ngan Zex mmg suka sebut pasal Zulaikha anak kita.. heheh rupa-rupanya dia memerhati setiap apa yg kita sebut. 


Sekarang ni dia mmg suka kartun Pooh ngan Mickey Minnie. Kalau baju mmg nak yg gambar kartun ni je. Especially pooh. Kalau pas mandi, dia akan cari sendiri baju, mmg dia akan ambik pooh je. Ibu dah beli baju lain yg lawa-lawa, x nak pakai, nak pooh ngan mickey or minnie je. Basuh, kering je pakai.. 

Lagi satu kartun dia suka, angry bird. Yang ni mmg Ninie x pernah tunjuk kat dia. Tapi ada satu hari tu, g giant, dia nampak org jual, pastu dia sebut "angie bird". Rasa pelik juga, rupanya kat taska kengkwn semua bawak bag angry bird g taska. Ninie cari bag sekolah jenis tarik beroda ada gambar Angry bird. Murah je, kat Big Ten. RM20 je. Mula-mula dia dpt, terus dia tarik sambil sebut "Ikha, balik!" hahahah dia tiru style cikgu panggil dia bila Ninie dtg nak ambk dia petang-petang. 

Cuma satu je yang dia x ambik perhatian sangat kalau Ninie ajar dia, bila sebut pasal adik dia.. Selalu Ninie tunjuk perut pastu bagi tahu adik ikha ada dlm ni, dia mmg x respond langsung. Buat x tahu je. Hopefully nanti dia respond jugak.. hehehe. Jangan jeles + buli adik dia nanti dah le. Anak adalah amanah Allah yang paling berharga. Sekian :-) harap maklum. 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails