Pages

Tuesday, November 15, 2011

Takut kerang

Semalam malas nak masak (bukan semlm je malas.. hari-hari malas).So makan char ko teow je la kat area umah Ninie. Kat gerai char ko teow ni  selalunya dia letak sepinggan kerang atas meja. Yang belum masak. Kalau nak makan, suh la dia rebus. 

Lepas dah order, Zex bangun, dia g order otak-otak kempas, kat gerai sebelah. Zulaikha berdiri atas kerusi sebelah Ninie. Dia tgk je kerang dalam pinggan tu. Tetiba dia usik kerang tu, ada plak kerang yg masih hidup, masa dia sentuh je kerang tu, kerang tu tertutup. Dia punya terperanjat, terus melompat kat Ninie, pastu nangis sekuat hati.. Hahahahaha ambik kau.. tau takut.. Semua org yg makan kat gerai tu pandang arah Ninie.. Hehehe Ninie ckp la.. dia takut kerang.. mmg kelakar sgt muka dia. Lepas tu sampai abis makan la, dia duduk atas riba Ninie, mulut x berhenti sebut..." tu gigit.. gigit.." Zex apa lg nyakat la.. saje je dia angkat pinggan kerang tu bg kat Zulaikha, susah payahla Zulaikha mengelak.. takut sgt dia.

Lepas ni serik la dia nak usik kerang atas meja. Zulaikha selalunya cepat serik.. sekali dia takut dia mmg ingat.. Heheh geli hati betul anak dara saya ni.. 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails