Pages

Tuesday, November 15, 2011

Minggu ke-16: Silap kira

Kelakar sungguh harini. Dah sampai taska, baru perasan bag Zulaikha dengan bag Ninie x bawak. Ninie dah pesan kat Zex suh ambk, sbb Ninie dukung Zulaikha masuk kereta. Agaknya Zex x dgr Ninie ckp masa tu. Ninie pun satu hal, x perasan plak bag x ada, sampai la dah sampai taska. Rasa mcm kelakar, bila jalan ke opis tanpa pegang apa-apa barang. Terpaksa Zex patah balik rumah ambik.

Alang-alang dah dtg opis Ninie hantar bag, Zex ajak g KSH terus. Appoitment dengan doc Khaled belah petang, tp Zex ckp, g pagi ajela. Ninie pun ikut aje la. Sib baik jugak g pagi, doc Khaled ada operation belah petang.

Doc scan baby, alhamdulillah development baby semua ok. Berat dah naik sekilo lg. Sekrg ni berat 64.5kg. Lupa plak nak suruh doc print gambar. Dah besar adik Zulaikha ni rupanya. Doc ckp "very good, dah 16 minggu lebih... " Ninie ni kan teruk betul, selama ni, bila org tanya, Ninie ckp baru 3bulan lebih. Pastu seme ckp, "besarnya perut" Rupa-rupanya... hahahah Ninie yg salah kira. Padanla perut besar, dah 4bulan lebih. Baby dah bersifat. Cuma bentuk muka belum nampak, doc kata masa ni ibarat ada kulit dengan tulang aje. Lemak belum ada, so, bentuk muka dia x leh nampak dengan jelas.

Balik dari KSH, Ninie tanya Zex "agak-agak kan.. anak kita laki ke pompuan?" apa dia jwp??? "Abg rasa pompuan..." sebenarnya Ninie pun rasa mcm tu... Huhuhu bentuk kepala serupa betul ngan Zulaikha.. Tapi wallahuallam.. Kita tgk ajela.. Ninie x kisah laki ke pompuan.. janji sihat dan sempurna. 

Lagi 5bulan nak tunggu baby lahir.. x sabar plak rasa.. x sabar nak ada 2org anak.. mesti tunggang langgang umah Ninie nanti (yg mmg sedia ada dah tunggang langgang dikemas oleh Zulaikha).. Heheh

Takut kerang

Semalam malas nak masak (bukan semlm je malas.. hari-hari malas).So makan char ko teow je la kat area umah Ninie. Kat gerai char ko teow ni  selalunya dia letak sepinggan kerang atas meja. Yang belum masak. Kalau nak makan, suh la dia rebus. 

Lepas dah order, Zex bangun, dia g order otak-otak kempas, kat gerai sebelah. Zulaikha berdiri atas kerusi sebelah Ninie. Dia tgk je kerang dalam pinggan tu. Tetiba dia usik kerang tu, ada plak kerang yg masih hidup, masa dia sentuh je kerang tu, kerang tu tertutup. Dia punya terperanjat, terus melompat kat Ninie, pastu nangis sekuat hati.. Hahahahaha ambik kau.. tau takut.. Semua org yg makan kat gerai tu pandang arah Ninie.. Hehehe Ninie ckp la.. dia takut kerang.. mmg kelakar sgt muka dia. Lepas tu sampai abis makan la, dia duduk atas riba Ninie, mulut x berhenti sebut..." tu gigit.. gigit.." Zex apa lg nyakat la.. saje je dia angkat pinggan kerang tu bg kat Zulaikha, susah payahla Zulaikha mengelak.. takut sgt dia.

Lepas ni serik la dia nak usik kerang atas meja. Zulaikha selalunya cepat serik.. sekali dia takut dia mmg ingat.. Heheh geli hati betul anak dara saya ni.. 

Zulaikha suka makan laksa

Ni semua gambar masa raya haji. Cousin ninie yang ambik kan. Zulaikha mmg selalu jadi tumpuan, bukan sbb dia comel ke apa.. tapi .... sbb dia UNCIT!. Dia mmg kuat makan. Masa raya haji, bapak sedara Ninie buat Laksa kuah lemak. Kuah dia mcm kuah laksam. Tapi makan dengan mee lidi. Zulaikha mmg suka sgt la. Pernah dia makan.. 8 kali tambah.. Huhuhu... mmg semerbak bau ikan..
gaul kan mee dah kuah supaya rata
Masa utk makan.. Makan guna tangan.. baru umpppphhh!!
Mee x yah potong ye, terus je hirup sampai abis.. senafas..
chooppp! masa ni baru lepas makan mee sup.. heheh hari yang sama.. 

Tuesday, November 8, 2011

Zulaikha bila dah pandai berckp..

Lama x citer pasal Zulaikha. Bukan x ada cerita, cuma gambar x ambk. Mcm x best nak citer gambar x ada Ibarat buku cerita tanpa gambar.. Cheeewaahhh!!!  Zulaikha sekrg makin byk berckp. W'pun pelat.. tp sbb dah biasa dengan dia setiap hari dah faham sgt bahasa-bahasa dia.. antaranya:-

  • apak=Bapak
  • ibu=ibu
  • tok=tok
  • kie=tokki
  • kucing
  • bece yer=biasa dia
  • acik=nasik
  • cucu=susu
  • akit=sakit
  • nak air=nak air
  • na nak=tak nak
  • angan=jangan
  • kokok=keropok
  • cikut=biskut
  • &*%$#@@= maaf.. ibu x upaya nak translate.. ibu pun x faham.. hehehe
Masa anak kita mula berckp ni, masa ni mmg seronok. Kita mesti suka dgr dia sebut apa-apa perkataan. Tp bila time dia malas nak ckp.. suruh la ckp apa.. dia buat x tahu je.. muka selambe.. Baru-baru ni, balik dari taska, tangan dia merah.. pastu dia asyik garu je. Ninie tanya dia.. "kenapa tangan ni?"  Zulaikha ckp "gigit.. gigit ni..." mula-mula Ninie ingat dia fobia kena gigit ngan kucing.. makin hari merah tu hilang.. nampak kesan gigi kat tgn dia.. Bila g taska Ninie tanya cikgu dia. Cikgu ckp "Maaf la kak.. lupa nak bg tahu.. dia kena  gigit ngan akim.. menangis selak dia.." mmm patut la kan.. Bila dah pandai ckp.. dia bg tahu kena gigit.. tp dia x bg tahu je saper yg gigit.. kesian anak ibu... biasala budak-budak mmg g tu kan... 

Minggu ke-14: Dah tukar uniform

*gambar masa dinner PSDC-Ala arab.. 
Minggu-minggu yg semakin malas nak update blog. Malas sbb bawak diri pun x larat... Penyakit yang sukar dikawal.. heheheh. Minggu ni Ninie dah start pakai baju  maternity. Bukan sbb baju kurung dah x muat, tp dah x selesa nak pakai. Kain boleh masuk, cuma x leh nak zip. "Sek'Eh" rasa perut. Tau kan maksud "Sek'Eh" tu.. Heheh.. maksudnya x leh nak bernafas .. 

Perut Ninie agak besar jugak. W'pun baru pregnant 3bulan lebih, tapi dah ketara sgt nampak. Ada yang ingat dah 5bulan. Seram jugak bila org duk tegur.. "La... baru 3bulan.. ingatkan dah 5bulan...ntah-ntah kembar..." Ayat last paling seram. Kembar???? ntah kenapa, bg org lain mengandung kembar tu seronok. Tapi Ninie, takut yg teramat. Potensi nak dpt kembar mmg ada, sbb kakak Zex mmg kembar seiras. Ninie mmg x nak sgt kembar... sbb risau x mampu nak jaga. Jaga Zulaikha sorg pun mcm terumbang ambing.. Tapi kan.. kalau la Ninie dapat kembar, Ninie terima dengan seikhlas hati.. ngan lapang dada. Kompem tutup kilang pas tu.. hahahaha. 

Sebb kerap sgt org usik kata Ninie kembar, Ninie mmg kompem kan ngan doctor, masa scan mmg sorg je.. Dengupan jantung satu :-). Tapi diaorg ni  mmg jahat tau.. diaorg ckp, ada je kembar yg x tahu.. xnampak, terselindung. Ni apa kes plak ngusik2 saya ni kan.. dah laa saya takut.... huhuhu Berserah pada yg Esa. Janji anak Ninie lahir dengan sihat dan sempurna. InsyaAllah..

Alahan Ninie, alhamdulillah.. semakin hilang.. cuma penat je x ilang.. Harap-harap alahan ilang terus pas ni. Bleh la saya makan best-best.. :p

linkwithin

Related Posts with Thumbnails