Pages

Friday, October 14, 2011

Semoga Tabah Hadapi Dugaan

Semalam pepg hari Ninie mula keje macam biasa, tetiba opismate telefon.. "Puan..." Ninie selalu ngan dia gelak-gelak or buat lawak, Ninie x perasan betul dalam nada suara dia tu ada nada kesedihan.. Mmg x elert betul Ninie ni.. (ada penyesalan rasa dlm diri..) Ninie teruk jwp.. "Hah! nak apa?" (sambil gelak-gelak). Tetiba dia ckp.. "Puan, ayah saya meninggal dunia..." Masa tu kerkejut sgt Ninie.. X ada plak dgr ayah dia sakit ke apa ke.. Ninie terus tanya lg.. "Meninggal kenapa?" Soalan yg kekdg x patut tanya kan.. "mmm ada kat kecemasan ni, saya pun x tahu.." suara dia makin sayu.. Ninie terus bergegas ke kecemasan dengan opismate lain. 

Tiba kat sana, Ninie nampak dah dia.. x sanggup nak g kat dia.. sbb dia tengah sebak dan menangis.. Ninie suruh opismate yg paling berusia g tenteram kan dia.. Air mata rasa nak berlinang sama... Terasa sayu sgt suasana masa tu.. Ninie x tahu nak sapa dia mcm mana. Ninie biar je dia dulu ngan opismate lain. Ninie cari MA kat kecemasan & tanya situasi masa tu. Dari penerangan diaorg, Ayah Aidil keje kat MPK, depan HTAA ni je. Kebetulan ada perhimpunan pagi, ayah dia lead bacaan doa. Lepas abis bacaan doa, ayah dia duduk, lepas tu pengsan tetiba. Masa bawa ke HTAA ayah dia dah x ada.. Ya Allah Tabahkan hati Aidil hadapi dugaan.. 

Urusan jenazah agak lama juga, sbb kena buat postmoterm sbb ayah dia meninggal bukan di HTAA. Mak Aidil x nak buat postmoterm, so kena cari rekod saringan kesihatan ayah dia. Kebetulan MPK ada buat dengan UIA, bergegas org MPK pergi UIA cari rekod tu. Akhirnya siap urusan dengan polis semua, Jenazah selamat di kebumikan lepas Asar. Ninie mmg respect ngan kerjasama staf MPK ni. Mmg sgt concern dengan staf mereka.. 

Ninie g jugak umah Aidil, kali pertama Ninie jejak kaki ke sana. Suasana mmg sayu... Bayangkan ayah dia baru usia 51 dah dipanggil oleh Ilahi. Mudahnya ayah dia pergi.. lepas lead bacaan doa ..  Hebatnya..

Balik rumah, Ninie duk pk.. Kalau laa kita dijemput oleh-NYA begitu awal.. Macam mana ye.. Cukupkan bekalan ??? mmmmm dalam keadaan apa agaknya kita ni kan.. 

Ninie teringat kat Aidil, semoga dia dan famili tabah hadapi dugaan... Hilang tempat bermanja dah  bergantung.. Mcm mana nak hadapi hari-hari akan datang. Tabah kan hati ye Aidil.. Al-Fatihah! Semoga ayah Aidil di tempatkan di kalangan org beriman.. 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails