Pages

Monday, October 3, 2011

Minggu 9: Asyik Lapar Je

Minggu lepas, minggu ke-8 ada appointment dengan doc Khaled. Cek pregnancy utk kali ke-2. Kali ni byk sikit kena soal. History keluarga ada diabetes or darah tinggi ke x. Mmm abah ada diabetes, mak ada darah tinggi. Seme kena rekod. Pasal penyakit genetik. Masa anak yg first, keguguran, Ninie kena diabetes. Masa Zulaikha, Alhamdulilllah, normal. Yang ke-3 ni mintak-mintak la x ada. Berat badan Ninie pun dah naik sangat. 62.5kg. Kebetulan lepas makan.. lg la berat kan.. (alasan.. takut org kata gemuk sgt..) Doc ckp semuanya ok. Alhamdulillah la. Kalau g KSH ni.. tiap kali jumpa mesti kena scan. So bleh la tgk baby. Bentuk dia masa ni seumpama seketul daging. Jantung dah ada.. nampak berdegup.. :)) suka tau tgk.. 

Tapi kan.. minggu ke-8 pembiakan jerawat semakin menjadi-jadi. Hormon la tu kan. Zulaikha dulu, mmg jeragat naik penuh kat bawah ketiak.. Selalu kalau jeragat ni mmg baby girl. Jerawat x tau la. Mak ckp, Ninie ni sebijik macam mak sedara Ninie. Ngandung je jerawat naik.. X berseri la muka saya ni kan.. 

Minggu ke-9 ni plak perut lapar je. Mmg x tahan sungguh. Makan dah byk.. tp tetap lapar. Kalau lapar je perut masuk angin. Pastu muntah. Sampai jd letih badan. Harap-harap cepat la berlalu alahan ni. Teringat masa Zulaikha.. Alahan sampai 9bulan.. adui bila dikenang-kenang.. x sanggup nak ngandung lg.. tp itulah dugaan ibu kan.. terima aje la...

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails