Pages

Monday, September 12, 2011

Muntah-muntah

Minggu lepas, hari Selasa, ambk Zulaikha kat taska, cikgu bg tahu Zulaikha baru pas muntah. Dia minum banyak sgt air masak. Mulanya x bimbang sgt. Masa dlm perjalanan balik rumah, betul-betul simpang masuk jalan kuantan-pekan, tetiba dia muntah lg. Muntah nasi. Dah la dia duduk agak berbaring kat carseat dia, Ninie plah tgk syok conar... Sambil tgn pegang belakang dia, nak bg dia menegak sikit, sebelah tangan pegang stereng. Duk mencari bahu-bahu jalan nak berhenti. Zulaikha x henti menangis. Mulut dia berdarah sikit sbb tergigit bibir masa muntah... Mmg sgt panik situasi masa tu.

Ninie gagah jugak bawak kerete sampai rumah. Sampai je rumah, terus keluarkan dia dari kereta, mandi kat luar rumah. Lepas tu dia ok. Siap pergi rumah jiran seblah. Pastu minum lg air sebotol. Balik rumah semula, dia muntah air.. depan laman rumah. Semua jiran tgk... Ni rasa mcm dah lain macam aje anakdaku ini. Terus sms zex. Zex plak balik lambat sebab ada kursus sampai kul10mlm. 

Masuk rumah, dia ngantuk, bg susu tido.. Masa tgh tido.. dia muntah lg... Kesian sgt dia. Rasanya 4kali salin baju.. Sampai dia penat.. ngan baju basah pun dia tido... Setiap kali lepas muntah, dia mintak air. Ninie nak larang, x boleh.. dia menangis. Tapi air tu yg menyebabkan dia muntah lg.. Last-last Zex balik, zex ambik dia. Zex bg dia air. 2gelas dia minum. Lepas tu dia tido. Alhamdulillah ok. Ninie dah penat, mencari mana Zex ngan Zulaikha. Rupanya tido kat ruang tamu. Terus ambik bantal, join tido kat ruang tamu..

Esok x g keje. Sbb takut dia muntah lg. Kalau muntah lg, mmg kena g klinik. Dia x hydrate sbb dia mmg minum byk. Seharian tu, dia cuma muntah pg.. tu pun sikit. Malam sekali.. muntah air. Lepas tu alhamdulillah.. beransur baik.. 

Mmg risau bila ada yg x kena ngan Zulaikha.. Kesian sgt bila dia menangis.. Bila dia dah sihat baru lega..  ish.. nampak mcm dia plak alahan yer.. hehehe


2 comments:

  1. haha sy pun konpius ni kak
    sy yg ngndung ni??
    alorr siannye sikakak plak kene tgung :p
    seb bek dah sihat yer ikha :)

    ReplyDelete
  2. nor: itu lah.. akak pun confius.. dia ni alahan ke jangkitan kuman.. hehehe

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails