Pages

Wednesday, September 21, 2011

Teringin Makan Pizza

Dari semlm Ninie teringin nak makan pizza. Tengah hari tadi kebetulan ikut kawan g ktn parade. Terus order pizza bawak balik opis. Bukan nak makan byk pun.. Dapat rasa sikit pun jadi la. Tadi beli 3kotak yg kecik RM19 je. Kebetulan opismate pun nak sekotak. Tadi order 2kotak peproni 1 kotak hawaian chicken. Sekotak mkn, sekotak bawak balik umah. Nak bg uncit ngan apak dia jugak. Makan apa pun mesti ingat kat diaorg berdua. 

Teringat lg ni. Masa pregnantkan Zulaikha. Makanan ruji Ninie mmg pizza. Hampir tetiap hari Ninie makan Pizza. Bukan sbb mengada-ngada. Tapi sbb mmg x boleh makan nasi langsung. Makan aje muntah. Ngandungkan Zulaikha mmg western food habis. X pizza, spageti. Sib baik la ada juga benda boleh makan. Kalau x ada.. lg haru.. mau duk wad, kena masuk air kan. 

Teringat lg (.. psl baru sgt ngandung kat dia..), waktu ngandungkan dia dah 5bulan, Ninie kena g kursus kat Sabah. Terpaksa bawak bekal Pizza ngan Biskut naik flight. Sekse betul, bila kat INTAN Sabah tu jauh dari bandar KK. Nak cari roti mmg payah. Hari-hari makan nasi.. muntah balik.. last-last makan potato chip aje. 

Adik Zulaikha ni, buat masa ni, Ninie boleh lg makan nasi. Cuma x leh nak makan ayam dah. Hari-hari kena makan lauk ikan. Bagus jugakkan.. Ikan lg byk khasiat.. :-)

Tuesday, September 20, 2011

Minggu ke-8: Badan masih maintain

Tak sangka dah 8minggu rupanya kan. Bahasa mudah.. dah 2bulan pregnant. Minggu ni x la rasa loya sgt. Cuma cepat lapar je. Pagi-pagi mesti kena makan cepat. Kalau dh msk angin , mmg jd sekse. Tapi masa ngandung kat Zulaikha, 3bulan ke bawah mmg x ada apa lg. Start 3bulan ke atas, mmg sekse la. Alahan sepanjang hari. 

Kali ni Ninie x brp nak gemuk lg. Kalau masa Zulaikha waktu usia kandungan mcm ni, berat Ninie dah 65kg. Ninie sekrg baru 59Kg. Agaknya dulu sbb Ninie mmg dah gemuk. Perut nampak la jugak. Tapi masih mengekalkan uniform biasa g keje. Blum kena pakai uniform maternity. Buku x buat lg kat HTAA ni. Malas g buat awal-awal, nanti nurse marah kan.. Dah nak masuk 4bulan nanti baru nak g.. Anak ke-2 x per lambat sikit. Tapi ngan KSH Ninie dah start buat follow-up. Minggu depan kena jumpa doc khaled. X sabar nak tgk perkembangan Baby ni. W'pun anak ke-2, still excited mcm masa zaman Zulaikha :-))

Monday, September 19, 2011

Reunion UPTM

Cuti Hari Malaysia, Ninie buat reunion untuk geng-geng unit IT ,SUK Pahang. Sejak bertugas ditempat baru ni, mmg lama x jumpa kengkwn kat sana. Diaorg pun dah ramai kena tukar kat lain-lain jabatan sbb ada reorganization. Asalnya nak buat kat rumah org lain, tp diaorg ckp, umah Ninie la, psl laman luas.. ye laa tuh.. Asalnya juga podluck .. Pastu Ninie decide nak suruh mak masak nasi dagang. Telefon mak, dia ckp boleh, sbb dia pun mmg nak buat nasi dagang sbb dia baru habis puasa 6. Mmg cantik sgt la. 

Kali ni mmg x jemput famili dtg rumah, sbb mmg ni rancangan kengkwn. Cuma Ninie ajak jiran-jiran. Kira mcm openhouse la. Jiran-jiran datang kul3. Geng-geng SUK dtg kul 4, Kengkwn Zex dtg kul 6 ptg. Ada jugak kengkwn yg dtg malam. 

Makanan mmg byk, sbb kebanyakkannya bawak makanan. Penuh rumah ngan makanan. Mee rebus, lemang, kuih raya, mee hoon. Kek.. koktail pun ada.. mmg meriah ngan makanan. Nasi dagang ada lebih, esoknya bawak g umah kakak ipar. Makan kat sana plak.. Malaysia.. mmg penuh ngan makanan kan..
 *gambar songlap kat blog ELAJS.. heheh x sempat nak ambk gambar.. tuan rumah bz..
 Orang kuat reunion.. 
 Orang cameron pun dtg.. Org Inderapura pun ada.. org  AP tu, umah u plak tahun depan yer..
geng-geng bujang & bapak-bapak.. duk kat luar rumah.. Zon bebas merokok..
TQVM kepada semua yg dapat hadir.. Seronok dapat berkumpul balik. Yang x hadir, mungkin lain kali plak.. kita buat kat umah ELAJS. Sekrg ni umah dia pakguard x bg masuk.. hahahah

JJCM: Tutti Frutti

Teringin nak makan aiskrim Tutti Frutti. Pasal dah masuk TV3, JJCM tu. Zex pun melayan je ibu mengandung ni. Hehehe ... Aiskrim dia buat ngan yoguart. Masam-masam sikit. Harga boleh tahan gak la.. RM0.53/10 gram. Ninie ambk satu cup je hari tu. Kongsi 3org. RM25. Macam-macam bubuh. Ambik 2perasa je. Blueberi ngan Vanilla. Rasa dia x brp nak gemor.. psl masam.. 
Zulaikha pertama kali makan aiskrim. Ninie x pernah ajar dia makan aiskrim. Kali pertama bg dia rasa. Dia ckp... "juuuuukkkk... juuuuukkk... " maknanya.. sejuk la tuh. Pastu dia x nak makan. Dia tunggu aiskrim tu cair baru la dia makan. Dah cair tahu ajelaa.. puas la nak tunggu habis. Sudu sikit2 dlm mulut dia. Dah la makan sendiri.  Sampai kena paksa ajak balik... aduilaa anak coyang ni.. 

Wednesday, September 14, 2011

Nak tuwehhh

Hobi Zulaikha sekarang "nak tuwehhh"=nak tulis.. Asyik mintak pen ngan kertas. Kekdg habis tgn dia conteng. G giant baru ni. Beli dia pensel warna ngan kertas lukisan.

 Terror kan dia menuwehhhh
 mcm pro dah..
 Hasil tuwehh Zulaikha... Barney ni dia suruh Apak lukis.. pastu dia alter. x cantik Apak tuwehh
suruh apak lukis tish=fish.. dia tlg alter jugak
suruh apak lukis ameng=ultraman.. pun dia alter.. dia aje yg pandai tuwehhnya...

Minggu ke-7: Night Sickness

Semalam dah bermula alahan. Mulut dah mula rasa loya. Bila petang aje rasa x sedap dah. Ayam dah x lalu nak makan. Masa ngandung Zulaikha dulu, ayam paling dibenci. Yg ni pun nampak gaya mcm lebih kurang aje. Semlm g pasar malam x tahu nak beli apa. Akhirnya pilih laksa penang ngan satay ikan. Habis semua makanan licin. Selera la katakan. 

Pastu nak mandi, gosok je gigi.. terus muntah abis seme.. rugi betul.. Malam plak yg muntahnya.. ish ish ish.. sekse kalau muntah gini.

Tuesday, September 13, 2011

Barney XXL

Dah byk barney pun nak beli lg. Kalau x beli sakan mengamuk.. Dapat je terus peluk. Usik nak ambk.. lg mengamuk sakan.. 
 Ni mmg yg besar betul... sampai  tuan punya pun x nampak dah..
suka sgt la dia tu.. kopak apak!

Jahitan: Bag duit syiling Ain Syahirah

Request dari anak sedara suruh buat bag duit syiling. Nak bawak g sekolah. Kebetulan ada kain. Terus jait utk dia masa hari raya tu. Kecik je bag ni.. dlm sebesar tapak tgn. Comel x? :p

Jahitan: Dress Ropol-ropol Zulaikha

Hujung minggu masa ada lg cuti raya, sempat lg jahit dress Zulaikha. Nak g open house. Konon laa.. Padahal kain byk tu yg menjahit lg. Kali ni dah x ada idea, menghias leher plak  buat ropol2.. jgn jadi mcm langsir banyak ropol2 dah la.. heheheh
 Labuh baju ni paras betis
 Leher ropol2. First time jahit zip sorok.. menjadik pun..
 lengan pun ropol2.. masuk angin.. hehehe
 Bahagian dada.. renda je. simple
belakang riben besar sikit.. nak nampak meriah sikit..

Monday, September 12, 2011

Muntah-muntah

Minggu lepas, hari Selasa, ambk Zulaikha kat taska, cikgu bg tahu Zulaikha baru pas muntah. Dia minum banyak sgt air masak. Mulanya x bimbang sgt. Masa dlm perjalanan balik rumah, betul-betul simpang masuk jalan kuantan-pekan, tetiba dia muntah lg. Muntah nasi. Dah la dia duduk agak berbaring kat carseat dia, Ninie plah tgk syok conar... Sambil tgn pegang belakang dia, nak bg dia menegak sikit, sebelah tangan pegang stereng. Duk mencari bahu-bahu jalan nak berhenti. Zulaikha x henti menangis. Mulut dia berdarah sikit sbb tergigit bibir masa muntah... Mmg sgt panik situasi masa tu.

Ninie gagah jugak bawak kerete sampai rumah. Sampai je rumah, terus keluarkan dia dari kereta, mandi kat luar rumah. Lepas tu dia ok. Siap pergi rumah jiran seblah. Pastu minum lg air sebotol. Balik rumah semula, dia muntah air.. depan laman rumah. Semua jiran tgk... Ni rasa mcm dah lain macam aje anakdaku ini. Terus sms zex. Zex plak balik lambat sebab ada kursus sampai kul10mlm. 

Masuk rumah, dia ngantuk, bg susu tido.. Masa tgh tido.. dia muntah lg... Kesian sgt dia. Rasanya 4kali salin baju.. Sampai dia penat.. ngan baju basah pun dia tido... Setiap kali lepas muntah, dia mintak air. Ninie nak larang, x boleh.. dia menangis. Tapi air tu yg menyebabkan dia muntah lg.. Last-last Zex balik, zex ambik dia. Zex bg dia air. 2gelas dia minum. Lepas tu dia tido. Alhamdulillah ok. Ninie dah penat, mencari mana Zex ngan Zulaikha. Rupanya tido kat ruang tamu. Terus ambik bantal, join tido kat ruang tamu..

Esok x g keje. Sbb takut dia muntah lg. Kalau muntah lg, mmg kena g klinik. Dia x hydrate sbb dia mmg minum byk. Seharian tu, dia cuma muntah pg.. tu pun sikit. Malam sekali.. muntah air. Lepas tu alhamdulillah.. beransur baik.. 

Mmg risau bila ada yg x kena ngan Zulaikha.. Kesian sgt bila dia menangis.. Bila dia dah sihat baru lega..  ish.. nampak mcm dia plak alahan yer.. hehehe


Monday, September 5, 2011

Zulaikha bakal dpt adik

Alhamdulillah rezki Ninie ngan Zex. Actually masa Ninie kena denggi tu, Ninie pelik sbb dtg period 2kali bulan tu.. Bila bulan ramadhan, puasa penuh pulak. Nak kata pregnant x rasa apa pun. Cuma dlm hati, sgt mengharap dapat lg sorg anak. X kisah lelaki ke perempuan. Ninie jenis lambat dpt anak, Zulaikha pun, dah 6thn kawen baru dpt dia sorg. Lepas bersalin hari tu mmg Ninie x merancang apa pun. Sbb doc x bg, dia ckp Ninie mmg jenis lambat sikit. Kira lambat jugak laa, Zulaikha dah hampir setahun 7bulan. 

Masa akhir-akhir puasa tu, perangai Zulaikha pun makin pelik. Asyik nak dukung aje. X nak ngan org lain. X nak ngan Zex. Asyik suruh ibu aje dukung. Sampai semua org ckp..."Ikha nak dpt adik kot"... Kekdg pandang muka dia, rasa x nak anak lg, sbb kesian kat dia.. x puas manja. Tapi pandang lg, kesian dia x ada kawan... kalau ada kawan, dia mesti jadi kakak yg baik InsyaAllah.. 

Ninie x test awal pun. Sbb takut jd mcm dulu.. asyik kecewa. Tadi tengah hari g watson. Beli pregnancy test. Beli sampai 2. Nak test kat opis ngan umah. Selalu kan urine pertama waktu bg paling elok. Tapi td mcm x sabar plak nak test. Tp dlm hati td ada jugak terdetik, membazir kalau positif ni. Lepas makan, blik opis terus test. Positif.. Mmg x sangka. Terus perasan happy dtg. Bahagia rasa :-))
Kengkwn yg tahu Ninie jenis lambat dpt anak, tanya juga mcm mana Ninie leh pregnant lg.. Semua tu rezki Allah bg, tapi kena usahala kan.. Masa Zulaikha dulu, mmg mcm-mcm Ninie usaha. Baca kat sini.. Anak ke-2 Ninie try cocoa collagen. Sedara Ninie rekemen, sbb Ninie mcm ada masalah dalaman sikit. So Ninie amal minum masa sahur. Pastu dekat nak period, Ninie stop. Dah pregnant ni mmg x leh la amalkan. Alhamdulillah, kali ni Allah permudahkan rezki Ninie. 

Ninie kenal ramai org yg susah dapat anak, bukan mereka x usaha, ramai yg dah usaha mcm-mcm tapi rezki mereka belum lg. Alhamdulillah Ninie ada juga rezki Allah bg, walaupun lambat. Kengkwn Ninie ramai ambk anak angkat. Agaknya rezki diaorg kat situ. Apapun, Ninie doakan semoga mereka dpt juga merasa rezki ada anak sendiri. :-) yg ptg.. usaha, doa.. tawakkal.. :-))

Raya 2011

Alhamdulillah tahun ni raya sgt meriah. Meriah dengan Zulaikha. Dia paling meriah ngan raya. Baju raya je sampai raya ke 6 pun x abis lg pakai. Tahun ni patutnya raya di Balok dulu, tp menghormati adik ipar yg tahun lepas terpaksa beraya di Jerman. Ninie ni umah mak dekat aje ngan pekan. Jd x ada isu sgt bab raya di rumah siapa. Cuma kekdg nak rasa persiapan raya di rumah mak. Tahun ni persiapan raya di rumah mak mentua. 

Lepas dah bersalam di blah pekan, terus balik Balok. Blah Balok ni rumah seme dekat-dekat. Jadi sehari mmg x cukup nak g jalan seme rumah... Sampai nak penat makan... Heheh. Tapi itu la syioknya, raya & ziarah. Masa ni la nak sembang-sembang. Jumpa sedara-mara. Mak ckp, pg raya tu ramai serbu umah mak dulu, mak plak x cukup kakitangan nak basuh pinggan.. Biasala mak Ninie sekrg kira yg sulung, sbb abg yg sulung dah x ada. Anak-anak sedara ngan cucu-cucu ramai.. Mesti meriah pg raya kat umah mak tu kan.. tp x ada.. dapat jugak raya umah mak hari pertama. Raya ke-3 mak balik Penang. Ninie x ikut, di atas sebab-sebab tertentu... jeng jeng jeng.. hahaha ...
Ikha mmg susah betul nak bergambar.. ni sbb dah dukung baru boleh bergambar. 
 Sibuk nak pakai tudung.. Dia mmg pantang kalau ada bling bling.. mcm himawari.. adik sinchan.. suka benda berkilat. 
 dia mmg feminin.. mmg suka sgt bunga.. org lain tgk sibuk bergambar.. dia ngan dunia bunga dia laa..
Ngan cousin blah zex, abg amie.. aiiiii abg amie pun nak jd mat bunga ke?
dengan cousin blah Ninie.. best friend yg selalu di sebut-sebut... Hannan ngan Marissa.. apsal plak nak nangis tu.. sekrg ikha makin manja.. x tahu la kenapa.. asyik suruh dukung aje..

linkwithin

Related Posts with Thumbnails