Pages

Monday, August 8, 2011

Zulaikha Allergic Vaksin Booster DTP

Bulan Ogos Zulaikha dah Setahun 6 Bulan (18Bulan). So, kena cucuk imuninasi terakhir, Booster For DTP (Polio & HIB). Vaksin 3 serangkai. (Nak tgk Jadual Imunisasi kat Sini). Kalau ikut jadual imuninasi ni kena cucuk 4 kali. Umur 2bulan,3bulan & 5Bulan. Cuma yg 18Bulan ni nama dia lain sikit. Ada booster kat depan. 

Patutnya Zulaikha kena g hari Khamis. Tapi Ninie lupa. So, Jumaat la baru pergi jumpa doc. Sib baik cucuk kat KSH. Sejak dia umur 9bulan Ninie start cucuk dia kat KSH. Sbb dulu-dulu cucuk kat Klinik Balok. Ni dah duk kat Indera Sempurna, jauh plak nak g Balok. Ninie kena ambik cuti. So, sejak tu g KSH aje la.. Mahal x aper.. panel bapak dia bayo.. hehehe

Jumaat tu Ninie g KSH ngan Zulaikha aje. Cucuk seblum ni kat peha. Kali ni kena cucuk kat buntut. Mula-mula dia nangis jugak.. Kejap sgt nangisnyer.. Lepas tu dlm  bilik doc Siti tu penuh main, cepat-cepat turun nak ambk mainan. Yg kelakarnya, sambil pegang buntut.. dia ckp.. Akit ni .. akit... marah laa kononnya tuh.. heheh

Lepas dah byr semua, Ninie hantar dia g taska semula. Sampai taska. Ninie tgk ada bintat merah mcm kena gigit nyamuk kat tgn dia. Lepas tu cikgu dia tegur, "Kak.. naper ngan pipi zulaikha pun merah?" mmm kompem Zulaikha allergic ngan ubat. Dalam masa 10 minit, merebak sampai badan semua merah.. kelopak mata ngan telinga dia pun dh jadi bengkak. Ninie call doc siti. Doc siti ckp, suruh ambk ubat anthamin kalau Ninie ada kat umah. Doc siap bg brp ML. ikut berat dia. Mayb doc Siti ingat sikit je dia allergic. Ninie pun terus memecut kereta mencari farmasi. Tahu aje la hari Jumaat. Jln semua jem. Dah jumpa farmasi, parking plak x ada. Last-last Ninie call taska. Cikgu dia mmg cemas.. sebb telinga dia ngan muka dah membengkak.. kaki dah pun dah merah..

Ninie x jd g farmasi, pecut g taska. Sampai taska, cikgu dh tunggu depan pintu, terus masukkan Zulaikha dlm kereta. Cikgu ckp lg.. Zulaikha dah start batuk. Ya!Allah.. mmg panik Ninie masa tu, terus pecut g KSH. Ngan jln jem. Zulaikha dah menangis.. akit.. akit... Masa tu Allah je tahu kebimbangan Ninie. Ninie takut dia sesak nafas.. sbb dia dh start batuk.  

Sampai KSH. Terus dukung & berlari g jumpa doc. Doc Siti terus bawak Zulaikha g kecemasan. Masuk drip. Doc Siti ckp, sepanjang saya keje, baru 3org saya jumpa yg allergic vaksin ni. Tu pun bahagian cucuk je yg bengkak & merah. tapi kes mcm Zulaikha.. baru kali pertama. Dia ckp, Zulaikha mmg jenis ter amat sensetif. Kena tulis dlm buku imuninasi dia. Dia allergic ubat ni. Doc siti siap tunjuk pada kotak ubat dia tulis... Ubat ni jarang sekali baby alah, jarang berlaku, kalau ada cuma bhgn cucuk je marah. Kesian anak ibu.. 

Lepas masuk drip.. kena buat neubelizer.. Dia nangis kejap aje.. pastu aktif  balik.. Drip tu doc Siti x cabut. Kena pakai bawak balik rumah. In case dia allergic balik Malam tu dia demam. Zex terus bg dia ubat demam. Pagi g jumpa doc Siti semula, doc cek, bhgn cucuk masih merah. Tapi allergic dia dah hilang. So drip dah bleh bukak. Lega Ninie..

Sepjg cuti sabtu ahad.. dia asyik demam, dedar je badan. Tapi aktif .. kalah org sihat... Tapi Ninie lega, sbb dia dah sembuh... risau kalau allergic ni.. sbb Ninie jenis g tu.. tu yg anak ikut kot.. 
 Kaki dia dah merah.. tapi dah kurg sikit masa ni cuma bengkak masih ada lepas dh masuk ubat
Tgn pun dah ilang sikit merah.. cuma bengkak je lg..

Doc pesan, masa umur 7tahun dia kena cucuk DTP ni lg.. so ibu kena ingat.. Pasal dia allergic ubat ni. Macam-macam Zulaikha ni kan.. Dugaan utk ibu lg... 

2 comments:

  1. ksiannye ikha,
    seb bek cpt brtindak
    so cpt la sembuh, alhmdulillah :)

    ReplyDelete
  2. Nor: itula.. kesian sgt kat dia..
    tqs for doa.. :-)

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails