Pages

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri

Kejap betul masa berlalu. Hari ni dah Jumaat. Tinggal lagi 4hari nak beraya.. Ninie x ingat mcm mana puasa tahun lepas. Macam mana makan ngan Zulaikha.. Agaknya dia tido masa kitaorg berbuka kot.. Yerlaa tu kot.. Apsal bleh ilang ingat ni.. dah tu dlm blog pun x tulis tahun lepas ni.. ish..

Tahun ni Ninie berpuasa Alhamdulillah seronok sgt. Hari² berperang dengan Zulaikha bila nak berbuka. Kekdg tu dia dh  tido ptg, bila time berbuka je.. terus mata dia bukak.. Kita nak makan, dia pun nak makan. Lepas dah siap makan, nak kena mandi plak uncit tu, mau x nyer penuh satu badan ngan makanan. 

Tapi tahun ni Ninie masak setiap hari untuk berbuka. Kecuali bila berbuka umah mak or mak mentua. Zex jenis x kisah, x dek lauk sgt, buat je nasi goreng. Tahun ni juga, Ninie rajin sikit, ntah tetiba rasa nak menjait balik.. Niatnya pas raya pun nak start ambik tempahan jait baju.. moga² ada la rezki utk kami nanti..

Di kesempatan pada bulan yg mulia ni, Ninie sekeluarga memohon ampun & maaf di atas segala salah dah silap. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Jaga pemakanan semasa raya. Statistik hospital ni menunjukkan, masuk raya ke-2 penuh ngan org sakit sbb silap makan banyak.. hahahaha.. 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails