Pages

Monday, August 1, 2011

Menderita kerana denggi

Sekali lg, lama Ninie x bersiaran langsung. Minggu-minggu yg sekse sebelum bulan puasa. Dugaan untuk Ninie dah famili. Ninie pun x sangka kena denggi.. Ada la hikmahnya tu kan. Kisahnya bermula.....

Selasa (19 July 2011) - Ninie g Hospital K.Terengganu, ada lawatan kat sana. Tgk sistem baru kat sana. Bos Ninie ni mmg kaki berhenti. Rasanya da kat 6kali berhenti. Berhenti kat losong beli kopok la.. Sepjg jalan org jual, berhenti lg.. Sampai dah kat sampai kuantan pun, berhenti lg kat Kuala Kemaman, beli sata plak. Seronok betul bos gini kan.. sporting.. Ninie sampai kuantan, maghrib. Terus ambk kereta balik rumah. Zulaikha, Zex yg urus. Sampai rumah, Ninie terus mandi, lepas mandi tu rasa x sedap badan.. rasa seram sejuk je. X pernah² Ninie tido berselimut.. Tapi rasa sejuk sgt, Ninie tido berselimut, ngan Zulaikha Ninie selimut sekali, psl ingatkan dia sejuk jugak.. marah laa dia.. hehehe

Rabu(20 July 2011) - Ninie bangun mcm biasa nak g keje. Dah siap-siap pakai baju nak g keje, tetiba Ninie rasa badan panas, pastu bila berdiri rasa mcm nak jatuh. Terus Ninie ambk jangkasuhu, cek suhu badan 38.8darjah. Terkejut jugak.. Terus decide x g keje.. kena g klinik. Ambik MC. Zulaikha, Ninie suruh Zex hantar ke taska. Sbb Ninie mmg x larat sgt nak jaga dia.. Dalam kul 4.00ptg, tetiba rasa sakit kepala yg amat sangat, cek suhu semula... 40.5darjah...! Padanlaa rasa serba x kena, sampai x leh bangun langsung. Ninie tunggu Zex balik bawak g klinik. Sampai kat klinik, sbb ninie dah makan panadol, doc cek, dia ckp Ninie x demam pun.. Ampess tul laa.. dia ubat sakit kepala aje. Ngan MC.

Khamis(21 July 2011) - Disebabkan doc x bg dia panadol, Ninie duk bertahan dengan panadol yg ada kat rumah, demam kejap ada kejap x ada.. Tapi mmg x boleh berdiri.. Ninie start muntah².. Masuk je makanan, muntah.. Mmg teruk sgt rupa Ninie. Zulaikha, mmg 100% Zex yg urus. 

Jumaat(22 July 2011) - Ninie masih demam dan sakit kepala bertambah². Sampai nak baring pun x leh.. nak duduk x leh.. sakit pinggang seme ada.. Mak Ninie ckp, agaknya Ninie pregnant, tp mustahil.. sbb Ninie baru pas period.. Ninie tunggu nak tgk demam ilang ke x.. tp still sama. 3hari Ninie x makan nasi..

Sabtu(23 July 2011) - Zex bawak Ninie g klinik tu semula, mcm biasa, time pergi tu mesti demam dah ilang. Ninie ckp ngan doc, ubat dia bg tu x berkesan, Ninie dah 3hari x tido malam.. Doc bg tahu, ubat tu ubat sakit kepala yg paling kuat, patutnya bila Ninie makan, Ninie akan mengantuk.. tp sebaliknya.. Doc bg injection pulak kat bahu. Mmg sakit amat...

Ahad(24 July 2011) - Ninie dah x demam, cuma x boleh bangun, bila bangun je rasa nak jatuh. Sakit kepala. Kebetulan mak ninie buat makan-makan kat umah Balok. Sepjg majlis, Ninie diam aje.. sbb nak makan pun x leh, mulut dah rasa pahit. Sampai seme pelik, muka Ninie pun pucat.

Isnin(25 July 2011) - Ninie dah abis MC 3hari, so Ninie g jugak ofis. Mmg x larat, tp ninie surf kat internet. Cari maklumat psl denggi. Kompem simptom dia sama ngan Ninie rasa sekrg. Ninie rasa x larat yg amat dtg opis. Seme opismate tegur rupa Ninie yg x larat. Last-last Ninie call Zex suh bawak g KSH. Ninie x g HTAA, sbb Ninie ada insuran. Bila lg kan nak guna insuran, bayo tetiap bulan... x pernah lg guna.

Sampai KSH, Ninie g jumpa Doc Khaled (O & G). Kelakar kan.. Bukan apa, doc Khaled w'pun dia pakar O & G, setakat demam tu, dia masih bleh rawat kan. Dia tanya Ninie mcm-mcm, last-last dia suh g buat ujian darah. Tunggu dlm sejam jugak, result darah keluar. Kompem platelet darah Ninie rendah. Terus dia refer Ninie ke Perunding Perubatan, Doc Putri. Sekali lg doc Putri suruh buah full blood test. Kompem!!! Ninie kena denggi. Platelet darah 68. Normal kena 150 ke atas. Terusla admit kat KSH.

Selasa-Khamis (26-28 July 2011)- Sepanjang duk wad, Ninie mmg x demam. Cuma platelet darah Ninie x normal. Doc suruh minum air banyak-banyak. Masuk air je 5botol. Doc bg tahu, bila kita kena denggi, mmg x ada ubat, melainkan minum air byk.. air 100plus bagus. Cuma kena campur ngan air.. takut nanti kena diabetes plak... pastu, kena g tandas selalu. Seblum ni, Ninie kena injection, dia akan mengganggu platelet darah, tu yg jd lg teruk. Hari ke-2 di KSH, platelet darah Ninie drop sampai 62. Mmg rasa perbezaan dia, kita makin jd x larat bangun. 

Bintik merah mula keluar tp x byk.. kat peha ngan perut. Tu pun 2 hari je. X rasa gatal pun.. 

Ninie minum air selg boleh. Sampai x daya  bawak drip botol tu ke hulur ke hilir masuk tandas. Kengkwn, ngan famili ramai lawat Ninie. Tqvm atas doa semua org. hari Rabu platelet naik sikit, 72. Khamis tu, dah naik sampai 92. Ninie mintak ngan doc nak keluar, sbb rindu kat Zulaikha, lepas tu rasa bosan duk wad. Org seblah Ninie asyik silih berganti, Ninie jugak yg x keluar-keluar. Doc bg keluar, sbb platelet darah dah naik.. patutnya 100 baru boleh keluar. Tapi Ninie kena dtg ke KSH sabtu utk test balik darah. Happy amat doc ckp bleh keluar.

Jumaat (29 July 2011) - Ninie stay umah mak. Sbb Zulaikha sepjg Ninie duk wad, dia duduk ngan mak. Duk umah mak, senang sikit, mak urus bab makan Ninie. Sbb mmg x leh nak berdiri ngan betul pun lg. Mak Ninie kait sendiri kelapa muda, pastu dia buat sup ketam. Mmg sungguh-sungguh Ninie minum sup ketam. Mmg mujarab utk org denggi ni. Air kelapa, mmg feberet. Sepjg hari duk minum.

Sabtu (30 July 2011) - Ninie dah balik rumah Ninie, pg sabtu Ninie ke KSH cek darah. 5minit aje cek darah. Alhamdulillah platelet Ninie dah lebih dr 150. Dah normal balik. Syukur sgt. Cuma kesan dia masih ada.. Ninie masih rasa pening ngan sakit badan. Org ckp, mmg g tu.. dia ambk masa nak ilang sakit kepala ngan badan tu.. 

Isnin Ninie dah start keje.Paling Ninie bersyukur, Allah bg Ninie kesempatan menyambut bulan Ramadhan dalam keadaaan yang sihat. Terima kasih sekali lg kepada semua yg mendoakan kesihatan Ninie. Sesiapa yg rasa ada simptom mcm Ninie ni, cepat-cepat test darah. Denggi ni boleh bawak maut.. mmg bahaya.. !

3 comments:

  1. alhamdulillah... Kak Ninie dh sehat!

    ReplyDelete
  2. la patut la dh lama x nmpk akak update en3...rupanya demam denggi...ain pon dh lama x sembang2 ngan akak...huuhuhu...cepat2 sembuh yer kak...:)

    ReplyDelete
  3. Ain: Itula.. dugaan nak puasa... Terima kasih Ain atas doa Ain tuh..

    Khairini: Terima kasih :-))

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails