Pages

Thursday, August 4, 2011

Mencari idea memasak bulan ramadhan

Diam x diam.. Harini ni dah hari ke 4 berpuasa. Seronok kan bulan ramadhan. Puasa, bersahur, berbuka & berterawih. Ninie tahun ni x g terawih lagik. Ada anak kecik ni mmg susah sikit. Tapi x g terawih pun pahala dapat jugakkan.. pahala menjadi isteri & menjaga anak.. Hehehe. Harap² g tu la kan. Nak g terawih mmg payah.. 

Bulan ramadhan ni Ninie g keje awal. Kul 7.30 masuk opis. balik kul 4.30. Senang sikit balik awal. Jalan x jem. Sampai umah dlm kul 5 lebih sikit. Setakat harini Ninie mmg memasak. Pencapaian yg sngt membanggakan. hahaha. Satu kesusahan Ninie nak singgah bazar ramadhan. Asal petang aja.. Zulaikha mesti tido. Bila dia tido mmg x leh nak singgah mana la. Kesian nak kejutkan dia bangun. So Ninie kenala memasak. Alhamdulillah suami saya ni jenis x cerewet. Makan je apa saya masak.. sedap ke.. x sedap ke.. 

Dah 3hari ni Ninie masak:-
  • Isnin - Nasi tomato
  • Selasa - Nasi goreng kampung
  • Rabu -Nasi + Lauk sambal tempe goreng + ayam bakar percik (percik tu kakak ipar kasik.. bako ayam aje..)
  • Khamis- ???? dah kering idea... 

Hari-hari duh search kat internet nak cari resepi. Tetiap tahun Ninie akan tgk resepi Lepak bersama Mawar ni. Bukan ikut sgt resepi dia. Cuma cari idea. Tapi yg lg best website TryMasak. Siap ada video step by step. Org mcm Ninie yg x pandai masak, mmg kena tgk cara-cara. Tu la.. dulu duk ngan mak.. tgk je mak masak. Yerlaa mak jenis suka memasak.. jgn harapla anak dia pandai masak.. pandai makan aje la.

Zulaikha, mcm biasa akan berbuka puasa sama-sama ngan kami. Sahur je dia x bgn.. sib baik.. Dia cuma nak susu je kul 4. Kalau dia sahur sekali.. x tahu la. Time buka puasa pun.. Dia yg lelebih buka puasa.. Hehehe. Nak tu nak ini.. tp yg ptg.. sambil makan.. kena bukak TV. Nak tgk Barney! 

Sempena bulan yang mulia ni, Ninie ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Maaf segala kesilapan samada sengaja atau tidak dan akhir sekali.. Selamat Berbuka.mmmm ptg ni nak masak apa yerk...?

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails