Pages

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri

Kejap betul masa berlalu. Hari ni dah Jumaat. Tinggal lagi 4hari nak beraya.. Ninie x ingat mcm mana puasa tahun lepas. Macam mana makan ngan Zulaikha.. Agaknya dia tido masa kitaorg berbuka kot.. Yerlaa tu kot.. Apsal bleh ilang ingat ni.. dah tu dlm blog pun x tulis tahun lepas ni.. ish..

Tahun ni Ninie berpuasa Alhamdulillah seronok sgt. Hari² berperang dengan Zulaikha bila nak berbuka. Kekdg tu dia dh  tido ptg, bila time berbuka je.. terus mata dia bukak.. Kita nak makan, dia pun nak makan. Lepas dah siap makan, nak kena mandi plak uncit tu, mau x nyer penuh satu badan ngan makanan. 

Tapi tahun ni Ninie masak setiap hari untuk berbuka. Kecuali bila berbuka umah mak or mak mentua. Zex jenis x kisah, x dek lauk sgt, buat je nasi goreng. Tahun ni juga, Ninie rajin sikit, ntah tetiba rasa nak menjait balik.. Niatnya pas raya pun nak start ambik tempahan jait baju.. moga² ada la rezki utk kami nanti..

Di kesempatan pada bulan yg mulia ni, Ninie sekeluarga memohon ampun & maaf di atas segala salah dah silap. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Jaga pemakanan semasa raya. Statistik hospital ni menunjukkan, masuk raya ke-2 penuh ngan org sakit sbb silap makan banyak.. hahahaha.. 

Monday, August 22, 2011

Obses dengan Barney

Anak dara saya sorg ni seperti sedia maklum, mmg suka sgt Barney. Hari² barney.. Hari² tgk citer Barney. Baru ni Ninie g twin baby cari kasut dia.. Jumpa plak baju Barney. Terus beli. Balik rumah bg kat dia.. Suka sgt dia.. x berhenti mulut dia sebut .. Nanny! Nanny... Nanny... "Nanny"=Barney. Baju pantang kering je pakai kalau dia nampak dlm bakul. Pernah sekali tu, baju belum basuh, dia nampak plak.. Terus nak pakai.. Terpaksa la pakaikan jugak.. kalau x merajuk..
 Bergaya dengan baju Barney
Barney yg selalu dibawak ke hulu ke hilir.. 

Thursday, August 18, 2011

Berbuka ala barat

Puasa setakat 16hb Ogos masih memasak di rumah. X pernah lg beli kat bazar ramadhan. Bukan apa, harga mahal kat sana tu. Lgpun kitaorg berdua jenis x kisah. Makan x ikut sgt selera tekak. Asalkan ada lauk. Selalunya mmg berbuka ngan nasi. Semlm cuti nuzul quran. Seronok la duk kat umah. Ninie suka bukan apa, leh menjahit. Dapatla siapkan baju raya mak mentua.

Zex suruh Ninie buat whipped patato mcm KFC. Tapi Ninie x pernah buat. Ni gara-gara dia tgk adik dia post kat FB whipped potato yg adik dia buat. Terus dia mencari resepi. Sampai tido kul 1.30pg siapkan whipped potato hari Selasa tu. Heheheh. Melenyek je dah berjam2.. Akhirnya jadi.. mmg boleh puji sedapppppp!
Itu dia hidangan dari Zex. Ayam beli kat giant aje. Yg dah marinated. Balik umah bako aje.. Side dishes lain pun beli.Muffin pun beli. RM1 je satu. Zex kira kos sepinggan RM10. Jimat. Kalau makan kat kenny RM50 untuk 2org. Air buat Ais lemon Tea. Yg lipton tuh. Senang aje. Beli yg jenis serbuk pastu bancuh aje. Sebijikla mcm kat fast food selalu ada tu.. 
 Chef ngan hasil masakan.. ready utk berbuka. Masa ni kebetulan ikha tido.. kalau x jgn harap la. Mesti dia yg sibuk nak ambik gambar
 Zex takut x cukup masakan ala barat tu, dia suruh Ninie goreng Char ko Teow.. Tp..
Lepas dah licin.. Muffin sebiji tu pun x leh nak telan dah.. tersandar kat kerusi.. Ko teow dia makan balik tgh malam ngan bersahur.. hehehe

Jahitan: Butang Baju Melayu

Tahun ni Ninie malas nak jahit baju melayu Zex. Sbb rasa mcm lambat aje siap. Dari x siap.. baik la beli je kan. Ninie beli kat Gene Martino. Situ mmg byk baju raya. Boleh beli sedondon sebuah keluarga. Tapi susah jugak nak cari match ngan baju kurung Ninie & Ikha. Kat kuantan, byk outlet dia. Ninie g kat East Coast Mall, ngan sebelah SSF saiz yg nak mmg x ada dah.. dah abis. Sib baik yg kat kuantan parade ada. Terus beli. 

Baju melayu beli mmg jarang yg ada butang. Mmg kekdg tu balik Pekan bawak balik baju melayu, Ninie lupa bawak balik butang baju melayu. Nak pinjam ngan org lain, org lain pun bawak satu aje. Last-last Zex pakai kerosang tudung Ninie.. Heheheh kesian...

So, nak selesaikan masalah.. mcm masalah besar je kan.. Hehhehe. Ninie cari butang baju ala-ala butang baju melayu. Jahit kekal kat baju tu. Senang. Basuh pun x aper. Kalau butang biasa tu, mau karat jd baju kan.
 Tada!!! dah siap jahit butang.. Ninie jahit je atas lubang butang blah bawah.. 
Lepas ni x ada dh tertinggal butang baju melayu.. hehehe

Tuesday, August 16, 2011

Jahitan: Persediaan Raya

Rasanya tahun ni Zulaikha mmg raya sakan. Yerla Ninie anak baru sorg. Dah la lambat dpt. Dh dpt.. Girl plak tuh. Mmg lg sakan la membeli belah baju anak dara ni. Yg beli ada, yg ambk dari BlogShop BeautifulZulaikha pun byk. Tapi yg lg syiok, dpt menjahit sendiri baju anak dara.
Mula-mula buat baju ni. Seblum puasa lg dah siap. Baju ni buat 2helai. Untuk cousin Zulaikha, Marissa. Nanti sedondon budak ber2 ni.
 Kain ni kain lebih baju Marissa. Mak sedara Ninie bg.. Terus cari idea, buat patern kembang payung. Mmg baju dia ngam2 paras buku lali dia.
 Leher ninie buat kolar. First Time buat. Saje nak try
Ninie mmg suka bunga ros :-)
 Ninie buat wrislet lg. untuk anak sedara. Dah lama suruh buat.. x buat2.. sibuk jahit baju anak dara.. Ninie ikut tutorial patchwork ni kat web AYUMILL.
 Pastu dah x larat nak gunting kecik2 kain.. Ninie gunting besar-besar. Hehehe yg ni pun utk anak sedara. 
 Bahagian dalam pun ada poket. X tahu la nak letak apa tuh
Yang Ni Ninie siapkan lepas sahur tadi. Lebih kain baju raya Ninie dan Zulaikha. Wrislet ni dpt idea masa menjelajah ke blog pasal DIY Bag. Kalau tgk blog ni.. rambang mata.. lawa2 bag diaorg buat. explore punya explore jumpa blog MySpare Time. Dia tunjuk cara mcm mana nak buat tote bag. Ninie x buat tote bag, Ninie buat wristlet. So Ninie kecikkan saiz bag ni. Muat la letak wallet ngan HP. Nnti Zulaikha leh isi angpow! pas raya, ibu plak pakai.. heheh  Sedondon ngan baju raya.

Td publish kat FB ada plak cousin suh buat untuk dia satu.. baik sy akan usahakan siap seblum raya yer.. hehe
Bahagian dalam Ninie buat poket utk letak HP. Ukur ngam2.. 
Ni dia baju raya anak dara saya.. Kain ni Ninie beli kat online. kat FB KAIN COTTON. Suka sgt kain ni.. sebb ada bunga ros dan ada warna Pink. Tema famili blah zex suh pakai hijau. Dah puas cari kat Kamdar, Nagoya ngan Alamoda kain color hijau x ada yg berkenan.. last-last beli online aje.. x sabar nak raya :-p

Monday, August 8, 2011

Jahitan: Jahit benang getah

Ninie byk jual baju pyjama kat blog Ninie, BeautifulZulaikha. Mesti la songlap 2-3psg kan. Zulaikha ni uncit.. so Ninie ambk saiz 3T. Pyjama ni jenama GAP ni mmg saiz dia kecik.. alang2 ambk je saiz 3T. Baju okla.. leher je nampak mcm beso. Baju tu labuh, leh la tutup perut dia yg uncit!. Tapi seluar mmg labuh. Kena lipat 2kali baru dia boleh pakai.. so.. apa lg.. ibu pun alter seluar dia..

Ni seluar yg original.. biasalaa color mmg lain sikit.. warna dia lembut sikit.. lgpun pakai HP. x canggih.. hehe. Nak potong sayang.. so ninie jahit benang getah kat kaki seluar. 
 Ni benang getah. Benang getah ni hanya guna sebelah bawah. So, gulung pada gelendung bawah. Jgn guna mesin nak gulung.. gulung pakai tgn aje..
 Dah siap jahit.. 
Ni snap dekat sikit.. Bila dah bercerut mcm ni.. seluar ni duk kat pergelangan kaki aje.. x ada laa meleret ke bawah... Habis semua seluar yg labuh Ninie buat mcm ni.. hehehe 

Zulaikha Allergic Vaksin Booster DTP

Bulan Ogos Zulaikha dah Setahun 6 Bulan (18Bulan). So, kena cucuk imuninasi terakhir, Booster For DTP (Polio & HIB). Vaksin 3 serangkai. (Nak tgk Jadual Imunisasi kat Sini). Kalau ikut jadual imuninasi ni kena cucuk 4 kali. Umur 2bulan,3bulan & 5Bulan. Cuma yg 18Bulan ni nama dia lain sikit. Ada booster kat depan. 

Patutnya Zulaikha kena g hari Khamis. Tapi Ninie lupa. So, Jumaat la baru pergi jumpa doc. Sib baik cucuk kat KSH. Sejak dia umur 9bulan Ninie start cucuk dia kat KSH. Sbb dulu-dulu cucuk kat Klinik Balok. Ni dah duk kat Indera Sempurna, jauh plak nak g Balok. Ninie kena ambik cuti. So, sejak tu g KSH aje la.. Mahal x aper.. panel bapak dia bayo.. hehehe

Jumaat tu Ninie g KSH ngan Zulaikha aje. Cucuk seblum ni kat peha. Kali ni kena cucuk kat buntut. Mula-mula dia nangis jugak.. Kejap sgt nangisnyer.. Lepas tu dlm  bilik doc Siti tu penuh main, cepat-cepat turun nak ambk mainan. Yg kelakarnya, sambil pegang buntut.. dia ckp.. Akit ni .. akit... marah laa kononnya tuh.. heheh

Lepas dah byr semua, Ninie hantar dia g taska semula. Sampai taska. Ninie tgk ada bintat merah mcm kena gigit nyamuk kat tgn dia. Lepas tu cikgu dia tegur, "Kak.. naper ngan pipi zulaikha pun merah?" mmm kompem Zulaikha allergic ngan ubat. Dalam masa 10 minit, merebak sampai badan semua merah.. kelopak mata ngan telinga dia pun dh jadi bengkak. Ninie call doc siti. Doc siti ckp, suruh ambk ubat anthamin kalau Ninie ada kat umah. Doc siap bg brp ML. ikut berat dia. Mayb doc Siti ingat sikit je dia allergic. Ninie pun terus memecut kereta mencari farmasi. Tahu aje la hari Jumaat. Jln semua jem. Dah jumpa farmasi, parking plak x ada. Last-last Ninie call taska. Cikgu dia mmg cemas.. sebb telinga dia ngan muka dah membengkak.. kaki dah pun dah merah..

Ninie x jd g farmasi, pecut g taska. Sampai taska, cikgu dh tunggu depan pintu, terus masukkan Zulaikha dlm kereta. Cikgu ckp lg.. Zulaikha dah start batuk. Ya!Allah.. mmg panik Ninie masa tu, terus pecut g KSH. Ngan jln jem. Zulaikha dah menangis.. akit.. akit... Masa tu Allah je tahu kebimbangan Ninie. Ninie takut dia sesak nafas.. sbb dia dh start batuk.  

Sampai KSH. Terus dukung & berlari g jumpa doc. Doc Siti terus bawak Zulaikha g kecemasan. Masuk drip. Doc Siti ckp, sepanjang saya keje, baru 3org saya jumpa yg allergic vaksin ni. Tu pun bahagian cucuk je yg bengkak & merah. tapi kes mcm Zulaikha.. baru kali pertama. Dia ckp, Zulaikha mmg jenis ter amat sensetif. Kena tulis dlm buku imuninasi dia. Dia allergic ubat ni. Doc siti siap tunjuk pada kotak ubat dia tulis... Ubat ni jarang sekali baby alah, jarang berlaku, kalau ada cuma bhgn cucuk je marah. Kesian anak ibu.. 

Lepas masuk drip.. kena buat neubelizer.. Dia nangis kejap aje.. pastu aktif  balik.. Drip tu doc Siti x cabut. Kena pakai bawak balik rumah. In case dia allergic balik Malam tu dia demam. Zex terus bg dia ubat demam. Pagi g jumpa doc Siti semula, doc cek, bhgn cucuk masih merah. Tapi allergic dia dah hilang. So drip dah bleh bukak. Lega Ninie..

Sepjg cuti sabtu ahad.. dia asyik demam, dedar je badan. Tapi aktif .. kalah org sihat... Tapi Ninie lega, sbb dia dah sembuh... risau kalau allergic ni.. sbb Ninie jenis g tu.. tu yg anak ikut kot.. 
 Kaki dia dah merah.. tapi dah kurg sikit masa ni cuma bengkak masih ada lepas dh masuk ubat
Tgn pun dah ilang sikit merah.. cuma bengkak je lg..

Doc pesan, masa umur 7tahun dia kena cucuk DTP ni lg.. so ibu kena ingat.. Pasal dia allergic ubat ni. Macam-macam Zulaikha ni kan.. Dugaan utk ibu lg... 

Thursday, August 4, 2011

Mencari idea memasak bulan ramadhan

Diam x diam.. Harini ni dah hari ke 4 berpuasa. Seronok kan bulan ramadhan. Puasa, bersahur, berbuka & berterawih. Ninie tahun ni x g terawih lagik. Ada anak kecik ni mmg susah sikit. Tapi x g terawih pun pahala dapat jugakkan.. pahala menjadi isteri & menjaga anak.. Hehehe. Harap² g tu la kan. Nak g terawih mmg payah.. 

Bulan ramadhan ni Ninie g keje awal. Kul 7.30 masuk opis. balik kul 4.30. Senang sikit balik awal. Jalan x jem. Sampai umah dlm kul 5 lebih sikit. Setakat harini Ninie mmg memasak. Pencapaian yg sngt membanggakan. hahaha. Satu kesusahan Ninie nak singgah bazar ramadhan. Asal petang aja.. Zulaikha mesti tido. Bila dia tido mmg x leh nak singgah mana la. Kesian nak kejutkan dia bangun. So Ninie kenala memasak. Alhamdulillah suami saya ni jenis x cerewet. Makan je apa saya masak.. sedap ke.. x sedap ke.. 

Dah 3hari ni Ninie masak:-
  • Isnin - Nasi tomato
  • Selasa - Nasi goreng kampung
  • Rabu -Nasi + Lauk sambal tempe goreng + ayam bakar percik (percik tu kakak ipar kasik.. bako ayam aje..)
  • Khamis- ???? dah kering idea... 

Hari-hari duh search kat internet nak cari resepi. Tetiap tahun Ninie akan tgk resepi Lepak bersama Mawar ni. Bukan ikut sgt resepi dia. Cuma cari idea. Tapi yg lg best website TryMasak. Siap ada video step by step. Org mcm Ninie yg x pandai masak, mmg kena tgk cara-cara. Tu la.. dulu duk ngan mak.. tgk je mak masak. Yerlaa mak jenis suka memasak.. jgn harapla anak dia pandai masak.. pandai makan aje la.

Zulaikha, mcm biasa akan berbuka puasa sama-sama ngan kami. Sahur je dia x bgn.. sib baik.. Dia cuma nak susu je kul 4. Kalau dia sahur sekali.. x tahu la. Time buka puasa pun.. Dia yg lelebih buka puasa.. Hehehe. Nak tu nak ini.. tp yg ptg.. sambil makan.. kena bukak TV. Nak tgk Barney! 

Sempena bulan yang mulia ni, Ninie ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Maaf segala kesilapan samada sengaja atau tidak dan akhir sekali.. Selamat Berbuka.mmmm ptg ni nak masak apa yerk...?

Monday, August 1, 2011

Menderita kerana denggi

Sekali lg, lama Ninie x bersiaran langsung. Minggu-minggu yg sekse sebelum bulan puasa. Dugaan untuk Ninie dah famili. Ninie pun x sangka kena denggi.. Ada la hikmahnya tu kan. Kisahnya bermula.....

Selasa (19 July 2011) - Ninie g Hospital K.Terengganu, ada lawatan kat sana. Tgk sistem baru kat sana. Bos Ninie ni mmg kaki berhenti. Rasanya da kat 6kali berhenti. Berhenti kat losong beli kopok la.. Sepjg jalan org jual, berhenti lg.. Sampai dah kat sampai kuantan pun, berhenti lg kat Kuala Kemaman, beli sata plak. Seronok betul bos gini kan.. sporting.. Ninie sampai kuantan, maghrib. Terus ambk kereta balik rumah. Zulaikha, Zex yg urus. Sampai rumah, Ninie terus mandi, lepas mandi tu rasa x sedap badan.. rasa seram sejuk je. X pernah² Ninie tido berselimut.. Tapi rasa sejuk sgt, Ninie tido berselimut, ngan Zulaikha Ninie selimut sekali, psl ingatkan dia sejuk jugak.. marah laa dia.. hehehe

Rabu(20 July 2011) - Ninie bangun mcm biasa nak g keje. Dah siap-siap pakai baju nak g keje, tetiba Ninie rasa badan panas, pastu bila berdiri rasa mcm nak jatuh. Terus Ninie ambk jangkasuhu, cek suhu badan 38.8darjah. Terkejut jugak.. Terus decide x g keje.. kena g klinik. Ambik MC. Zulaikha, Ninie suruh Zex hantar ke taska. Sbb Ninie mmg x larat sgt nak jaga dia.. Dalam kul 4.00ptg, tetiba rasa sakit kepala yg amat sangat, cek suhu semula... 40.5darjah...! Padanlaa rasa serba x kena, sampai x leh bangun langsung. Ninie tunggu Zex balik bawak g klinik. Sampai kat klinik, sbb ninie dah makan panadol, doc cek, dia ckp Ninie x demam pun.. Ampess tul laa.. dia ubat sakit kepala aje. Ngan MC.

Khamis(21 July 2011) - Disebabkan doc x bg dia panadol, Ninie duk bertahan dengan panadol yg ada kat rumah, demam kejap ada kejap x ada.. Tapi mmg x boleh berdiri.. Ninie start muntah².. Masuk je makanan, muntah.. Mmg teruk sgt rupa Ninie. Zulaikha, mmg 100% Zex yg urus. 

Jumaat(22 July 2011) - Ninie masih demam dan sakit kepala bertambah². Sampai nak baring pun x leh.. nak duduk x leh.. sakit pinggang seme ada.. Mak Ninie ckp, agaknya Ninie pregnant, tp mustahil.. sbb Ninie baru pas period.. Ninie tunggu nak tgk demam ilang ke x.. tp still sama. 3hari Ninie x makan nasi..

Sabtu(23 July 2011) - Zex bawak Ninie g klinik tu semula, mcm biasa, time pergi tu mesti demam dah ilang. Ninie ckp ngan doc, ubat dia bg tu x berkesan, Ninie dah 3hari x tido malam.. Doc bg tahu, ubat tu ubat sakit kepala yg paling kuat, patutnya bila Ninie makan, Ninie akan mengantuk.. tp sebaliknya.. Doc bg injection pulak kat bahu. Mmg sakit amat...

Ahad(24 July 2011) - Ninie dah x demam, cuma x boleh bangun, bila bangun je rasa nak jatuh. Sakit kepala. Kebetulan mak ninie buat makan-makan kat umah Balok. Sepjg majlis, Ninie diam aje.. sbb nak makan pun x leh, mulut dah rasa pahit. Sampai seme pelik, muka Ninie pun pucat.

Isnin(25 July 2011) - Ninie dah abis MC 3hari, so Ninie g jugak ofis. Mmg x larat, tp ninie surf kat internet. Cari maklumat psl denggi. Kompem simptom dia sama ngan Ninie rasa sekrg. Ninie rasa x larat yg amat dtg opis. Seme opismate tegur rupa Ninie yg x larat. Last-last Ninie call Zex suh bawak g KSH. Ninie x g HTAA, sbb Ninie ada insuran. Bila lg kan nak guna insuran, bayo tetiap bulan... x pernah lg guna.

Sampai KSH, Ninie g jumpa Doc Khaled (O & G). Kelakar kan.. Bukan apa, doc Khaled w'pun dia pakar O & G, setakat demam tu, dia masih bleh rawat kan. Dia tanya Ninie mcm-mcm, last-last dia suh g buat ujian darah. Tunggu dlm sejam jugak, result darah keluar. Kompem platelet darah Ninie rendah. Terus dia refer Ninie ke Perunding Perubatan, Doc Putri. Sekali lg doc Putri suruh buah full blood test. Kompem!!! Ninie kena denggi. Platelet darah 68. Normal kena 150 ke atas. Terusla admit kat KSH.

Selasa-Khamis (26-28 July 2011)- Sepanjang duk wad, Ninie mmg x demam. Cuma platelet darah Ninie x normal. Doc suruh minum air banyak-banyak. Masuk air je 5botol. Doc bg tahu, bila kita kena denggi, mmg x ada ubat, melainkan minum air byk.. air 100plus bagus. Cuma kena campur ngan air.. takut nanti kena diabetes plak... pastu, kena g tandas selalu. Seblum ni, Ninie kena injection, dia akan mengganggu platelet darah, tu yg jd lg teruk. Hari ke-2 di KSH, platelet darah Ninie drop sampai 62. Mmg rasa perbezaan dia, kita makin jd x larat bangun. 

Bintik merah mula keluar tp x byk.. kat peha ngan perut. Tu pun 2 hari je. X rasa gatal pun.. 

Ninie minum air selg boleh. Sampai x daya  bawak drip botol tu ke hulur ke hilir masuk tandas. Kengkwn, ngan famili ramai lawat Ninie. Tqvm atas doa semua org. hari Rabu platelet naik sikit, 72. Khamis tu, dah naik sampai 92. Ninie mintak ngan doc nak keluar, sbb rindu kat Zulaikha, lepas tu rasa bosan duk wad. Org seblah Ninie asyik silih berganti, Ninie jugak yg x keluar-keluar. Doc bg keluar, sbb platelet darah dah naik.. patutnya 100 baru boleh keluar. Tapi Ninie kena dtg ke KSH sabtu utk test balik darah. Happy amat doc ckp bleh keluar.

Jumaat (29 July 2011) - Ninie stay umah mak. Sbb Zulaikha sepjg Ninie duk wad, dia duduk ngan mak. Duk umah mak, senang sikit, mak urus bab makan Ninie. Sbb mmg x leh nak berdiri ngan betul pun lg. Mak Ninie kait sendiri kelapa muda, pastu dia buat sup ketam. Mmg sungguh-sungguh Ninie minum sup ketam. Mmg mujarab utk org denggi ni. Air kelapa, mmg feberet. Sepjg hari duk minum.

Sabtu (30 July 2011) - Ninie dah balik rumah Ninie, pg sabtu Ninie ke KSH cek darah. 5minit aje cek darah. Alhamdulillah platelet Ninie dah lebih dr 150. Dah normal balik. Syukur sgt. Cuma kesan dia masih ada.. Ninie masih rasa pening ngan sakit badan. Org ckp, mmg g tu.. dia ambk masa nak ilang sakit kepala ngan badan tu.. 

Isnin Ninie dah start keje.Paling Ninie bersyukur, Allah bg Ninie kesempatan menyambut bulan Ramadhan dalam keadaaan yang sihat. Terima kasih sekali lg kepada semua yg mendoakan kesihatan Ninie. Sesiapa yg rasa ada simptom mcm Ninie ni, cepat-cepat test darah. Denggi ni boleh bawak maut.. mmg bahaya.. !

linkwithin

Related Posts with Thumbnails