Pages

Monday, July 18, 2011

Jahitan: Baju kemeja jadi baju dress?

Cuti 2hari ni, mmg bz. Bz la dah dekat nak puasa dah nak raya kan.. seme duk sibuk mencari baju raya.. Ninie pun sibuk jugak, kain dah beli, x jahit je lagik. So, balik Balok, memotong baju. Siap dah potong baju ninie ngan zulaikha, tinggal nak potong baju mak mentua ngan cousin aje lagik.. 

Dalam sibuk memotong baju raya, teringat satu tutorial menjahit, dari website omputih.. Terus berlari mencari baju kemeja lama Ninie. Baju ni, saiz S, mana nak muat dah.. Ninie dah saiz L sekrg.. nak buang sayang, sbb baru pakai dlm 2-3kali je. Lgpun zex yg beli.. sayang nak bg org.. Dulu ada jugak harapan.. semoga ninie menjadi S semula.. tp harapan tinggal harapan... x dek maknanya..! hehehe L jugak daku jadinya..
Ni baju kemeja lama ninie.. dah siap potong baru teringat nak snap gambar..
Ninie ukur, padanla nak buat baju mcm ni.. cuma ninie abiskan sepjg2 baju kemeja ni..

Tadaa!!!!! dah siap baju utk Zulaikha.. hias ngan poket dan riben sikit.. Riben tu kebetulan g SSF, tgk lawa.. terus beli.. x dek niat pun nak menjahit masa tu.. kain tampal2 tu plak, kain lebih buat baju Zulaikha.. lum publish baju tu.. psl edisi raya punya.. heheh
Bahagian belakang baju, butang baju kemeja.. letak bhgn belakang.. dapat jugak Zulaikha baju baru.. heheh kalau beli dh brp hengget kan.. Lepas ni, abis laa baju bapak dia ibu gunting .. heheh

Thursday, July 14, 2011

Baby bear

 Cuba teka dia tgh buat apa? kat situ ada bear ngan bedak.. sibuk betul gaya dia tu...
*
*
*
*
*
*
*
*
 Ha.. tu keje dia.. patutla masa ibu tgh kemas pampers dia simpan dlm laci almari, dia mintak satu... nak pakaikan kat bear rupanya... siap angkat bear tu ngan bunyi sekali.. uuhhhh! uuhhhhh! pandainya dia tiru gaya ibu yer. Ninie selalu dukung dia.. sbb dia berat, bunyi laa uuuhhh uhhh uhhh..!
 bila ninie tlg dia pakaikan pampers tu, dia marah..  bukak balik.. dia nak buat sendiri. Sib la pampers jenama huggies ni pelekat dia boleh guna byk kali..
 tgklaa gaya dia... 
Itula kan.. anak ni mmg tiru apa yang kita buat.. suka memerhati.. gelagat dia mencuit hati.. gelak sakan ninie ngan zex semlm.. heheh

Latih anak makan sendiri

Zulaikha sekrg dah mula nak makan sendiri. Suka tgk dia makan sendiri. Mmg berterabur .. tapi dia mmg improve bab-bab makan ni.. yerla mmg dia kuat makan.. heheh. Makan pakai tgn boleh.. makan pakai sudu pun boleh.. cuma bila pegang sudu.. kena tlg dia betulkan cara pegang sudu. Tips yg boleh dishare (pengalaman ngan anak sendiri):-

  • pastikan makanan benar² sejuk.Nanti kesian kat anak.. duk nganga je tunggu ibu  tiup.. mulala dia mengamuk lambat sgt msk mulut dia.. 
  • jgn guna sudu besi - sbb sudu besi tajam, mudah terkena gusi dia. lagi satu, bila makanan panas, sudu besi lg panas, w'pun makan dlm sudu dah sejuk.. (kesian nanti mulut anak melecur)
  • guna sudu plastik yg kecik- w'pun anak dah besar mcm zulaikha ni, ninie still guna sudu kecik, sbb senang nak masuk mulut dia. Kalau dia suap sendiri pun, makanan senang nak suap ke mulut dia.
  • kalau kita yg suap, suap sikit-sikit. Jgn suap sampai penuh mulut anak. Nanti dia x dpt rasa texture makanan. Nanti lg dia x mau makan. Psl ibu ni mcm paksa je.. kan.. 
  • Bila nak perkenalkan makanan baru, bagi dia rasa byk kali makanan baru.. baru kita tau dia suka ke x.
  • selain dari itu.. ibu kena kreatif.. 
Ninie x ada masalah sgt ngan Zulaikha, psl dia mmg suka makan.. kekdg dia yg tarik tgn ajak g dapur.. "Nak acik.. nak acik".. heheh nasi kena lembut. Kalau keras sikit, mmg dia x suka. Sikit aje dia makan. Seronok tgk dia makan. Yg x seronok nak kena kemas.. berterabur .. ish ish ish.. 

Tuesday, July 12, 2011

Makanan untuk anak setahun ke atas


Ramai yg tanya Ninie, Zulaikha makan apa sekrg ni? Umur dia dah setahun 5 bulan. Zulaikha ni x ada sgt masalah pasal makan. Seingat Ninie, dia mula makan masa umur 7bulan, lepas habis exklusif BF. Tapi masa awal² tu, dia x makan sgt. Kekdg Ninie buat dia bubur, dia mkn sesudu je. Yg lain, buang. Hilang jugak kesabaran. Tapi anak-anak mmg mcm ni. Kalau kita nak kenalkan dia dengan benda baru, mmg ambk masa. X ada la dia suka terus kan. Bila selalu kita bg, akhirnya dia akan suka. Cuma, ibu mmg kena kreatif utk fikir, apa makanan yg anak suka. Bukan sama semua citarasa anak yer..

Awal-awal dulu Zulaikha makan bubur nasi atau oat. Mmg belender halus.. Sekrg ni gigi dah penuh dia dah makan byk makanan yg x belender. Ada jugak yg terkejut tgk gigi dia.. heheh yerlaaa seme sekali dah tumbuh. Pernah sorg ibu tu tanya, bila tgk ninie bg Zulaikha mkn karipap. Dia ckp x keras ke.. Ninie ckp la, gigi dia dah penuh.. dah pandai kunyah.. Anak org tu gigi 4batang baru tumbuh. Tapi tu laa.. perkembangan anak-anak ni ada cepat .. ada lambat. Tapi Zulaikha rasanya normal... x la cepat, x la lambat... ikut carta jer...

Selalunya, hari cuti Ninie sibuk sikit, sbb kena prepare makan utk dia. Hari biasa, dah makan kat taska, cuma malam dia suka join kitaorg makan lagik.. Selalunya Ninie prepare dia bubur nasi jugak, cuma x blender, sbb Zulaikha ni, masuk je makanan.. dia telan terus.. Dia pun mmg suka bubur nasi. Antara menu biasa Zulaikha:-
  1. Bubur nasi + sup ikan tenggiri  (letak carrot sebagai sayur)
  2. Bubur nasi + sup sayur + soo hoon (letak ikan bilis..)
  3. Bubur  nasi + sup ayam (letak carrot sebagai sayur)
  4. Nasi goreng ikan bilis (x letak lada.. )
  5. Nasi goreng cina
  6. Nasi + ikan goreng + sup sayur
  7. Nasi + tumis sayur bayam (ikan bilis)
Kalau tgk menu dia, pusing² yang tu aje. Tapi Zulaikha suka makan. Sekali dia makan, kalau bubur tu 2mangkuk pun habis.. Kalau nasi goreng, Ninie mmg bg dia makan sendiri. Kekdg ada org ckp, malas nak bg anak makan sendiri, berterabur.. Ninie pun kalau ikut malas nak kemas, g tu jugak.. tp Ninie suka bila tgk dia pandai guna tgn atau sudu.. w'pun berterabur.. dia nampak sgt enjoy bila makan sendiri. Yg ptg, dia mmg suka makan.. hehehe

Jajan, Ninie x pernah bg. Mcm twistist ke.. apa tu seme. Bukan sbb cerewet ke apa, tp x elok kan.. Nanti dia ikut kita g kedai, bila lalu kat  bhgn makanan ringan, dia tahu nak ambk kan.. Tapi tula.. kita larang anak makan, org lain plak ajar.. susah jugak.. Tp setakat ni, Ninie mmg pesan kat sesaper yg berkaitan, jgn ajar Zulaikha makan jajan. Selalunya ninie bg dia Cococrunch atau honeystar ganti jajan.. Kalau g pasaraya dia mmg kenal kotak cococrunh.. suruh laa kita beli.. heheh

Kesimpulan... anak-anak ni dia akan makan, kalau kita train dia. Ada jugak org ckp anak dia x suka makan kan.. terpulang kepada kreativiti masing-masing kan.. kita kenal anak kita mcm mana kan.... 

Thursday, July 7, 2011

Follow up di KSH

Alhamdulillah Zulaikha dah sihat.. Tadi g follow up check-up dia. Doc siti ckp, Zulaikha dah sihat.. X perlu ambil ubat dah. Cuma memlm dia kena pakai lagi SERITIDE untuk mencegah.. guna ngan Aerochamber tuh. Doc Siti bg tahu, seritide tu sama mcm ubat yg masuk ikut tgn dia tuh, cuma lg baik sbb ubat kena digest.. pergi ke buah pinggang hati limpa.. baru bg sikit ke paru-paru dia.. tp seritide ni sedut.. terus hantar ke paru-paru.. dah effect dia sgt minima.. berbanding ubat makan.. atau yg msk ikut tgn.. 

Sekrg ni doc cuma suruh sedut mlm sahaja.. sekali. Untuk mencegah.. Kalau dia batuk baru bg semula ventolin.. Alhamdulillah.. lega ibu.. anak ibu dah sihat :-)) Zulaikha makin kuat makan.. seritide ni mmg jd dia kuat makan... mmm kena diet laa sikit yer.. nanti obes... x cun! byk penyakit lak tuh.. berat dia tadi.. 10.7kg .. termasuk kasut.. kasut kot yg berat tuh.. heheh

Monday, July 4, 2011

4D 3N di KSH

Seminggu dah x bersiaran langsung... Seminggu menjaga Zulaikha kat Kuantan Speacialist Hospital. Hari Isnin lepas, ninie x g keje, pagi lepas siap2 nak g keje.. Ninie dgr Zulaikha batuk.. seblum ni dia selalu batuk malam.. sampai x tido Ninie menjaga dia.. kesian tgk dia .. Isnin tu ninie rasa x sedap hati, sbb kira² dah 3minggu dia batuk.. w'pun ambk ubat antibiotik, dia still  batuk.. kejap ilang kejap ada.. 

Terus Ninie sms bos, ckp x g keje.. Nak bwk anak g KSH. Jumpa doc siti, dia ckp, kahak Zulaikha byk sgt..  .. pastu doc siti tgk history sakit dia, Jan-batuk, Feb-batuk, Mac-Batuk, April-Batuk.. Mei je x batuk,, Jun Batuk balik.. terus dia advice utk masuk wad.. Dia tanya, Zulaikha ada insurans x? Ninie ckp ada.. Dia tanya lama dah ke ambik? Ninie ckp, dh lama, since Zulaikha umur 15hari.. So, x yah refer HTAA la, dia ckp, admit sini aje.. Ninie ikut aje.. demi kebaikan anak..

Nak jadi cerita, Ahad seblum tu, HP Zex rosak, Zulaikha baling.. terus x idup, susah betul la nak tel Zex nak bg tahu anak dia kena masuk wad.. Last2 call bos Zex, sib baik ada no HP.. 

Hari pertama duduk wad.. Dia kena masuk antibiotik, ngan buat x-tray. Zulaikha ni jenis tak takut.. mmg dia x nangis.. senang betul ibu mcm ni.. heheh cuma satu je yg dia gerun.. bila kena sedut asap (ntah apa nama benda tu... heheh.. ) mmg nurse kena bedung dia..  baru leh bg asap tu.. mmg meraung laa.. padahal bukan sakit pun..

Hari ke-2, doc suruh dia puasa.. budak pun kena puasa yer.. susah  betul.. asyik nak susu.. lapar laa puasa. Dia kena puasa at least 2jam seblum buat Fisio. Fisio buang kahak. Therapys akan masuk kan tiub dlm hidung ngan tekak.. pastu sedut keluar.. Kita kalau tgk diaorg buat pun, mmg rasa kesian kat anak.. tp utk kebaikan dia.. ibu cekal kan hati.. kali pertama buat fisio.. kahak dia keluar, hijau pekat..  berketul2.. Dalam sehari, 2kali kena buat, pagi kul9 ngan kul3ptg.Dia sampai fobia.. mengigau bila tido.. 

Hari ke-2 jugak, doc bg tahu Ninie, anak ninie kena Mycoplasma positif.. jangkitan kuman dlm paru-paru. Memandangkan ninie keje HTAA, terus ninie tanya opismate. Dia ckp, ni crytical pneumonea.. Sib baik ninie cepat, sampai dia tanya Ninie balik, macam mana bleh bawak anak g KSH? Ninie ckp, sbb tgk Zulaikha batuk lama sangat.. Dia bg tahu lagik, mungkin Zulaikha berjangkit kat taska ni. Pastu payah jugak nak detect kuman ni, melainkan buat lab test. mmm mmg doc siti ambik sample darah ngan cecair dlm hidung dia, sbb tu tahu.. Alhamdulillah.. x sesia.. ibu ni selalu bimbang kan.. Rawatan dia, kena masuk antibiotik. Doc masuk 2 jenis antibiotik.. Tiap kali masuk dia x memangis, cuma dah hari ke-4 dia ckp.. akit... akit... mmm agaknya dah bengkak tgn dia kan.. kesian anak ibu ni..
Zex pun terpaksa ambik cuti.. sesama jaga Zulaikha.. Bila ada bapak ni, x la dia boring.. bapak bawak g jenjln.. turun naik tangga, turun naik lif.. pusing-pusing² dalam KSH. nak keluar x boleh..
Time bapak x dtg, lepas je buat Fisio mesti laa laparkan.. bawak la dia jenjalan kat kafe KSH. Kebetulan cikgu taska dia dtg melawat. Kemain lapar.. makan sampai licin. Doc pun bg tahu.. masuk ubat ni, mmg dia jadi kuat makan.. tulaa.. org lain sakit, kurus.. dia plak makin membulat.. 
Lagik dia seronok, sepupu Ninie dtg, bawak hadiah bear.. amboi kehulur ke hilir dia dukung bear tu .. sampai nurse mintak.. dia x bg.. bawak lari.. heheh
Tgk gaya dia yg lapar sgt, lepas Fisio, terus makan kek.. habis satu slice. sambil baring.. rajinnya makan sambil baring yer.. 

Alhamdulillah.. sekrg ni Zulaikha semakin sihat, harini dia dah g taska, cuma still continue makan ubat. Khamis ni ada follow up.. Doc bg setambun ubat dia kena makan. Sib baik jugak, Zulaikha ni senang makan ubat.. setiap pagi ngan mlm dia kena sedut 2 jenis ubat, guna aerochamber ni. satu ventolin.. satu lg color ungu.. x ingat nama apa.. kena buat sampai 3bulan.. Semoga anak ibu cepat sembuh!

linkwithin

Related Posts with Thumbnails