Pages

Monday, June 20, 2011

Sakit hidung dah beransur baik

Melecet hidung zulaikha yg disebabkan selsema makin teruk hari Khamis tu. Petang balik dari taska, Ninie ngan Zex bawak dia g klinik kat area rumah aje. Doc ckp, mmg dah ada infection. Sampai kulit kepala ngan tangan dia pun jd melecet, berjangkit dari hidung dia. Mmg kesian sgt. Merah betul hidung ngan tgn dia. Doc bg krem,antibiotik ngan ubat batuk. Sbb kahak dia masih ada. 

Jumaat tu ninie balik Balok, sbb hari sabtu ahad ninie ada kelas jait. So kena mintak tolong mak jagakan Zulaikha. Biasalaa mak mesti sanggup punya.. Dia suka sgt la cucu dia duk sekali ngan dia. 
Mak ninie ni mmg jenis elert skit bab-bab sakit ni. Ninie bg semua ubat yg ada, tp mkn bg dia makan ubat air je. Dia x letak pun ubat krem doc bg. Dia letak krem ni. Actually ubat ni, anak sedara ninie yg punya. Zufar Hannan. Ubat dari klinik pakar Ang. Masa tu Hannan kena chicken pox pastu dia garu-garu, jadi kudis. Mak ckp ubat ni elok sgt. Sbb ninie letak jugak ubat doc bg tu, x brp ok.. dia makin berair kt bhgn hidung. Tapi ubat ni mmg elok sgt.. Sekejap je dah kering. Esoknya, hidung dia hampir 80% baik.. & x merah dah.

Lagi satu yg membuatkan dia bertambah cepat baik.. mmm biasa laa tok dia ni, mak ckp, mak tgk Ikha ni nafas bunyi pelik aje.. Lepas tiap kali mandi, mak korek hidung dia ngan kain napkin.. tepi kain tu mak pintal² jadi panjang halus.. masukkan dlm lubang idung.. godek² sikit... Berketul² hingus pekat + beku dlm rongga hidung dia. Sampai bersin, keluar lg banyak.. Mak ckp lagik.. kalau tgk dia tenyeh² hidung tu.. maknanya ada benda laa dlm hidung tu.. pas ni Ninie kena buat mcm mak laa baru baik cepat.. Hehehe tqvm mak!

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails