Pages

Wednesday, June 8, 2011

Perkhidmatan Pos Online

Ninie mmg malas bab bayar bil ni. Malas nak g bank or pejabat pos. Nak kena cari parking..  beratur... Ambk masa. Dalam banyak² bil, ninie x pernah lagik bayar bil air (Jabatan Bekalan Air Pahang). Huhuhu since duduk rumah ni, x pernah bayar. Dah sampai bil ke-3 x bayar jugak, sbb nya x tahu nak bayar kat mana. Cek maybank2u, Bankislam.biz, Cimbclicks semua x ada pun untuk bayaran bil JBA. Tanya kawan, dia ckp boleh bayar kat Pejabat SUK, Pejabat Daerah Tanah atau pun pejabat pos. Ni yg malas ni.. Ninie hampir semua bil, bayaran hanya klik sahaja.. 

Ninie cek plak website JBA. Bayaran secara online boleh dibuat melalui ibankrakyat dan posonline sahaja. Bank rakyat.. mmm ada acc, tp online banking password ilang. Posonline.. x pernah plak try. Last² cuba try test register, saya suka!!!!!! sangat memudahkan saya. Sbb bil JBA boleh bayar kat sini. Caranya:-
  1. Register di www.posonline.com.my , isi semua detail peribadi
  2. Pilih Bill Registration (senang nanti.. x yah duk keyin byk kali.. kira simpan dlm list bayarn bil akan datang la ni)
  3. Isi detail pasal bil. contohnya No acc ngan nama acc bil tuh.
  4. Lepas tu klik bayar bil---> pastu.. part ni paling suka...
  5. Pilih aje bank mana yg kita ada duit.. ninie rasa hampir semua bank available.So, x yah susah² la nak kena register kat setiap internet banking kan. pilih aje bank yg kita ada duit. Tadi ninie pilih cimbclicks, sbb duit bank lain dah kering.. huhuhu..
  6. Lepas tu buat bayarn mcm biasa, ikut jenis bank masing² la kan.. kalau cimb dia mintak TAC. Request TAC. Semua ni.. dia duduk dalam frame website posonline..
  7. Akhirnya, selesai bayaran, bleh print. Yeeehaaa.. selamat,  bil JBA dah bayar (zex bg duit dah lama.. x bayo².. tu yg yehaaaa! heheh)
Kengkwn leh laa try yer.. Sangat memudahkan! (Bil saman MPK lum bayo.. duk pk bank mana ada lebihan ni.. eekekekek)

P/S: cas pos online ni x tahu brp.. kena cek kat bank masing-masing ek

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails