Pages

Monday, June 20, 2011

Jahitan: Kelas Smocking

Sabtu & Ahad ninie g kelas Smocking.. bukan SMOKING yer.. ni Smocking.. kaedah jahitan tangan pada baju. Seni org putih. Ninie mmg minat jahitan ni, tapi x ada peluang nak belajar ngan mak. Mulanya mak Ninie marah gak pergi, pasal apa x bljr ngan dia, tapi bila dgr bayaran yuran RM20 je.. dia ckp.. baik g sana.. Yerla mak tu mana laa ada masa nak mengajar jait ni. Mata pun dh x brp terang nak ngajar kan..

Kelas ni di anjurkan oleh Kolej Komuniti Payar Besar, Gambang. Jiran ninie kebetulan keje situ, dia la bg tahu. Apa lg terusla join. Kawan ninie, Hazimah pun join. Kami ni mmg minat menjahit. Yang bestnya yuran RM20 je untuk 2hari ni. Mmg berbaloi. Makan x disediakan.. tapi apalaa sgt bab makan berbanding ngan yuran + ilmu yang kita dapat tu kan.. 
Ni laa yg dikatakan jahitan smocking. Kedut2 pada bhgn baju, pastu kita sulam kedutan ni dengan jahitan  tgn. Mcm jahit mesin kan.. mmg pure 100% hasil kerja tgn Ninie ni.. Heheh mmg berbakat Ninie ni.. :-P
Lepas dh siap jahitan smocking tu, cikgu suh siapkan semua dress ni. Leher ngan lengan dia mcm ni.. Cikgu ajar satu-satu. Ada yg x pandai jahit pun.. bleh jahit. Ninie siap dulu laa.. psl bila siapkan dress ninie x ada masalah sgt guna mesin.. 
Cikgu ckp, dia x pandai sgt buat bunga ros, kebetulan ada buku panduan smocking.. Ninie pun ikutlaa cara dia buat bunga tu.. jadi la jugak.. w'pun ros tu nampak cam bunga taik ayam je.. heheh x aper.. practise make perfect!
Ni laa dress yg dah ninie siapkan.. cikgu siap gantung sebagai contoh.. Cikgu suruh buat baju ni ukuran budak 5tahun. Senang, sbb lebar sikit.. byk la kena jait kan.. Memandangkan baju ni mmg kompem zulaikha x muat, so Ninie pun bagi kat cousin Ninie yg paling kecik, Aliya. Semlm dia dtg umah mak ninie, Ninie suh dia pakai.. mmg sedang elok sgt la. Tinggal nak jait butang aje la.. pas ni bleh la dia melaram. Aliya siap bg sepsg lagik kain.. sun Kak ninie dia ni jait.. heheh siap lambat.. jgn marah aaa...
Lagik best... Hari Ahad tu, ramai peserta balik awal, x ramai yg stay.. Maklumla.. 2 hari dari kul 8pg sampai 5ptg. Ninie stay sampai baju siap.. Kolej Komuniti bagi lagik kain 4meter untuk bawak balik, sbb x ramai yg hadir.. mmg rezki laa.. Cantik gak kain ni.. ninie duk memikir.. baju apa nak buat ni.. kita tunggu...

Ninie pun baru tahu yg Kolej ni ada macam² program mcm ni.. bleh la join lain kali.. seronok!

Sakit hidung dah beransur baik

Melecet hidung zulaikha yg disebabkan selsema makin teruk hari Khamis tu. Petang balik dari taska, Ninie ngan Zex bawak dia g klinik kat area rumah aje. Doc ckp, mmg dah ada infection. Sampai kulit kepala ngan tangan dia pun jd melecet, berjangkit dari hidung dia. Mmg kesian sgt. Merah betul hidung ngan tgn dia. Doc bg krem,antibiotik ngan ubat batuk. Sbb kahak dia masih ada. 

Jumaat tu ninie balik Balok, sbb hari sabtu ahad ninie ada kelas jait. So kena mintak tolong mak jagakan Zulaikha. Biasalaa mak mesti sanggup punya.. Dia suka sgt la cucu dia duk sekali ngan dia. 
Mak ninie ni mmg jenis elert skit bab-bab sakit ni. Ninie bg semua ubat yg ada, tp mkn bg dia makan ubat air je. Dia x letak pun ubat krem doc bg. Dia letak krem ni. Actually ubat ni, anak sedara ninie yg punya. Zufar Hannan. Ubat dari klinik pakar Ang. Masa tu Hannan kena chicken pox pastu dia garu-garu, jadi kudis. Mak ckp ubat ni elok sgt. Sbb ninie letak jugak ubat doc bg tu, x brp ok.. dia makin berair kt bhgn hidung. Tapi ubat ni mmg elok sgt.. Sekejap je dah kering. Esoknya, hidung dia hampir 80% baik.. & x merah dah.

Lagi satu yg membuatkan dia bertambah cepat baik.. mmm biasa laa tok dia ni, mak ckp, mak tgk Ikha ni nafas bunyi pelik aje.. Lepas tiap kali mandi, mak korek hidung dia ngan kain napkin.. tepi kain tu mak pintal² jadi panjang halus.. masukkan dlm lubang idung.. godek² sikit... Berketul² hingus pekat + beku dlm rongga hidung dia. Sampai bersin, keluar lg banyak.. Mak ckp lagik.. kalau tgk dia tenyeh² hidung tu.. maknanya ada benda laa dlm hidung tu.. pas ni Ninie kena buat mcm mak laa baru baik cepat.. Hehehe tqvm mak!

Friday, June 17, 2011

Rajin menolong ibu

Yang ni mmg x yah suruh².. pantang tgk ibu menyapu.. dia sibuk laa nak menolong.. mcm org dah besar je gayanya.. 
kat sini, ibu x suruh pun sapu.. ni tempat baring... ish ish ish.. rajin sgt.. Harap² dah besar nanti, rajin tolong ibu yer.. Rajin mcm ibu.. heheh :-P

Cubaan membuka kunci

Hari selasa lepas, ninie x g keje.. Sbb sakit perut.. agaknya perut ninie terkejut, heheh tetiba puasa hari isnin tu.. Hari selasa terus perut rasa x sedap.. ulang alik masuk tandas.. last2 x g keje stay kat umah. x larat dah.. Zulaikha plak, sakit hidung dia lum baik. Elok sgt la  teman ibu kat umah, x yah g taska. 

Dah petang, tetiba dia tunjuk kat kunci, suruh bukak pintu rumah. Ninie bg dia keluar, sbb kesian, dari pg sampai ptg duk dlm rumah.. Keluar je dari rumah.. terus menuju ke pagar, konon-konon nak bukak pintu pagar la tuh. Padahal.. pagar tu x berkunci pun..
Bersungguh-sungguh tu.. tp ninie x bg pun dia keluar.. sbb panas.. main dlm pagar rumah je..
Dah puas duk kat pagar.. g kat kereta plak.. tau plak dia kat mana nak bukak kunci tu.. padahal seingat ninie, ninie x pernah bukak kereta honda ni pakai kunci.. mmg pakai alarm key aje.. heheh bijak bijak anak ibu ni yer.. 

kunci yg dia pegang tu.. huhuhu kunci umah tok kat balok.. hahahahahah 

Akhirnya zulaikha dpt jugak keluar.. Bapak bawak pergi pasar mlm.. mmm beli mainan lagik.. suka sgt laa dia..

Cubaan menabung

Pantang jumpa bag duit ibu.. abis semua dia buang brg dlm  bag,.. ni ada syiling.. risau dia  telan.. bg dia tabung suruh isi duit siling.. sampai terjelir-jelir lidah nak cuba masuk duit  dlm lubang tabung.. heheh bersungguh-sungguh.. :-)

Monday, June 13, 2011

Hidung Melecet ~Selsema

Kesian betul tgk hidung Zulaikha ni. Minggu lepas dia kena batuk + selsema. Sampai kena ambik kat taska, sbb batuk teruk sgt. Bila hidung dia meleleh air hidung, duk suka gosok-gosok hidung dia sampai melecet. Ninie mmg x berani dah lap hidung dia. Sbb mmg nak pegang pun dia x bg.. Kalau nak bersih kan hidung dia.. kena masa mandi je boleh. Ni gambar pagi  tadi sbelum hantar taska. Sampai naik berkuping hidung dia... 

Wednesday, June 8, 2011

Perkhidmatan Pos Online

Ninie mmg malas bab bayar bil ni. Malas nak g bank or pejabat pos. Nak kena cari parking..  beratur... Ambk masa. Dalam banyak² bil, ninie x pernah lagik bayar bil air (Jabatan Bekalan Air Pahang). Huhuhu since duduk rumah ni, x pernah bayar. Dah sampai bil ke-3 x bayar jugak, sbb nya x tahu nak bayar kat mana. Cek maybank2u, Bankislam.biz, Cimbclicks semua x ada pun untuk bayaran bil JBA. Tanya kawan, dia ckp boleh bayar kat Pejabat SUK, Pejabat Daerah Tanah atau pun pejabat pos. Ni yg malas ni.. Ninie hampir semua bil, bayaran hanya klik sahaja.. 

Ninie cek plak website JBA. Bayaran secara online boleh dibuat melalui ibankrakyat dan posonline sahaja. Bank rakyat.. mmm ada acc, tp online banking password ilang. Posonline.. x pernah plak try. Last² cuba try test register, saya suka!!!!!! sangat memudahkan saya. Sbb bil JBA boleh bayar kat sini. Caranya:-
  1. Register di www.posonline.com.my , isi semua detail peribadi
  2. Pilih Bill Registration (senang nanti.. x yah duk keyin byk kali.. kira simpan dlm list bayarn bil akan datang la ni)
  3. Isi detail pasal bil. contohnya No acc ngan nama acc bil tuh.
  4. Lepas tu klik bayar bil---> pastu.. part ni paling suka...
  5. Pilih aje bank mana yg kita ada duit.. ninie rasa hampir semua bank available.So, x yah susah² la nak kena register kat setiap internet banking kan. pilih aje bank yg kita ada duit. Tadi ninie pilih cimbclicks, sbb duit bank lain dah kering.. huhuhu..
  6. Lepas tu buat bayarn mcm biasa, ikut jenis bank masing² la kan.. kalau cimb dia mintak TAC. Request TAC. Semua ni.. dia duduk dalam frame website posonline..
  7. Akhirnya, selesai bayaran, bleh print. Yeeehaaa.. selamat,  bil JBA dah bayar (zex bg duit dah lama.. x bayo².. tu yg yehaaaa! heheh)
Kengkwn leh laa try yer.. Sangat memudahkan! (Bil saman MPK lum bayo.. duk pk bank mana ada lebihan ni.. eekekekek)

P/S: cas pos online ni x tahu brp.. kena cek kat bank masing-masing ek

Monday, June 6, 2011

Exam Failed!

Khamis lepas, Ninie g KL. ngan kawan, balik naik bus. Al-kisahnya, gara-gara menceburkan diri nak jadi agent insuran prudential BSN takaful. Bila dah nak menceburkan diri ni, baru la tahu.. kena ambik exam. Ingatkan semudah ABC. Rupanya, 3paper kena ambik. Kalau ikutkan, dah lama ninie x study utk exam. Mmg exam ni agak menyeksekan jiwa. Dah la mlm nak exam baru baca buku. Bila ada anak ni, mmg payah. baru bukak nota, dia pun sama naik bukak nota. Kena tunggu dia tido.

Bertolak kul5 pagi.. G ngan kwn. dia drop kat Maju junction. Mencari la sendiri mana opis Malaysia Inst. Insurance ni. Akhirnya jumpa. Exam dia seme guna pc. So, result dpt terus lepas exam. Exam pertama, PCE. Lulus.. senyum meleretla... Semangat nak exam ke-2 tu.. 
Exam CEILLI kul3 ptg. Apa lagik.. terjah sogo jap. Mak aiiii sale sana sini.. tapi.. kuatkan iman, mata pandang² sahaja.. hati.. x rasa mau beli.. pasal ekonomi meleset.Heheh.. terus cari foodcourt. nak duduk kat foodcourt la konon.. nak study.. Ramai amat umat manusia kat situ. Tak jadi nak duduk, terpaksa masuk Secret Receipi. Huhuhu order taram aje.. Mee kari. Tu pun puas nak abis.. psl x selera nak mkn. Pening kepala, x tido.. Gara-gara study yg PCE tu. Yg CEILLi ni.. mmg silly laa... failed! apa x nyer.. x faham apa pun.. lagikpun mata ngan badan dh penat. Sedih hati saya.. exam ni failed. Tapi kwn sy ckp.. dia 4kali ambik.. mmg mcm ampesssss dia tuh.. x citer kisah failed dia tuh.. Baru sy sedap hati skit.. maknanya.. bukan saya aje laa yg gagalnya.. Kebetulan exam ni, sy kena silibus baru..

X sabar nak balik kontan, balik naik bas... lama dah x naik bas.. bertahun-tahun lamanya. Naik bas durian burung. Mmmg selesa, sbb 3seat. Tapi yg x bestnya.. org depan saya bau badan... mak aii leh pengsan saya.. pastu yg blah kiri plak.. ada ke dia tido.. bukak kasut.. bau stokin!!!!! gila laa.. sy rasa mcm nak pengsan duk dlm bus. x sabar nak sampai kuantan....! Lemas!...tolong!!!!!!

Wednesday, June 1, 2011

Jahitan: Wristlet untuk kak yati

Opismate Ninie dah naik pangkat ke JPN Kuantan. Sadis sungguh. Opis ni dah la sikit aje orgnya. pompuan 3org aje. Dah  tinggal 2org aje pompuan ni. Semlm ingat nak g beli hadiah utk dia. Tapi x tahu nak beli apa, sbb opis ni dah hadiahkah dia, kain sepasang + tudung. Opismate lain plak hadiah kan brooch.. semua org dah ada hadiah nak bg.. Ninie.. masih x tahu nak bg apa. Tak nak la bg sama kan.. Last-last terfikir nak jahit la (musim menjahit masih ada.. heheh) Rasa lebih sentimental value, sbb buat sendiri kan.. So, Ninie buat wristlet utk dia. Boleh dia letak wallet  ngan HP dalam tuh. Semlm plak Zulaikha tido lambat. Asyik main aje. Terpaksa Ninie gelapkan seluruh rumah, sbb nak bg dia tido.. Heheh.. kul 1 Ninie bgn semula, siapkan wristlet ni.
Dalam bag ni ada poket.. muat utk letak HP or kad..
 Buat sekali bekas HP, sbb dia pernah suruh ninie buat, tapi Ninie lupa.. ukuran, ambik saiz HP zex, kebetulan sama..
Rupa belah dalam.. 
Alhamdulillah kul 3pagi siap semua, ngantuk amat, Zulaikha plak asyik jaga, sbb batuk. Bila siap, lega, terus sambung tido, pagi esoknya baru kemas tempat menjahit.. x sabar nak bg (mmmm macam laa org tu suka sgt.. perasan sokmo ninie ni..)

Kemampuan Motorik

Tahukah Anda?
Tahukah anda pada hari lahir pertama simanja anda, kemampuan motorik halusnya berkembang pesat. Memungut benda-benda bersaiz kecil dengan jari-jarinya. Ia juga seronok menggenggam benda-benda kecil, memasukkannya ke tempat lain dan mengeluarkannya semula. Untuk itu, sediakan permainan yang menyeronokkan sehingga ia seronok melakukannya berulang kali.

Sumber: Buku Si Manja Cerdik & Pintar
Terbitan: TINTA BALQIS PUBLISHING

 Hebat betul kemampuan motorik anakda saya ni.. ish ish ish rasanya ibu x ada pun sediakan tempat mainan dia kat sini.. tempat yg menyeronokkan sini ke??
 dah tabur semua.. cari brg lain plak nak tabur lagik..
tekunnnya kan.. nak cuba jugak lerai satu-satu.. mmg sgt berkembang pesat kemampuan motorik zulaikha ni. Cuma motorik ibu aje yg x brp nak berkembang ni.. ni siapa nak kemas balik ni?

Jelajah sudut baru

 Sekrg ni dah x suka main dlm bilik dia. Bilik ibu jugak best. Sudut paling dia suka. Duduk kat side drawer tuh. Di mana-mana boleh membaca..
 dah boring... kita terjun atas katil.. part yg paling digeruni.. takut ibu x sempat nak tepis.. risau jatuh! keliling katil terpaksa letak bantal..
mmm.. mmg minat sgt dah.. mainan pun bwk naik atas katil.. x ada arah dah... layan aje laa..

linkwithin

Related Posts with Thumbnails