Pages

Thursday, May 19, 2011

Hari tension sedunia!


mmmm terpaksa buat luahan perasaan. Sbb ninie tension betul. tahap cipan! Jarang la buat luahan perasaan mcm ni, selalu mybest prend ada with me, tp seme dh duk jauh.. uhuks! Sib baik ada blog ni. Bleh la jugak meluahkan rasa. Bila menulis, rasa ilang stress skit.

Selasa baru ni kan cuti hari wesak. Ninie x g mana pun, duk umah aje. Sbb hobi Ninie, mmg duk umah, jaga Zulaikha. Tetiba belah ptg tu, badan zulaikha macam panas sikit, Ninie pun bg dia ubat. Malam tu Zulaikha x leh tido. Ninie bg lg ubat demam, pastu basahkan badan dia. Tido pampers sekeping je. Dia mmg x tido sgt. Kesiannya anak ibu ni..

Pagi tu, ninie mmg dah pasang niat, kalau Zulaikha still demam, Ninie nak EL. Bangun pagi rabu tu, dia still demam, walaupun suhu dah turun sikit. Ninie pun apa lagik, hantr sms kat opismate, ckp x dtg keje. Kebetulan ada meeting. Mmg kena ada org stay la kat opis. Rupanya opismate Ninie g lapor diri ke JPA. Dia dpt naik pangkat ke Jab. pendidikan. Aduila.. semak kepala pk. Last² Ninie g jugak keje, sambil siap² yg mmg dah pasti Ninie ni g lambat keje, Ninie teringat kat mak, hantar kat mak la zulaikha. Terus pecut kereta g umah mak kat balok. Punyala jauh.. hantar taska x leh, psl anak demam.. Sib baik mak ada.. Kalau x, x tahu la mcm mana.

Sampai lambat kat opis.. aduila.. lantak aje la. Sampai2 plak.. parking ninie org  guna. Tahu jela kat hpstl, parking susah nak cari, Lantak ko.. ninie parking aje depan keter tuh. Block.. nak cepat..

Masa kat opis, mak tel, jgn risau, Zulaikha dah mkn ubat & tido, Suhu badan pun dah turun, sbb mak basahkan badan dia pakai daun apa ntah... org tua-tua mmg terror bab budak demam ni.Alhamdulillah.. baru lega..

Hal kat opis plak, patut meeting pg, tp tunda ptg sbb pengarah nak guna meeting room yg sama.. last-last tgk pg tu meeting room x ada org guna pun. Meeting ninie tunda ptg, tp semua yg kena hadir x dpt makluman, psl yg dtg tu semua wakil. Ni mesti yg patut dtg x inform waktu dah berubah. last2 call pengerusi majlis, batal ajela meeting... mmg sakit jiwa la..

Opis ninie ni x ramai staf. Ada dlm 7org aje. Tapi sorg dah kena tarik ke jabatan lain.. kononnya sana lebih memerlukan.. mcm hampesss betul!.. Tinggal 6 org.. sorg plak dah naik pangkat ni. Tinggal 5, 2 orang nak kena g oustation JB. Patutnya Ninie g, tp ninie kena penting kan yg lebih ptg di opis.. so tinggal la ninie bertiga. Aduilaa Khamis ni audit dalam 5S. Bertungkus lumus siapkan yg mana patut.. Mmg sgt stress.. jem kepala. Dah la telefon asyik berdering.. Mmm psl opismate yg naik pangkat, kitaorg ada dateline kena siapkan sistem June ni.. adui.. lg semak kepala ninie memikir.. saper la nak buat ni.. pengganti dia.. ntah tahun bila la dpt nyer... stress betul!

Ptg tu cepat-cepat balik umah mak, nak jumpa anakda la. Sampai je, disambut oleh anakda ngan senyuman. Tuhan je tahu.. lega tgk dia dah ok. rasa badan dia masih dedar. Demam lagik la tuh.. tp kurg dah sikit. Mlm Rabu, mmg ada kelas insuran prudential, Ninie x g la.. ngan asigtment x siap nya. Masa bila nak buat... aduilaa tertekan jiwa..

Lega rasa dpt tulis segala. Bukan nak suruh org baca.. saje nak buat luahan.. mcm tulis diari g tu.. mmm Ninie, kalau bab anak ninie, mmg sgt la concern. So mmg apa-apa hal anak dulu. Tapi bila berada dipersimpangan dilema, diantara tugas & tanggungjawap, jd amat stress. mmm kekdg org x faham kan. Jd head of deparment ni, mmg bleh jd gila sikit. Psl semua t'jwp tu kat bahu kita.. tp x aperlaa... Kerja mmg ada byk dugaan.. dugaan tu la yg bg kita pengalaman kan..

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails