Pages

Tuesday, May 31, 2011

Bercerai Puting Kosong

Ramai dikalangan anak-anak yg suka puting kosong ni kan.. Gantung kat leher ngan rantai pun ada.. Comel kan.. Tapi bila nak buang tabiat ni mmg susah amat. Ninie teringat kat adik ipar Ninie, Shila, dia bg ninie tips ni. Dia dapat dari website omputih.. x ingat nama apa.. Shila buat kat anak dia Syahmi, mmg sampai sekrg dia x nak puting kosong. 

Cara ni mmg kita kena kebal sikit mental. Ninie suruh adik Ninie buat kat anak dia Zuffar Hannan. Hannan isap puting ni since baby. Sampai gigi dia dah naik jongang. Yang x tahan, kalau hilang.. asyik duk mencari, x leh nak tido.. Kekdg sampai beli 2-3 buat spare. Tapi diingatkan mmg mental mak ayah kena kebal sikit.. W'pun cara dia mudah.. 

Caranya ialah... jgn bagi anak kita isap puting selama 2hari. Macam mana dia mengamuk... menangis.. tahan aje. Ninie ingat kat Hannan ni, dia menangis x leh tido.. Sampai mak Ninie marah, maklumla.. Tok mesti kesian kat cucu kan.. Suruh jugak bg puting kat dia. Tapi adik ninie mmg kebal, dia ingat pesan Ninie, dia lantak aje Hannan menangis.. Bila hari ke-3 dia x nak dah puting tu.. kalau bagi.. dia siap buang.. Huhuhu amazing kan.. Sbbnya anak-anak ni akan belajar.. dlm tempoh 2hari.. bila dia rasa selesa.. dia x nak isap puting tu.. So, perangai isap puting pun ilang, gigi dia pun dah tersusun elok.... selamat mencuba!

P/s: Ni hanya tips.. boleh mencuba.. x rugi. Ada jugak yg anak demam.. huhuhu yg tu kena guna cara lain la kot...

Tahukah Anda?

Menyanyi adalah cara mudah untuk merakamkan aneka penggunaan kata dalam memori fikiran bayi. Apabila mendengar melodi yang disukainya, si kecil akan ikut menyanyi sekalipun butir bicaranya  belum jelas. Ianya merupakan salah satu cara untuk mengasah kepetahan bayi untuk berbicara.

Sumber: Si Manja Cerdik & Pintar
Terbitan: TINTA BALQIS PUBLISHING

Ulasan Ninie: 
Patutla Zulaikha suka nyanyi sekrg ni. Tapi sepatah pun x faham. Kalau dgr lagu barney, mmg suka sgt. Siap ikut. Kaki tgn semua ikut sama. Mesti pandai ckp omputih nanti ni.. hehehe... mcm mana plak kalau suka tgk otomen...? bleh ckp jepun la kot.. Lagi baik kalau dgr Munif Hijjaz- pandai berzikir kan.. Kalau dia dgr munif Hijjaz je.. automatik tepuk peha dia, sbbnya bila nak tidur aje.. ibu zikir di Munif-Hijjaz tu.. pandai kan anak-anak kecik ni.. ikut tune .. huhhu 

Tahukah Anda?


Anda mungkin beranggapan bayi yang kuat berpeluh menandakan dia sihat. Tidak semestinya begitu. Adakalanya peluh yang berlebihan mungkin petanda bayi mengalami gangguan tertentu seperti tekanan, fungsi kelenjar berlebihan, kadar gula rendah atau berat tubuh yang berlebihan.

Sumber: Buku Si Manja Cerdik & Pintar
Terbitan:TINTA BALQIS PUBLISHING

P/S: Zulaikha selalu peluh bhgn kepala.. tidur dlm aircond pun berpeluh.. 

Friday, May 27, 2011

Fast Food : Slow Service

Hari jumaat biasa la. Rehat panjang. Pergi Kuantan Parade jalan kaki.. Huhuhu dekat aje. Niat asal nak g bayar bil maxis. Mundar mandir dlm kuantan parade x leh lelama. Sangat bahaya. Nanti duk membeli baju Zulaikha aje.. Tadi pun hampir terjebak. Ada Jualan Gudang sehingga 80% kat autrium depan Pizza. Kebetulan Ninie ke situ nak cari makanan apa yg selera nak makan.. Memandangkan org ramai sgt duk menyerbu jualan tu., ninie malas nak join.. Heheh.. Menyelamatkan diri sendiri.. dari terjebak.

Baru tahu kuantan parade ada rasamas. Ninie suka makan rasamas ni.. cuma lemah betul pasal service dia. Dah lama Ninie duduk, x ada pun org bg menu. Nak kata penuh org.. x ada plak.. Belambak meja kosong. Ninie panggil waitress baru laa bg menu. Nak mengorder pun sekian hal. Waitress dia seme buat x nampak je Ninie duk pandang2 nak mengorder. Last2 yg tgh prepare makanan plak yg nampak.. dia tanya dah order ke blum? Ninie ckp laa belum.. baru la terhegeh² waitress dtg.. Dah siap order.. nak sampai makanan plak satu  hal... makanan dah siap atas bar.. x ada plak waitress ambk anto.. duk bersembang.. jalan lembab je.. lemah betul den menengoknya... Dah waitress tu dtg ambik.. dia x tahu plak nak anto meja mana.. aduilaa.. Ninie ni duk betul² depan counter bar tu.. x kan nak angkat tgn.. Last2 yg prepare makanan plak ckp, "ko ni apa laa.. dah ambik order x tahu meja mana.. tu meja no.2" 

Mmmm mmg laa menyakitkan jiwa.. Ninie dah la nak balik opis cepat.. mkn sepantas kilat.. terus balik opis.. Jalan kaki.. maklumkan kena jalan laju laa.. Ninie dah aim byk fast food yg lembab kat kuantan ni. Paling lembab.. PIZZA!!!!!.. ninie mmg x suka sgt.. Jarang nak masuk dah.. Kalau confirm cepat, KFC ngan Mcdonald je.. Tadi rasa nak makan nasi.. tu yg masuk gak Rasamas.. dengan harapan menggunung... Last2.. meleset harapan... Teruk betul.... Pas ni makan KFC or McD je la kalau nak cepat kan..

Monday, May 23, 2011

Jahitan: Baju Tidur Zulaikha

Sekarang ni Ninie mmg tengah musim menjahit. Hehehe.. musim buat kek dah habis.. Nama pun hobi kan.. mesti la bermusim. Agaknya kalau Ninie x keje opis IT ni, ni la kerjaya Ninie, meneruskan kerjaya mak Ninie. Cuti 2 hari, Ninie duduk umah mak. Balik umah mak mmg best, sbb kalau balik rumah mak.. kompem makan sedap²... Hari Sabtu, menu nasi ayam, hari ahad, mak masak lemak rebung ngan perut. Ada plak celur jantung pisang.... perhhhhh sedap...

Lagi suka balik Balok ni, byk aktiviti. Kompem x boring. Boleh menjahit, Zulaikha pun ada kawan, petang² g melawat mini zoo.. heheh kandang burung ngan kambing.. aquarium ikan.. seme umah sedara mara kat sebelah menyebelah.. 

Yg bertambah syok.. mak ada.. kalau apa² sure mak tolong tgkkan Zulaikha, ikutkan mak tu, makan, mandi tidokan zulaikha.. seme dia nak buat, cuma My beautiful zulaikha ni kekdg angin sikit.. dia nak ibu je uruskan dia..  huhuhu.. ibu x ada.. x kisah plak dia ngan saper.. ngada² betul..
Balik umah mak, boleh la potong baju ngan menjahit. Alhamdulillah siap jugak sepsg baju tido utk Zulaikha.
Dah pakai pun baju ni.. heheh ibu excited.
 Seluar letak getah kat pergelangan kaki, so kalau labuh pun, x yah la nak lipat² kaki seluar dia..
Ni lebih kain Nadira, so ninie buat skirt utk dia. Saje je.. dari membazir je kain tu kan.. dah bg kat ibu nadira, suka sgt la ibu dia.. Ninie pun suka, kalau org suka.. :-) kepuasan menjahit.

Temosa Maklong

Temosa tu mcm karipap la. Cuma inti dia sambal ikan. Kalau karipap sambal dia ubi kentang kan. Zulaikha mmg suka sgt mkn. Kebetulan ninie goreng ptg tu utk minum petang. Temosa ni kakak ipar Ninie buat. Dia mmg terror bab buat temosa ngan karipap. Dia bg yg sejukbeku punya. So bleh simpan dlm peti ais, nak mkn, goreng aje. 

Ninie asalnya malas nak bg lg kat zulaikha, sbb temosa tu masih panas. Tapi dia nak jugak, terpaksa tipu, bg chipsmore. Kena letak dlm pinggan, sbb nak nampak sama mcm ibu punya, sementara tunggu temosa dia sejuk. Masa panas tu, dia pegang, mengamuk sakan laa.. sbb panas kena tgn,... Chipsmore tu dia x nak pun... dia tau ibu tipu dia.. hehehe 
 Bila dah dpt temosa tu, senyap aje.. Duk korek inti dlm tuh.. tekun kemain lagik..
 bila dah berlubang skit.. abis dia tabur atas meja... duk buat mcm kain buruk, lap meja.. 
rasa semula,... mmmmmm sedap...
letak balik dlm pinggan... sbb tgk ibu buat mcm tuh.. abis sebiji temosa dia makan.. minat betul makan temosa. tu kalau mintak sikit.. dia cubit skit je suap kat ibu.. hehehe

Thursday, May 19, 2011

Jahitan: Dress untuk Nadira

Zulaikha still demam. So Ninie x g keje. Dah bg dia ubat. Dia tido.. So, boleh la update blog kejap. hehehe. Lepas Ninie siapkan baju Zulaikha hari tu.. Opismate ninie berkenan. Dia suruh jahit baju utk anak dia. Tema hijau, sbb nak pakai masa kenduri kahwen famili dia. Seme kena cari kain color hijau. Ninie ngan opismate g Alamoda beli kain ni. Kain japanese cotton. Mahal gak la semeter RM32.90. Tapi lereng 60". So bleh dpt sepsg dress. Ada lebih skit lg kain dia. Ninie nak buat skirt utk dia nanti.. hehehe Baju ni, opismate ninie suruh tiru saiz ngan design baju yg dia beli ngan Ninie. Baju GAP.
Ni la baju yg ditiru.. Ninie x tiru sebijik sebijan. Buat yg sekadar pandai aje. Mak ninie mmg mengajar menjahit.. so hujung mggu g umah mak.. tunjuk patern. Mak selalu pesan, semua pola yg dah lukis.. simpan dlm buku.. huhuhu bab tu sokmo malas.. tp sbb dah duk ngadap dia.. terpaksa tulis dlm buku.. heheh bagus tulis dlm buku.. nanti nak buat lg senang nak refer..
Ini plak hasil tiruan.. Heheh omme x? hehe mesti laa omme kan.. sy buat.. sy puji sendiri.. opismate jenis x kisah.. asalkan jadi dress. so memandai la buh reben. reben  tu pun kebetulan kain dia color ala-ala.. ninie tgk mak  tgh jahit baju melayu org  tempah.. cilok skit kain lebih.. hehehe mak pun terkejut.. bila masanya ninie cilok kain tuh..

reben yg dicilok kainnya.. letak kat bhgn dada..
leher nampak kosong, so, ninie cari je brg-barang dlm kedai mak. Jumpa bunga ros kecik-kecik ni. Teruk cilok lagik.. hehehe
Akhir sekali.. panties. Kena buat ni, kalau x payah nak cari panties utk baby kan. Anak opismate umur dia dalam 9bulan. Muat le. Ninie ukur panties zulaikha aje.. Seronok bila melihat hasilnya. Dah bg kat opismate. Dia suka sgt. X sabar nak pakaikan kat anak dia. Pastu dia ckp.. hehehe nak tempah lagik la.. heheh boleh je.. kalau ada masa.. :-))

Hari tension sedunia!


mmmm terpaksa buat luahan perasaan. Sbb ninie tension betul. tahap cipan! Jarang la buat luahan perasaan mcm ni, selalu mybest prend ada with me, tp seme dh duk jauh.. uhuks! Sib baik ada blog ni. Bleh la jugak meluahkan rasa. Bila menulis, rasa ilang stress skit.

Selasa baru ni kan cuti hari wesak. Ninie x g mana pun, duk umah aje. Sbb hobi Ninie, mmg duk umah, jaga Zulaikha. Tetiba belah ptg tu, badan zulaikha macam panas sikit, Ninie pun bg dia ubat. Malam tu Zulaikha x leh tido. Ninie bg lg ubat demam, pastu basahkan badan dia. Tido pampers sekeping je. Dia mmg x tido sgt. Kesiannya anak ibu ni..

Pagi tu, ninie mmg dah pasang niat, kalau Zulaikha still demam, Ninie nak EL. Bangun pagi rabu tu, dia still demam, walaupun suhu dah turun sikit. Ninie pun apa lagik, hantr sms kat opismate, ckp x dtg keje. Kebetulan ada meeting. Mmg kena ada org stay la kat opis. Rupanya opismate Ninie g lapor diri ke JPA. Dia dpt naik pangkat ke Jab. pendidikan. Aduila.. semak kepala pk. Last² Ninie g jugak keje, sambil siap² yg mmg dah pasti Ninie ni g lambat keje, Ninie teringat kat mak, hantar kat mak la zulaikha. Terus pecut kereta g umah mak kat balok. Punyala jauh.. hantar taska x leh, psl anak demam.. Sib baik mak ada.. Kalau x, x tahu la mcm mana.

Sampai lambat kat opis.. aduila.. lantak aje la. Sampai2 plak.. parking ninie org  guna. Tahu jela kat hpstl, parking susah nak cari, Lantak ko.. ninie parking aje depan keter tuh. Block.. nak cepat..

Masa kat opis, mak tel, jgn risau, Zulaikha dah mkn ubat & tido, Suhu badan pun dah turun, sbb mak basahkan badan dia pakai daun apa ntah... org tua-tua mmg terror bab budak demam ni.Alhamdulillah.. baru lega..

Hal kat opis plak, patut meeting pg, tp tunda ptg sbb pengarah nak guna meeting room yg sama.. last-last tgk pg tu meeting room x ada org guna pun. Meeting ninie tunda ptg, tp semua yg kena hadir x dpt makluman, psl yg dtg tu semua wakil. Ni mesti yg patut dtg x inform waktu dah berubah. last2 call pengerusi majlis, batal ajela meeting... mmg sakit jiwa la..

Opis ninie ni x ramai staf. Ada dlm 7org aje. Tapi sorg dah kena tarik ke jabatan lain.. kononnya sana lebih memerlukan.. mcm hampesss betul!.. Tinggal 6 org.. sorg plak dah naik pangkat ni. Tinggal 5, 2 orang nak kena g oustation JB. Patutnya Ninie g, tp ninie kena penting kan yg lebih ptg di opis.. so tinggal la ninie bertiga. Aduilaa Khamis ni audit dalam 5S. Bertungkus lumus siapkan yg mana patut.. Mmg sgt stress.. jem kepala. Dah la telefon asyik berdering.. Mmm psl opismate yg naik pangkat, kitaorg ada dateline kena siapkan sistem June ni.. adui.. lg semak kepala ninie memikir.. saper la nak buat ni.. pengganti dia.. ntah tahun bila la dpt nyer... stress betul!

Ptg tu cepat-cepat balik umah mak, nak jumpa anakda la. Sampai je, disambut oleh anakda ngan senyuman. Tuhan je tahu.. lega tgk dia dah ok. rasa badan dia masih dedar. Demam lagik la tuh.. tp kurg dah sikit. Mlm Rabu, mmg ada kelas insuran prudential, Ninie x g la.. ngan asigtment x siap nya. Masa bila nak buat... aduilaa tertekan jiwa..

Lega rasa dpt tulis segala. Bukan nak suruh org baca.. saje nak buat luahan.. mcm tulis diari g tu.. mmm Ninie, kalau bab anak ninie, mmg sgt la concern. So mmg apa-apa hal anak dulu. Tapi bila berada dipersimpangan dilema, diantara tugas & tanggungjawap, jd amat stress. mmm kekdg org x faham kan. Jd head of deparment ni, mmg bleh jd gila sikit. Psl semua t'jwp tu kat bahu kita.. tp x aperlaa... Kerja mmg ada byk dugaan.. dugaan tu la yg bg kita pengalaman kan..

Monday, May 9, 2011

Jahitan: Dress & Skirt Zulaikha

Masa cuti dua hari, ninie rajin skit. Baju hari tu yg x brp ok ngan Zulaikha.. Ninie alter jadi skirt. Pastu tampal bunga. Buat ngan kain felt. Jahit tgn aje ..
 Pastu paling seronok, dpt siapkan drees Zulaikha. Siap ngan panties.. Mesti comei.. ptg ni suruh dia pakai balik dari taska. 
x brp terang gambar. Zulaikha kacau.. org sibuk nak ambik gambar.. dia pun sibuk nak ambik gambar.. 
 lengan dia cerut skit.. feminin kan..
ni bhgn depan.. simple aje.. tapi suka sbb jahit sendiri gunting + jahit sendiri. W'pun x sehebat kedai.. tp sgt bahagia.. sbb dpt buat sendiri baju anakda.. :-)

Balik Balok ooo Balik Balok..

Hujung minggu baru ni mmg seronok. Biasalaa  bila dpt balik umah mak sendiri mau x seronoknya. Zulaikha pun sama, kalau balik umah mak Ninie mmg dia suka sgt. Sbb ada kwn. Duk umah ngadap ibu ngan bapak je. Balik Balok ada sepupu dia Hannan ngan Marissa. Asyik main berdua aje. Tu tgh tgk tv citer kartun. Kusyuk kemain. Dia mmg suka duduk atas sofa ni. Dah buruk pun, dia suka.. sbb kat umah dia x dek.. Heheheh
Satu lagik tempat kegemaran dia, tgk bird. Cousin Ninie, Ayien., mmg suka membela burung. Banyak betul burung dalan kandang dia ni. Siap buat mesin utk tetaskan telur. Bagus².. satu usaha yg sgt inovatif. Petang tu Zulaikha & marissa je g tgk burung. Tuan burung plak bg masuk dalam. Suka sgt laa di duk kejar² burung puyuh. Sampai dah mahgrib x nak balik. Yg Zufar Hannan plak sibuk aktiviti dia laa.. Korek pasir ngan bulldozer..
Yang ni mmg ibu suka. Sbb ibu x yah sibuk² melengohkan pinggang nak menolak. Sbb Zufar Hannan mmg suka tolak kereta ni. Zulaikha lagik la suka.. sbb dia duduk je dlm kereta. Marissa.... mmmm malas nak join.. siap buat peace bila nak ambik gambar dia. Kanak²... mmg hidup penuh riang gembira. :-)) 
Sempena Hari Ibu, mak ninie buat "Mee Rebus Penang: Terbaekkkkk!!! Kuah dia buat ngan udang + ubi keledek + daging. Ni mmg feberet Ninie. Bermangkuk² ninie makan. Sbb dah jadi ibu jugak kan.. Ninie belajar jugak la buat mee ni. Heheh nanti bleh try buat kat umah sendiri. Mee ni mmg asal dari belah abah Ninie, Penang. Rasa dia mmg hooo liowww!!!.. Cousin² yg x balik ujung minggu .. jgn jeles yer.. hahahah

Friday, May 6, 2011

Ujrah PTPTN

Harini tergerak hati nak membuka laman web PTPTN. Ninie dah pernah dgr pasal ujrah ni. Ujrah ni utk kurangkan intetest dari 3% ke 1%. Tapi masa nak apply tu belum turn. Sekrg ni dah turn. Tapi sungguh tidak faham siapa yg layak dpt ujrah tu kan. Tanya ngan cousin Ninie, dekna, dia dah mohon ujrah, tp x ada feedback. Last² Ninie call PTPTN di talian 03-20804455. Heheh saje bg tahu.. suh sesaper yg senasib call. Kes Ninie:-
  • Mula buat loan tahun 1998
  • Mula buat bayaran tahun 2003
  • Tahun 2008 masih berbaki
  • Tahun 2011 dah buat bayaran penuh & ada lebihan bayaran.. 
Masih layakkah saya dapat ujrah?? PTPTN ckp, layak.. akan jadi rebetla sbb dah byr penuh. So mcm mana caranya ya?? PTPTN ckp.. just apply di web ujrah PTPTN. Nanti dia akan hantar emel next step apa plak. So tadi Ninie dah buat, dah isi borg dia. PTPTN emel Ninie suruh isikan butir peribadi. Makkk aiii.. ic mak ayah kena isi laa.. Berhempas pulas Ninie call abah Ninie tadi.. sib baik abah ada kat umah. Dah setel isi borg.. sudmit, PTPTN dah feedback balik.. Ujrah Ninie dlm proses. Huhuhu sonoknya..

Tambah skit. Ni syarat layak ujrah. Selebihnya, baca kat website dia yer:-

Siapakah yang layak untuk menerima tawaran Ujrah 1%?
Jawapan : Tawaran perubahan pinjaman sedia ada (3%) kepada pembiayaan Ujrah 1% layak diterima oleh peminjam-peminjam sedia ada yang masih mempunyai baki pinjaman
PTPTN pada 1 Jun 2008 kecuali bagi kes-kes berikut :
i. Telah dikenakan tindakan penguatkuasaan dan undang-undang
ii. Peminjam yang telah melanggar perjanjian pinjaman terdahulu – (batal
pinjaman, gagal pengajian, berhenti pengajian dan mendapat penaja lain) 
Cousin Ninie si Dekna tu plak, dah lama isi borg .. tp x ada feedback. Ninie suh dia call tadi. Punyalaa happy, rupanya Ujrah dia dah lulus. PTPTN ckp, patutnya dia dpt emel.. mmm mayb masuk spambox kot.  Byk tau pengurangan bayaran balik ni. Ninie rasa kalau betul² Ninie dpt ujrah, dalam rebet dia RM3000 tau. So, apa lg sesaper yg tgh sengsara jiwa membayar hutang PTPTN, lebih apply yer.. bleh baca syarat² kelayakan Ujrah kat website PTPTN. Hah happynyer kalau betul² dpt pengurangan... :-))

Thursday, May 5, 2011

Jom mkn strawberi kering..

saje je buat tayangan kat sini.. opismate bg strawberi kering.. huhuhu makan dikala kepala tgh stress.. mmg sedap.. sedar² abis licin je.. :-p

Tuesday, May 3, 2011

Hasil seni masa MC

Hari Jumaat lepas, Ninie dpt MC, sbb suara dah rock kapak. Kebetulan doc sini dtg pejabat Ninie, dia tgk ninie x bleh b'ckp sgt. Suara dah rock. So dia  bg MC. Duk rumah berehat.Tapi, kalau dah jadi ibu, x ada masanya berehat, bila MC kita sure x hantar anak ke taska. x sihat pun, jaga anak jugak kan.. itula pengorbanan ibu.... Teringat kat mak Ninie tetiba. Penatnya dia layan kami kan.. (tetiba je shahdu!..)  tapi betul la kan, kwn ninie ckp, kalau anak sakit, isteri jugak cuti, kalau suami sakit pun isteri kena cuti.. tapi kalau isteri sakit.. mmg x bercuti kan.. jaga anak sekali. X aperlaa.. dpt pahala.. :-)

Masa Zulaikha tido, Ninie x leh nak join tido, sbb x biasa tido siang. Apa lg, terus mengadap mesin jahit.. dan hasilnya... tara!!!!!
Bag ni. org panggil wristlet ek?? Ninie letak handphone ngan wallet kecik dlm tuh.. Kain lebih² buat baju zulaikha. heheh.. Ninie tiru tutorial kat web Ayumills. Yg dia buat lg la lawo. sbb kain dia lawo. Ninie ni main bantai aje. Tapi menjadi. Suka la. Anak sedara Zex siap suh buat utk dia. Dia nak bekas pencil ngan bekas letak syiling. Kalau rajin, makteh buat yer.. heheh Lepas tu kan.. Ninie makin rajin.. pasalnya Kain Felt yg ninie beli online dah dpt.. dan hasilnya... Taraa!!!
Bekas letak handphone. Gara² bekas handphone Ninie dah lunyai kena baling ngan zulaikha. Comot skit jahit dia.. tapi ada dah yg minat.. hahaha biasalaa.. anak² sedara seme minat kalau color² pink ni kan.. satu lagik.. keychain. Ninie nak bg kat opismate Ninie. Dia dah tamat perkidmatan, pasal dah dpt keje tetap. Kat sini dia, sambilan aje. Ni ninie siapkan masa tgh mlm.. masa tu baru dpt Kit permulaan jahit kain felt. Ninie x sabo nak buat.. dah malam kul1pg Ninie menjahit lagik.. tu yg somottttt skit...
Tulisan tu sengek skit. Pasal kecik sgt .. Ninie bab lukis ni mmg fail.. so, ninie buat je ikut sedap tgn.. heheh.. x aper.. practise make perfect!

JJCM: Sham Nasi Kukus

X tahu la naper Ninie suka sgt Nasi Kukus. Hehehe. Mungkin sbb Ninie suka mkn ayam goreng (mcm upin ipin aje) . Minggu lepas, Ninie try nasi kukus baru. Sham Nasi Kukus. Lokasi dia, kat seblah dengan Kuantan Parade. Bukan dlm Kuantan Parade ye. Kalau lalu depan IPD Kuantan, belok ke kiri, menuju ke Kuantan Parade. Kedai dia sebelah kedai eksesori kereta.

Rasa nasi kukus ni mmg sedap. Nak banding ngan Juna, sana lg sedap la + nasi kat sana tu byk. Yg ni, nasi dia x byk, kalau org pompuan, sure abisla mkn. Kalau yg Juna tu, sekse nak abiskan. Heheh. Lebihnya nasi kukus ni, dia ada ikan masin sekali. Kuah dia ok. yg superb! ayam goreng! serius sedap!!. X yah la susah² nak g Restoran Juna la pas ni. Sbb sana tu jauh, & beratur panjang. Restoran SHam ni buka dari pg sampai mlm, cuma nasi Kukus tengah hari sampai ptg aje la. Sesaper nak try, sila laa yer. x rugi... 

Takut nak g isi mintak keter bila bwk baby on board

Harini Isnin ngan Selasa, mmg Ninie g kerja sendiri. Hari lain. Zex yg hantar. Sbb Isnin & Selasa, dia balik keje lambat. Tapi selalunya.. Isnin nak g keje.. minyak keter dah nak abis.. Bawak keter pg tu, dah lip lap lip lap lampu merah ni. Cadangnya tengah hari nak keluar isi minyak, tapi Ninie lupa.. Dah abis keje, Ninie terus ambik Zulaikha, lupa lg psl minyak keter dah kering. Kalau x isi minyak ni, mmg x sampai rumah la... Akhirnya Ninie g jugak petrol pam. 

Ni first time Ninie isi minyak kereta ngan Zulaikha ada sekali. Bukan apa, takut tinggal  baby dlm kereta bila kita g byr duit kat kaunter. Macam² hal boleh jadi kan. Pk punya pk.. kena jugak singgah ni kan, so Ninie pilih Shell. Sbb selalunya shell ada org isikan, kita duk dlm keter, ulur duit aje... 
Tapi hari tu, org kat petrol pam tu buat x tahu aje. Ninie x tahu nak buat mcm mana. x kan nak tinggal Zulaikha dlm keter , pastu g kaunter byr kan.. kesian tgk Zulaikha tido.. last² Ninie pakai kad kredit aje la. Sbb still boleh monitor baby w'pun isi minyak. Berdebar ooo tinggal kan dia dlm keter, w'pun sejengkal.. Cepat² isi minyak, lepas tu balik rumah.. lega rasa bila berada dlm keter semula bersama anakda :-))

linkwithin

Related Posts with Thumbnails