Pages

Thursday, April 28, 2011

Sekse Bila Batuk + Selsema

Dah dua harini Ninie batuk + Selsema. Mayb musim.. maybe jangkit ngan anakda Zulaikha. Tapi dia dah baik.. Ibu pulak dapat penyakit dia. Bila batuk ni.. mmg sekse. Leh terkucil.. Tambah plak selsema.. penuh je rasa hidung ni. Kena nafas ikut mulut laa.. 

Tekak dah rasa sakit gila.. Suara dah hampir² hilang.. Kompen dah serak.. kalah Ela.. Tapi.. masih malas utk berjumpa doc w'pun kerja di hospital. Hehehe. 

Ambik ubat aje ngan farmasi. Sekrg ni rasa sakit satu badan.. kan best kalau dpt berehat² di rumah.. mmmm ada gak tanya.. naper Ninie x ambik je cuti, duk umah... mmm x ada maknanya.. lagi x leh rehat.. Kalau Ninie x keje, kompem Zulaikha x g taska. Mcm mana nak berehat, duk berperang aje ngan dia. Kalau x layan dia, kesian.. sayang anak tuh... Tapi lagi sayang... x nak dia berjangkit. Better dia jauh skit dari ibu yg sakit ni. Semlm pun, nak cium2 dia.. pk byk kali. Sakit pulak anakda aku ni.. 

Akhirnya, buat keputusan pergi ajelaa kerja. Kalau teruk nanti, g kecemasan, ambik ubat.. tdo.. Heheheeh.. Nak tido lg best.. g tido kat wad.. leh claim insuran, sejak dah menjadi agent insuran Prudential BSN Takaful ni.. --->>Tetiba da iklan bermakna di situ.. :-P

Wednesday, April 27, 2011

kul4 pagi

semlm, ninie oustation p'jaya. Disebb kan nak g balik hari.. Terpaksa g awal pagi. Kul4pagi ninie dah tunggu driver kat opis, kt bhgn kecemasan HTAA.. Ninie sebenarnya silap waktu. Patutnya 4.30pg bertolak. Terlajak awak sampai.. kul4pg.. 

Sementara tunggu driver sampai, Ninie mmg stay je dlm kereta.. Duk  memandang keadaan kat luar... Ramai betul remaja duk lepak² tepi² jalan.. Agaknya ada kes eksiden motor.. sbb tu ramai budak² lepak. Memandang dari side mirror kereta, ada sepsg remaja tgh berjln.. menuju ke arah budak² lepak tu. Ninie perhati aje..dalam hati mmg rasa sgt sedih.... Kenapa diaorg masih kat luar pada waktu ni. Ninie agakla budak² ni dalam umur 15-18 tahun. Yang lagik ninie terkejut.. sbb ada perempuan, siap hisap rokok.. join budak² lelaki.. Nauzubillah, mintak jauh laa anak² kita mcm ni.

Rasa mendebarkan membesarkan anak dalam dunia sekrg ni kan... mcm manala nak hadapi zaman remaja anak Ninie nanti. mmm Ninie ingat, mak ayah ninie membesarkan Ninie mcm mana. Hormat org tua, pegangan agama paling penting. Yerla.. bukan selamanya anak duduk ngan mak kan.. Bila kita ada pegangan agama, dan ingat mak ayah kita.. kita akan kukuh.. tetap pendirian. Ninie cuma berdoa.. semoga Allah kurniakan Ninie anak yg solehah.. risau rasanya bila melihat anak² zaman sekrg ni... 

minat betul dengan kotak

Budak motak ni mmg suka sgt dengan kotak. Jumpa kotak je dia nak masuk. Kebetulan kotak ni, bapak dia dah keluarkan brg.. Ninie mmg tahu dia suka duk dlm kotak, so x buang kotak  ni, letak dlm  bilik dia. Bg dia main. Diam² je masuk dlm kotak.. sendiri je masuk.. Kelakar, sbb kota tu ngam².. kalau nak masuk boleh terbalik.. sbb kotak ni memanjang.. Pandai pulak dia masuk.. Barney pun bawak sekali masuk.. 
segala brg kat sekeliling dia dia bawak masuk dlm kotak.. kotak pun dah mengembang tu.. hahahaha
mmm yg x syiok.. masa bila pulak dia cabut semua sticker kat dinding tu.. tampal plak kat muka.. ish ish ish..
Ibu, cantik x ikha??... mmm cantik sgt laa... abis seme hasil seni ibu.. 

Monday, April 25, 2011

mata sy mengedik je..

sejak jumaat lepas.. mata kiri ni asyik mengedik² je.. ntah la pasal apa.. org tua² kata.. kalau blah kiri nak menangis.. kalau blah kanan.. nak tgk org jauh.. minggu lepas tetiba cousin Ninie yg kat penang tu, nama dia Rashid. X sangka plak dah tukar duk kuantan. Rajin dia dtg umah Ninie..Seronok jugak jumpa cousin jauh ni.. agaknya sbb tu mata tergedik²..! tapi x logik.. mata yg mengedik seblah kiri.. hahaha kebetulan aje tu..

mmm tapi kan harini ini.. mata blah kiri masih mengedik.. nak menangis laa tuh.. huhuhu mintak² air mata kegembiraan.. ataupun menangis mengenangkan dosa pada Allah kan.. insaf ngan kesilapan² dulu.. uhuks!.. Ustaz Ninie dulu ckp.. kalau bibir or mata kira yg gerak², maknanya.. ada malaikat yg gerakkan supaya kita mengingati Allah.. contoh bibir gerak².. ingat Allah sblum berkata².. ingat Allah sebelum melihat sesuatu.. InsyaAllah..

Tapi zex ckp.. tu saraf... saraf Ninie x  betul la tu.. x betul???? sengek ke Ninie ni? heheh jgn laa.. bini dia jugak kalau sengek tu kan..

kagum tgk BAA....BAH!

Minggu ni, balik Pekan pulak.. Belum sampai umah moktok.. baru masuk jalan Tangjung Selangor.. Zulaikha dah kenal jalan.. dia sebut.. Baaa Bahhh.. tahu sgt dia, jln ni byk Baa Bah.. hahah.. Kalau sesiap biasa g ke Kuala Pahang, mmg tahu sgt jalan ni. Universiti baru pun dah ada kat sini.. Universiti Malaysia Pahang. Ninie mmg suka permandangan kat sini.. mmg suasana kampung.. tepi laut.. damai aje.. x ada pembangunan byk sgt.. UMP je yg terbaru..  

Kat padang ragut ni tepi pantai.. mmg byk lembu.. Zulaikha panggil baa bah.. asalkan binantang tu besar.. bekaki 4, dia panggil baaa bahhh.. Kambing pun baaa bahhhh.. 
Asyik kemain menengok baaa bahhh
x nak berganjak dari tingkap tgk baaa bahhh.. sampai bapak ckp.. cukuplaa tuh.. nak balik kuantan semula dah ni.. hehehe tutup je tingkap.. mengamuk sakan.. sbb x leh tgk baaa bahhh dah..

p/s:  suh bapak bela baaa bahhh laa... hahahah

I'm Vege!

 
Anak dara saya ni rajin.. nak tolong moktok siang sayur  bayam. Org sibuk kat dapur.. dia pun sibuk laa.. Mula² ambik skit aje.. lepas tuh..
yehaaa! bleh tabur atas kepala sekali..
akhirnya.. makan.... sedap ke ???
nampak mcm sedap.. kengkwn semua boleh cuba yer.. batang bayam segar! saya suka! i'm vege!

Berjaya menjahit!

Ninie kebetulan jahit lg kaki seluar Ikha.. Sbb labuh sgt.. Terus tgk dlm kotak tempat simpan kain² untuk menjahit.... mmm byknyer kain cottan yg x berjahit.. apa lagik.. sepantas kilat.. jahit baju yg dah potong ni.. lama dah potongnyer.. zaman raya tahun lepas.. heheh.. Siap je jahit, terus sarung kat badan ikha.. 

Hahahah mmg kelakar.. sbb dia uncit!!!! kat bahagian perut nampak cam pregnant. Pasal kedut byk sgt .. Mmmm nampak gayanya ibu kena make over balik baju  ni.. Kalau rajin..................................... tunggu........
close-up baju.. ni kain lebih.. dia ada dah satu dress dari kain yg sama.. cuma baju ni seksi.. ikat kat leher! tu yg pakai 2 lapis.. heheh ni sesi testing sahaja.. tp ibu kena make over jugak..

Friday, April 22, 2011

Fisher Pricer Baby First Block

Ninie ingat lagik.. Ninie beli mainan ni masa Zulaikha belum berjalan.. Masa tu ada sale kat Anakku Megamall. Ninie nak ajar dia pegang barang. Masa tu agaknya dia masih belum sampai tahap yg sepatutnya.. Dia x menunjukkan minat langsung.Zulaikha ada dua mainan ni. Satu lg dpt masa birthday dia. Cousin Ninie Asilah bg. Lagik seronokla dia, sbb bleh sepah byk lagik..

Ninie selalu ajar dia guna mainan ni. Suruh dia simpan balik block ni ikut lubang² pada penutup  baldi ni. Mula² dia x pandai.. semua dia tuang.. Tapi sekrg ni.. dia dah pandai.. Tapi kena tunjuk dulu mula² lubang mana.. Lelama.. dia dah pandai kenal nak masukkan ikut bentuk.. Suka laa saya!
 Berusaha nak duduk jugak dlm kotak puzzle ni.. W'pun bontot dia je yg muat.. aduilaa
 ni puzzle mcm SAHIBA tu.. x pandai lg menyusun huruf.. just bg dia pendedahan ngan huruf² yang ada.. Ajar dia setiap huruf tu. Suruh dia ulang sebut.. Ntah apa² dia ckp.. lantak aje le.. heheh
Dia dah mula menunjukkan kebolehan mengenal  bentuk.. Warna block ni menarik jugak.. Dia selalu pilih bentuk silinder=Hijau & Setitiga=Merah.. Paling dia suka.. letak dadu Huruf² puzzle.. sbb semua lubang muat.. x aci betul!
Tgk la.. Silinder=Hijau jugak dia pilih.. X aper laa.. janji dia pandai ! Rajin dia study kan.. Heheh ngan buku lagik kat depan tu.. Tapi sampai laa waktu nak tido.. masih duk dalam kotak puzzle tuh.. x berganjak.. hahahah

Saya suka kasut nih!

Bila dah besar skit, anak kita mmg suka memunggah kan... Zulaikha ni tempat feberet dia, bilik simpan barang² yang Ninie jual online. Paling suka.. punggah kotak kasut. Ntah mcm mana, dia dapat jugak bukak kotak kasut adidas ni.. Dia beria sarungkan kat kaki dia.. kelakar tgk gelagat dia. Mmm maknanya dia faham, kasut .. kena pakai kat kaki.. w'pun kasut tu besar sgt ngan dia. Mau x nyer saiz budak 3T. Last² Ninie sarung je ke kaki dia. Kemain lagik happy.. ke sana ke mari pakai kasut dalam rumah.. 
Sampai x nak tanggal kasut w'pun nak minum susu. Hahaha.. sambil baring.. kat kaki masih ada kasut. Akhirnya kasut ni, Ninie ambik, bg kat cousin dia Hannan. Kebetulan mmg saiz Hannan, Ninie dah promise ngan adik Ninie nak bg Hannan kasut baru. Elok sgt laa tu. Pandai Zulaikha pilih kan.. Suka sgt hannan.. sbb dapat kasut baru.. Terus pakai masa bagi tu. Nak sepak bola katanya .. hahaha. 

Thursday, April 21, 2011

Bila nak menjahit semula ni..

*gambar cari ngan google
Lama dah x menjahit. Baru ni bukak balik mesin.. uhuhuhu berabuk.. Tu pun bukak mesin ni sbb nak jahit seluar Zulaikha. Labuh sgt beli. Kena jait la kaki dia jadi singkat skit. Tgk kat dlam kotak.. byk kain cotton beli utk baju Zulaikha belum jahit lagik.. aiiyooooo.... Kalau mak ninie tahu  ni.. mau dia bebel. Ninie ada mesin Jenome  ni. Ninie beli masa seblum ada zulaikha. Ninie mmg suka menjahit.. Cuma kekdg tu malas mengatasi segala-galanya.. hahahah.. 

Ntah naper.. harini teringat pasal nak menjait balik.. Ada ke patut Ninie google kat internet, nak cari buku pasal jahit.. Ninie jumpa plak pasal seni jahit Felt. Huhuhu.. cam menarik.. mmm sbb menarikan..  ninie dah beli start kit dia dari Kedai SUS. Ampesss ! terjebak jugak.. 
Harga starter kit ni RM69 termasuk pos.. X aper laa kan utk hadiah kepada diri sendiri kerana penat bekerja.. Ada kaitan x??? ada kan.. hahah boleh la.. Macam mana rupa seni felt ni kan.. ni ha contoh dia..
*gambar ambik dari tuan punya blog
Nanti tgk jela kan menjadi ke x seni Ninie bakal buat ni.. Harap² menjadik! doakan semoga saya rajin yer..

Monday, April 18, 2011

Menang Kategori : Keluarga Bahagia

Sabtu baru ni, Ninie join aktiviti HTAA, Larian Sihat Cergas. Sebenarnya larian ni hanya santai² jer.. Terbuka kepada semua.. termasuk org awam.. Dia buat 2minggu sekali. Tahun ni kan Hari Kesihatan Sedunia.. Ninie pun dah lama x bersenam. Bila sekali sekali g jogging.. mmg seronok.. Nak plak bawak sikecik ni.. Pepg kul6.30pg dah kejutkan zulaikha ngan zex bgn. Sbb nak sesiap g Taman Gelora. Sampai je sana, acara warming up baru nak mula.. Mmg sedang elok sgt la. Mula² Zulaikha x kisah.. tetiba muzik kuat.. dia terus suruh Ninie dukung dia. Bayangkan la.. sambil bersenam robik.. mendukung budak motak ni.. lenguh ... berjujuran air peluh ibu!

Lepas dah warming up, baru kami dilepaskan utk berlari.. mmmm kami ni nak berlari apanya.. si budak motak ni.. kena dukung.. gilir² dengan bapak dia.. lenguh jugak la.. kena lari 2 pusingan. Masa pusingan last.. baru laa ninie paksa dia turun.. x nak dukung.. tahu je laa budak kecik kan.. 10langkah dia.. selangkah kita.. Kami laaa org last sekali sampai.. ahahah..
Penat ek berlari.. ada Lori milo free.. seme peserta diberi minuman dan roti percuma.. Tgk laa gaya budak motak ni.. kemain lg minum milo sejuk.. Ibu bg dia skit je.. rasa.. tu yg tunggang cawan sampai mcm tu sekali.. hahah.. sedap sgt laa tu.. Dah abis minum milo.. minum air masak plak.. dahaga sgt gayanya...
Larian ni bukan setakat lari jer.. ada hadiah.. Nak dpt no satu .. kim salam!!!! last sekali kami ni sampai.. dah tu.. Ninie ngan zex duk releks2.. Mana tahu ada harapan kat cabutan bertuah.... Rupanya...!!!!! kami menang jugak!!! hahahaha.. kategori keluarga bahagia.. Sbb MC ckp.. Ninie ngan zex pakai baju serupa warna.. pastu susah payah dukung zulaikha sambil berlari.. yg lg kelako... RABBIT pun bawak!!!!.. hahaha bukan 3org.. dah jd 4org.. Zex ckp.. RABBIT tu yg lg berat.. hahahaha... 

Hari sabtu tu mmg seronok sgt.. hopefully dpt join lg aktiviti sihat mcm ni.. bersantai bersama keluarga.. Budak motak ni mmg suka la.. bebas nak lari sana sini.. Masuk keter.. minum susu sebotol.. blum sampai umah.. dah tido.. x sempat nak mandi.. hehehe

Friday, April 8, 2011

dpt voucer KFC

Sib baik cuti.. heheh.. Tetiba dgr org hon depan umah.. Rasa pelik juga, saper la nak dtg tengah hari kat umah ninie ni.. Rupanya.. postman. G ambik surat ngan dia, sbb pos berdaftar. mmm dah agak dah.. x sangka plak sampai guna pos berdaftar. Ni ninie redeem voucer. Ninie kan suka jawap soalselidik. Exceli dah lama dah ninie msk servey ni. Cuma kekdg malas.. hahaa sejak dua menjak ni rajin dah semula.

Baru ni je ninie cek dh brp byk point.. ada 1000 dah.. So redeem la. Ada voucer KFC ngan Mcd.. voucer lain ninie x ingat apa.. Ok gakkan.. bukan susah pun nak jwp.. jwp online. Klik aje la. kalau nak redeem, point kena 500=rm10, rm5 pun ada.. x ingat brp point..

Kalau saper nak join, g kat website ni .. http://www.mysurvey.com.my/. x pun tinggal email.. nanti ninie invited. Bleh ninie dapat 15 point sbb ajak kengkwn join.. hehehe. Masuk.. jgn x masuk.. x rugi apa2.. soalan dia senang2 je seme... Jom le..


dah beransur baik

 Ninie ngantuk betul harini. Gara-gara tido lambat. Buat coklat. Org tempah. Sbb tido dulu.. pastu bangun balik buat coklat. kul5 pg baru tido. Baru berangan nak tido lama.. dah budak kecik ni bgn dulu. Ninie x g keje lg.. sbb zulaikha still sakit mata.. Bangun je.. sengih2.. tepuk2 ibu suh bangun.. aduila.. mata dia masih bertaik mata blah kiri.. kanan ok dah skit..
tarik tgn ibu, ajak g bilik dia.. ingatkan nak buat apa.. pagi² dah bukak buku.. bagus anak ibu ni kan.. rajin sungguh.. heheh.. ikut saper laa rajin mcm ni kan.. ehem ehemm.. 
dah siap mandi.. makan .. minum susu. baru kul9.30pg.. dia tarik lg tgn ibu.. ajak masuk bilik.. baring.. nak tido laa tuh.. ibu paham sgt dah.. terus letak dlm buai.. x dan lama.. dah tido.. bleh laa ibu berblogging jap!!!.. jap je.. nak prepare makan tengah hari dia pulak ni.. tido lama skit yer.. ibu nak masak ..

Thursday, April 7, 2011

Tukul dalam mesin basuh



Tengah sibuk menyapu rumah.. tetiba dengar bunyi muzik "happy birthday to you.. happy birthday to you".. dalam hati terus berkata²(ayat skema).. "jiran belakang ni.. anak dia ada ke.. x keje la kot" hahah.. nak menyamakan diri ngan jiran..

Cari lg bunyi tu.. dari arah bilik basuh kain.. Dgr perlahan je.. rupa-rupanya.. ni dia.. Tukul happy birthday.. dlm mesin basuh.. Ninie mmg x perasan masa tuang kain dlm mesin (nampk sgt malas kan.. main humban je seme dlm mesin). Tukul ni akan bunyi kalau kita ketuk. Elok pulak masa mesin ni dah berhenti.. dia bunyi.. kira muzik tambahan.. tanda mesin baju dah siap.. heheh
Ninie bawak keluar semua kain.. mmmm bukan tukul je..  barney pun sama. Masuk mesin basuh.. Bagus zulaikha ni kan.. Kotor dah ek mainan ni. Masa bila dia letak dlm bakul kain kotor pun ninie x perasan. Barney ni tadi.. ninie try tekan, nak cek muzik dia elok ke x lagik.. mmm dah slow sgt bunyi dia.. x per.. kita jemur dulu!.. mcm² la anakda sy ni kan.. comel sgt perangai dia.. hehehe

sakit mata


Ninie terpaksa cuti harini. Zulaikha sakit mata. Tapi x sure sakit ke x ni. Sbb mata dia x merah.. cuma bertaik mata.. Kat taska ada budak lain sakit mata. Jangkit kot. Mata dia x la merah sgt. Kelopak mata je merah.. Kelakarnya.. bapak dia la. Ninie kat luar rumah letak brg dlm kereta, dia panggil ninie.. "ninie, cuba tgk ni.. anak kita.. tido.. mengigau.. gelak² sorang.." Ninie pun tgk zulaikha.. mata pejam rapat.. duk tersengih².. gelak². mmmm apalaa apak ni kan.. Ni bukannya dia ngingau la. Dia dah bgn.. tp mata dia x leh bukak. Sbb taik mata penuh.. hahahahahahah.. sian ikha kan..
Semlm bawak dia g KSH. Jumpa doc siti. Kat KSH kemain duk x diam.. jln sana sini.. memanjat. Doc siti ckp dia ni jenis alahan.. Sbb Bapak dia kan resdung.. Ibu plak sensitif skin.. elok sgt la tu. Ambik skit sorg yg mana sensetif tuh. Zulaikha dah seminggu batuk... Tapi dia batuk malam aje. kesian bila tido la.. Batuk mengganggu tido dia. Kalau siang hari.. mmg aktif.

Doc bg dia ubat alahan.. gila pahit ubat ni. Padan la tiap kali dia makan ubat ni.. dia akan muntah. Habis la semua keluar.. kahak pun keluar sekali.. Selalunya doc bg yg jenis pil.. kali ni dia bg yg jenis air.. Tiap kali bg ubat ni muntah. So pagi ni.. Ninie x bg ubat alahan dah.. bg ubat kahak je.

Petua org tua², suruh letak susu ibu kat mata baby. Ninie buat jugak la.. Alhamdulillah..nampak makin kurg.. Mungkin juga dia panas dlm. Sbb kakak ipar ninie dtg baru ni bg durian. Ninie makan se ulas je. Kena minum air barli ni bg sejuk badan. Ninie pun mata bertaik.. sama ada jangkit.. atau panas dlm.. tp mata x rasa pedih puh.. x la kot..

cepat la anak ibu sembuh yer.. boleh kita g lepak² kat mcdonald.. tetiba jer!

Tuesday, April 5, 2011

Membaca amalan mulia

Zulaikha mmg feberet bukak buku. Membaca la kononnya tuh. Dari dia Baby.. dia mmg suka buku. Mula², Ninie bg dia buku jenis kain atau cloth book. Sbb dia suka msk dlm mulut. Sekrg ni pun suka jugak msk mulut lagik.. tp dah kurg. Buku yg keras tu pun.. bucu dia.. seme dah lunyai dia gigit.. Byk kesan gigi.. heheh. Kalau jumpa majalah atau suratkhabar pun sama. Dia akan bukak.. tp majalah kan nipis.. kompen koyak rabak seme..

Kalau dlm keter.. wajib bawak buku. Kalau bawak mainan lain.. dia x nak. Kalau ngan buku.. mmg dia asyik sgt. Baru ni, adik ipar Ninie, Shila, hadiahkan dia buku sekotak. Ada 6 semuanya.. Masa mula² dia dapat buku tu.. excited x terhingga. Bukak je buku ada pulak gambar kucing.. Punya la dia suka.. menari² sambil pusing 360darjah.. ahahaha.. sakan kami gelak tgk gelagat dia..

Sekrg ni, kalau dia tgk buku tu.. still sama.. suka sgt.. Hari² dia akan bukak buku tu. bila part kucing tu.. dia buat bunyi.. mow.. mow... mow.. tapi lagik kelakar.. gambar ni..
*gambar oleh pakcik google
Helang! Tiap kali nampak je gambar ni dlm buku.. Dia pun buat bunyi... "eekk eeee ekkkkk"..  Dia buat bunyi ayam berkokok.. dia ingat helang ni, ayam.. heheh selalu sgt balik Pekan, tgk ayam.. berkokok x kira waktu. Agaknya dia tgk serupa mcm ayam.. ada kaki dua, maka kesimpulannya.. ini adalah ayam.. heheh 

Anak ni betul la kan.. ibarat sponge.. Lembut. Boleh serap apa sahaja ilmu kita bg kat dia.Dari pemerhatian dia, apa sahaja yg dia nampak.. terus dia simpan dlm memori dia. Dia dah boleh kenal semua yg ada sekeliling dia. W'pun hampir² serupa. Maksudnya.. w'pun dia masih baby.. kita dah boleh start ajar apa saja kan.. Kalau baik. maka baik la kan.. So, kita tentukan material apa yg baik utk anak² kita belajar.. :-)

JJCM: Restoran Ketupat

Ni kisah dah lama. Baru nak citer.. Cable USB ilang.. Zulaikha campak mana ntah.. Sib baik ada lagi satu spare. Huhuhu. Minggu lepas, g jln² ECM je. Bawak Zulaikha jenjln. First time g jenjln.. Ninie x beli apa.. selamat duit.. Hahah. Bukan selalu dpt tahan tgn dari membeli. Ada je idea, padahal x ada pun dlm senarai menunggu.. Lepas penat jalan² singgah Restoran Ketupat. Kat bangunan baru.. Hampir² dengan trafik light Tg. Lumpur. Zex ni mmg gemar sgt makan satay. Ninie, x brp sgt. Tp makan la. Yg jadi tertarik nak g. Sbb dia tulis "satay kajang". Kebetulan pergi sini, tgk x ramai lg org. Tengah lapar, baik cari tempat x ramai org kan. Cepat skit. Dia mmg hidangan satay je tau. Satay ayam, daging.. rusa ngan kambing. Side dishes lain.. Nasi lemak.

Agaknya sbb tu restoran ni nama restoran ketupat, sbb dia hidangkan nasi impit tu ngan ketupat nasi. Macam hari raya pulak. Rasa satay dia.. sedap, boleh la. Tapi x leh lawan la satayt haji samuri tu. Tapi mmg selesa la kat restoran ni. Harga??? ntah.. Zex bayo.. heheh
Zulaikha x lepas peluang nak mkn satay. Mulanya bimbang nak bg. Tapi dia mengamuk nak. Bagi satu.. dia nak dua.. dah tu dua2 tgn dia pegang.. Jgn x tahu.. habis sebatang dia makan satay tu. Yg satu lagik.. ibu la makan. Main2 kan dia.. suruh dia suap.. Baik tau ikha ni. dia suap ibu.. apa lagik.. ibu ambik peluang laa.. seme ibu sapu.. Yg last sekali.. dia tgk dah x ada.. dia mengamuk sakan la. Hahah terpaksa ibu pulangkan balik satay dia.. 

Monday, April 4, 2011

simpan la playpen ni

Satu ketika dulu, playpen ni tempat tido Zulaikha. Lepas tu bapak dia convert jadi ballpit. sampai 3 bungkus bola ni zex beli kat giant. Semata-mata nak buat mcm ballpit kat petrosains. Mula-mula suka la Zulaikha main dlm ni. Pastu bila tinggal dia sorg.. dia x nak. Nak keluar x boleh.. tinggi playpen ni. Last-last nangis.. x jadi keje la ibu kalau menunggu dia je main. Semalam.. ibu dah kemas playpen ni. Bola-bola ni semua, dah simpan balik dlm beg dia. Malas dah letak dlm bilik dia. Nampak semak. Nanti nak cari kolam la. Kalau x dlm, boleh la ikha masuk ngan keluar ngan senang. Tapi.. mesti x larat kutip bola... itu yang saya tidak mau!!!! saya jugak yg kena kutip..
Muka tengah merayu dekat ibu suruh keluarkan dia.. Kesian x????? heheeh.. mmg kesian.. ibu jenis x sampai hati.. terus la dukung budak motak ni..

Friday, April 1, 2011

Barney lagi..

Feberet kartun Zulaikha.. Mestila barney. Kat rumah tu.. Patung barney ada 3 ekor kat umah. Saiz L, M,S. Yg M saiz tu ada muzik. Tekan je keluar la lagu tema barney.. I luv u .. u Love me.. bla .. bla.. Dia.. kalau dgr je lagu tema tu. Terus berhenti main. Siap goyang² badan.. Suka sgt la. Apa yg dia suka sgt ngan si gemuk ungu ni pun x tau la.. Kartun lain.. dia buat x tahu jer.
Tu tgh kusyuk tgk DVD baru bapak dia beli online. Hari² pasang balik dari taska. Sampai bapak dia sendiri plak tegur.. "dah x ada cerita lain ke.." heheh padan muka bapak dia.. dia yg beli. Wajib la pasang kan. Dah anak tu suka. Rasanya sampai 10kali repeat semula pun dia akan tgk. byk lg dlm DVD ni dia suka..

Ninie teringat kat serg budak umur 2thn, ninie jumpa masa bawak Zulaikha g KSH. Budak tu bawak mainan huruf.. umur x sampai 2thn.. tp dia kenal setiap huruf yg dia pegang & boleh susun balik dari A- Z. Pastu yg lg kagum.. dia ckp omputih.. dialek dia mcm omputih.. ropernya.. mak dia citer dia suka tgk barney. Dia tiru mcm mana barney tu berckp.. Huhuhu bagus gak bg anak tgk ni kan.. 
video
salah satu lagu yg Zulaikha suka.. "if all the rain drops were.." bila nak sampai je part lagu ni.. dia dah buat bunyi.. ah ah ah ah.. nak tahu pasal apa.. dgr lagu sampai abis.. hehehe
If all the raindrops were lemon drops and gumdrops, oh what a rain that would be!
Standing outside with my mouth open wide...
Ahh-ahh-ahh-ahh-ahh-ahh-ahh-ahh-ahh-ahh!
If all the raindrops were lemon drops and gumdrops, oh what a rain that would be!
If all the snowflakes were candy bars and milkshakes, oh what a snow that would be!
Standing outside with my mouth open wide...
Ahh-ahh-ahh-ahh-ahh-ahh-ahh-ahh-ahh-ahh!
If all the snowflakes were ice cream and milkshakes, oh what a snow that would be! 
*Ninie tgh cari CD belajar iqra' yg menarik boleh bg Zulaikha belajar kenal huruf Al-quran.. Kalau sesaper ada cadangan bg tahu ek.. 

batuk mlm hari ..

*Ninie suka tgk dia tido.. geram!!!
Tetiap hari.. balik dari kerja, Ninie akan berjalan ke taska zulaikha. Tunggu zex ambik kat sana. Tapi semlm, Ninie terlambat. Sampai taska, tgk zex dah ada depan pintu pagar taska. Ingatkan Zulaikha dengan cikgunya lagik.. rupanya dah bergembira dengan bapak dia dlam kereta. Melompat².. sbb dapat pegang stereng. Terus je Ninie masuk kereta.. balik rumah la.

Selalunya Zulaikha mmg duduk belakang dengan Ninie. Sbb dia mmg duduk x diam kalau duduk depan. Semlm agaknya suka sgt.. main lompat².. dia terbatuk.. terus muntah. Habis seme susu keluar. Kebetulan Ninie baru lepas directfeed dia dalam kereta. Ingat secara x sengaja dia muntah.. 

Sampai rumah.. bapak dia x bg main kat luar, sbb hujan., kebetulan nampak dia pun mengantuk je. Terus je Ninie tidokan dia.. Asyik batuk aje dia.. kesian pulak.. Agaknya mmg dia dah kena batuk la tu. Lama dah da x kena batuk. Semlm, terpaksa sapu vicks kat belakang, tengkuk ngan dada dia.. Kat tapak kaki.. tido berstokin dia semlm.. takut sejuk. Harini g sekolah bawak bekal ubat... takut berlarutan.. Paling risau kena jangkitan telinga balik.. mintak2 cepat sembuh la anak ibu ni. Amin..

linkwithin

Related Posts with Thumbnails