Pages

Wednesday, March 23, 2011

Selamat Pengantin Baru Cousin Ku

Sabtu lepas, sepupu Ninie sorang lagik kawen.. Ni yg lelaki pulak. Kat Kerteh. Tahniah yer Boy!.. Dah makin ramai sepupu menantu ni. (ye ke panggil gini?). Seronok jugak pergi ramai² ni. Paling best, makanan kat umah pengantin perempuan. Rumah dia kat Bandar Al-Muktafi Bilal Shah. First time, g kenduri  makan lauk sayur labu air masak tumis lada hitam. Mmmg super duper sedap! Lauk masakan kampung.. ada sorang cousin Ninie tu.. siap ambik sudu, irup kuah.. huhu suka sgt la tuh. W'pun majlis simple.. yg ptg.. ada suasana kekeluarga tu. Kami pergi ramai jugak laa.. Bukan selalu dpt berkumpul dengan sepupu yg duduk jauh dari kuantan ni.. Masa ni la dpt jumpa.. 
Sepupu Ninie ni nikah kat Masjid Al-Muktafi Bilal Shah. Mmg besar masjid ni. Zulaikha suka sgt la, berlari ke sana kemari.. Tapi......... dia ni.  x kan duk jauh ngan ibu. Takut g jauh dari ibu.. Budak2 lain dah main x ingat dunia.. Dia akan patah balik kalau rasa jauh dari ibu. Dah penat sgt, masuk keter, dia tido dalam keter.. Penat berlari la tu. X pun penat mengelek dari org ambik dia.. Hehehe

W'pun Zulaikha ni duk taska, tapi dia mmg takut kalau org ambik dia. Kalau Ninie ada.. dia mmg x nak ngan org lain. Kalau dia x nampak Ninie, x aper.. Kekdg pepg hantar taska, dia nak cikgu yg jaga dia je. Kalau cikgu lain ambik.. mesti dia meraung.. Mmm kekdg tu, Ninie tinggal aje. buat cekal ati, x pandang muka dia. Kalau pandang muka dia masa tgh nangis tu.. confirm x g keje.. Heheheh

4 comments:

  1. sapekah sepupu yg hirup kuah tu? haha

    ReplyDelete
  2. kalau kat kedah... mmg biasa buat masak labu air ngan lada hitam tu. lagi best taruk sket ikan bilis... perrhgghh sedap hirup kuah dia manis2 sayur gitu..

    ReplyDelete
  3. kak firah: a ah mmg dia taruk ikan bilis.. mmg sedap laa.. asyik irup kuah je cousin ninie tuh..

    ooo org kedah mmg byk makanan yg sedap.. Ninie suka gulai batang pisang!

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails