Pages

Thursday, March 17, 2011

Maklumat Tambahan -Botol Susu yg mengandungi BPA

Ramai yg confius botol susu mana yg elok pakai kan.. Ramai gak yang tanya Ninie. Kat sini ada detail persoalan mengenai botol susu yang mengandungi BPA. Ninie ambik dari Kementerian Kesihatan Malaysia- Bahagian Keselamatan Makanan. Untuk lihat full artikel dah maklumat yg lebih terperinci Klik sini. Ninie cuma nak highlight skit aje..

PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A (BPA)
1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.
2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?
BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.
3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
a. Nombor 7 
b. Nombor 7 dan PC 
c. Nombor 7 dan ‘other’ 
Cek bawah botol susu anak kita.. So kita kena guna yg bebas BPABotol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’. 
*gambar oleh pakcik  google
 yang BPA-Free mmg dia ada tulis kat botol.. ni contoh aje.. color botol dia x brp jernih..
4. APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?
BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.
5. BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?
BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut: 
  •  Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
  • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi
9. APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut :
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. 
10. APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat. Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.
11. APAKAH ALTERNATIF BOTOL SUSU BAYI YANG TERDAPAT DI PASARAN?
Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain. 
*gambar oleh pakcik google
Kalau nak lawo skit.. yg botol jernih cari jenis PP atau PES, PA atau kaca.. Avent banyak jenis PP ..

*gambar oleh pakcik google lagik..
Ni jenis kaca.. kalau kat malaysia.. Ninie penah jumpa Jenama Looney Toons/Pooh kalau x silap.. Kaca ni berat laa skit.. dan  takut pecah.. tapi mmg cantik laa..

Sekian, info kesihatan..  Weeee~

4 comments:

  1. bagus la kak ninie nih...dh cm pengulas berita dah..hehehe..

    good info...;)

    ReplyDelete
  2. ain: hehehe tq tq.. utk kebaikan bersama

    ReplyDelete
  3. td ina g baby home,nak cari botol bumble bee..tp taderk..paling murah free BPA jenis MAM..dlm rm40 2 botol..x beli laa,mahal sgt..g tunas manja..byk je yg free BPA..jumpe jenis PUREEN dlm rm 7.90 je 1 botol..terus beli 3 botol..hehehe

    ReplyDelete
  4. ina: baby to mmg mahal sgt.. k.nini pun beli kat tunas manja je.. jenis botol PP. murah skit.. hehehe.. tp yg mahal kat babyhome tu bleh pakai sampai setahun.. berbaloi kot beli..

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails