Pages

Monday, March 14, 2011

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

Duk membelek FB, cousin Ninie, Liena , pos kan artikel dipetik dari Akhbar Berita Harian. Nak letak link..ke?? x yah le.. pasalnya lelama link tu ilang g tu je.. So ninie citer skit laa apa yg ada.. untuk bacaan umum.. *copy paste..
KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

*yg PP boleh guna (kelabu skit kan) & yang PC (x leh guna- sangat jernih)
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini. 

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai". 


Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. 

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU). 

Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan. 

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya. 

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya. 

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian. 

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing. 

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my. 
*Ninie ada jugak botol BPA (org kasi hadiahkan .. guna aje laa.. x elok membazir). Lepas ni.. x mo laa guna.. bahaya... kena cari BPA-Free.. Mahai sikit.. botol dia pun x crystal clear.. kelabu asap skit...

4 comments:

  1. ye ker kak di haram kan botol BPA tuh..botol BPA yang botol biasa tu kan...so pas nih kena beli kan adha botol BPA free la...mmg mahai skit BPA free kan kak...:)

    ReplyDelete
  2. ninie brand bumble bee murah jee bpa free dia... dalam 1 kotak ada 8 harga dalam rm39.90 je

    ReplyDelete
  3. itula..bila cek balik botol najla dia ada 3 botol susu yg BPA free..kelabu asap sikit botolnye...

    ReplyDelete
  4. ain: a ah yg botol biasa.. selalunya murah aje.. rm3.00 pun ada.. BPA mmg mahai banyak.. rm10 ke atas satu botol.. tp utk keselamtan anak.. kena beli laa kan..

    the-purple-ace: a ah.. ninie ada jugak beli hari tu.. masa simpan susu ibu.. cuma masa tu beli yg saiz kecik.. 5oz. nanti nak cari yg saiz 8oz. botol bumblee bee.. mmg comel kan.. :-))

    cute mommy: ooo dah ada yg BPA-free .. selamat laa.. zulaikha ada.. cuma x byk.. kekdg ada yg guna bukan BPA-Free.. Lepas ni.. wajib pakai yg BPA-Free.

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails