Pages

Wednesday, March 2, 2011

Cucuk peha kiri kanan

Ni patutnya entry lepas, tapi sbb USB utk HP x dek, x leh nak transfer gambar. Kalau tulis entry x letak gambo, mcm x best jer. (mcm la org tgk sgt gambo dia)  

Gebu kan peha anakda Zulaikha ni. Heheheh.. Cukup setahun, dia kena cucuk regular vaksin yg setahun seblah kanan peha. Pastu belah ciri second dose vaksin Pneumococcal. Yg ni vaksin tambahan. untuk mencegah. Vaksin ni kat hospital/klinik swasta je ada. Kena bayar tambahan la. Dalam RM210++ sekali cucuk. Zulaikha kena cucuk 3 kali. First Bulan Dec lepas. Second patutnya bulan Jan, tapi masa tu dia kena lagik jangkitan telingan tengah, so di fowardkan ke feb masa cukup umur setahun. Kalau x silap, baby bawah umur 2thn kena cucuk 3kali. Kalau yg lebih dari 2thn, sekali sahaja. Untuk penerangan lanjut boleh tanya doc kanak² yer. Zulaikha, cucuk kali ke-3 bulan April ni. Last vaksin. 

Banyak jugak perubahan Zulaikha lepas dah second vaksin ni. Dia dah kurang kena jangkitan telinga tengah, demam pun dah jarang². Bukan x ada ye.. Tapi dah sgt kurang. Alhamdulillah. Mmg agak mahal vaksin tambahan ni kan. Tapi bg yg mampu, mencegah lebih baik dari merawatkan... 
Ni peha kiri, peha kanan pun kena jugak cucuk. Masa g KSH ni, Ninie ngan dia aje. Bapak dia keje, x dpt nak teman. Kelam kabut jugak la ninie ni. Dia dah dapat kaki, puas mengejar masa kat KSH ni. Aktif sgt ke sana ke mari.Tapi.... bila doc dah cucuk dia.. uuuuuuuhuhuhu menangis.. gamat hospital. Yerlaa kiri kanan kena cucuk. Doc bg ubat demam, in case demam. Doc ckp, vaksin pneumococcal tu kuat sikit, boleh jadi demam.. mmmm malam tu mmg dia demam. Tapi kejap aje la. 
Rupa lepas nangis... puaslaa pujuk dia. yerlaa sakit kan. Nasib bawak stroller. Dah laa dia berat nak dukung. Masa timbang hari tuh berat dia dah naik 9.2kg. mmm bleh tahan berat dia. Tinggi pun dah naik 2cm. Ibu nak bayar lagik kat kaunter ngan dia menangis lagik.. Tapi akhirnya dia diam.. ibu upah susu sebotol. Huhuhu.. 

4 comments:

  1. tembamnye kaki...geram plak la tgk ni...

    ReplyDelete
  2. cute mommy: ibu dia hari² geram.. suka cubit! hehehe

    ReplyDelete
  3. mcm peha ayam dah nih...gigit po sodap nih....kekeke

    ReplyDelete
  4. ain: hahaha.. ibu gigit dia.. dia gigit kita balik dah...

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails