Pages

Thursday, March 31, 2011

bz nyer hidup ini..

Sejak dua menjak ni.. sibuk betul ninie. Sibuk dengan kerja opis.. ngan keje umah x yah ckp la. tetiap hari ada. Tu yg x sempat nak tulis blog. Tapi penat² pun, bila tgk muka Zulaikha.. mesti rasa seronok. Teringat kat dia pun dah cukup.. mesti teringat kat gelagat dia yg makin keletah. Mulut x berhenti berckp.. ckp guna bahasa dia la. Tapi pelik kan.. sesama geng dia kat taska tu, faham pulak dia berckp kan.. 
Tgk ni dah la.. suka duk dalam bakul.. lg suka.. kalau ada plak bapak dia yg tolak.. ibu mmg x larat nak tolak budak ni.. sbb dia x pernah la jemu.. tukang tolak plak yg serender dulu.. heheh

Sunday, March 27, 2011

Menang Contest !

*bergambar dengan Miki, yg incharge bhgn hadiah
Khamis baru ni, balik keje tgk ada surat. Terus bukak.. Dia tulis.. Congratulation You win .. "Holiday rewards contents".. bla bla bla.. mula² ingatkan mcm yg sokmo org kena tipu tu. G opis dia collect hadiah pastu kena bayar pulak kan.. Pastu baca lagik... baru teringat yg Ninie pernah masuk contest ni tahun lepas.. Dlam bulan Nov 2010. Beli barangan Kimberly Clark, mcm Huggies, Kotex, Scoot , Poise.. Kebetulan masa tu Ninie beli kat Tunas Manja, Kuantan. Beli Huggies. Dapat borang,jwp soalan,  & pos. Nak pos satu hal.. byk kali Zex lupa nak pos.. Selalu la Ninie marah dia.. Mmmm x sesia Zex kena marah ngan Ninie sbb lambat pos.. Heheh rupanya, rezki Zulaikha.

Kebetulan hari Jumaat, Ninie & Zex mmg ambik cuti. Sbb nak bawak Zulaikha jalan². Terus kitaorg decide g KL ambik hadiah tu.
Sebelum jumpa Miki, ambik gambar dulu depan counter Kimberly-Clark ni.. Alamak.. Zulaikha ni. nampak perut unnnnciiiiit!!!.. huhuhu
Ini la dia hadiah Zulaikha dapat.. Tempat ke-4. Dalam surat tu dia cuma tulis.. hadiah ke-4, 1 x Digital Camera (worth RM1,500). Tu yg x tahu rupa camera mcm mana.. rupanya Canon Ixus 300 HS, memory card Toshiba 4GB, original canon camera case.
Hadiah pertama x yah ckp la.. lagik grand.. percutian berharga RM16,000 hengget.. termasuk RM4,000 hengget wang tunai utk soppin.. Dah dapat nombor 4 pun kira dah bertuah sgt kan.. Seingat Ninie la, x pernah la Ninie dapat hadiah cabutan bertuah ke apa.. Sejak dapat Zulaikha ni.. makin melimpah² rezki.. Anak amanah Allah, setiap anak, dah rezki Allah bg utk dia kan.. Ni la rezki anak.. Mmg bersyukur sgt..

X sabar zulaikha nak bukak hadiah dia dapat.. Lepas ni ikha.. kita masuk lagik segala contest yg ada kat pasaraya tu yer.. Mana tahu ada lagik rezki kita kan..

*Miki siap buat pesanan penaja.. Sekrg ni ada contest lagik.. Masuklaa.. mana tahu saya call lagik.. Dapat kereta pulak.. hehehe.. mmg harus masuk! mana tau rezki lagik kan..

Thursday, March 24, 2011

dah pandai mintak "nak.. nak"

cikgu komplen lagik.. asyik komplen je cikgu ni kan.. Heheh x ada la. cikgu zulaikha mmg rapat ngan dia. Bila ambik petang je.. x sabar² diaorg tu nak cerita kerenah zulaikha.

Semlm, cikgu ckp, dia asyik berebut makanan je ngan budak² lain. Kalau x bg.. sakan mengamuk mcm org pukul je. Dia rampas makanan ngan muaz.. yg sebaya dia. Apa muaz makan.. seme dia ambik. Cikgu ckp lagik.. dia pandai mintak. Asal cikgu bawak je makanan or cikgu  tengah makan.. dia mintak.. nak .. nak  nak.. amboi zulaikha.. buat malu ibu aje. Kat taska semlm 3mangkuk bubur dia makan sorang. cikgu sampai naik takut sbb perut dah uncit!.. Dah la kuat makan.. minum susu pun kuat jugak. Aduilaa anak sorang ni..

Tapi cikgu bg ayat penyedap hati.. x aper dia suka makan.. lg senang. x yah paksa2 nak makan. Dia pun kuat membuang.. x la risau kan.. perut dia x pernah meragam. Cuma cikgu rasa kelakar sgt tgk gelagat dia suka mintak ngan mengamuk kalau x dpt makanan yg dia nak.. Apolaa ini budak..

Harini.. ibu dah bawakkan dia bekal. 2 ketul biskut-rusk ngan 2 ketul roti. Nanti jgan rebut ngan org lain tau.. 

jom kita main

Kalau balik Balok, ni la dia kawan² Zulaikha. Marissa (sethn 5bulan kot), hannan (2thn lebih). Dua org ni dah otai bab² main air.. ngan main pasir.. Zulaikha tgk je dulu.. lepas tu...
dia pun terus kutip batu jugak.. Suka sgt dpt main pasir ngan kutip batu. Tapi kena waspada.. dia mmg suka masukkan dlm mulut. Dah tau lutut tu luka.. ibu ni x pakaikan dia seluar panjang. mmm x nyer.. bgn² tido.. terus ajak keluar rumah. Nak main kat luar.
 Marissa buat peace.. Zulaikha tgk aje.. x faham.. hehehe
 main atas rumput pulak.. sbb takut jatuh luka.. bekerjasama bab² main ni..
amboi.. mcm baring atas karpet je si marissa ni..  
dah sakan budak2 main, ibu zulaikha, mama marissa ngan ibu hannan buat keputusan sambung main kat pantai.. tapi.. ibu zulaikha.. terlupa bwk HP, x leh nak snap gambar. rugi tul.. aksi budak bertiga ni mandi kat pantai.. sampai x nak balik.. 
masuk je kereta, terus makan roti, minum susu.. kelaparan.. hahahahah

Wednesday, March 23, 2011

Bila dapat straw

  Tak tahu la dia belajar kat mana ni. Asal dapat straw je dia mesti gigit mcm ni. Mmg kelakar tgk rupa dia.. selg x jatuh straw tu, dia akan gigit melintang mcm ni. Dah jatuh.. dia gigit semula.. meleleh-leleh air liur.. hahaha
Ninie teringat kat anak sedara belah Zex. Masa umur macam ni, suka gigit straw mcm ni jugak. Agaknya perkembangan anak mmg sama .. dia akan buat mcm ni  jugak.. Kenal plak dia straw ngan bukan straw yer..

Selamat Pengantin Baru Cousin Ku

Sabtu lepas, sepupu Ninie sorang lagik kawen.. Ni yg lelaki pulak. Kat Kerteh. Tahniah yer Boy!.. Dah makin ramai sepupu menantu ni. (ye ke panggil gini?). Seronok jugak pergi ramai² ni. Paling best, makanan kat umah pengantin perempuan. Rumah dia kat Bandar Al-Muktafi Bilal Shah. First time, g kenduri  makan lauk sayur labu air masak tumis lada hitam. Mmmg super duper sedap! Lauk masakan kampung.. ada sorang cousin Ninie tu.. siap ambik sudu, irup kuah.. huhu suka sgt la tuh. W'pun majlis simple.. yg ptg.. ada suasana kekeluarga tu. Kami pergi ramai jugak laa.. Bukan selalu dpt berkumpul dengan sepupu yg duduk jauh dari kuantan ni.. Masa ni la dpt jumpa.. 
Sepupu Ninie ni nikah kat Masjid Al-Muktafi Bilal Shah. Mmg besar masjid ni. Zulaikha suka sgt la, berlari ke sana kemari.. Tapi......... dia ni.  x kan duk jauh ngan ibu. Takut g jauh dari ibu.. Budak2 lain dah main x ingat dunia.. Dia akan patah balik kalau rasa jauh dari ibu. Dah penat sgt, masuk keter, dia tido dalam keter.. Penat berlari la tu. X pun penat mengelek dari org ambik dia.. Hehehe

W'pun Zulaikha ni duk taska, tapi dia mmg takut kalau org ambik dia. Kalau Ninie ada.. dia mmg x nak ngan org lain. Kalau dia x nampak Ninie, x aper.. Kekdg pepg hantar taska, dia nak cikgu yg jaga dia je. Kalau cikgu lain ambik.. mesti dia meraung.. Mmm kekdg tu, Ninie tinggal aje. buat cekal ati, x pandang muka dia. Kalau pandang muka dia masa tgh nangis tu.. confirm x g keje.. Heheheh

Diari & Reedem

Pernah dengar Baby Panel? Ninie pun x penah. Tp mcm mana ninie bleh terlibat.. ? Ni seme kawan ninie la. Dia wakil baby panel kat Kuantan. Kebetulan dia cari sesiapa yg ada anak berumur.. 0-12M. Zulaikha masa tu 11bulan.. Boleh laa join. X susah sgt pun. Cuma kena isi diari yg dia bg.. Pastu pos. Setiap kali pos.. dpt 100point. Point tu boleh reedem mcm² barang. Okla tu kan.. keje senang..
Ni contoh dairi yg kena isi. Soalan dia sama je tiap2 minggu kena isi. Dia nak tahu rutin belian kita. Contoh.. Pampers, jenis apa pakai.. saiz brp.. harga & pasaraya mana yg kita beli. Lebih kurang 5 kategori belian dia suh isi. Pampers, makanan bayi, susu, losyen, mandian & satu lagik.. minggu pertama, kena isikan brp  byk kita sediakan susu utk baby.. x kirala BF ke susu formula.
Ni buku rewards dia. Dalam ni mcm² pilihan ada. So bleh la Ninie target nak brg apa kan.. Hehehe best jugak.. Bukan susah pun isi diari ni. Pastu pos aje. Sampul surat pun dia dah bg siap², ngan alamat & stem. So senang la nak pos. Yg bagusnya.. Ninie baru laa tau rutin belian Ninie. Brp lama baru Ninie beli semula brg yg sama. Mcm susu ngan pampers tuh.. Kalau minggu tu x ada belian.. just tanda, & tulis.. ada stok lagik.. 

Kawan Ninie ckp, dia buat part time je, bukan ini aje.. ada byk jenis lagik. Contoh makanan bijiran la. So keje dia.. bila ada Questionnairre, dia kena cari tukang jawap ni. Hehehe mcm Ninie la. Ikut ketegori. Tapi rasa ok laa.. sbb jwp.. dpt rewards.. (duk memikir.. yg mana dulu nak redeem ni)..hehehe

Tuesday, March 22, 2011

Serius Kelako

*gambar oleh pakcik google
Mesti ramai dah tgk citer ni kan.. Semlm Zex beli DVD ni kat giant.. Sbb dah dgr byk sgt gezek dari org lain.. Last², Zex tertarik nak beli. Pas makan ketam semlm, kitaorg tgk citer ni. Aduilaa.. dari mula cerita sampai habis.. mmg kelako teramat.. Mmg x kering gusi ketawa.. Berbaloi laa beli! 

Bab paling kelako.. Bila usop ni angkat wheel chair sempat lagik ckp.. "Sib baik laa harta kerajaan, kalau x aku humban dah ke kolam.." ------>> hargai jugak yer harta kerajaan.. hehehe
*gambar oleh pakcik google
Ayat yg jadi lekat kat mulut Ninie sejak tgk... " Ce ce Citer..." selalunya orang terengganu suka ckp gini kan.. Ninie mmg ckp terengganu kat umah.. Selalu laa ckp.. "Acu cerita" / "cer cerita". Tapi yg paling cuka sgt citer ni.. mmg Zex laa.. dia ketawa sampai x terhingga ketawanya.. Huhuhu.. 

Ayat lain yg best.. "Usinnn .. Usin... Usin.. " hahahah..

Lupa plak.. lg satu.. pasal tokbomoh. tok bomoh yg kedua.. baca mahtera sebut "pelawok, pelawok...pelawok.." Ni serius kelako.. Sbb pelawok=menipu. Ni bahasa org pantai timur.. Kalau yg faham bahasa blah pantai timur.. kompem gelak besar masa tgk ni kan..

cer cer teka....

semlm.. balik keje. Bapak dia suruh ibu masak ketam. Ketam mak ninie bagi. Mak ckp, tiap kali mak & famili kat Balok makan sedap² mak teringat kat Ninie ngan Zex x dpt merasa. So, dia ckp, Along suruh beli ketam ni, bg kat Ninie.. Tapi masak.. kena masak sendiri.. Huhuhu terharu.. 

Ibu sibuk kung kang kuang kat dapur siang ketam.. dia sibuk jugak nak kacau ibu.. Sibuk bukak peti ais.. cari sayur sama ngan ibulaa kononnya.. Jumpa laa sesuatu.. Bapak makan.. dia pun nak jugak.. bg laa.. skit... Tu yg merah abis mulut.. Huhuhu agaknya dia makan apa yg merah mulut tu?? cer cer teka???
Ni la rupa kari ketam ibu.. Saje je menunjuk²..Ninie kan jarang masak.. Zex puji ckp sedap.. Terpaksa laa Ninie tayang (mengharapkan pujian laa tu... ) huhuhu
Ni feberet Zex. Peria. Dia sendiri yg goreng.. Peria goreng tempura.. sedap jugak Zex buat.. Kredit utk Bapak Zulaikha.. yehaaaa!

Friday, March 18, 2011

Cuba teka apa di dalam..

Tengah hari kan rehat panjang.. Ninie g Ktn parade jap. Mencari hadiah utk cousin esok. Kenduri kawen kat Kerteh. Kitaorg esok g kerteh kul 8pg.. X tahu nak beli apa tadi.. Last2 beli ini.. heheh.. Cuba teka apa ada kat dalam ni???? heheh.. saper dapat jawap.. dapat hadiah.. hahaha hadiah dia.. beli sendiri!

cikgu komplen puting botol lubang beso sgt...

Ambik ikha petang semlm.. Cikgu ckp kat Ninie, puting baru tu.. asyik tumpah aje. Habis baju ikha. Dah elok2 pakai baju lawo.. kena tukar pulak.. Dia x pandai control, susu tu keluar laju sgt.

Mmmm.. asalnya mmg ikha pakai jenis MAM. Pastu hari tu.. Ninie x sempat nak g beli jenis tu.. Ninie jumpa jenama Fify kat Tunas manja. Murah plak tuh.. 2ketul=rm7.90. Tgk serupa aje.. cuma dia x ada puting jenis X-Cut. Ada jenis 6++ yg lubang dia beso. Ninie beli aje. Mmg perasan jugak asyik tumpah.. Ingatkan cikgu x kisah.. heheh. Dah cikgu kisah.. Kena tukarla.. padanla bila tgk baju dia.. seme basah kuyup.. Patutlaa susu x cukup 8oz x 4botol masa kat taska.. Hahah.. salah ibu. Nak sangat jimat beli puting.. membazir kat susu pulak..
jenama fify.. Lubang besar sgt 
jenama ni ada jual kat BabyHome ngan Twin baby je kalau kat kuantan ni.. Mahai! RM15.20. Zulaikha ni cerewet jugak laa. Ninie penah tukar pakat silikon teats.. dia x nak.. siap tolak botol susu tuh.. Bila bg balik yg jenis ni.. siap suka.. "aaaaaaaaaaaaaaaa" terus sumbat dlm mulut.. apola..
ni dia jenis X-cut. Kalau beli puting kat anak yg dah besar skit.. X-cut paling selamat. sbb dia x tumpah. Bila baby sedut susu.. baru susu tu keluar.. Jenis silikon byk laa X-cut.. dia x nak la pulak.. banyak songeh ini budak motak..!

P/S: Puting jenis kuning ni dia panggil orthodox teats.. kalau putih biasa tu panggil silikon

Terima kunjungan pengantin baru

* gambar songlap kat FB pengantin
Malam tadi terima kunjungan pengantin sekeluarga. Ayu dah nak balik German sabtu ni.. Amal plak dah nak balik Jepun next week. Sib baik laa dtg.. kalau x, x jumpa laa penganti ni ngan Ikha. Seronok rasa diaorg dtg sekali ngan Ummi & Pokcik Aman serta cousin² ninie, adikberadik ayu ni. Diaorg ni kawen.. masa singkat sgt nak berada di mesia lelama.. kesian pulak. Rasa terharu sbb dtg jugak umah Ninie.. w'pun dah lewat malam. Pepg Jumaat dah nak bertolak ke KL. Ikha seronok org dtg sbb nak jumpa dia.. perasan laa tu. Kemain lagik tunjuk aksi dia.. Ada org layan.. suka laa tuh..  

Bila Ninie ingat kat semua cousin ninie, rasa bertuah sangat.. Sbb kami ni rapat, macam adikberadik. Rumah mak ayah kami plak seblah menyebelah je dalam sebidang tanah. Kiranya mak Ninie duduk sebelah menyebelah je ngan adik beradik dia semua.. Kami dari kecik dibesarkan bersama.. dan mana yg hampir2 sebaya tu.. sekolah sama.. g sekolah sama.. Teringat masa nak g sekolah tadika dulu.. jalan kaki je reramai g sekolah. Jadi seronok g sekolah sbb ada cousin2 ni..

Masa sekolah rendah.. Masa rehat, kami mesti jumpa kat kolam ikan sekolah, sbb nak mkn sama-sama. Kongsi makanan.. Mmg hebat sgt relationship yg mak ayah kami semua semaikan dalam hati kami.. Sedara-mara adalah adikberadik.. dan kawan paling rapat. Ninie ingat dulu.. Ninie mmg kawan ngan cousin aje.. Mak ayah pun x bimbang, sbb mmg kenal saper yg kami kawan kan.. 

Sampai sekrg, kami masih rapat.. kalau boleh, ninie nak semaikan dalam diri Zulaikha.. supaya dia jugak macam Ninie, rapat dengan semua sedara mara x kirala belah zex atau belah Ninie.. :-)

Nasi Kukus lagi..

Tengah hari semlm ikut opismate g sentoria harta sign perjanjian beli rumah.. sentoria opis dia area shahputra, indera mahkota. Kebetulan g mmg time lunch hour dan kebetulan jugak, kerani tu keluar, so g makan nasi kukus dulu la kat blakang sentoria ni. Nasi Kukus Restoran Juna. Mmg feberet la. Lagik feberet, bila opismate belanja.. Rezki.. alhamdulillah.. heheh. Sembang ngan tokey kedai.. dia ckp, cawangan baru dah bukak, kat area jln sg. lembing. Foodcourt baru.. naper apa ntah nama food court baru tu.. xingat.. Bukak dari kul 3pm sampai malam.. wah wah wah.. memlm bleh laa g mkn. Ninie paling suka nasi kukus kat sini sbb ayam dia besar.. + sedap sgt.. mkn sampai abis gigit seme tulang ayam. Kuah gulai dia pun sodap..

Kedai ni kalau dtg .. kul12 tengah hari tu.. mmg beratur panjang sampai ke jln. Kebetulan ninie nak mkn kat sini, penuh manusia.. duk usha kot ada yg dah siap mkn.. jenuh berdiri.. sib baik laa ternampak ex-opismate SUK Pahang makan berdua je ngan member dia. Terus buat baik.. hahah.. x le.. mmg ninie baik ape ngan dia.. So mintak kebenaran utk kongsi meja.. dia kata boleh aje.. (saper tau dlm ati di.. lantak le.) hahaha.. Last² sembang.. kemain rancak lagik kami semeja.. yg ptg.. Ninie dpt makan! 

Thursday, March 17, 2011

Maklumat Tambahan -Botol Susu yg mengandungi BPA

Ramai yg confius botol susu mana yg elok pakai kan.. Ramai gak yang tanya Ninie. Kat sini ada detail persoalan mengenai botol susu yang mengandungi BPA. Ninie ambik dari Kementerian Kesihatan Malaysia- Bahagian Keselamatan Makanan. Untuk lihat full artikel dah maklumat yg lebih terperinci Klik sini. Ninie cuma nak highlight skit aje..

PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A (BPA)
1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.
2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?
BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.
3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
a. Nombor 7 
b. Nombor 7 dan PC 
c. Nombor 7 dan ‘other’ 
Cek bawah botol susu anak kita.. So kita kena guna yg bebas BPABotol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’. 
*gambar oleh pakcik  google
 yang BPA-Free mmg dia ada tulis kat botol.. ni contoh aje.. color botol dia x brp jernih..
4. APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?
BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.
5. BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?
BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut: 
  •  Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
  • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi
9. APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut :
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. 
10. APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat. Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.
11. APAKAH ALTERNATIF BOTOL SUSU BAYI YANG TERDAPAT DI PASARAN?
Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain. 
*gambar oleh pakcik google
Kalau nak lawo skit.. yg botol jernih cari jenis PP atau PES, PA atau kaca.. Avent banyak jenis PP ..

*gambar oleh pakcik google lagik..
Ni jenis kaca.. kalau kat malaysia.. Ninie penah jumpa Jenama Looney Toons/Pooh kalau x silap.. Kaca ni berat laa skit.. dan  takut pecah.. tapi mmg cantik laa..

Sekian, info kesihatan..  Weeee~

org dah besar...

petang-petang balik dari kerja.. Ninie x masuk rumah terus.. bawak zulaikha main kat luar rumah.. dia mmg suka sgt laa.. sbb boleh main pasir.. kutip batu. Kalau jalan.. ni laa gaya dia.. x bg kita pegang tgn dia.. siap pegang tgn.. jln mcm org besar.. ntah tiru saper jln mcm ni..
kat jalan depan umah ni x byk keter or motor lalu.. sbb jalan mati lorong umah ninie ni.. so boleh la bg dia main.. tgk laa lagak dia tu.. x bg kita pegang.. jln pgang tgn ke depan.. x bg kita ambik dia.. Bapak dia x bg sgt main kat luar jln tar tuh. Sbb pakai skirt .. takut jatuh, luka.. mmm tp dia mengamuk nangis.. ibu ikut je laa dia kat belakang.. punya laa happy berjalan.. siap  berlari.. last² tersadung kaki sendiri.. jatuh...
tu dia.. dah luka lutut.. masa jatuh  tu nangis jugak. kejap je. Sib baik jiran seblah ada .. dia letak ubat gamat.. pastu.. sambung balik.. main pasir.. mula2 masuk umah.. x ckp pun kat zex.. last2 bg tahu jugak.. Huhuhu.. kena mare laa ibu.. 

Vrooooommmmm!

Suka sgt kalau dapat naik mainan ni.. Padahal.. kaki blum sampai..
 memecut dengan kelajuan 0/km sejam... 
alamak.. tongkat x ada laa...
 basikal ni dapat hadiah dari makcik has.. huhuhu pun sama.. kaki blum sampai.. tp nak jugak naik
x per x per.. ibu x yah tolong... ikha pandai dah.. 
ha.. yg ni kompem x jatuh.. kalau kita nak bawak kereta.. sibuk dia nak bawak jugak.. kasi chan pegang stereng .. suka kemain .. siap ngan bunyi lagik... paling suka tarik signal ngan viper.. jenuh laa kita off balik.. besar sgt laa tuh.. 

Monday, March 14, 2011

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

Duk membelek FB, cousin Ninie, Liena , pos kan artikel dipetik dari Akhbar Berita Harian. Nak letak link..ke?? x yah le.. pasalnya lelama link tu ilang g tu je.. So ninie citer skit laa apa yg ada.. untuk bacaan umum.. *copy paste..
KHAIRUNNISA Kasnoon, 27 menunjukkan perbezaan botol susu yang diharamkan selepas sidang media pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bisphenol A, di Putrajaya, hari ini. - Foto Izhari Ariffin

*yg PP boleh guna (kelabu skit kan) & yang PC (x leh guna- sangat jernih)
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini. 

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai". 


Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. 

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU). 

Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan. 

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya. 

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya. 

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian. 

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing. 

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my. 
*Ninie ada jugak botol BPA (org kasi hadiahkan .. guna aje laa.. x elok membazir). Lepas ni.. x mo laa guna.. bahaya... kena cari BPA-Free.. Mahai sikit.. botol dia pun x crystal clear.. kelabu asap skit...

Saya dan Abg Amie..

Cuti 2 harini balik Pekan.. Sbb ada projek coklat bersama anak-anak sedara zex. Ninie sibuk dlm rumah.. Si Zulaikha ngan Abg Amie Iman.. ditemani oleh Bapak.. main kat luar..
Abg Amie follow dia..
dia follow abg amie pulak..
sama-sama kutip daun kering.. seronok kemain lagik yer.. x marah plak Apak yer..
Abg Amie main buai.. ikha x leh naik.. kecik lagik.. Abg Amie mana kasi main buai.. dia kan otomen.. Macho.. huhuhu
wah wah .. bekerjasama bab-bab main pasir ni.. tapi Keter mainan tu x leh kongsi.. Abg Amie unyerrrrr
Berehat-rehat.. amboi.. mcm org besar je kan.. Seronoknya budak berdua ni.. 

Friday, March 11, 2011

dapat upah coklat

ni bukan moyok.. tp seronok duk mkn coklat.. terpaksa bg dia sikit.. pasal asyik bergayut kat kaki ibu.. ibu nak buat keje pun susah.. dia suruh kita ambik perhatian kat dia la ni.. jgn asyik buat keje aje! 
kamera hp ni geram tul.. kabur plak gambar ni.. ni ibu suh possing.. kemain lagik dia..
hahaha.. saya sgt suka... ibu sy kasi coklat.. bapak saya x tahu.. hahaha.. seronoknya.. ibu x marah pun baju comot.. mmmm layan je laa kan.. 

linkwithin

Related Posts with Thumbnails