Pages

Friday, January 28, 2011

Le Tour De Langkawi@ 3D 2N

Sabtu baru ni, famili blah Ninie buat trip ke Langkawi, asalnya Ninie nak celebrate Anniversary Ninie & Zex yang ke-6. Try Book Airasia.. dapat harga murah jugak laa.. Ninie, Zex & Zulaikha.. Pergi-Balik RM500. Pastu bila war² kat cousin² Ninie, ada yg nak join.. Ninie mmg suka kalau g reramai ni.. Meriah sikit. Trip ni mmg seronok.. Mak, adik ninie, Zetty, Husbnd dia, ngan Zufar Hannan pun pergi.. Tapi yg x seronok.. Abah x dpt ikut, sbb masalah kesihatan, burn laa tiket abah.. mmm Ninie frust sgt abah x dpt g.. tp nak buat mcm mana.. kesihatan abah lebih penting.. So, abah duk umah, Adik bongsu ngan Along ada.. x risau sgt la..

Ninie pergi ramai jugak, dalam 20org. Ninie stay kat Homestay Tok Jah. Satu mlm RM170. Rumah dia mmg selesa. Famili Makjang Ninie, tinggal kat Aseania hotel, sbb dia ada privillage kat situ. Tapi antara hotel ngan Homestay ni dekat sgt, boleh jln kaki jer. Homestay ni plak betul² depan underwaterworld, Pantai Chenang. Makan senang, nak membeli baju² pun senang.. Depan umah aje seme..
Lepas check-in, lepak² dulu.. Zulaikha mmg duk x diam.. siap ngamuk sbb x bgn dukung. sibuk nak jln, dia tu bukan reti lagik jln.. Sib baik bapak penyabar, pujuk² dia..
Baru turun flight.. sampai Langkawi..
Kami sewa 2 biji kenderaan MPV sbb nak muat 20org ni.. Senang jugakla,. sbb sewa bermula dari airport. Zex jd driver ngan cousin sorg lagik.. MPV jenis Serena satu, Inova satu..
Lepas dah cek-in kat tempat penginapan masing², kami g mkn kat area pantai chenang.. sedap jugak.. masakan panas ada.. nasi kandar pun ada.. Ikha biasalaa otai.. duduk atas meja laa dia..
Lepas makan, mlm masih muda, so g pekan Kuah, dah start sesi membeli-belah. Mmg gila byk coklat.. Harga? mmm boleh laaa.. byk coklat import.. Ninie beli skit jer.. hehehe
Kebetulan masa g ada Le Tour De Langkawi.. Sakan cousin² bergambar..
Esoknya tempat pertama di tuju, Cable Car. Ninie suka sgt dpat naik.. hehehe Ni masa kat puncak.. Lengoh gak kaki memanjat. dah laa bawak bebanan .. ikha je 8.9kg. huhuhu. Mak ngan Mak Nyah x naik.. x mau.. biasalaa kan.. gayat.. hahaha
ikha tido masa naik kereta cable.. sib baiklaa..kalau x.. lenguh laa
Turun dari cable car, bapak ikha g buat gambar pada Mug.. gambar kami ber3 masa kat atas.. bosan lama tunggu, ninie cari cousin² Ninie, tgh bergambo sakan ngan ular sawa, mmmmm anak sy sorg ni berani betul, dia pegang ular tu.. yg tahan.. dia cubit² ular tuh.. kecik² ni bukan tahu apa kan..
Asalnya nak g intai kapal layar, tgk² ada KFC ngan petrosains.. msk petrosains, ambik ekon.. panas tadik.. heheh
dlm petrosains, sinila paling dia suka.. Ballpit.. sampai ketawa sakan.. berenang,baring seme ada..
Zufar ni siap berenang sakan..
gambar ngan mak ninie.. sib baik mak ikut.. leh layan cucu dia yg semakin aktif ni..
Seronok Hannan menengok ikan.. ni kat underwaterworld
beria tunjuk kat ibu.. seronok yer..
yg x tahan.. terlalu aktif.. ni duk gaduh ngan marissa.. ntah apa laa marissa tu suka selak² baju..
ini lg ibu x tahan.. x bg dukung.. nak jln.. tp ibu kena pegang.. dia dah laa rendah jer.. lenguh pinggang ibu..

Sepanjang g langkawi mmg best.. walaupun terkenangkan Abah, along ngan adik yg x ikut.. next time kita g lagik yer..

Overall bajet kalau sesaper nak g langkawi seperti dibawah yer:-
1. Tiket Flight Tambang Murah seorg dewasa = RM179 (x include luggage.. kena add RM40 utk bag berat 15kg)
2. Penginapan kat homestay =RM170/semlm x 2 mlm
3. Sewa MPV =RM170/sehari x 2hari
4.Parking kat LCCT=RM87 (utk 3hari. sepjg g Langkawi..)
5.Tol dah minyak keter dari kuantan ke LCCT =RM100 kot..
6. Nak keter cable kat langkawi =RM15/seorg dewasa
7. underwaterworld =RM28/ seorg dewasa..
8. makan.. ntah brp.. makan sesedap rasa jer..
9. shoping.. yg ni ikut kemampuan .. heheh

Thursday, January 20, 2011

Pengubat hati ibu

Sejak abah msk hospital ni.. kepala Ninie ni ligat berputar.. fikir yg bukan².. byk buat andaian.. Tapi pada Allah jua tempat Ninie mengadu.. Kat ofis pulak.. awal² tahun ni, mmg byk sgt kerja. Penat sgt rasa. Tengah hari dah jadi mcm wajib. Ninie mesti g taska, jumpa Zulaikha. Pengubat hati ibu.. Balik keje.. x sabar nak ambik dia kat taska.. Tgk gelagat dia mmg terhibur sikit hati..

Sejak dah melangkah 2-4 tapak ni.. dia makin aktif. Fikiran dia pun ligat mencari aktiviti baru.. Macam² dia cuba nak buat...
Mula² pandang ibu sambil sengih².. Susah betul nak pakai baju.. Cepat² dia lari .. takut ibu paksa dia pakai baju..
haahhh ni laah yg dia nak sgt buat.. petik button tv. Dia perhati je kita tekan button tu kat mana.. dah tahu kat mana.. asyik tekan aja.. Ntah bila laa bapak dia nak gantung tv ni kat dinding.. Zulaikha dah terror menekan.. x ada laa ibu boleh tgk tv.. tgk aksi dia aje laa..

Hidup tak tenang bila abah sakit..

Sejak sabtu lepas abah kena tahan kat wad. Sakit biasa abah.. batu karang. Tapi kali ni ada lg sakit lain pada masa yg sama.. kencing manis dengan uluran. X tahan rasa hati bila abah dlm keadaan mcm ni.. Doc ckp.. abah kena Urosepsis. Ninie pun x tahu apa dia.. Dari penerangan doc abah kena jangkitan kuman berkaitan dengan air kencing. Sbb tu abah demam.. sbb ada infection. mmm kesian abah..

Sabtu ni, ninie dan satu famili nak g langkawi.. abah pun sama.. Abah ngan mak x penah g jenjln mcm ni.. selalunya kalau g jenjln pun.. balik penang aje.. lawat keluarga abah.. Tapi kali ni, kami semua dah tempah tiket kapalterbang dari bulan dec lagik.. nak g jenjln ke langkawi.. Ninie harap sgt abah dapat g.. Sbb Ninie nak bawak mak ngan abah jenjln.. Patutnya pada usia mcm ni.. abah berehat dan jalan²..

Satu lagik berita sedih utk abah.. Pakcik ninie kat penang.. Pak Anjang.. meninggal dunia masa abah masih dalam wad.. famili penang call berkali².. tapi abah.. x dapat balik penang.. sbb abah sendiri masih kat hsptal.. Ninie tahu abah nak sgt lawat abang dia buat kali terakhir.. tp .. apa kan daya.. abah x sihat.. Ninie doa semoga abah cepat sembuh.. Doakan abah ninie..

* Pak Anjang sakit kencing manis.. last g melawat dia kat hsptal seberang jaya, penang.. Masa hari raya puasa.. Abah ajak balik penang, seblum dia g haji.. nak jumpa semua adik beradik dia..




Friday, January 14, 2011

Deco Bilik Zulaikha

Zulaikha belum lagi asing bilik tido.. still tido ngan kami ni.. takkan nak asing kot.. kecik sgt lagik.. Masih BF. Tapi Ninie x sabar nak deco bilik Zulaikha.. Hehehehe.. So.... taaaaddddaaaa ni laa hasilnya.. hasil keje org yg x berseni.. bilik ni mmg x cat langsung.. mmg cat asal masa beli umah.. huhuhu save bajet..
terror x  ninie ngan zex lukis??? hehehe ni sticker je.. Ninie beli kat kedai giftshop. RM2 je.. Ninie beli 2keping.. dapat laa buat sebaris ni.. seblah ninie tampal.. seblah zex  buat.. yg ninie buat.. sengek bengek.. tp oklaa.. kalau cat.. dah brp hengget kan.. ni murah.. x yah cat2 dinding..
Ni pun sticker beli kat kedai RM2. Yg sticker princess je mahal skit.. RM3.90. Sbb kertas dia berkilat & tebal skit.. x retilaa Ninie nak buh gambar apa.. Jumpa kartun ni je Ninie berkenan..
Katil Zulaikha.. Para/rak atas tu.. beli kat Ikea.. Susun laa segala mainan dia atas tu.. Cadar ni mmg sentimental value.. Ni cadar Ninie masa Ninie zaman bujang lagik.. 1 set ngan comforter.. tp conforter x tahu dah mana pegi.. Masih elok.. yg ptg Pink!
Ada almari solek tu... yg ptg.. sticker donald duck tu.. penyerila konon.. byk benor sikat atas meja solek tu kan.. ikha, rambut pun x dek.. mmm Bapak dia punya laa tuh..
Alamari baju dia.. wah.. byknye bju.. cantiknya ibu lipat kain..

Ni feberet kartun Ninie.. Mickey Mouse.. Sticker ni pun RM2.. Hehehe.. Paling bawah ukuran dia 80cm. Ikha x leh ukur lagik laa.. dia baru 72cm..
Ni lantai .. psg getah.. mahal gila harga alas getah ni.. tp sbb lawa.. beli jugak.. Princess lagik tuh.. feminin skit anak ibu..
ni laa rupa bilik Makcik Chapak Chapak dari arah pintu.. cun x? Ninie rasa cun.. (.. sprt biasa.. msk lif, tekan..naik sendiri...)

Makcik Chapak.. Chapak.. & Makcik CHa..

Gambar ni cikgu kat taska MMS ninie semlam. Dia ckp, ikha asyik tarik tudung dia je.. puas dah larang.. Last² cikgu bagi dia pakai.. Mula² marah jugak sarung kat kepala dia.. Pas tu.. sakan bergambo.. panggil makcik chapak chapak.. Sbb ikha suka sgt sebut.. chapak.. chapak... ! tido pun ngigau..sebut chapak.. chapak...
Ni plak sepupu ikha.. marissa@Makcik CHa.. Gaya mcm mak cik nak g pasar... hahahahah..

Wednesday, January 12, 2011

Semangat membakar..

Sejak g kelas kek.. keje buat kek aje.. cari resepi kat internet. Heheh.. mengasah bakat..
Mula² Ninie buat kek carrot. Yang jadi teruja nak buat kek ni, pasal cousin Ninie buat dulu. Dia bg rasa, sedapnya.... sbb topping dia cheese.. Resepi dia ambik kat internet. Klik Sini. Nak jadi ke cerita.. mmg bykla dugaan nak boleh jadi kek ni. Mula² mixer x ada, pinjamla ngan mak sedara, bawak balik umah.. tgk² mixer semata.. besi yang pusing² mixer tu x ada.. (...harap paham besi apa.. x tahu panggil apa...) Pastu Ninie suh Zex g pasaraya beli.. ingatkan murah.. rupanya mahal.. x jadilaa beli.. Pk punya pk.. teringat kat Jiran seblah. K.Nor ni rajin memasak.. mesti ada.. heheh terus sms dia.. dia ckp ada.. apa lagik.. pinjamlaa.. Akhirnya.. beginilaa hasilnya.. Bagi jiran skit, tanda penghargaan atas sokongan.. hehehehe Seme puji sedap.. yolah tuh..!
Ni Ninie buat balik dari keje tadi.. Google kat internet. Dapat resepi ni.Klik Sini. tapi Ninie x laa ikut sgt resepi tu. Pisang tu Ninie bubuh byk.. Mula² ingatkan x jadi.. sbb dah bakar 45minit seperti disarankan.. kek masih lembik.. yerla.. bekas bakar ci nonet.. Ninie g humban seme dlm tu sekaligus.. puas laa nak masak.. so, Ninie bakar lagik 15minit. Inilaa hasilnya.. Zex ckp, sedap.. mcm beli kat kedai..

Apsal Ninie buat kek ni??? Mulanya kakak ipar laa.. dia bg pisang lemak manis.. muda lagik, lum masak.. Ada laa sesikat. Bila dah masak.. puas nak habiskan makan mentah. Nak buat cekodok.. bosan dah.. Last² Ninie buat kek pisang.. x sangka jadik! Berbakat jugak Ninie ni yer.. hehehe ( naik lif, tekan, naik sendiri).

Mula menapak 3langkah

Harini Zulaikha dah 11 bulan. Dua hari lepas, dia mula berdiri lepas tgn dan paling menakjubkan dah mula menapak. Tapi 3 langkah je. Dia jenis gopoh.. langkah laju².. risau tersembam.. suka sgt dia, bila dpt langkah sendiri..

Sekrg ni dia akan ikut aje apa org ajar dia.. paling dia suka melompat.. kalau kita melompat dia pun melompat.. duduk dlm walker tu sakan melompat.. Ninie makin x sabar nak tunggu dia boleh berjalan.. Teringat masa mula-mula dia belajar berdiri, asyik tersembam muka aje, sekrg ni dia dah pandai control duduk dan berdiri.. mencangkung pun dah pandai..
Sekrg ni pun dia dah makin berdikari. Pandai main sendiri.. cuma Ninie masih risau, x tinggal dia main sorang-sorang.. Bila tgk gelagat dia.. x sangka dah 11 bulan umur Zulaikha... Bamboo seat ni pun dah x muat dia nak duduk.. dulu Ninie yg tolong dia duduk.. sekrg dia dah masuk sendiri.. tu yang kaki terkeluar g tu..heheheh... x bg masuk pun dia nak jugak.. dia ingat muat ke.. ngam ngam je tu.. hahahaha

Friday, January 7, 2011

Bila dah 10bulan..

Sekejap betul masa berlalu, Zulaikha dah 10 bulan lebih.. dah nak masuk 11 bulan pun. Masa genap 10bulan Ninie bawak g klinik mcm biasa. Berat dia naik.. dah 8.2Kg. Terus ambik vaksin pneumococcal. Untuk anak-anak bawah 2tahun, kena ambik 3 kali. Zulaikha baru ambik sekali je. Next mont dia kena ambik yg kali ke-2. Nak elakkan dia dari kena penyakit 3 serangkai. Entry dulu Ninie ada citer. Sejak dua menjak ni dia semakin aktif.. Aktiviti harian dia:-
1. gigit ibu (gigi atas dah 6batang, bawah 2 batang .. mm geraham pun dah nampak..)
2. mula nak berckp.. ayat feberet dia "capak capak.." mcm upin ipin jer..
3. suka menyanyi, tp ngan bahasa dia laa.. "na nana nana..."
4. berdiri .. eksyen.. nak lepas tgn aje
5. meniti dari satu tempat ke satu tempat.. agaknya dia dah mula nak bljr berjalan..
6. yg ni paling x tahan.. "MEMUNGGAH!!!!" terpaksalaa ibu ada keje tambahan..

suka sgt makan pen bapak dia..
tempat feberet..
kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan..
sini plak sepah..
tunjuk terror..

cekap laa kononnya tuh..
yg ni x leh tahan.. habis brg ibu dia punggah.. jenuhlaa ibu kemas balik..

Thursday, January 6, 2011

dah mula campur susu.

Bila tgk botol² mmg rasa sedih hati.. Dulu botol² ni penuh dlm peti beku.. sekrg dah duduk kat rak.. Ninie dah mula kekurangan susu simpanan. Susu makin kurg.. Yerla bila anak makin besar dan start makan makanan pejal, mmg susu ibu akan jadi kurang. Sbb baby pun dah x minum byk mcm dulu.. W'pun Ninie dah x ada stok simpanan, Ninie masih mcm biasa... :-
1. bawak cooler bag g keje & ke mana².
2. pam susu kat pejabat, 3 kali (w'pun hasil dia.. sgt menyedihkan..)
3. bekalkan susu ibu ke taska (w'pun kekdg x cukup)
4. g taska tengah hari, hantar susu perahan
5. directfeed zulaikha bebila sahaja
6. makan & minum mcm biasa utk kekalkan susu..

Ninie mula perasan susu ninie kurg, masa bulan puasa. sbb kita kan kurang minum air.. Ninie gunakan hampir semua stok beku dlm peti ais.. pastu penah ninie kena g kursus yg lama, habis semua stok beku ninie guna sbb nak bekalkan kat zulaikha..

Ninie penah cuba bbrp produk utk tambahkan susu, tapi x menjadi, sbb zulaikha ni sensetif, dia alah pada apa yg Ninie makan, dia akan jd cirit  birit. So doc advise, jgn ambik benda² yg boleh effect kat zulaikha. Minum bergas tu pun ninie x leh minum tau.. kalau minum.. zulaikha akan cirit birit.. berpantang laa ibu selama masih menyusu zulaikha ni.. x aper.. ibu sanggup!

Ninie agak risau kalau bekalan g taska x cukup, so mmg bg taska susu  tepung, zulaikha jenis x kisah susu apa.. dia belasah je.. hehehe alhamdulillah.. lega ibu.. Perasaan tu agak sedih jugak sbb dah mula campur, tapi umur zulaikha dah 10bulan.. baru campur.. (ayat sedapkan hati..) ... mcm mana nak capai 2thn ni.. Ninie hari² doa, jgn laa susu kering terus, at least bila dgn zulaikha, ninie boleh directfeed dia sampai 2thn.. Ninie akan teruskan usaha!

linkwithin

Related Posts with Thumbnails