Pages

Friday, December 30, 2011

Pencarian Satu Penyeksaan Jiwa

Dah 3hari Ninie mencari dokumen yang hilang. Harini last kena sudmit claim. Aduila mana la letaknya. Pas balik outstation Putrajaya hari tu, rasanya dah bawak g opis. Tapi dah banyak kali selongkar opis ni x jumpa. Kat opis bukan byk sgt pun brg dlm bilik ni. Adui... balik rumah cari pun x jumpa jugak. Dalam kereta seme dah cari. Ni gara-gara buat 5S. Habis semua simpan. Sampai x jumpa.. arrrggghhhhh tension....! 

Agaknya x ada rezki nak claim bulan ni.. Kalau ada rezki jumpa la tu.. kalau x ada.. sy kenala redha.. uuuuuuwaaaaaaaa!. sampai tido malam x lena.. sbb rasa mcm ada je tp x tahu kat mana. Ninie jarang ilang dokumen penting. Ni mesti sbb serabut keje kat opis, simpan, terus x jumpa. Opismate pun dah tlg cari x jumpa jugak.. aduiiiiiii tekanan perasaaan sungguh!!!!!!

Zulaikha yg semakin keletah

Lama dah x citer pasal uncit kan. Lately ni jarang Ninie ambik gambar dia. Sejak HP c3 ni buat hal. Bila masuk je kat USB pc ni, dia shutdown. Ntah apa la x kena. Takkan nak kena tukar HP baru kot.. Ahahaha.. 
Ni gambar Zulaikha paling baru. Tu pun Zex yang ambik masa Ninie g KL. Zulaikha dengan cousin dia, Syahmi. Dua2 kuat makan. Kalau siapa dah lama x jumpa Zulaikha, ayat pertama "eeehhh banyak dah rambut dia" Ye la dulu Zulaikha motak perut uncit. Umur dah setahun lebih baru la tumbuh rambut dia. Ni baru nak lebat. 

Sekarang ni Zulaikha dah Setahun 10 bulan. Tapi ramai ckp, badan dia besar (maknanya.. uncit + debab). Dia dah x leh nak pakai baju umur 2T. Semua baju kena ambk saiz 3T. Sbb kat bahagian perut mesti nampak pusat, tergantung baju. Heheheh

Sejak nak dapat adik ni dia makin manja. X boleh salah sikit. Merajuk. Tergolek2 atas lantai. sampai satu ruang tamu dia golek-golek. Selagi x pujuk, x bangun la dia. Kekdg buat mengada-ngada, nak ibu je pujuk dia. 

Dulu kan dia suka tgk barney, sekrg dah ubah selera. Hari2 boiboi boy dengan upin ipin. sekejap boiboi boy, sekejap kang suruh ibu tukar upin ipin pulak. Selalu sgt tgk citer yg sama, sampai dia hafal dialog. Blum lagi part dialong tu, dia dah sebut.Mmg kelakar.

Zulaikha dah kurang takut dengan orang. Agaknya dah besar, makin suka nak berkawan. Tetiap hari ajak ibu "main". Kalau dia sebut "main" maknanya, ajak keluar rumah, nak join main ngan anak jiran2. Pastu suruh bawak "cikai=basikal". Sebab dia tgk anak-anak jiran semua bawak cikai. Dia ngan cikai roda 3, x pandai kayuh. Heret je ngan kaki. Tapi paling susah, nak ajak balik. Selg budak-budak lain x masuk rumah, dia pun x nak masuk. 

Bab berckp, mmg dia improve.Suka sgt berckp. Ada yg kita faham. ada yang x faham. tapi sebab dah biasa dengar dia sebut tetiap hari, dia sebut apa pun Ninie mmg faham. Tapi dia mmg suka buat ayat tambahan.. Ayat depan kita mmg x faham, yg belakang je kita faham dia sebut. "ketekektekekte...... duduk..." Ketetekekekekeke.... cikai..." hahaha mmg asyik gelak je dgr dia ckp. 

Kalau tanya dia.. "anak saper ni?" dia jwp"anak kita....." sbb Ninie ngan Zex mmg suka sebut pasal Zulaikha anak kita.. heheh rupa-rupanya dia memerhati setiap apa yg kita sebut. 


Sekarang ni dia mmg suka kartun Pooh ngan Mickey Minnie. Kalau baju mmg nak yg gambar kartun ni je. Especially pooh. Kalau pas mandi, dia akan cari sendiri baju, mmg dia akan ambik pooh je. Ibu dah beli baju lain yg lawa-lawa, x nak pakai, nak pooh ngan mickey or minnie je. Basuh, kering je pakai.. 

Lagi satu kartun dia suka, angry bird. Yang ni mmg Ninie x pernah tunjuk kat dia. Tapi ada satu hari tu, g giant, dia nampak org jual, pastu dia sebut "angie bird". Rasa pelik juga, rupanya kat taska kengkwn semua bawak bag angry bird g taska. Ninie cari bag sekolah jenis tarik beroda ada gambar Angry bird. Murah je, kat Big Ten. RM20 je. Mula-mula dia dpt, terus dia tarik sambil sebut "Ikha, balik!" hahahah dia tiru style cikgu panggil dia bila Ninie dtg nak ambk dia petang-petang. 

Cuma satu je yang dia x ambik perhatian sangat kalau Ninie ajar dia, bila sebut pasal adik dia.. Selalu Ninie tunjuk perut pastu bagi tahu adik ikha ada dlm ni, dia mmg x respond langsung. Buat x tahu je. Hopefully nanti dia respond jugak.. hehehe. Jangan jeles + buli adik dia nanti dah le. Anak adalah amanah Allah yang paling berharga. Sekian :-) harap maklum. 

Thursday, December 29, 2011

Musim Tengkujuh

Lama x post apa-apa. Akhir tahun mmg byk keje. Malas pun ye. x ada idea pun ye. Bulan Dec ni mmg asyik hujan je kan. Air itu rahmat :-) Masa kes Gerhana bulan, Ninie mmg x tau hari tu gerhana bulan. Kebetulan hari  tu cuti. Ninie g keluar jenjln dulu siang tu, lepas tu balik Pekan. Sbb ada tahlil. Tapi malam tu jugak balik semula ke IS. Dalam kul11 mlm sampai IS. mmg sangat-sangat terkejut sbb laluan masuk ke rumah Ninie penuh ngan air. Tasik pun hampir-hampir melimpah. Pusing keliling cari jalan nak masuk ke rumah. Akhirnya, park keter jauh, jalan kaki harung air. Alhamdulillah air x masuk dlm rumah. Cuma kat porch keter sikit je.
Zex ngan jenjiran tetangga stay sampai kul2 pagi. Takut air masuk dlm rumah. Alhamdulillah hujan berhenti kul2 pagi tu.. Kalau x, berkemas la kitaorg ni. Musim tengkujuh x habis lagi.. so masih x selamat. Kena berjaga-jaga :-)

Monday, December 12, 2011

Minggu ke-20: :-)

Dah masuk minggu ke-20 Ninie pregnant. Minggu 20=5bulan. Ramai yg ckp, perut Ninie besar sgt. x gaya 5bulan, mcm 7 bulan je. Kerana ketidakpuasan dihati, Ninie g KSH jumpa doc khaled. Patutnya appointment esok. X sabar plak nak tahu jantina baby + nak tanya doc betul ke bb Ninie ni besar. hehehe

Mula-mula jumpa dah tanya kat doc. Betul ke bb saya besar? Doc khaled pun scan. "Mana ada besar,  normal  je, tgk ni minggu pun betul, minggu ke-20. awk ni rangka badan je besar. Baby normal je.. Cuba tgk tu, baby awk boy ke girl...?" Hehehe.. jelas nampak bird dia.. "baby boy.. (dalam hati berbunga2 happy....) " . Dah sepsg anak awk.. Alhamdulillah syukur sgt. Kedudukan baby semua normal. Uri pun kat atas.

Sepjg pregnnt ni rambut Ninie byk gugur, Doc ckp, itu normal. Pastu keputihan byk.. haaa yg ni normal jugak, cuma bahaya sikit. Takut kuman. Doc bg ubat. Suruh telan sekali je. Harini dpt vitamin baru plak.. IBERET Folic.. 

happynyer saya harini... terus sms zex.. :-))




Tuesday, November 15, 2011

Minggu ke-16: Silap kira

Kelakar sungguh harini. Dah sampai taska, baru perasan bag Zulaikha dengan bag Ninie x bawak. Ninie dah pesan kat Zex suh ambk, sbb Ninie dukung Zulaikha masuk kereta. Agaknya Zex x dgr Ninie ckp masa tu. Ninie pun satu hal, x perasan plak bag x ada, sampai la dah sampai taska. Rasa mcm kelakar, bila jalan ke opis tanpa pegang apa-apa barang. Terpaksa Zex patah balik rumah ambik.

Alang-alang dah dtg opis Ninie hantar bag, Zex ajak g KSH terus. Appoitment dengan doc Khaled belah petang, tp Zex ckp, g pagi ajela. Ninie pun ikut aje la. Sib baik jugak g pagi, doc Khaled ada operation belah petang.

Doc scan baby, alhamdulillah development baby semua ok. Berat dah naik sekilo lg. Sekrg ni berat 64.5kg. Lupa plak nak suruh doc print gambar. Dah besar adik Zulaikha ni rupanya. Doc ckp "very good, dah 16 minggu lebih... " Ninie ni kan teruk betul, selama ni, bila org tanya, Ninie ckp baru 3bulan lebih. Pastu seme ckp, "besarnya perut" Rupa-rupanya... hahahah Ninie yg salah kira. Padanla perut besar, dah 4bulan lebih. Baby dah bersifat. Cuma bentuk muka belum nampak, doc kata masa ni ibarat ada kulit dengan tulang aje. Lemak belum ada, so, bentuk muka dia x leh nampak dengan jelas.

Balik dari KSH, Ninie tanya Zex "agak-agak kan.. anak kita laki ke pompuan?" apa dia jwp??? "Abg rasa pompuan..." sebenarnya Ninie pun rasa mcm tu... Huhuhu bentuk kepala serupa betul ngan Zulaikha.. Tapi wallahuallam.. Kita tgk ajela.. Ninie x kisah laki ke pompuan.. janji sihat dan sempurna. 

Lagi 5bulan nak tunggu baby lahir.. x sabar plak rasa.. x sabar nak ada 2org anak.. mesti tunggang langgang umah Ninie nanti (yg mmg sedia ada dah tunggang langgang dikemas oleh Zulaikha).. Heheh

Takut kerang

Semalam malas nak masak (bukan semlm je malas.. hari-hari malas).So makan char ko teow je la kat area umah Ninie. Kat gerai char ko teow ni  selalunya dia letak sepinggan kerang atas meja. Yang belum masak. Kalau nak makan, suh la dia rebus. 

Lepas dah order, Zex bangun, dia g order otak-otak kempas, kat gerai sebelah. Zulaikha berdiri atas kerusi sebelah Ninie. Dia tgk je kerang dalam pinggan tu. Tetiba dia usik kerang tu, ada plak kerang yg masih hidup, masa dia sentuh je kerang tu, kerang tu tertutup. Dia punya terperanjat, terus melompat kat Ninie, pastu nangis sekuat hati.. Hahahahaha ambik kau.. tau takut.. Semua org yg makan kat gerai tu pandang arah Ninie.. Hehehe Ninie ckp la.. dia takut kerang.. mmg kelakar sgt muka dia. Lepas tu sampai abis makan la, dia duduk atas riba Ninie, mulut x berhenti sebut..." tu gigit.. gigit.." Zex apa lg nyakat la.. saje je dia angkat pinggan kerang tu bg kat Zulaikha, susah payahla Zulaikha mengelak.. takut sgt dia.

Lepas ni serik la dia nak usik kerang atas meja. Zulaikha selalunya cepat serik.. sekali dia takut dia mmg ingat.. Heheh geli hati betul anak dara saya ni.. 

Zulaikha suka makan laksa

Ni semua gambar masa raya haji. Cousin ninie yang ambik kan. Zulaikha mmg selalu jadi tumpuan, bukan sbb dia comel ke apa.. tapi .... sbb dia UNCIT!. Dia mmg kuat makan. Masa raya haji, bapak sedara Ninie buat Laksa kuah lemak. Kuah dia mcm kuah laksam. Tapi makan dengan mee lidi. Zulaikha mmg suka sgt la. Pernah dia makan.. 8 kali tambah.. Huhuhu... mmg semerbak bau ikan..
gaul kan mee dah kuah supaya rata
Masa utk makan.. Makan guna tangan.. baru umpppphhh!!
Mee x yah potong ye, terus je hirup sampai abis.. senafas..
chooppp! masa ni baru lepas makan mee sup.. heheh hari yang sama.. 

Tuesday, November 8, 2011

Zulaikha bila dah pandai berckp..

Lama x citer pasal Zulaikha. Bukan x ada cerita, cuma gambar x ambk. Mcm x best nak citer gambar x ada Ibarat buku cerita tanpa gambar.. Cheeewaahhh!!!  Zulaikha sekrg makin byk berckp. W'pun pelat.. tp sbb dah biasa dengan dia setiap hari dah faham sgt bahasa-bahasa dia.. antaranya:-

  • apak=Bapak
  • ibu=ibu
  • tok=tok
  • kie=tokki
  • kucing
  • bece yer=biasa dia
  • acik=nasik
  • cucu=susu
  • akit=sakit
  • nak air=nak air
  • na nak=tak nak
  • angan=jangan
  • kokok=keropok
  • cikut=biskut
  • &*%$#@@= maaf.. ibu x upaya nak translate.. ibu pun x faham.. hehehe
Masa anak kita mula berckp ni, masa ni mmg seronok. Kita mesti suka dgr dia sebut apa-apa perkataan. Tp bila time dia malas nak ckp.. suruh la ckp apa.. dia buat x tahu je.. muka selambe.. Baru-baru ni, balik dari taska, tangan dia merah.. pastu dia asyik garu je. Ninie tanya dia.. "kenapa tangan ni?"  Zulaikha ckp "gigit.. gigit ni..." mula-mula Ninie ingat dia fobia kena gigit ngan kucing.. makin hari merah tu hilang.. nampak kesan gigi kat tgn dia.. Bila g taska Ninie tanya cikgu dia. Cikgu ckp "Maaf la kak.. lupa nak bg tahu.. dia kena  gigit ngan akim.. menangis selak dia.." mmm patut la kan.. Bila dah pandai ckp.. dia bg tahu kena gigit.. tp dia x bg tahu je saper yg gigit.. kesian anak ibu... biasala budak-budak mmg g tu kan... 

Minggu ke-14: Dah tukar uniform

*gambar masa dinner PSDC-Ala arab.. 
Minggu-minggu yg semakin malas nak update blog. Malas sbb bawak diri pun x larat... Penyakit yang sukar dikawal.. heheheh. Minggu ni Ninie dah start pakai baju  maternity. Bukan sbb baju kurung dah x muat, tp dah x selesa nak pakai. Kain boleh masuk, cuma x leh nak zip. "Sek'Eh" rasa perut. Tau kan maksud "Sek'Eh" tu.. Heheh.. maksudnya x leh nak bernafas .. 

Perut Ninie agak besar jugak. W'pun baru pregnant 3bulan lebih, tapi dah ketara sgt nampak. Ada yang ingat dah 5bulan. Seram jugak bila org duk tegur.. "La... baru 3bulan.. ingatkan dah 5bulan...ntah-ntah kembar..." Ayat last paling seram. Kembar???? ntah kenapa, bg org lain mengandung kembar tu seronok. Tapi Ninie, takut yg teramat. Potensi nak dpt kembar mmg ada, sbb kakak Zex mmg kembar seiras. Ninie mmg x nak sgt kembar... sbb risau x mampu nak jaga. Jaga Zulaikha sorg pun mcm terumbang ambing.. Tapi kan.. kalau la Ninie dapat kembar, Ninie terima dengan seikhlas hati.. ngan lapang dada. Kompem tutup kilang pas tu.. hahahaha. 

Sebb kerap sgt org usik kata Ninie kembar, Ninie mmg kompem kan ngan doctor, masa scan mmg sorg je.. Dengupan jantung satu :-). Tapi diaorg ni  mmg jahat tau.. diaorg ckp, ada je kembar yg x tahu.. xnampak, terselindung. Ni apa kes plak ngusik2 saya ni kan.. dah laa saya takut.... huhuhu Berserah pada yg Esa. Janji anak Ninie lahir dengan sihat dan sempurna. InsyaAllah..

Alahan Ninie, alhamdulillah.. semakin hilang.. cuma penat je x ilang.. Harap-harap alahan ilang terus pas ni. Bleh la saya makan best-best.. :p

Friday, October 28, 2011

Minggu 12: Mengidap penyakit malas

Minggu ni minggu cuti panjang bg org Pahang. Isnin cuti harijadi Sultan, selasa ambk cuti rehat, rabu depavali.. campur sabtu ahad seblum, 5hari cuti. Kebetulan Zex kena keje hari cuti, dapatla Ninie balik umah mak Ninie. Sgt suka!!!!.. balik rumah mak.. mau  x sukanya kan.. Tapi kan.. Ninie x buat apa pun cuti 5hari ni. Hanya makan & tido.. 

Dah masuk 3bulan ni, Ninie ingat alahan makin hilang, tapi belum lagik. Masa kat umah mak, asyik nak muntah aje. X lah muntah, cuma duk uwekkk uwekkk je memanjang. Banyak angin. Badan jadi x larat. Pastu apa lg.. tido laa saya.. 

Kekdg rasa x selesa, mcm-mcm org pregnant ni kan. Ada yg x kena alahan. Ada yg kena teruk sgt. Dugaan sungguh.. Minggu ni mmg penyakit malas makin berleluasa. Di campur pulak dengan x larat.Mmg double malas. Balik dari umah mak, selalunya mesti kemas-kemas seme kain baju .. brg-brg zulaikha. Ni x pun.. duk tersadai seme depan pintu. Kalau org dtg rumah.. mmm mcm kapal pecah. Semak mata... semak otak.. tp penyakit malas ckp.. biar dulu.. esok2 je buat.. heheheh tgk blog ni dah le. X ada dah gambar-gambar barunyer.. seme gambar subsidi google je. Nak snap gambar.. mak aiii mmg malas laa.. Jangan anak dlm perut ni malas nanti dah la ye.. 

Wednesday, October 19, 2011

Minggu ke-11: Semakin memberat

Semlm g KSH. Macam biasa, cek kandungan. Zex bwak. sekrg ni dah malas nak memandu.. Alhamdulillah, adik zulaikha dah makin membesar. 

Mula-mula jumpa, doc tgk berat badan. Pastu doc tanya.. "alahan lg ke?" Ninie ckp.. "A  ah.. muntah sokmo.." dia pun ckp.. "ni berat naik sekilo, oklaa tu.. khasiat makanan seme di serap, kalau muntah, berat x naik.. tu masalah. X per.. lg 2-3minggu ilang la tu alahan.." Harapan berbunga dari doc.. betul ke lg 2-3minggu..??? kita tgk aje laa.. Alahan Ninie sebenarnya dh makin kurang. Cuma nikmat makan dah x ada. X ada apa pun rasa sedap. Makan asalkan kenyang aje. Pastu cepat penat. Penat sesangatnyerrrrrr.. 

Doc Khaled scan saiz baby mmg 11minggu sama ngan tarikh jangkaan sekarang. Masa scan, dah nampak adik zulaikha dah bersifat semua. Ada kaki tgn, dah terbentuk, cuma x sempurna lagi. Masih awal. Masa scan nampak dia gerak-gerak. Pastu tanya doc, "dia dah gerak-gerak ke?". Doc ckp, "mmg dah gerak... " Ninie pun ngan bangganya membuat kenyataan.. "ooooo patut la kekdg rasa mcm berdenyut mcm nadi..." sepantas kilat doc menjawap .."ehhh awk mana boleh rasa lagi.. kecik lg.." hehehehe mana laa saya tahu kan.. hahah gaya mcm anak first pulak hahahah...

Ninie ni mmg peramah sgt.. Tanya lg doc.. "Doc, bila kena start makan clomid?"--->dengan confidentnya.. Doc mcm terkejut .."ehhhh clomid tu untuk org nak dapat anak je makan.." hahahahaha silap laa pulak.. bukan clomid.. obimin.. Hehehehe.. malu tau!!!!!!!!! sampai sekrg teringat-ingat telah memalukan diri sendiri. Tulaa mulut suka sgt tanya.. tahu laa doc tu bila nak bg nyer.. Tapi Ninie mmg suka doc Khaled, sbb dia jenis kelakar. Dia x kisah kita tanya apa pun.. Masa Zulaikha dulu, pernah doc buat teka-teki kat Ninie sambil scan baby.. "awk tahu x pekerjaan apa.. bila goyang kaki je dapat duit?"... Ninie puas pikir.. yerla x kan duk saje.. goyang kaki pun dapat duit??? pastu doc gelak... "Tukang jahit la.. mcm mak awk tu.. " hehehe yerlaa dulu2 kan org jahit pakai mesin manual.. kena goyang laa kaki..  kikiki.. apsal la tak terpikir kan.... 

HTAA sekrg dah x ambik kes-kes biasa mcm Ninie, diaorg suruh g klinik kesihatan biasa. Pikir punya pikir, malas la nak g 2 tempat.. KSH lg.. KK lg.. Terus decide buat buku kat KSH aje.. Seronok bila tgk baby dah membesar.. suh doc print.. nak simpan dlm album.. heheheh


Tuesday, October 18, 2011

Rezki

Sabtu baru ni PSDC buat dinner kat Zenith Hotel. Mmg best sgt. Kalau saje-saje nak g makan.. X kuasa i tau! Yerlaa mahal.. Katanya hotel 5 Star. Dapat juga la kami ni merasa makan kat hotel mahal. Uncit mesti bawak w'pun dah tahu, nak makan ngan dia mmg sekse. Mula-mula sampai je dia x tunjuk aksi. Nak minum air pakai gelas kaca. X bagi terus dia mengamuk. Boikot ibu. Terlentang atas kerusi kepala ke bawah.. Aduilaa anak sorg ni.

Sib baik juga, PSDC ada jemput badut datang. Anak-anak seme x kisah ke mak ayah bila badut tu ada. Sibuk nak belon. Ikha pun apa lg.. mesti x lepas peluang. Dapatla dia belon bedang satu. Duk pegang sampai laa tertido.. hehehe

Makanan kat situ boleh tahan la. Nak kata sedap sgt x la. Tapi dinner tu  mmg best. Jumpa famili-famili yang lain. Yang mana dah biasa, masa tu la nak sembang-sembang.
Dinner kali ni macam-macam anugerah ada. X sangka Zex pun dapat. Anugerah Khidmat Cemerlang. Mmg betul-betul rezki anak kan.. baru ni Ninie dapat. Ni Zex pulak. Cemerlang betul kitaorg ni. Hehehe.. Alhamdulillah.. Zex dpt kain tenun  ngan buku. W'pun x sehebat gomen dpt, penghargaan tu yg ptg. Tqvm PSDC.

Cabutan bertuah mmg best-best. Tapi bukan rezki dpt yg hadiah grand-grand. Hadiah paling grand Samsung Galaxy. No Zex no.4, tapi yg menang no.44. Sipi dah tu.. hahaha x per tahun depan ada lg.. Semua org dapat hadiah.. tp grand ngan x grand aje la kan.. Janji kita enjoy!!!!!.. 

Friday, October 14, 2011

Semoga Tabah Hadapi Dugaan

Semalam pepg hari Ninie mula keje macam biasa, tetiba opismate telefon.. "Puan..." Ninie selalu ngan dia gelak-gelak or buat lawak, Ninie x perasan betul dalam nada suara dia tu ada nada kesedihan.. Mmg x elert betul Ninie ni.. (ada penyesalan rasa dlm diri..) Ninie teruk jwp.. "Hah! nak apa?" (sambil gelak-gelak). Tetiba dia ckp.. "Puan, ayah saya meninggal dunia..." Masa tu kerkejut sgt Ninie.. X ada plak dgr ayah dia sakit ke apa ke.. Ninie terus tanya lg.. "Meninggal kenapa?" Soalan yg kekdg x patut tanya kan.. "mmm ada kat kecemasan ni, saya pun x tahu.." suara dia makin sayu.. Ninie terus bergegas ke kecemasan dengan opismate lain. 

Tiba kat sana, Ninie nampak dah dia.. x sanggup nak g kat dia.. sbb dia tengah sebak dan menangis.. Ninie suruh opismate yg paling berusia g tenteram kan dia.. Air mata rasa nak berlinang sama... Terasa sayu sgt suasana masa tu.. Ninie x tahu nak sapa dia mcm mana. Ninie biar je dia dulu ngan opismate lain. Ninie cari MA kat kecemasan & tanya situasi masa tu. Dari penerangan diaorg, Ayah Aidil keje kat MPK, depan HTAA ni je. Kebetulan ada perhimpunan pagi, ayah dia lead bacaan doa. Lepas abis bacaan doa, ayah dia duduk, lepas tu pengsan tetiba. Masa bawa ke HTAA ayah dia dah x ada.. Ya Allah Tabahkan hati Aidil hadapi dugaan.. 

Urusan jenazah agak lama juga, sbb kena buat postmoterm sbb ayah dia meninggal bukan di HTAA. Mak Aidil x nak buat postmoterm, so kena cari rekod saringan kesihatan ayah dia. Kebetulan MPK ada buat dengan UIA, bergegas org MPK pergi UIA cari rekod tu. Akhirnya siap urusan dengan polis semua, Jenazah selamat di kebumikan lepas Asar. Ninie mmg respect ngan kerjasama staf MPK ni. Mmg sgt concern dengan staf mereka.. 

Ninie g jugak umah Aidil, kali pertama Ninie jejak kaki ke sana. Suasana mmg sayu... Bayangkan ayah dia baru usia 51 dah dipanggil oleh Ilahi. Mudahnya ayah dia pergi.. lepas lead bacaan doa ..  Hebatnya..

Balik rumah, Ninie duk pk.. Kalau laa kita dijemput oleh-NYA begitu awal.. Macam mana ye.. Cukupkan bekalan ??? mmmmm dalam keadaan apa agaknya kita ni kan.. 

Ninie teringat kat Aidil, semoga dia dan famili tabah hadapi dugaan... Hilang tempat bermanja dah  bergantung.. Mcm mana nak hadapi hari-hari akan datang. Tabah kan hati ye Aidil.. Al-Fatihah! Semoga ayah Aidil di tempatkan di kalangan org beriman.. 

Tuesday, October 11, 2011

Rezki Anak

Ni bukan en3 nak riak dpt APC. Tapi nak citer rezki anak. Mmg Ninie x pernah sangka dpt APC. Sebb penilaian keje di HTAA baru dlm setahun lebih. Ini lah yang dikatakan rezki anak. Lepas je tahu pregnnant.. tetiba dpt plak APC. Mmg setiap anak tu ada rezki utk dia kan.. Tahun ni plak, belanjawan nak naik gaji gomen + dapat bonus setengah bulan gaji. Bersyukur sgt. X dpt naik banyak.. sikit pun Ninie bersyukur.. Kurang-kurangnya ada jugak..

Masa Zulaikha, betul-betul Ninie naik pangkat ke HTAA dari SUK. Baru duduk kat HTAA x sampai sebulan, dapat plak berita Ninie pregnant. Rezki anak.. Mmg Allah dah janji macam tu kan.. 

Sejujurnya Ninie mmg risau bila nak pregnant anak ke-2. Bukan sbb Ninie takut alahan ke sakit ke.. Cuma risau dengan perbelanjaan sekarang. Kos untuk anak sorg dah brp kan.. Ninie ni kompem hantar anak ke taska. Kompem la kena ada tambahan duit kat situ. Tapi Zex ckp, jgn bimbang.. ada la rezki utk anak kita nanti. Tapi mmg betul.. Zex pun dah ok kewangan dia. Alhamdulillah la.. Tapi bukan nak kata mewah. Cuma cukup la utk kami. Bersyukur sgt atas nikmat kurniaan Allah. Semoga bertambah2 rezki kami.. Amin.. !~

Minggu ke-10: Alahan semakin teruk


Sekse sungguh bila alahan ni. Semakin hari semakin menjadi-jadi. Kalau org tgk gaya Ninie kat opis, mcm steady je. Tapi sebenarnya.. saya je yg tahu.. Nak citer pun x reti. Badan rasa x larat sgt. Semlm x g keje, dah siap-siap pakai baju, tetiba pitam. Seharian duduk rumah ngan Zulaikha, Ninie byk baring aje. Si uncit tu nasib la dh pandai main sendiri. Kalau x.. dipaksa-paksanya ibu main ngan dia. Semlm Ninie tertido, terkejut tido terus cari Zulaikha, rupanya ada sebelah ibu, tido jugak.. Risau dia main sorg-sorg, ntah ke mana dia g nanti.

Sekrg ni, Ninie selalu rasa lapar, tapi x selera nak makan. Nikmat makan dah hilang. Makanan semua rasa x sedap. Lidah selalu rasa masam. kekdg tu Ninie ambk berus gigi berus lidah .. pastu muntah... Dah x tahu nak makan apa bg ilang rasa loya. Badan plak x larat.. Mesti nak baring je.. Tido.. Jadi pemalas.. bukan sengaja nak malas.. tp mmg itula Ninie rasa.  Serba x kena.. Harap-harap tempoh alahan ni kejap aje.. sekse!

Monday, October 3, 2011

Uncit di Toncet!

Ambik Uncit dari taska terkejut tgk rupa dia.. heheh comel jugak kan. Cikgu la yg rajin toncet rambut dia ni. Ninie x pernah cuba ikat rambut dia, x terpk.. sbb rambut dia halus dan sikit sgt. Bila cikgu dh start ikat ni, Ninie pun bleh la toncet dia selalu. x marah plak dia.. duk diam je. Kalau pakai sepit rambut dia x suka.. mesti dia buang.. Comel anak ibu ni :-)

Jamuan Raya Opis

Ni patutnya entry lama dah. Malas nak update blog. Ngandung ni dia jd malas byk.. heheheh. Opis Ninie buat jamuan raya kecil-kecilan je. Ajak kengkwn rapat aje. Nak ajak satu HTAA? pengsan! 3000 staf dia. Order sikit je ngan katerer.. yg lain bawak sikit sorg..
 
Laksa Penang.. 
Ni tukang masak dia. En.Ezad memenuhi permintaan ibu mengandung yg mengidam nak makan laksa penang dia.. Ezad ni mmg terror bab masak memasak.. Tqs Ezad!
Kitaorg tempah je roti jala ni. Roti jala ni color dia menarik.. Hijau kuning bendera kedah. 
Yan rajin, bawak nasi impit siap ngan kuah rendang & kacang. Licin...
Mee goreng pun tempah.. 
Pencuci mulut mmg byk diaorg bawak.. bleh tapau bawak balik.. 
perasan x yg coklat tu.. tu opismate jugak buat. Hahaha.. sampai ambk cuti sehari. Ingat nak bawak makanan apala sampai ambk cuti sehari seblum.. coklat je???? rizal.. lain kali buat coklat tu.. kurang-kurangnya ada la warna ke... ada filling yg best ke.. ni kosong aje.. jgn mara aaa....
Ninie bawak apa??? bawak ni aje.. Kek carrot.. Tapi seme puji sedap :p. Ada yg mintak resepi.. Saya pun ambk resepi kat internet je.. :-))

Minggu 9: Asyik Lapar Je

Minggu lepas, minggu ke-8 ada appointment dengan doc Khaled. Cek pregnancy utk kali ke-2. Kali ni byk sikit kena soal. History keluarga ada diabetes or darah tinggi ke x. Mmm abah ada diabetes, mak ada darah tinggi. Seme kena rekod. Pasal penyakit genetik. Masa anak yg first, keguguran, Ninie kena diabetes. Masa Zulaikha, Alhamdulilllah, normal. Yang ke-3 ni mintak-mintak la x ada. Berat badan Ninie pun dah naik sangat. 62.5kg. Kebetulan lepas makan.. lg la berat kan.. (alasan.. takut org kata gemuk sgt..) Doc ckp semuanya ok. Alhamdulillah la. Kalau g KSH ni.. tiap kali jumpa mesti kena scan. So bleh la tgk baby. Bentuk dia masa ni seumpama seketul daging. Jantung dah ada.. nampak berdegup.. :)) suka tau tgk.. 

Tapi kan.. minggu ke-8 pembiakan jerawat semakin menjadi-jadi. Hormon la tu kan. Zulaikha dulu, mmg jeragat naik penuh kat bawah ketiak.. Selalu kalau jeragat ni mmg baby girl. Jerawat x tau la. Mak ckp, Ninie ni sebijik macam mak sedara Ninie. Ngandung je jerawat naik.. X berseri la muka saya ni kan.. 

Minggu ke-9 ni plak perut lapar je. Mmg x tahan sungguh. Makan dah byk.. tp tetap lapar. Kalau lapar je perut masuk angin. Pastu muntah. Sampai jd letih badan. Harap-harap cepat la berlalu alahan ni. Teringat masa Zulaikha.. Alahan sampai 9bulan.. adui bila dikenang-kenang.. x sanggup nak ngandung lg.. tp itulah dugaan ibu kan.. terima aje la...

Wednesday, September 21, 2011

Teringin Makan Pizza

Dari semlm Ninie teringin nak makan pizza. Tengah hari tadi kebetulan ikut kawan g ktn parade. Terus order pizza bawak balik opis. Bukan nak makan byk pun.. Dapat rasa sikit pun jadi la. Tadi beli 3kotak yg kecik RM19 je. Kebetulan opismate pun nak sekotak. Tadi order 2kotak peproni 1 kotak hawaian chicken. Sekotak mkn, sekotak bawak balik umah. Nak bg uncit ngan apak dia jugak. Makan apa pun mesti ingat kat diaorg berdua. 

Teringat lg ni. Masa pregnantkan Zulaikha. Makanan ruji Ninie mmg pizza. Hampir tetiap hari Ninie makan Pizza. Bukan sbb mengada-ngada. Tapi sbb mmg x boleh makan nasi langsung. Makan aje muntah. Ngandungkan Zulaikha mmg western food habis. X pizza, spageti. Sib baik la ada juga benda boleh makan. Kalau x ada.. lg haru.. mau duk wad, kena masuk air kan. 

Teringat lg (.. psl baru sgt ngandung kat dia..), waktu ngandungkan dia dah 5bulan, Ninie kena g kursus kat Sabah. Terpaksa bawak bekal Pizza ngan Biskut naik flight. Sekse betul, bila kat INTAN Sabah tu jauh dari bandar KK. Nak cari roti mmg payah. Hari-hari makan nasi.. muntah balik.. last-last makan potato chip aje. 

Adik Zulaikha ni, buat masa ni, Ninie boleh lg makan nasi. Cuma x leh nak makan ayam dah. Hari-hari kena makan lauk ikan. Bagus jugakkan.. Ikan lg byk khasiat.. :-)

Tuesday, September 20, 2011

Minggu ke-8: Badan masih maintain

Tak sangka dah 8minggu rupanya kan. Bahasa mudah.. dah 2bulan pregnant. Minggu ni x la rasa loya sgt. Cuma cepat lapar je. Pagi-pagi mesti kena makan cepat. Kalau dh msk angin , mmg jd sekse. Tapi masa ngandung kat Zulaikha, 3bulan ke bawah mmg x ada apa lg. Start 3bulan ke atas, mmg sekse la. Alahan sepanjang hari. 

Kali ni Ninie x brp nak gemuk lg. Kalau masa Zulaikha waktu usia kandungan mcm ni, berat Ninie dah 65kg. Ninie sekrg baru 59Kg. Agaknya dulu sbb Ninie mmg dah gemuk. Perut nampak la jugak. Tapi masih mengekalkan uniform biasa g keje. Blum kena pakai uniform maternity. Buku x buat lg kat HTAA ni. Malas g buat awal-awal, nanti nurse marah kan.. Dah nak masuk 4bulan nanti baru nak g.. Anak ke-2 x per lambat sikit. Tapi ngan KSH Ninie dah start buat follow-up. Minggu depan kena jumpa doc khaled. X sabar nak tgk perkembangan Baby ni. W'pun anak ke-2, still excited mcm masa zaman Zulaikha :-))

Monday, September 19, 2011

Reunion UPTM

Cuti Hari Malaysia, Ninie buat reunion untuk geng-geng unit IT ,SUK Pahang. Sejak bertugas ditempat baru ni, mmg lama x jumpa kengkwn kat sana. Diaorg pun dah ramai kena tukar kat lain-lain jabatan sbb ada reorganization. Asalnya nak buat kat rumah org lain, tp diaorg ckp, umah Ninie la, psl laman luas.. ye laa tuh.. Asalnya juga podluck .. Pastu Ninie decide nak suruh mak masak nasi dagang. Telefon mak, dia ckp boleh, sbb dia pun mmg nak buat nasi dagang sbb dia baru habis puasa 6. Mmg cantik sgt la. 

Kali ni mmg x jemput famili dtg rumah, sbb mmg ni rancangan kengkwn. Cuma Ninie ajak jiran-jiran. Kira mcm openhouse la. Jiran-jiran datang kul3. Geng-geng SUK dtg kul 4, Kengkwn Zex dtg kul 6 ptg. Ada jugak kengkwn yg dtg malam. 

Makanan mmg byk, sbb kebanyakkannya bawak makanan. Penuh rumah ngan makanan. Mee rebus, lemang, kuih raya, mee hoon. Kek.. koktail pun ada.. mmg meriah ngan makanan. Nasi dagang ada lebih, esoknya bawak g umah kakak ipar. Makan kat sana plak.. Malaysia.. mmg penuh ngan makanan kan..
 *gambar songlap kat blog ELAJS.. heheh x sempat nak ambk gambar.. tuan rumah bz..
 Orang kuat reunion.. 
 Orang cameron pun dtg.. Org Inderapura pun ada.. org  AP tu, umah u plak tahun depan yer..
geng-geng bujang & bapak-bapak.. duk kat luar rumah.. Zon bebas merokok..
TQVM kepada semua yg dapat hadir.. Seronok dapat berkumpul balik. Yang x hadir, mungkin lain kali plak.. kita buat kat umah ELAJS. Sekrg ni umah dia pakguard x bg masuk.. hahahah

JJCM: Tutti Frutti

Teringin nak makan aiskrim Tutti Frutti. Pasal dah masuk TV3, JJCM tu. Zex pun melayan je ibu mengandung ni. Hehehe ... Aiskrim dia buat ngan yoguart. Masam-masam sikit. Harga boleh tahan gak la.. RM0.53/10 gram. Ninie ambk satu cup je hari tu. Kongsi 3org. RM25. Macam-macam bubuh. Ambik 2perasa je. Blueberi ngan Vanilla. Rasa dia x brp nak gemor.. psl masam.. 
Zulaikha pertama kali makan aiskrim. Ninie x pernah ajar dia makan aiskrim. Kali pertama bg dia rasa. Dia ckp... "juuuuukkkk... juuuuukkk... " maknanya.. sejuk la tuh. Pastu dia x nak makan. Dia tunggu aiskrim tu cair baru la dia makan. Dah cair tahu ajelaa.. puas la nak tunggu habis. Sudu sikit2 dlm mulut dia. Dah la makan sendiri.  Sampai kena paksa ajak balik... aduilaa anak coyang ni.. 

Wednesday, September 14, 2011

Nak tuwehhh

Hobi Zulaikha sekarang "nak tuwehhh"=nak tulis.. Asyik mintak pen ngan kertas. Kekdg habis tgn dia conteng. G giant baru ni. Beli dia pensel warna ngan kertas lukisan.

 Terror kan dia menuwehhhh
 mcm pro dah..
 Hasil tuwehh Zulaikha... Barney ni dia suruh Apak lukis.. pastu dia alter. x cantik Apak tuwehh
suruh apak lukis tish=fish.. dia tlg alter jugak
suruh apak lukis ameng=ultraman.. pun dia alter.. dia aje yg pandai tuwehhnya...

Minggu ke-7: Night Sickness

Semalam dah bermula alahan. Mulut dah mula rasa loya. Bila petang aje rasa x sedap dah. Ayam dah x lalu nak makan. Masa ngandung Zulaikha dulu, ayam paling dibenci. Yg ni pun nampak gaya mcm lebih kurang aje. Semlm g pasar malam x tahu nak beli apa. Akhirnya pilih laksa penang ngan satay ikan. Habis semua makanan licin. Selera la katakan. 

Pastu nak mandi, gosok je gigi.. terus muntah abis seme.. rugi betul.. Malam plak yg muntahnya.. ish ish ish.. sekse kalau muntah gini.

Tuesday, September 13, 2011

Barney XXL

Dah byk barney pun nak beli lg. Kalau x beli sakan mengamuk.. Dapat je terus peluk. Usik nak ambk.. lg mengamuk sakan.. 
 Ni mmg yg besar betul... sampai  tuan punya pun x nampak dah..
suka sgt la dia tu.. kopak apak!

Jahitan: Bag duit syiling Ain Syahirah

Request dari anak sedara suruh buat bag duit syiling. Nak bawak g sekolah. Kebetulan ada kain. Terus jait utk dia masa hari raya tu. Kecik je bag ni.. dlm sebesar tapak tgn. Comel x? :p

Jahitan: Dress Ropol-ropol Zulaikha

Hujung minggu masa ada lg cuti raya, sempat lg jahit dress Zulaikha. Nak g open house. Konon laa.. Padahal kain byk tu yg menjahit lg. Kali ni dah x ada idea, menghias leher plak  buat ropol2.. jgn jadi mcm langsir banyak ropol2 dah la.. heheheh
 Labuh baju ni paras betis
 Leher ropol2. First time jahit zip sorok.. menjadik pun..
 lengan pun ropol2.. masuk angin.. hehehe
 Bahagian dada.. renda je. simple
belakang riben besar sikit.. nak nampak meriah sikit..

Monday, September 12, 2011

Muntah-muntah

Minggu lepas, hari Selasa, ambk Zulaikha kat taska, cikgu bg tahu Zulaikha baru pas muntah. Dia minum banyak sgt air masak. Mulanya x bimbang sgt. Masa dlm perjalanan balik rumah, betul-betul simpang masuk jalan kuantan-pekan, tetiba dia muntah lg. Muntah nasi. Dah la dia duduk agak berbaring kat carseat dia, Ninie plah tgk syok conar... Sambil tgn pegang belakang dia, nak bg dia menegak sikit, sebelah tangan pegang stereng. Duk mencari bahu-bahu jalan nak berhenti. Zulaikha x henti menangis. Mulut dia berdarah sikit sbb tergigit bibir masa muntah... Mmg sgt panik situasi masa tu.

Ninie gagah jugak bawak kerete sampai rumah. Sampai je rumah, terus keluarkan dia dari kereta, mandi kat luar rumah. Lepas tu dia ok. Siap pergi rumah jiran seblah. Pastu minum lg air sebotol. Balik rumah semula, dia muntah air.. depan laman rumah. Semua jiran tgk... Ni rasa mcm dah lain macam aje anakdaku ini. Terus sms zex. Zex plak balik lambat sebab ada kursus sampai kul10mlm. 

Masuk rumah, dia ngantuk, bg susu tido.. Masa tgh tido.. dia muntah lg... Kesian sgt dia. Rasanya 4kali salin baju.. Sampai dia penat.. ngan baju basah pun dia tido... Setiap kali lepas muntah, dia mintak air. Ninie nak larang, x boleh.. dia menangis. Tapi air tu yg menyebabkan dia muntah lg.. Last-last Zex balik, zex ambik dia. Zex bg dia air. 2gelas dia minum. Lepas tu dia tido. Alhamdulillah ok. Ninie dah penat, mencari mana Zex ngan Zulaikha. Rupanya tido kat ruang tamu. Terus ambik bantal, join tido kat ruang tamu..

Esok x g keje. Sbb takut dia muntah lg. Kalau muntah lg, mmg kena g klinik. Dia x hydrate sbb dia mmg minum byk. Seharian tu, dia cuma muntah pg.. tu pun sikit. Malam sekali.. muntah air. Lepas tu alhamdulillah.. beransur baik.. 

Mmg risau bila ada yg x kena ngan Zulaikha.. Kesian sgt bila dia menangis.. Bila dia dah sihat baru lega..  ish.. nampak mcm dia plak alahan yer.. hehehe


linkwithin

Related Posts with Thumbnails