Pages

Tuesday, December 14, 2010

Sejuk bekukan makanan anak=jimat masa

Lama dah kengkwn suruh tulis entry psl makanan baby ni. Bukan x nak tulis, tapi x ambik gambar. Yelah tgh masak, tetiba snap² gambar. Bukan payah.. tapi lupa. Ingat.. Bila dah siap masak je. Hehehe.

Ninie mengambik inisiatif sbb breastfeeding. Susu ibu pun boleh sejukbeku. Ni kan pulak makanan dah masak. Kebanyakkannya ninie mmg belajar dari website Homemadebabyfood. Resepi mmg byk. Tapi Ninie buat ikut lidah org melayu je. Cuma ninie belajar cara simpan dan masak makanan baby.

Memandang ninie ni kerja, breastfeed lagik, mmg masa x cukup. So, apa yg ninie buat, setiap hari cuti, ninie akan sediakan makanan Zulaikha utk seminggu. Boleh aja buat sebulan, tapi x seronokla kan, duduk saje di hari minggu.. hehehe .. x ada.. sebenarnya kan.. Ninie ni x reti masak banyak², bukan x sedap.. x cukup rasa aje.. hehehe.

Mula².. sediakan bahan²..
Beras.. Agak² jer laa. Dulu awal² skit je ninie buat. dah pandai skit.. Ninie buat sampai 3pot beras..
Kentang, carrot.. boleh je semua ni. nak campur semua pun boleh. Nak masak lain² pun boleh. Apa yg Ninie buat, Ninie jadikan puri. Carrot tu ninie kukus(steam) sampai lembut, pastu blender halus, letak air skit jer, utk bg dia boleh putar. Kalau yg jenis lembut betul, mmg x yah taruk air dah. Sejuk je, terus blend.
Ayam, ninie campur dalam nasi. Lepastu masak je.
Mula² dulu ninie x pandai, ninie masak atas dapur mcm ni. Penah sekali hangit.. sbb x slow kan api. Sekrg ni ninie dah pandai skit, masak je pakai periuk nasi automatik.. lagik senang.. Hehehe.. Bila dah kering, dia stop sendiri. Gerenti x hangus. Cuma sekali-sekala kena dtg kacau.. Tapi oklaa dari duk mengadap periuk ni kan..
Tunggu sejuk, lepastu blend je seme. Ni la rupa bila dah bercampur carrot. Tapi ninie dah x campur ngan carrot sekrg ni. buat Puri carrot. Puri Brokoli.. nanti pilih je perasa mana nak bg Zulaikha makan..
Ni contoh puri yg ninie dah siapkan. Ni puri brokoli. Potong², pastu kukus jer. Dah lembut, blend. Simpan dalam bekas ais mcm ni. Bekas ni ninie beli kat giant,senang kan.. sbb dia ada penutup. pastu bekukan. nanti dah beku, keluarkan, simpan dalam tupperware je.
Ni nasi+ayam yang ninie dah masak pastu blend halus. Lepastu simpan dalam bekas² kecik mcm ni. Masuk terus dalam freezer. Bekukan. jgn tunggu lama². Sbb nak kekalkan zat² makanan dia. Kalau duk luar lama, makanan kan cepat rosak..Cukupla seminggu nak g taska. X yah la bgn awal nak masak bubur dia dah kan.
Ni contoh bentuk kiub. Putih tu, nasi yg ninie simpan dalam bentuk kiub. Ni bila kita x leh nak agak anak nak makan byk mana, so bleh try ambik 4kiub dulu ke kan.. Yg hijau tu, puri brokoli, yg oren, carrot. Ikut laa nak letak dua² pun boleh, nak letak salah satu pun boleh. Ikut citarasa masing²..

Masuk dalam microwave utk senang nak cairkan, kalau x ada microwave, guna je dapur utk panaskan..
Pepagi seblum gi taska, ninie mmg dah siapkan utk bekal taska, 3mangkuk. Pagi tengah hari, petang. Ninie letak dalam lunch bag, so panas dia tahan lama skit. Tapi taska zulaikha bagus.. dia panaskan balik kalau yg ptg punya... tahan lama mana makanan ni??? kalau ikut kat website tu, sebulan tahan.. ninie x penah la simpan sampai sebulan, ninie buat utk seminggu aja.

Sebenarnya makanan apa pun boleh sejukbeku. Mcm makanan kita. Buat lauk ayam kicap ke. kari ayam ke.. buatla sejukbeku saiz hidangan kecik. X la membazir kalau panaskan saiz kecik kan. Sbb yg dah panas, x leh sejukkan balik. Buang je terus. Bukan sbb basi ke apa.. Cuma khasiat makanan dah ilang..

Nanti nak makan yg sejukbeku ni, panaskan je. Senang, dan jimat masa. Sedap ke x? sama je rasa dia.. yg ptg.. lepas dah masak.. sejuk kan, masuk bekas, bekukan.

Kekdg itu senang nak g berjalan.. Ninie panaskan utk satu hidangan, letak dalam thermos. Pastu bwk je. Bila time makan dah tiba, bg je kan dia. Zulaikha mmg suka sgt makan.. kalau bawak g taska, kena bawak lebih skit.. pasal kawan² zulaikha cukai skit.. hehehe

10 comments:

  1. bestla ninie..lah x penah try mcm ni..pasni boleh try pulak..thanks

    ReplyDelete
  2. pernah jugak buat banyak-banyak lauk lepas tu isi dalam bekas kecik-kecik.. time nak makan panaskan jer. Senang sikit huhu

    ReplyDelete
  3. Lah: sgt praktikal ukt org yg keje mcm kita. jimat masa.. heheh

    hayati: hehe.. jimat masa..

    ReplyDelete
  4. baguslah awak..share benda ni..sgt2 berguna utk ibu2 yg bekerja..thanks ye..

    ReplyDelete
  5. nak tanya.. kan awak bekalkan tiga bekas sekali utk taska... awak panaskan yg bfast saje ke ketiga2 sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya panaskan yang pagi je. Yang lain-lain nanti cikgu taska panaskan..

      Delete
  6. t kasih.. anak baru nak msuk 5 bulan.. ragu2 gak nak kasi skrg..thks for sharing

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah memang mudah sangat cara ni. Jimat masa..sesuai untuk ibu ibu yang bekerja.
    9 Tips Untuk Anak Kurus Dan Enggan Makan

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails