Pages

Wednesday, December 1, 2010

Kembung kali pertama

Balik taska semlm, Zulaikha nampak mcm ok je.. Pastu Bapak ajak g bank kejap.. Sbb nak draw duit.. Byr utang.. heheheh.. Zulaikha suka sgt laa kalau kat pemandu x ada org.. terus dia take over.. Sbb nak main stereng laa... Dapat je stereng kemain suka.. Siap pandang mamat kat luar kereta sambil tersengih².. Konon² dia memandu keter laa tuh.. Mamat tu pun sengih balik kat dia.. Agaknya kelako dia tgk gelagat Zulaikha.. Bila Bapak dah msk keter.. dia mula x nak bg stereng.. puas laa pujuk.. 

Gerak ke destinasi seterusnya.. dia mula dah meragam.. menangis.. ingatkan dia nak susu.. Ibu pun bg.. Nampak gaya mcm nak tido. Dah bg susu pun nangis.. Pastu berhenti.. Nampak radio.. main radio.. Tetiba.. nangis balik.. Kenapa laa Zulaikha ni. Ninie mmg rasa ada yg x kena.. Telinga dia sakit lagik ke??? susah hati sgt. Nak boleh sampai ke rumah.. Mmg sekse la. Dia bukan setakat nangis, melenting² badan. Risau takut terlepas pegang dia. Sampai kat pintu pagar rumah, Ninie terus keluar dr keter, dia nangis x henti. Rasanya habis semua jiran dengar. Zex plak x jumpa cari kunci rumah. Psl tadi Zulaikha main, dia campak mana x  tahu. 

Akhirnya msk dlm rumah, rasanya dia kembung. Tgk perut dia, buncit , keras. Sah dah ni kembung. Dia x penah kembung since baby. Ni first time kembung. Bg dia susu, pastu letak minyak Yuyi Cap Limau. Makin lama.. makin kurang dah nangis. Lepas dah ok. Sengih kemain, mula laa aktif semula. Lega ibu.. Kesian bila dia kembung.. Budak kecik.. Nak ckp x reti, nak bg tahu mana sakit. Zulaikha jenis yg kurg menangis dan meragam, so kalau dia nangis x henti, mesti ada yg x kena. Syukur pada Allah kembung dia x perpanjangan sepjg malam. Dia siap menghasilkan gas² yg x diperlukan oleh ibu & bapak!!!!! hahahahah

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails