Pages

Tuesday, December 28, 2010

Keranamu Izayu..

lama dah x update kan.. Lama ek?? heheh agaknye laa kan.. Next year 2011 cousin ninie yg duk Jerman nak kawen dah.. Badan kecik je.. kalau org tgk dia.. mesti ingat budak sekolah.. bagus ek org kecik.. muda sokmo!.. Kenduri kendara jangkanya Feb 2011 ni. Ninie dah ambik tugasan.. kena siapkan door gift. Masa tu Zulaikha mesti dah boleh berjalan kan.. Dia dah besar skit.. x ada la berkepit ngan ibu kan.. 

Semata-mata keranamu Izayu yg cun melecun.. K.nini g kelas coklat ni.. Hehehe Saje je.. Tiada paksaan.. Nak cari ilmu pun sama.. Ninie mmg peminat coklat tegar.. so mmg sesuai sgtla g kelas ni. Dalam banyak² kelas.. Kelas ni laa paling best.. Rasa mcm duk kat kelas tadika.. heheh sbb ada sesi painting.. melukis² sakan la.. Hasil coklat ninie buat.. mmg cun laa.. hahaha naik lif angkat sendiri.. heheh.. 
Tekun betul siapkan coklat ni.. Ninie mmg suka buat benda² gini.. Sbb hasil dia sgt cantik!.. kelas yg paling berbaloi² g .. Ilmu dapat.. coklat pun dapat.. mmmm ntah² nanti.. income pun dapat.. Amin.. hehehe. Tapi keranamu Izayu.. Free of Charge yer.. Cuma Ummi kena bg Ninie pitis utk beli bahan² jer.. Nanti ada geng nak join venture tolong buat.. Byk tu... Seribu lebih kot.. Dekna.. Jgn lupa.. cari kotak yg cun melecun yer..

Ni la hasil yg ninie dah buat.. comel kan.. sampai sayang nak makan.. hehehe

Tuesday, December 14, 2010

Sejuk bekukan makanan anak=jimat masa

Lama dah kengkwn suruh tulis entry psl makanan baby ni. Bukan x nak tulis, tapi x ambik gambar. Yelah tgh masak, tetiba snap² gambar. Bukan payah.. tapi lupa. Ingat.. Bila dah siap masak je. Hehehe.

Ninie mengambik inisiatif sbb breastfeeding. Susu ibu pun boleh sejukbeku. Ni kan pulak makanan dah masak. Kebanyakkannya ninie mmg belajar dari website Homemadebabyfood. Resepi mmg byk. Tapi Ninie buat ikut lidah org melayu je. Cuma ninie belajar cara simpan dan masak makanan baby.

Memandang ninie ni kerja, breastfeed lagik, mmg masa x cukup. So, apa yg ninie buat, setiap hari cuti, ninie akan sediakan makanan Zulaikha utk seminggu. Boleh aja buat sebulan, tapi x seronokla kan, duduk saje di hari minggu.. hehehe .. x ada.. sebenarnya kan.. Ninie ni x reti masak banyak², bukan x sedap.. x cukup rasa aje.. hehehe.

Mula².. sediakan bahan²..
Beras.. Agak² jer laa. Dulu awal² skit je ninie buat. dah pandai skit.. Ninie buat sampai 3pot beras..
Kentang, carrot.. boleh je semua ni. nak campur semua pun boleh. Nak masak lain² pun boleh. Apa yg Ninie buat, Ninie jadikan puri. Carrot tu ninie kukus(steam) sampai lembut, pastu blender halus, letak air skit jer, utk bg dia boleh putar. Kalau yg jenis lembut betul, mmg x yah taruk air dah. Sejuk je, terus blend.
Ayam, ninie campur dalam nasi. Lepastu masak je.
Mula² dulu ninie x pandai, ninie masak atas dapur mcm ni. Penah sekali hangit.. sbb x slow kan api. Sekrg ni ninie dah pandai skit, masak je pakai periuk nasi automatik.. lagik senang.. Hehehe.. Bila dah kering, dia stop sendiri. Gerenti x hangus. Cuma sekali-sekala kena dtg kacau.. Tapi oklaa dari duk mengadap periuk ni kan..
Tunggu sejuk, lepastu blend je seme. Ni la rupa bila dah bercampur carrot. Tapi ninie dah x campur ngan carrot sekrg ni. buat Puri carrot. Puri Brokoli.. nanti pilih je perasa mana nak bg Zulaikha makan..
Ni contoh puri yg ninie dah siapkan. Ni puri brokoli. Potong², pastu kukus jer. Dah lembut, blend. Simpan dalam bekas ais mcm ni. Bekas ni ninie beli kat giant,senang kan.. sbb dia ada penutup. pastu bekukan. nanti dah beku, keluarkan, simpan dalam tupperware je.
Ni nasi+ayam yang ninie dah masak pastu blend halus. Lepastu simpan dalam bekas² kecik mcm ni. Masuk terus dalam freezer. Bekukan. jgn tunggu lama². Sbb nak kekalkan zat² makanan dia. Kalau duk luar lama, makanan kan cepat rosak..Cukupla seminggu nak g taska. X yah la bgn awal nak masak bubur dia dah kan.
Ni contoh bentuk kiub. Putih tu, nasi yg ninie simpan dalam bentuk kiub. Ni bila kita x leh nak agak anak nak makan byk mana, so bleh try ambik 4kiub dulu ke kan.. Yg hijau tu, puri brokoli, yg oren, carrot. Ikut laa nak letak dua² pun boleh, nak letak salah satu pun boleh. Ikut citarasa masing²..

Masuk dalam microwave utk senang nak cairkan, kalau x ada microwave, guna je dapur utk panaskan..
Pepagi seblum gi taska, ninie mmg dah siapkan utk bekal taska, 3mangkuk. Pagi tengah hari, petang. Ninie letak dalam lunch bag, so panas dia tahan lama skit. Tapi taska zulaikha bagus.. dia panaskan balik kalau yg ptg punya... tahan lama mana makanan ni??? kalau ikut kat website tu, sebulan tahan.. ninie x penah la simpan sampai sebulan, ninie buat utk seminggu aja.

Sebenarnya makanan apa pun boleh sejukbeku. Mcm makanan kita. Buat lauk ayam kicap ke. kari ayam ke.. buatla sejukbeku saiz hidangan kecik. X la membazir kalau panaskan saiz kecik kan. Sbb yg dah panas, x leh sejukkan balik. Buang je terus. Bukan sbb basi ke apa.. Cuma khasiat makanan dah ilang..

Nanti nak makan yg sejukbeku ni, panaskan je. Senang, dan jimat masa. Sedap ke x? sama je rasa dia.. yg ptg.. lepas dah masak.. sejuk kan, masuk bekas, bekukan.

Kekdg itu senang nak g berjalan.. Ninie panaskan utk satu hidangan, letak dalam thermos. Pastu bwk je. Bila time makan dah tiba, bg je kan dia. Zulaikha mmg suka sgt makan.. kalau bawak g taska, kena bawak lebih skit.. pasal kawan² zulaikha cukai skit.. hehehe

Kelas Cheese Cake pulak..

Lepas g kelas donut, rasa seronok pulak, terus continue kelas Cheese Kek. Seronok la belajar. Bila nak buat sendiri ntah le.. heheh janji dah tahu mcm mana nak buat..
heheh.. kemain lagik menayang hasil.. padahal hasil air tgn 4org. Dalam gambar nampak cantik je kek.. pada sengek bengek deco² kek tuh..
Ni nama dia kek cheese oreo. Paling ninie suka rasa kek ni. Punya laa x tau kan.. Rupanya kek jenis ni x yah bakar pun.. bancuh².. Letak dalam bekas.. pastu masuk peti ais je.. Esok bleh makan dah.. Tu laa x ada ilmu psl bab² ni kan..
ni pulak cheese kek tiramisu. sama jugak.. kek ni x yah bakar.. sedap.. tp sedap lg kek oreo tu..
Bila pulak laa nak buat kan. masa kat kelas jadi la pasal buat reramai.. balik umah buat sendiri x tahu la jadi ke x ni.. InsyaAllah akan dicuba... Ninie boleh!

Tuesday, December 7, 2010

Hasil 'keras' tangan

Sabtu lepas Ninie g kursus buat donut. hehehe.. Mcm² halangan nak boleh pergi ke kursus ni. Yerla kursus bukan berkaitan kerja.  Ramai tanya ninie "nak buat bisnes donut plak ke??" ish x ada la. Ninie saje je belajar ni. Ninie suka makan donut Big Apple. Kebetulan Ex-Opismate Ninie.. KakFirah suka buat tayangan hebat kat blog dia.. Amboi sakan dia menayang kehebatan dia g belajar memasak ni.. Teruja nak cuba.. Akhirnya.. Ninie berjaya menghadirkan diri ke kelas  donut ni..

Seronok betul dapat belajar.. Bila dah belajar, baru tahu.. x la susah.. tapi paling penting, nak dapatkan ilmu tu, Ninie puji cikgu Lin ni, x kedekut ilmu dan mengajar sampai kita mmg pandai buat.. Esok kelas cheese kek plak.. Seronok betul!
Inilah rupa donut Ninie buat.. Walaupun tangan x ada seni. Tapi hasil 'keras' tangan ninie ni, Ninie sgt puas hati.. Nanti kat umah nak cuba buat. Ninie bawak balik umah donut ni, x sempat Zex nak merasa dah habis Abah, Ninie, Kakak Ipar & adik Ninie makan.. Huhuhu.. minta maaf ye en.suami, nanti saya buat special punya..  hehehe

Monday, December 6, 2010

Cik TaK


Cik Tak@ Botak.. Bukan setakat Booolat.. Tetapi BoooTAk.. Heheh Zulaikha mmg sejak lahir, rambut dia skit. Rambut dia cuma tumbuh lebat kat blah belakang je. Kat depan.. mmg halus jer tumbuh. Masa aqiqah, cousin ninie dah botakkan kepala dia.. mmg licin. Ingatkan tumbuh lebat, tapi sama je lagik mcm tu. Ada org suruh ninie cukur sekali lagik rambut dia.. Tapi ninie x nak, nanti x comei laa.. hehehe... Kepala dia mmg selalu berpeluh w'pun duduk dalam ekon. Panas sgt kot kepala, tu rambut x mau tumbuh..

Agaknya ketara sgt ikha ni Cik Tak yer Kak Lin.. Tetiba dapat PM dari Kaklin .. Heheh. 
"nini sihat..akak ok jer..semua ok...dah besar dah ika..comey jer...tapi rambut tak banyak lagi eh...apa kata akak suggest kan nini beli bby oil yg botol warna purple tu..pastu bubuh kat kepala dia..pas mandi...jangan dok sapu gitu jer...urut..urut kat kulit kepala dia..nie pon cousin akak yg ajar..akak try buat kat amina...ok la drp aisyah dulu macam ika gak..payah nak ada rambut..jus try jer"
Semlm dapat PM dari Kak Lin, roomate masa kat U dulu².. Tqs kak lin atas nasihat tu. Ninie kena cuba ni. Ninie mmg guna setiap hari minyak kat kepala Zulaikha, tapi yg jenis biasa, warna putih tu je. Ini harus dicuba.. kita tunggu dan lihat, apa akan jadi kepada Cik TaK ni yer.. Adakah akan mengalami perubahan??? tunggu................

Wednesday, December 1, 2010

Kembung kali pertama

Balik taska semlm, Zulaikha nampak mcm ok je.. Pastu Bapak ajak g bank kejap.. Sbb nak draw duit.. Byr utang.. heheheh.. Zulaikha suka sgt laa kalau kat pemandu x ada org.. terus dia take over.. Sbb nak main stereng laa... Dapat je stereng kemain suka.. Siap pandang mamat kat luar kereta sambil tersengih².. Konon² dia memandu keter laa tuh.. Mamat tu pun sengih balik kat dia.. Agaknya kelako dia tgk gelagat Zulaikha.. Bila Bapak dah msk keter.. dia mula x nak bg stereng.. puas laa pujuk.. 

Gerak ke destinasi seterusnya.. dia mula dah meragam.. menangis.. ingatkan dia nak susu.. Ibu pun bg.. Nampak gaya mcm nak tido. Dah bg susu pun nangis.. Pastu berhenti.. Nampak radio.. main radio.. Tetiba.. nangis balik.. Kenapa laa Zulaikha ni. Ninie mmg rasa ada yg x kena.. Telinga dia sakit lagik ke??? susah hati sgt. Nak boleh sampai ke rumah.. Mmg sekse la. Dia bukan setakat nangis, melenting² badan. Risau takut terlepas pegang dia. Sampai kat pintu pagar rumah, Ninie terus keluar dr keter, dia nangis x henti. Rasanya habis semua jiran dengar. Zex plak x jumpa cari kunci rumah. Psl tadi Zulaikha main, dia campak mana x  tahu. 

Akhirnya msk dlm rumah, rasanya dia kembung. Tgk perut dia, buncit , keras. Sah dah ni kembung. Dia x penah kembung since baby. Ni first time kembung. Bg dia susu, pastu letak minyak Yuyi Cap Limau. Makin lama.. makin kurang dah nangis. Lepas dah ok. Sengih kemain, mula laa aktif semula. Lega ibu.. Kesian bila dia kembung.. Budak kecik.. Nak ckp x reti, nak bg tahu mana sakit. Zulaikha jenis yg kurg menangis dan meragam, so kalau dia nangis x henti, mesti ada yg x kena. Syukur pada Allah kembung dia x perpanjangan sepjg malam. Dia siap menghasilkan gas² yg x diperlukan oleh ibu & bapak!!!!! hahahahah

linkwithin

Related Posts with Thumbnails