Pages

Tuesday, September 21, 2010

Menang Contest! Alhamdulillah .. rezki

Pagi² masuk keje je terus bukak email. Terkejut rasa sbb dapat email dari Baiboo.com.
"Dear Norsairini binti Salim,

Thank you very much for participating in our Contest - My Breastfeeding Experience.

Congratulation - your essay has been selected as one of the winners of this Contest. You won a Eucerin Gift Bag including: Nappy Kleen, Eucerin Products, Baby First TV – Cognitive Beginnings CD. 
To pick up the price please visit our Office.

Ninie menang contest! My Breastfeeding Experient. Ninie mmg x sangka sangat. Selalunya kalau masuk contest apa² x penahnya menang.. Ni first time menang.. Rezki Zulaikha laa ni.

Teringat masa mula² nak participate.. puas laa pikir ayat nak nulis mcm mana essay ni.. ada laa dalam 10 kali Ninie tulis dah 3-4 baris... padam  balik.. Tulis balik.. padam balik.. Sbb mmg Ninie x pandai betul bab mengarang ni. Nak tulis ayat skema ke.. ayat kelakar ke.. x reti betul.. Last² ni laa hasilnya... Seme nak baca ke? hehehehe baca laa...
_____________________________________________________________________________
Tajuk : Saya seronok susukan anak saya

Zaman sekarang tak ramai ibu-ibu yang nak menyusu anak mereka walaupun menjadi suri rumah sepenuh masa. Mungkin mereka ada sebab-sebab tersendiri agaknya. Bagi saya, saya seronok sangat dapat menyusukan anak saya Zulaikha walaupun saya bekerja sepenuh masa.

Ramai juga yang rasa pelik bila saya mengatakan anak saya menyusu badan. Soalan biasa yang saya terima, “macam mana nak kerja kalau menyusu badan?”. Bila saya ceritakan bagaimana, mereka mendengar dengan penuh minat. Tapi ada juga yang masih memberi pelbagai alasan. Terserah kepada pendirian masing-masing untuk menilai. Saya masih lagi dengan pendirian saya, susu ibu adalah yang terbaik!.

Saya sebenarnya mula mengetahui bagaimana cara untuk menyusukan bayi ketika di pejabat lama saya. Bila tiba waktu tengahari, saya kagum melihat ibu-ibu di pejabat saya meluangkan masa untuk mengepam susu. Setiap hari mereka lakukan tanpa jemu. Di situ mula saya tercetus hasrat, jika ditakdirkan saya dikurniakan cahaya mata, saya akan cuba memberi susu ibu kepada anak saya.

Ditakdirkan hasrat saya tu terlaksana, tahun 2009 saya disahkan mengandung. Hampir 5 tahun penantian, barulah saya dikurniakan cahaya mata. Bermula saat saya mengetahui saya mengandung, saya mula membuat penyelidikan sendiri. Pencarian di internet dan pembelian bahan bacaan bagi persediaan menyusu bagi ibu bekerja. Walapun bayi saya masih belum lahir ketika tu, saya dah bersemangat dan berkobar-kobar untuk merasai pengalaman pertama menyusukan anak saya.

Feb 2010, lahirlah permata  hati saya, Zulaikha. Kali pertama menyusukan Zulaikha, saya dibantu oleh staff nurse di hospital tempat saya bersalin. Setitik susu pun tak keluar. Tapi saya tak mengalah. Sebab paling penting, rooming in dengan anak untuk stimulate susu keluar. Saya masih ingat lagi, hampir dua minggu susu saya masih tak keluar walaupun macam-macam cara dah saya lakukan. Berurut, tuam dengan kain panas & mandi air panas, mandi herba. Tapi susu saya tetap tak keluar. Tapi itulah dugaan bagi saya. Kali pertama susu saya menitis keluar, air mata saya pun menitis juga. Gembira sangat kerana selama 2 minggu anak saya terpaksa minum susu formula. Saya masih ingat juga, betapa sakitnya nipple saya bila pam menggunakan pam elektrik, sucking terlalu kuat menyebabkan nipple saya luka. Tapi, saya masih dengan pendirian saya, tetap susu ibu untuk Zulaikha.

Bagi saya, dugaan paling besar adalah, sokongan orang disekeliling. Saya bersyukur kerana ibu saya sendiri sangat menggalakkan susu ibu. Dialah orang pertama yang menyokong hasrat saya. Begitu juga suami saya. Ada juga org yang rapat dengan saya, memperlekehkan hasrat saya untuk menyusu sepenuhnya dengan susu ibu. Memang betul-betul menguji kesabaran saya. Tapi saya masih dengan pendirian saya, tetap susu ibu untuk Zulaikha.

Dua minggu sebelum saya bekerja, saya mula membuat stok susu untuk anak saya. Walaupun pada mulanya susu saya tak banyak, saya tetap cuba pam susu saya setiap hari. Pelbagai tips dan petua saya cari di internet. Saya pratikkan. Sehingga kini, saya masih lagi menyusukan anak saya. Zulaikha kini dah berusia 6 bulan. Sudah berakhir Eksklusif Breastfeeding. Tapi saya telah nekad, untuk teruskan menyusukan Zulaikha sehingga dia berusia 2 tahun.

Sejak saya mula mengandung, saya telah mencipta blog sendiri. Tujuannya hanya satu, untuk kongsikan pengalaman saya sepanjang mengandung, menyusu dan membesarkan anak saya. Saya bersyukur, blog saya mendapat sambutan dan paling menggembirakan saya, ramai juga ibu-ibu yang berhasrat menyusukan anak mereka setelah membaca blog saya. Sharing is caring. Saya juga berharap agar lebih ramai ibu-ibu yang mengetahui betapa berkhasiatnya susu ibu dan menyusu anak adalah perkara yang paling menyeronokkan.
 ___________________________________________________________________________
P/S:  Kepada cousinku adik Ana yg cun melecun.. tolong ambik kan hadiah kak Ninie tu yer.. 

6 comments:

  1. wah.. menang ker???? huhuhu... syiok giler!~

    ReplyDelete
  2. mmg syioookkkkkk!!!!! hadiah x penting.. yg penting menang!

    ReplyDelete
  3. mmg patut menang pun... hidup karangan ninie ni... penuh jiwa... mebbe sbb dari pengalaman sendri... syabas! tahniah diucapkan!

    ReplyDelete
  4. alizam: betuk ke??? hheehehe.. tqvm :-))

    ReplyDelete
  5. tahniah puan...suka nye..best pun
    karangan ni...syabas...

    ReplyDelete
  6. kak za: tqvm kak za.. menambahkan semangat sgt ni.. hehehe

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails