Pages

Tuesday, September 28, 2010

Vicks 4 ~batuk & selsema~

mmm.. kisah biasa Zulaikha.. asal g taska je mesti kena batuk dan selsema.. tp kali ni x demam.. legalaa skit.. Ada laa org kondem ninie... "kata minum susu ibu.. kena jugak sakit.........." ayat kejam kan.. sampai hati dia buat ayat macam ni kan.. 

sakit tu.. semua org kena.. x kira siapa.. minum susu ibu tu bukan laa x kena sakit langsung.. tp kurang laa skit dari baby susu formula.. tp bg ninie kan.. ni semua alasan bg org yg mmg x nak bg susu ibu kat anak dia.. kalau kita ckp sejuta pun kebaikan susu ibu.. kalau dia x nak.. mcm² alasan dia bg kan.. lantak laa dia.. yg ptg.. ninie mmg nak bg susu ibu utk zulaikha.. sakit.. tu dugaan utk ninie.. event doktor yg tahu pasal kesihatan pun sakit.. (.. sy keje hospital.. tahu sgt laa.. )

balik kepada kisah batuk & selsema zulaikha.. Kalau dia batuk or selsema.. barang yg selalu ninie bawak.. vicks ni... bg ninie.. mmg sgt berkesan nak bantu legakan batuk or selsema dia.. kalau dia selsema.. hidung tersumbat.. especially mlm, waktu tido.. sampai nangis².. ninie akan sapu pada bhgn belakang & dada dia.. lepas tu tapak kaki dia.. pakaikan dia stokin.. bg dia tido meniarap.. mmg dia boleh tido dah lepas tu.. 

penah sekali.. balik pekan, ninie lupa bawak balik ni.. mlm tu mmg dia x leh tido.. kesian sgt.. sampai zex nak keluar g bli vicks.. 

Diingatkan juga.. vicks ni ada 2 jenis.. dewasa .. ngan baby.. kita bli laa yg baby ni.. utk baby hingga umur 5thn. ninie beli ni kat guardian... sekrg ni byk dah farmasi jual khas utk bb ni.. senang nak cari.. selamat mencuba! ~syarikat ni byr komisyen x.. sbb tolong promote~huhuhuhu

Monday, September 27, 2010

Taska ke.. Rumah Pengasuh??

persoalan biasa bagi ibu² kan.. kalau tgk kat tv baru² ni.. mcm² kes ada kan.. Risau kita dibuatnyer.. Ni.. pendapat Ninie yer.. bukan pendapat org lain.. Taska ke.. rumah pengasuh.. ada Pro & COnts dia la kan.. Terpulang kepada  diri masing²..

Ninie masih ingat.. masa masih mengandungkan Zulaikha.. setiap hari kepala ni duk pk.. taska ke.. pengasuh ke... mmm.. kalau nak senang.. sendiri jaga.. hehehe.. tp.. mana bleh x keje.. kos kehidupan tinggi sekrg ni.. Mula²nya nak hantar rumah pengasuh.. tp.. masalah besar Ninie.. area umah ninie duduk tu baru je lg.. Ninie mmg x kenal sesiapa pun kat situ.. Pengasuh ni.. better laa kita kenal.. x kenal sgt² pun.. at least ada kengkwn or sedara mara kita yg kenal sgt.. bukan apa.. kita tahu skit latar belakang & cara dia asuh anak.. 

PENGASUH
  • bagusnya rumah pengasuh... kalau dia mmg jaga anak kita sorg jer.. sbb dia akan tumpu kat anak kita sorg jer.. tp ada jugak pengasuh yg cekap.. 3org anak sekali dia jaga pun ok lagik.. 
  • bagusnya lagik.... berkaitan penyakit la. kalau duk umah pengasuh ni.. anak kita kurg terdedah ngan penyakit berjangkit.. mcm demam, batuk or selsema.. bukan x kena langsung sakit.. tp kurg laa.. 
  • bagusnya lagik.. dia jaga anak kita mcm anak sendiri.. kalau yg penyayang kat kanak² laa.. 
  • bagusnya lagik.. masa kita nak ambik anak balik keje.. x laa terkejar² ikut masa.. x kan plak pengasuh nak cas kita kalau terlamat sejam kan.. cuma dia  tarik muka masam je kot..
  • bagusnya lagik... kurang kot kes anak jatuh ke apa ke.. sbb dia jaga betul².. 
  • yg x bagus.... kalau dia jaga anak kita sorg jer.. anak kita x ada kawan laa.. lepas tu dia mula la makin nakal.. ( ni testimoni anak sedara ninie... heheh). ada jugak yg x nakal.. ni kebarangkalian aje..
  • yg x bagus... makin takut ngan org.. yerlaa.. x berkawan...
  • yg x bagus... susah nak hantar taska nanti.. sebb x biasa ngan suasana taska... 
  • yg x bagus.. kalau kerja mcm ninie ni.. keje pejabat.. buatnya pengasuh nak balik kg laa.. bercuti laa.. ngan kita sekali kena cuti.. cuti dah laa x byk..
  • yg x bagus... kalau diaorg nak keluar g bli brg ke apa ke.. ngan anak kita sekali dia bawak.. risiko.. risiko..
  • kalau ada lagik.... tambah sendiri ek..
TASKA
  • yg x bagus... terdedah kepada risiko anak kita x diambil perhatian.. mcm kat tv tuh.. kes anak jatuh laa.. tercekik susu laa.. sampai mengundang maut....... nauzubillah..
  • yg x bagus... terdedah kepada penyakit berjangkit.. baru baik demam.. batuk plak.. dah baik.. selsema pulak.. 
  • yg bagus.. anak berkawan... lepas tu dah x takut nak g taska plak..
  • yg bagus.. senang nak hantar .. kita cuti pun bleh hantar.. heheheh
  • yg bagus.. kecik² dah belajar.. baca doa laa.. salam laa.. dan seangkatan dengannya.. 
  • mmm.. takut nak senarai banyak² laa.. 
kesimpulan.. ish mcm berat sebelah je kan.. dari perbualan ngan kawan² ramai yg prefer hantar bb diaorg yg masih umur bawah 7bulan ke umah pengasuh.. sbb taska ni bahaya skit laa.. sbb bb besar pun ada.. cari taska yg berdaftar.. dan kenali taska anda.. huhuhu~

Ninie....??? ninie hantar taska jer.. terpaksa.. cari rumah pengasuh susah.. nak bg mak jaga.. mak pun x larat.. umah mak.. ngan umah ninie pun jauh.. jd hantar je taska.. kebetulan belakang opis ninie ni jer.. park & drop.. heheh lgpun taska ni 24jam.. sbb sini ramai staf nurse yg hantar.. diaorg keje shif.. Ninie tawakkal kepada Allah jer.. kalau nak jadi apa².. kat umah kita pun jadi.. cuma kena selalu berbaik² ngan org taska.. kena selalu tanya psl anak kita.. setakat hari ni alhamdulillah.. zulaikha happy duk taska tuh.. kalau hantar dia.. pepg.. dia nampak je cikgu.. terus je depa tangan.. suka laa tu cikgu dia.. tapi paling penting.. taska ninie hantar zulaikha ni.. dia sokong BREASTFEEDING..  jd ninie x yah susah² nak explain mcm mana nak handle susu ibu.. penting taska menyokong susu ibu.. kalau x.. susah nak hantar anak kita... ada dia bg anak kita minum susu formula plak.. 

lgpun ninie ni kan keje opis.. susah laa kalau pengasuh asyik cuti.. taska zulaikha ni.. alhamdulillah x berkira sgt psl ambik lambat.. x penah lg dia cas.. lega laa skit kan.. cuma.. bab sakit laa.. zulaikha selalu kena demam.. selsema ngan batuk.. terpaksa laa.. Ninie cuma berdoa.. semoga segala sakit yg dia hadapi tu.. boleh jd kan badan dia imune ngan sakit akan datang... Amin!.. boleh ke g tu???
*
*
*
ni kes lupa.. mmm kalau nak hantar taska ke.. umah pengasuh ke.. pastikan jarak tu x berapa jauh.. kalau drive sendiri laa.. sbb atas pengalaman sendiri.. berdua je ngan zulaikha.. taska tu kat opis.. nak boleh sampai ke taska.. Ya Allah.. mcm² dugaan ada.. zulaikha duk x diam.. menangis la... nak susu laa.. nak tido laa.. mcm² laa.. mmg seram sejuk laa bawak keter ngan dia kat seblah.. kalau jarak tu dekat ngan umah kita.. x lama laa dia duk dlm keter ngan kita.. sekian.. harap maklum.. ! ahaks!

Tuesday, September 21, 2010

Menang Contest! Alhamdulillah .. rezki

Pagi² masuk keje je terus bukak email. Terkejut rasa sbb dapat email dari Baiboo.com.
"Dear Norsairini binti Salim,

Thank you very much for participating in our Contest - My Breastfeeding Experience.

Congratulation - your essay has been selected as one of the winners of this Contest. You won a Eucerin Gift Bag including: Nappy Kleen, Eucerin Products, Baby First TV – Cognitive Beginnings CD. 
To pick up the price please visit our Office.

Ninie menang contest! My Breastfeeding Experient. Ninie mmg x sangka sangat. Selalunya kalau masuk contest apa² x penahnya menang.. Ni first time menang.. Rezki Zulaikha laa ni.

Teringat masa mula² nak participate.. puas laa pikir ayat nak nulis mcm mana essay ni.. ada laa dalam 10 kali Ninie tulis dah 3-4 baris... padam  balik.. Tulis balik.. padam balik.. Sbb mmg Ninie x pandai betul bab mengarang ni. Nak tulis ayat skema ke.. ayat kelakar ke.. x reti betul.. Last² ni laa hasilnya... Seme nak baca ke? hehehehe baca laa...
_____________________________________________________________________________
Tajuk : Saya seronok susukan anak saya

Zaman sekarang tak ramai ibu-ibu yang nak menyusu anak mereka walaupun menjadi suri rumah sepenuh masa. Mungkin mereka ada sebab-sebab tersendiri agaknya. Bagi saya, saya seronok sangat dapat menyusukan anak saya Zulaikha walaupun saya bekerja sepenuh masa.

Ramai juga yang rasa pelik bila saya mengatakan anak saya menyusu badan. Soalan biasa yang saya terima, “macam mana nak kerja kalau menyusu badan?”. Bila saya ceritakan bagaimana, mereka mendengar dengan penuh minat. Tapi ada juga yang masih memberi pelbagai alasan. Terserah kepada pendirian masing-masing untuk menilai. Saya masih lagi dengan pendirian saya, susu ibu adalah yang terbaik!.

Saya sebenarnya mula mengetahui bagaimana cara untuk menyusukan bayi ketika di pejabat lama saya. Bila tiba waktu tengahari, saya kagum melihat ibu-ibu di pejabat saya meluangkan masa untuk mengepam susu. Setiap hari mereka lakukan tanpa jemu. Di situ mula saya tercetus hasrat, jika ditakdirkan saya dikurniakan cahaya mata, saya akan cuba memberi susu ibu kepada anak saya.

Ditakdirkan hasrat saya tu terlaksana, tahun 2009 saya disahkan mengandung. Hampir 5 tahun penantian, barulah saya dikurniakan cahaya mata. Bermula saat saya mengetahui saya mengandung, saya mula membuat penyelidikan sendiri. Pencarian di internet dan pembelian bahan bacaan bagi persediaan menyusu bagi ibu bekerja. Walapun bayi saya masih belum lahir ketika tu, saya dah bersemangat dan berkobar-kobar untuk merasai pengalaman pertama menyusukan anak saya.

Feb 2010, lahirlah permata  hati saya, Zulaikha. Kali pertama menyusukan Zulaikha, saya dibantu oleh staff nurse di hospital tempat saya bersalin. Setitik susu pun tak keluar. Tapi saya tak mengalah. Sebab paling penting, rooming in dengan anak untuk stimulate susu keluar. Saya masih ingat lagi, hampir dua minggu susu saya masih tak keluar walaupun macam-macam cara dah saya lakukan. Berurut, tuam dengan kain panas & mandi air panas, mandi herba. Tapi susu saya tetap tak keluar. Tapi itulah dugaan bagi saya. Kali pertama susu saya menitis keluar, air mata saya pun menitis juga. Gembira sangat kerana selama 2 minggu anak saya terpaksa minum susu formula. Saya masih ingat juga, betapa sakitnya nipple saya bila pam menggunakan pam elektrik, sucking terlalu kuat menyebabkan nipple saya luka. Tapi, saya masih dengan pendirian saya, tetap susu ibu untuk Zulaikha.

Bagi saya, dugaan paling besar adalah, sokongan orang disekeliling. Saya bersyukur kerana ibu saya sendiri sangat menggalakkan susu ibu. Dialah orang pertama yang menyokong hasrat saya. Begitu juga suami saya. Ada juga org yang rapat dengan saya, memperlekehkan hasrat saya untuk menyusu sepenuhnya dengan susu ibu. Memang betul-betul menguji kesabaran saya. Tapi saya masih dengan pendirian saya, tetap susu ibu untuk Zulaikha.

Dua minggu sebelum saya bekerja, saya mula membuat stok susu untuk anak saya. Walaupun pada mulanya susu saya tak banyak, saya tetap cuba pam susu saya setiap hari. Pelbagai tips dan petua saya cari di internet. Saya pratikkan. Sehingga kini, saya masih lagi menyusukan anak saya. Zulaikha kini dah berusia 6 bulan. Sudah berakhir Eksklusif Breastfeeding. Tapi saya telah nekad, untuk teruskan menyusukan Zulaikha sehingga dia berusia 2 tahun.

Sejak saya mula mengandung, saya telah mencipta blog sendiri. Tujuannya hanya satu, untuk kongsikan pengalaman saya sepanjang mengandung, menyusu dan membesarkan anak saya. Saya bersyukur, blog saya mendapat sambutan dan paling menggembirakan saya, ramai juga ibu-ibu yang berhasrat menyusukan anak mereka setelah membaca blog saya. Sharing is caring. Saya juga berharap agar lebih ramai ibu-ibu yang mengetahui betapa berkhasiatnya susu ibu dan menyusu anak adalah perkara yang paling menyeronokkan.
 ___________________________________________________________________________
P/S:  Kepada cousinku adik Ana yg cun melecun.. tolong ambik kan hadiah kak Ninie tu yer.. 

Monday, September 20, 2010

Meriahnya Raya dengan Zulaikha

Perasaan raya tahun ni mmg berbeza. Dulu kami berdua.. tahun ni bertiga.. tahun depan??? ahahah... tu tahun depan punya citer yer.. 

Tahun ni ninie sebenarnya agak kelam kabut juga ngan persiapan raya.. Tahun ni first time duk sendiri. Tak duduk ngan mak.. Walaupun umah mak kat balok umah mak z kat pekan.. tetap isu jugak nak balik raya.. hehehe..  bukan apa.. Tahun dulu² ninie duk umah mak.. so, mmg awal² dah tolong mak siapkan hal raya kat umah.. lepas tu balik umah mentua.. tahun ni jd berebut laa nak balik.. mmm tu laa dekat pun susah jugak.. nak kena adil laa balik kan.. umah z x aper.. adikberadik dia ramai.. tp.. pg  raya.. lepas salam² ngan mak zex.. semua balik umah blah mentua masing² plak.. jd x ada org plak kat pekan.. serba salah juga.. 
Ninie ngan zex mmg ambik cuti sehari seblum raya. Balik umah mak kat Balok hari Rabu lepas keje.. buka puasa kat sana.. Mlm kul11-5pagi.. duk jahit baju raya Ninie ngan Zulaikha.. Mmg pening lalat laa pg khamis tuh.. thari.. siap² balik pekan pulak.. Raya pertama pg tu.. mmg raya di pekan, lepas tu balik Balok.. Ninie kesian betul ngan mak & abah, pg raya tu, mmg adik ninie etty & along ada kat umah.. raya ke-2 semua balik umah mentua. Ninie kena tido umah mak.. sbb abah x sihat. Bimbang jugak kalau jd apa².. org² disekeling umah mak plak.. makjang pakjang.. pokde mokde.. umi pokcik.. poksin umi t.. semua g beraya kat lain plak.. mak ngan abah je x g mana.. sbb abah x sihat.. pg tu.. seblum makjang g beraya ke Endau.. sempat cek darah abah.. mmmm... tinggi jugak.. sbb tu abah x larat.. kesian abah... 
Mulanya nak balik penang raya ke-2, tapi x jadi.. sbb abah teruk demam.. last² isnin pg tu kami bertolak ke Penang.. Balik semula ke Kuantan, khamis. Nak balik ke kuantan pun tetiba kul3pagi.. abah demam teruk.. ninie ngan zex tawakkal je balik kuantan dlm keadaan abah mcm tu.. abah nak balik jugak.. sbb dia dah dapat surat panggilan ke haji 10 oktober ni.. dia risau barang² nak g haji x siap lg. tu laa juga tujuan dia nak balik ke Penang.. sbb nak jumpa saudara-mara & adikberadik dia..nak mintak maaf.. seblum ke tanah suci.. Harap² abah, mak.. Poksin & ummie tie, Makjang & pakjang, Ummi ton & mak miah dapat tunai kan haji dengan sempurna.. kami anak² sentiasa doakan hajat diaorg tercapai.. raya haji tahun ni.. kami semua kena raya sendiri laa.. parents semua ke tanah suci.. 
Sepjg jalan ke Penang, Ninie rasa senang skit, sbb x yah bawak bekal susu. Breastfeed aje Zulaikha.. dah kenyang dia tido.. x byk ragam sgt dlm keter.. Dia sekrg ni, sejak raya.. x nak ngan org lain.. asyik ibu aje.. bapak pun dia x nak.. ntah naper.. dia kenal org dah kot..
Rasa seronok sgt beraya ngan Zulaikha.. g mana² semua org geram kat dia .. hehehe.. suka buat mcm² aksi.. ni pakai baju sama ngan ibu.. ni yg ibu bangga ni.. org puji.. ibu jait  baju lawa.. ahahahahahaah.. mcm beli kat kedai... kalau kerana anak .. kul 5pg pun sanggup lg jait baju kan.. 
suka bergambar dah sekrg ni.. asal bergambar je.. sengih kemain lagik..

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Ni .. zex yg buat.. heheh kelakar jugak .. Tahun ini raya kami mmg meriah.. sbb ada Zulaikha yg cantik menawan.. Kepada semua kengkawan dan sanak saudara.. Selamat Hari raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Yg duk jauh di perantauan....... Ayu.. Mey.. Shila.. Abg GG.. Jgn sedih2 yer.. kami kat sini mmg selalu ingat org yg jauh.. InsyaAllah raya tahun lain.. kita raya sama2.. :-) semua makanan yg sedap2 kat sini.. jgn bimbang.. kami dah tolong makan kan.. ahahahha..

linkwithin

Related Posts with Thumbnails