Pages

Tuesday, August 24, 2010

Jangkitan telinga tengah

Sabtu baru ni, lepas mandikan zulaikha, biasala ibu, suka laa membelek² anak. Cek kuku kaki, tgn, badan & telinga dia. Agak terkejut juga bila tgk telinga kiri Zulaikha, ada nanah!... Ninie mmg panik juga masa ni. Dia baru pas baik batuk, ada nanah plak telinga. Cepat ² Ninie & Zex bawak di g klinik pakar Yaw. 
Doktor explain, ni sebenarnya bukan nanah, tapi jangkitan sbb dia selsema. Bagi kanak² atau bayi, salur hidung dia bersambung ngan salur telinga. Tapi org dewasa tidak. Bila dah dewasa salur sambung ke telinga ni akan tertutup ngan sendirinya.

Bila baby kita selsema yg teruk, kalau hingus x keluar melalui hidung, dia akan penuh dalam salur telinga... lepas tu dah penuh sgt.. gegendang telinga akan pecah, dah hingus akan meleleh keluar melalui telinga.. pecah gegendang telinga???? serius ke??? mulanya ninie ngan zex dgr mmg rasa sgt bimbang.. tapi bila doktor explain benda tu normal.. baru rasa lega. Cuma kena make sure bila tiap kali dia selsema je, bagi ubat selsema. Bimbang juga nanti pendengaran dia akan alami ganguan.

Doktor bg antibiotik dan ubat selsema. Masa ambik ubat kat kaunter, org yg bg ubat tu ckp, sakit tau kalau gegendang telinga nak pecah... berdenyut².. mmmm patutla seminggu dua ni, Zulaikha selalu menangis tiba².. menjerit².. sampai meleleh air mata.. tido pun x lena sgt.. makan pun x selera.. kesiannya anak ibu. Ibu x tahu dia sakit.. ingatkan dia buat perangai ke apa.. Sedih laa.. siannya Zulaikha..

Sekrg ni dia dah ok. Baru nampak dia ceria. Malam, dia tido awal.. x jerit² dah masa dlm kereta.. Ibu kena lebih alert ngan perubahan Zulaikha.. Ni ada info skit mengenai sakit telinga ni. Klik sini yer.


2 comments:

  1. alkisahnya... baru tau ni... thank you for sharing.

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails