Pages

Friday, August 13, 2010

Hasil tenusu bulan ramadhan

Ramai yg bimbang bulan puasa ni susu akan kurang. Ninie pun bimbang.. tapi nekad je laa kan. Apa yg Allah jadi tu dah sempurna. Cuma kita je kena buat cara tu betul ke x... Bulan puasa ni mayb kita kurang skit susu.. tapi masih ada. Mungkin jadual pam pun kita kena tukar.. 

Kat opis, Ninie cuma pam 2 kali. kul8pagi.. ngan blah ptg.. dlm kul3.00ptg. Blah pagi mmg elok sgt la.. sbb kita dah sahur. Masa sahur tu makan  byk² skit. Minum air pun kena byk. Org lain mayb x selera masa sahur.. tp Ninie.. selera semcm aje.. hehehe.. makan mmg kuat.. sbb pikir pasal anak.. Zulaikha sekrg dah 6 Bulan. Dia dah start solid food blah pagi. Taska bg dia makan.. So, siang hari dia dah x nak susu sampai 5botol. Cukup 4botol je. tu pun bawak balik sebotol. Sbb bila dah makan dia kenyang..


Ni hasil pam kul 4.00ptg. saje lewatkan. nak bg byk skit.. masih ok.. .. Campur sekali yg sesi pagi tadi.. cukuplaa utk Zulaikha esok hari.

kat bawah ni ada skit tips utk bulan ramadhan. Ninie ambil dari laman web ni untuk dikongsi: http://duniasusuibu.com/category/ramadhan/

Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan
  1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.  YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
  2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
  3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
  4. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
  5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
  6. Makan banyak kurma.
  7. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
  8. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
  9. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
  11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul. 
  12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
  13. Pam susu sebelum sahur.
  14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
  15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
  16. Ambil milk booster jika perlu.
  17. Elakkan terlalu penat.
  18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
  19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.

4 comments:

  1. tu la..ramai yg riso kn...tp pape pon kite kn yakin...setuju sgt ngan akak...nasib zulaikha dah boleh makan kn...

    ReplyDelete
  2. tu laa Et. akak riso jugak. tp tawakkal laa. InsyaAllah cukup.. Harap2 tabah lah hati akak ni sampai habis ramadhan..

    ReplyDelete
  3. suka hati kata tenusu... itu susu lembu wei...

    ReplyDelete
  4. alizam: dah tu.. apa ayat yg sesuai.. heheh

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails