Pages

Thursday, August 12, 2010

Breastfeeding Mom dapat hadiah (^_^)

Masa minggu penyusuan ibu sedunia.. Ninie x laa terlibat secara langsung menjayakan penyusuan susu ibu peringkat hospital.. Ninie cuma tgk² aje.. Unit IT cuma terlibat siapkan slide presentation untuk majlis penutup je. Tu pun bukan Ninie yg buat.. opismate laa yg buatnya.. Ninie tukang tgk & komen.. eheheh.. 

Tetiba Ninie dapat invitation untuk hadir ke majlis penutup.. tp tu biasalaa semua ketua jabatan selalunya di jemput.. Tetiba.. (byk betul tetiba..) dpt plak invitation untuk ambik cenderahati.. mmm.. pasal apa plak.. risik² bertanya khabar.. rupanya sebesar² hospital ni.. Ninie antara yg full breastfeeding anak.. puas dah bahagian laktasi cari.. tp x ada pun.. 3org je yg full breastfeeding.. 

Full breastfeefing maksudnya.. x bg susu lain.. selain susu ibu.. kalau usia baby antara 0-6 bulan.. dia panggil.. exsklusif breastfeeding.. lebih dari 6 bulan full breastfeeding.. sbb lepas 6 bulan kita akan mula bg solid food kat baby.. cuma x bg susu formula jer..


Ni ninie dapat cenderahati dari pengarah.. sebagai penaung kepada kumpulan sokongan susu ibu. Ada 3 org yg dapat cenderahati ni. Dalam 3org tu, Ninie je yg bukan dari kalangan staf klinikal.. Ninie kan cuma staf pengurusan aje. Agak berbangga jugak.. cewahh! eheheh.. Opismate yg buat slide ni plak tahu Ninie ada blog pasal susu ibu ni, dia siap kempen kan kat slide tu.. siap ngan gambar lagik.. ehehe.. 

Apa perasaan Ninie? Ninie bukan kisah dapat hadiah apa.. cuma apa yg Ninie nak kongsi.. Ninie rasa dihargai sangat.. Terharu.. Sbb nak breastfeeding ni mmg memerlukan sokongan dari semua org.. kalau x.. kita akan hilang rasa motivasi diri.. Bila dihargai mcm ni, lagi semangat Ninie nak breastfeed Zulaikha. Ninie akan cuba sampai umur dia 2  tahun.



Ramai yg hadir.. NGO pun ada.. tu 3org baris depan baju color biru..yg india tu kan.. dia bidan kat kat KSH. Ninie dulu masa bersalinkan Zulaikha.. dia laa yg sama dlm labour room. Baik sgt.. 


Lepas dah habis.. kena laa makan².. Seblum puasa.. bleh laa nak makan².. Ni laa 3 org staf IT pompuan yg ada.. tu pun yg sorg tu dah nak tukar ke pekan.. sedih den..

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails